bab 12

Romance Series 4352

setelah lama dania dan myza berkurung di dalam tandas, mereka dikejutkan dengan bunyi loceng yang menandakan bahawa sudah tiba masanya untuk masuk ke kelas, dania berjalan dengan kaki yang terketar-ketar manakalah matanya pula kini berair

"betul awak okay ni? awak cuba cerita kat saya, kenapa ni? "tanya myza

"saya okay, nanti saya cerita kalau awak betul-betul nak tau, jom lah masuk kelas"ajak dania

masuk sahaja dania kedalam kelas, dia langsung menundukkan wajahnya kebawah lalu terus duduk di kerusinya yang kini dipenuhi oleh wanita-wanita yang tah dari mana

"woi, kau okay tak? "tanya fendy yang kini duduk di atas meja yang Agak jauh dari tempat asalnya manakala Adam pula duduk di kerusi yang berdekatan

"aku okay lah, yang kau ni tiba-tiba tanya kenapa? rindu? "dalam kesedihan dania mengukirkan senyum dibibir lalu mengambil tempat di sebelah fendy

"salah ke aku tanya? "kata fendy sambil memuncungkan mulutnya, nak acah comel lak kau!!

"tak lah salah, just pelik sikit"kata dania lagi

"dania, kenapa awak sedih? "tanya Adam pula

"sedih? untuk apa? "tanya dania pura-pura tidak tahu

"jangan ingat saya tak tau"kata Adam lalu mengelap air mata dania yang sudah lama bertakung

"ouh ni, saya ngantuk tadi, saya kalau menguap memang selalu keluar air mata"kata dania lagi

"okay, mana myza? "tanya adam

"ada je kat meja budak baru tu, sebok nak ambik autograf "kata dania sambil tergelak kecil dan diikuti oleh Adam dan fendy, siapa tak kenal si myza tu, pantang nampak laki handsome!

"dania.... dania..... pandai awak sembunyikan sedih awak dalam senyuman"kata adam dalam hati, bukan dia tak tahu yang dania menangis kerana ada sesuatu yang tak kena cuma dia tak nak terukkan keadaan

-
- -

"dania, saya mintak maaf eh, saya tak dapat nak teman awak rehat sebab saya kena balik sekarang, nenek saya tangah sakit tenat sekarang jadi ibu bapa saya akan bawak saya balik nanti"kata myza

"ouh, tak pe lah kalau macam tu, saya boleh rehat sorang-sorang "kata dania lalu terus pergi ke kantin, baru sahaja dia membeli makanan, tangannya ditarik oleh seseorang

"shh"katanya

"adam, kenapa ni? "tanya dania pelik

"saya rasa saya dah tak boleh berdiam diri lagi, saya kena bagitahu jugak kat awak sebab saya dah tak boleh simpan perasaan ni"kata adam lagi

"okay, calm down, sekarang cakap"kata dania lagi

"saya dah tersayang awak"kata adam lagi

"ha?! "tanya dania terkejut

"boleh tak awak terima saya? "tanya adam lagi

"sorry awak tapi, saya hanya anggap awak macam abang saya sendiri, saya mintak maaf sangat-sangat "kata dania sedikit mengeluh, bukan sebab apa, dia still tak boleh move on dengan haris!

okay, sesi pengenalan haris

nama penuhnya adalah haris idham, dia berumur 16 tahun dan mempunyai wajah yang tampan. dia adalah bekas kekasih dania haneesya senang cerita, ex boyfriend lah, haris adalah seorang yang keras kepala sebelum dia menemui dania, namun tidak selepas itu, mereka berpisah kerana perselingkuhan yang dilakukan oleh haris, dania masih tidak boleh melupakannya kerana haris adalah cinta pertamanya. selepas mereka berpisah, haris terus menghilangkan diri selama 2 tahun

"tak pe lah dania, saya dah tahu dah jawapan tu ,saya cuma nakkan kepastian awak, jangan risau kan saya, saya okay"kata adam lagi

"thanks"kata dania lalu terus berlari masuk ke dalam kelas, entah kemana hilangnya selera dia tadi, dia pun meletakkan kepalanya di atas meja

"kenapa tolak cinta dia? sebab awak masih ingatkan saya? sebab awak masih cintakan saya? "tanya satu suara yang menyapa gegendang telinganya ,kenal sangat dia dengan suara itu!

"tak de kaitan dengan awak" jawab dania

"kenapa awak mengelak dari saya? "tanya haris lagi

"tak de kaitan dengan awak, jangan sampai saya ulang bende tu sekali lagi"

"kenapa awak tak pergi kantin? semua orang pergi sana"kata haris lagi

"SAYA KATA TAK ADA KAITAN DENGAN AWAK! JANGAN KACAU SAYA! "bentaknya kuat

"bertenang awak, saya tahu saya salah 2 tahun lalu, tapi saya nak kita macam dulu balik"kata haris memujuk

"tolong lah awak, saya penat, saya penat dikecewakan, saya penat memaafkan dan saya penat ditinggalkan tanpa sebab dan alasan! "kata dania sambil mengalirkan air matanya

"saya mintak maaf, saya terpaksa ikut papa saya keluar negara, masatu saya terdesak"kata haris lagi

"dah lah awak, saya maafkan awak,dah jangan kacau saya lagi"

"boleh tak kita bersatu semula?"tanya haris

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience