Bab 21

Romance Completed 21373

"Esok, Iz duduk dengan grandma ya sayang. Hmm... baru tadi kita balik sini mama dah rindu papa. Iz rindu papa tak? Nasib baik Iz punya muka ni banyak iras papa, kalau mama rindu papa, mama tengoklah muka Iz ni puas-puas kan sayang?" dis mencium-cium anaknya itu.
"Orang hangat bercintalah katakan. Syoknya dah kahwin. Aku ni single lagi. Nasib badan." Naila tersenyum di muka pintu bilik Iris. Iris yang sedang berbaring tersengih.
"Tulah kau. Si Aqeef tu beriya nak kau, kau tak nak. Nak juga tunggu mamat Aaron tu. Eeee... geli aku dengan mat salih tu. Laki aku double-double handsome dari dia. Kan Iz?" Iris membayangkan wajah Rayyan jika dibandingkan dengan Aaron. 'Huish! Positif Rayyan lagi handsome.'
"Alahai kau! Tahukah dapat hubby handsome. Nak lebih pula kau. Aku cepuk karang." Naila berpura-pura marah. "Sampai hati ke nak pukul aku?"
"Ada-ada jelah kau." malas pula ingin melayan Puan Iris ni. Asyik minah tu je menang.
****************
Iris dan Naila berjalan di kaki lima kolej. Cadang nak pergi library. "Hi Naila." mereka serentak memandang ke arah pelajar yang menegur Naila. Iris mulalah buat sengih nakal. 'Hahaha! Bagus Aqeef. Never give up.'
"Naila je ke tegur? Taulah orang sebelah ni tak cantik macam Naila." Iris pura-pura merajuk. Sengaja nak menyakat Naila dengan Aqeef sebenarnya.

Aqeef tersengih. "Sorry, Iris. Hi! Kelas dah habiskan? Jom lepak nak? Pergi makan dekat cafe?" Aqeef bersungguh benar mahu keluar bersama Naila. "Hah! Jomlah. Perut aku pun tiba-tiba nak makan pasta." Iris memutuskan mahu membantu Aweef dalam sesi memikat Naila.
Tudung bawal satin dibetulkan sedikit di bahu.
Naila memasamkan muka. Ada sajalah si Iris ni.
*****************
Sebaik sahaja mereka duduk bersama makanan di tangan, handphone Iris bergetar tanda ada panggilan masuk. "Hi, sayang." akibat terlampau teruja menjawab video call dari Rayyan, Iris terlupa memberi salam.
"Assalamualaikum." Rayyan menyindir isterinya. Iris menjulingkan matanya ke atas. Naila dan Aqeef ketawa mengejek kepada Iris. "Waalaikumsalam."
"Awak dekat cafe ea? Nampak macam latar belakang cafe je." Rayyan mengerutkan sedikit dahinya. "Ha ah. Awak kat mana ni?"
Sambil Iris sibuk berbual dengan Rayyan, Aqeef mencuri pandang ke arah Naila. Naila yang perasaan dirinya direnung mengalihkan pandnagan ke hadapaan. Terus Aqeef membuang pandangan ke arah lain. 'Eleh.. yelah kantoi renung aku. Cover pula'
"Keluar dengan siapa?" Aqeef dan Naila melihat ke arah Iris yang sedang menyandarkan handphonenya ke dinding. "Yang ni awak dah kenalkan? Ni Naila. Yang ni Aqeef." Aqeef mengangkat tangannya tanda menyapa Rayyan. Rayyan tersenyum.

"So, boyfriend Naila ea? Kau jaga sikit awek kau ni. Makin gemuk aku tengok." Naila menunjukkan penumbuk ke arah Rayyan. Tidak habis lagi lelaki ni. "Don't worry lah bro. Nanti aku suruh dia diet. Karang tak muat baju nikah. Tak padan nak duduk sebelah aku yang macho ni." nampaknya Rayyan dan Aqeef ni memang sekapal.

"Hahaha.. semoga berbahagialah. Aku tengok korang makan ni rasa lapar pula. Dahlah, aku nak pergi makan. Sayang, malam nanti saya call lagi. Assalamualaikum." Rayyan memutuskan talian.

Mereka serentak menjawab salam Rayyan. "Perghh.. baik ah laki kau. Boleh join aku ni. Nanti senang-senang bawalah aku jumpa dia." Aqeef teruja mahu berkenalan dengan Rayyan. Memang dia ada dengar serba sedikit tentang Rayyan dari Iris, tetapi tak tahulah pula yang sama kepala dengan dia.

"No prob ah." Iris mengunyah pastanya. Heaven!
******************
Naila mengerling tajam ke arah Aqeef. Iris ni pula dia tinggalkan aku sorang-sorang.
"Kau nak apa ikut aku ni?" marah Naila bengang.

"Suka hati akulah. Ni kaki aku. And one more thing, jalan ni not yours." Aqeef menaik-naikkan keningnya dan merapatkan sedikit wajahnya dengan wajah Naila. Terpaku Naila seketika.

"Nampaknya Cik Naila Arissa tergoda dengan saya ya?" Aqeef menayang barisan giginya yang tersusun dan putih. "Kau jangan nak perasan sangat ya, Aqeef Zafran." Naila meneruskan langkahnya.

"Wah, kau ingat nama aku. Aku nak panggil kau Arissa boleh?" Aqeef mengejar langkah Naila. Naila pula berbuat seperti dia tidak dengar apa yang dicakapkan Aqeef. Tiada siapa pernah memanggilnya Arissa. Tapi comel gak. Ececece...

"Diam tu tandanya setuju kan? Ok, Arissa. Ada perubahan pada awak. Dahlah ingat nama penuh saya." Aqeef menukar panggilan daripada kau, aku keoada awak, saya. Perlahan-lahan.

"Whatever." Naila berlari anak masuk ke rumah sewanya.

Aqeef tersenyum senang. "Wah... terima kasih atas bantuan Iris. Jasamu akan ku kenang."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience