Bab 89

Romance Completed 207956

"Bila abang beli rumah ni?" soal Intan pada Caden yang sedang berbaring di atas katil. Intan pula sibuk mengemas alatan kosmetik yang ada, pakaian dan yang lain-lain kemudian akan diambil.

Caden memanggil Intan dan menepuk katil di sebelahnya, mahu Intan bersama di situ. Intan lantas meninggalkan kerjanya dan melangkah menuju ke katil dan perlahan memanjatnya dan bersandar pada kepala katil.

"Sini la.." panggil Caden lalu menarik Intan rapat dalam pelukan di sisi kirinya.

"Rumah ni abang beli dengan duit abang sendiri, siap awal tahun hari tu cuma taman, air terjun dengan gazebo je baru siap hujung bulan hari tu" terang Caden sambil tangan kanan mengusap lembut jemari Intan yang berada di ribanya.

"Abis tu rumah yang kita duduk sebelum ni rumah siapa?" soal Intan lalu memandang Caden di sebelah.

Dahi Intan dicium sekilas sebelum jawapan diberi.

"Rumah tu papa belikan untuk abang, bila abang ambil keputusan untuk tinggal di sini bantu uruskan syarikat papa." terang Caden.

"Hm.. rumah tu nanti macam mana?" soal Intan. Iyalah, ada ke orang nak duduk rumah tu? Macam seram je..

"Abang ingat nak serah rumah tu pada pusat Tahfiz yang dekat dengan kawasan rumah tu. Biar selesa sikit, tempat yang diaorang tinggal sekarang agak sempit. Cuma nanti perlu ubahsuai sikit supaya sesuai untuk dijadikan pusat tahfiz" terang Caden. Intan yang mendengar sudah terpaku. Mendongak Intan memandang Caden di sebelah.

"Kenapa pandang abang macam tu?" soal Caden pelik. Intan tidak menjawab sebaliknya ditarik rapat wajah Caden lalu bibir seksi itu ditindih perlahan. Caden yang mula-mulanya terkejut dan kemudian terus leka dengan urutan lembut bibir Intan.

"For what?" soal Caden sebaik Intan melepaskan bibirnya. Intan pandang Caden pelik.

"The kiss?" soal Caden lagi.

"Oo.. tak, just appreciate for what you have done" kata Intan. Terus tubuh Intan ditarik rapat. Dicium leher Intan yang putih, dari leher turun ke bahu yang sedikit terdedah dan makin lama sudah ke lain perginya. Makin lama makin kuat degupan jantung dan deruan nafas sudah tidak tentu.

"Ah.. abang.. your wound.." ucap Intan dalam suara yang sudah tidak sekata.

Caden yang mendengar hanya buat dengar tak dengar sahaja. Tubuh Intan sudah berada di bawahnya dan tindakannya semakin jauh. Tiba-tiba..

"Auch.." terus Caden bangun dan duduk di sisi Intan, tangan naik memegang luka. Memerah wajahnya. Intan yang masih lagi terbaring sudah terkekeh ketawa. Lalu bangun dari pembaringan dan memeriksa luka Caden.

"Sampai hati sayang ketawa.." bunyi merajuk saja nadanya..

"Abang la.. dah tau luka belum sembuh sibuk nak try juga. Sabar-sabar la sikit.." kata Intan dengan senyum masih di bibir.

"Sayang perempuan, tak sama.. lain bagi lelaki rasanya perasaan tu.." perlahan sahaja Caden membalas sambil bersandar pada kepala katil dengan mata terpejam. Intan yang masih memeriksa lukanya terus memandang wajah Caden. Alolo.. mengadanya dia..

"Sorry.." ucap Intan sambil mengusap jemari Caden yang berada di atas dada.

"It's okay.. my fault." balas Caden lalu membuka mata sambil tersenyum pada Intan.

"Hm.. apakata abang mandi dulu sementara sayang masakkan untuk abang. Lagipun dah pukul berapa ni. Lewat dah" cadang Intan.

"Sayang mandikan abang boleh.." pinta Caden dengan wajah yang sengaja disayukan.. Ish! nak suruh mandikan pulak..

"Ye lah, sini" panggil Intan yang sudah pun berdiri di sisi katil sambil menghulur tangan pada Caden. Besar senyum Caden. Intan yang melihat sudah tergeleng kepala. Layan je la Intan..

Kedua-dua mereka melangkah masuk ke bilik air. Intan minta Caden berdiri berhampiran sinki untuk dia membuka balutan luka. Ikutkan tak perlu balut kerana luka yang dijahit itu sudah disembur dengan sejenis cecair yang telap air, walaupun terkena air, luka tidak akan basah. Lukanya juga sudah semakin pulih cuma doktor tidak benarkan makan makanan keras, nasi lembik bersama sup atau bubur nasi dicadangkan untuk tempoh sehari dua lagi.

Sebaik pembalut dibuka, dilihat lukanya sudah kering dan warna kulit disekeliling luka juga sudah bertukar warna coklat, tidak seperti mula-mula, merah dan kelihatan bengkak sahaja.

"Okay.. pembalut dah buka, lepas ni tak perlu pasang. Luka dah makin pulih" kata Intan sambil dilabuhkan ciuman pada luka. Terkejut Caden dengan tindakan Intan. Intan hanya tersenyum sambil membuang pembalut ke dalam bekas sampah yang ada.

"Sini" panggil Intan pada Caden yang sudah siap membuka pakaian. Merah-merah wajah Intan apabila memandang keadaan Caden.

Caden melangkah menuju ke arah Intan dan menarik tubuh Intan dalam pelukan. Bulat mata Intan dengan tindakan Caden. Lama pelukan itu sebelum dileraikan Caden.

"Thanks sayang.. it's okay, abang mandi sendiri." ucap Caden, yang Intan pula sudah terkelip-kelip matanya memandang Caden. Tadi ye sangat nak kita bagi mandi. Ni dah tak nak pulak.. Ish, pelik la dia ni.

"Sayang masakkan abang sup dengan nasi okay. Barang basah semua dah ada dalam peti ais. Barang-barang lain pun semua ada. Nanti dah siap, abang turun." kata Caden lalu dahi Intan dikucup sekilas. Intan yang seakan dipukau terus melangkah keluar dari bilik air.

Hai lah.. sakit buat cara sakit Caden, nanti kau yang tak boleh tahan. Ada hati nak minta Intan mandikan. Istilah mandikan kau tu, bukan mandi biasa-biasa. Dah, mandi sendiri. Caden berbicara dalam hati. Tergeleng kepalanya sambil tersenyum. Rambut diraup dengan tangan besarnya. Sabar.. sabar..

+++

"Amboi.. besarnya dapur."

Peti ais bahagian atas dibuka, penuh dengan ikan, daging, ayam, udang, sotong.. mak oi, macam ni punya banyak, seminggu tak payah ke pasar ni.

Pintu bahagian bawah pula dibuka. Macam-macam sayuran dan buah-buahan ada. Hm.. buat jus oren pun bagus. Intan kemudian mengeluarkan bahan-bahan untuk memasak. Sibuk dia menyediakan makan malam untuk Caden dan juga dirinya.

Nasi dan sup ayam sudah siap. Tinggal air sahaja lagi. Buah oren diambil lalu dikupas dan dibawa ke arah mixer buah-buahan. Tangan menekan suis dan mixer mula memutar. Sedang kalut dengan mixer, ada sepasang tangan memeluk pinggangnya dan melabuhkan kucupan di lehernya. Siapa lagi kalau buah hati tersayang. Terhenti tindakan Intan dengan mixernya lalu tubuh dipusing mengadap Caden.

"Abang.. sayang busuk la, peluh" kata Intan.

"Wangi je abang bau" balas Caden lalu melabuhkan ciumnya pada pipi Intan.

"Abang dah lapar ke? Semua dah siap ni, abang bagi masa sayang mandi kejap boleh?" soal Intan. Tidak selesa dengan keadaan tubuh yang berpeluh.

"It's okay sayang. Sayang mandi dulu, abang tunggu di ruang tamu" balas Caden lalu menarik tangan Intan untuk mengikutnya.

"Eh, eh.. kejap. Sayang nak siapkan jus oren dulu" kata Intan sambil menarik semula tangannya. Caden hanya tersenyum dan melabuhkan duduk di kerusi meja pulau sambil memerhatikan Intan yang ligat menyiapkan air.

"Siap. Sayang naik mandi dulu" kata Intan lalu pantas kaki diatur.

Caden kemudian berjalan meninggalkan dapur dan ke ruang tamu. Telefon di tangan dicapai dan nombor Carlos dihubungi.

"Hello. Carl, macam mana dengan apa yang aku minta, dah settle?" soal Caden.

"Semua dah siap cuma tunggu masa sahaja" balas Carlos pula.

"Hm.. pasal rumah tu, kau uruskan macam yang kita dah bincang. Dah siap renovation nanti maklum semula, kita jumpa Ustaz Khairi" pesan Caden.

"Okay, tak banyak dah. Cuma nak touch up dan gantikan perabot je, dalam empat lima hari siap" terang Carlos pula.

"Thanks Carl" ucap Caden.

"It's okay, kerja aku kan. Kau tu, jangan nak buas sangat, jaga luka tu" pesan Carlos pula. Memerah wajah Caden, macam tau-tau pulak.

"Kalau tak ada apa-apa, aku letak dulu." balas Caden.

Talian dimatikan dan kaki melangkah ke sofa di ruang tamu lalu duduk dilabuhkan. Tidak lama Intan datang menghampirinya, wanginya dia.. Pipi Caden dicium Intan sekilas.

"Sorry abang tunggu lama" kata Intan lalu menarik lengan Caden ke dapur. Nasi disendukkan ke dalam pinggan dan sup dimasukkan ke dalam mangkuk. Tidak lupa jus oren dalam peti ais. Sedap makan nasi panas-panas dengan sup.

"Sayang masih bercuti ke?" soal Caden setelah nasi dalam pinggan habis dimakan. Lapar punya pasal, dapat nasi terus diam.

"Esok sayang dah mula kerja. Abang tak apa ke tinggal seorang kat rumah?" soal Intan susah hati.

"It's okay, abang pun nak masuk pejabat juga nanti" terang Caden. Terus Intan metakkan sudu dan garfu ke dalam pinggan. Mata tegak memandang Caden.

"Abang kan tak sihat lagi, takkan nak masuk pejabat dah" tanya Intan.

"Abang dah sihat. You just don't worry okay" balas Caden lalu menepuk perlahan jemari Intan.

"Abang ni.. kalau sakit, call sayang cepat-cepat" pesan Intan bimbang. Ketawa perlahan Caden.

"Sayang.. abang bukan budak-budak. Jangan risau okay" balas Caden pula.

"Okay, tapi janji. Apa-apa call sayang cepat" kata Intan tidak puas hati.

"Ye..abang call" balas Caden.

"Hm.. abang, pakaian dengan barang-barang sayang kat rumah lama macam mana?" soal Intan. Pakaiannya masih banyak, itu belum kira barang-barang kerjanya lagi.

"Esok abang minta Carlos uruskan" kata Caden sambil jus oren disisip.

Carlos? Ish, kang baju kecik dengan seluar kecik takkan dia yang nak kemaskan kot.

"Sayang fikir apa? Jangan risau, pakaian sayang nanti Kak Sal yang tolong kemaskan." kata Caden. Intan dah tegak memandang. Aik, macam tau-tau je..

"Oh.. okay abang. Abang nak tambah nasi lagi ke?" soal Intan pula.

"It's okay. Dah kenyang. Sedap sayang masak" balas Caden sambil tersenyum.

Intan kemudian bangun mengemaskan meja. Caden yang mahu membantu ditegah, hanya minta menemaninya sahaja hinggalah semua selesai.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience