Prolog

Romance Completed 207871

"Tuan biar betul ni?" soal Rashid

"Ya, saya akan ikut prosedur yang betul. Tentu isteri saya gembira. Kasihan budak ni, baru umur 6 tahun dah ditinggalkan macam ni. Comel pulak tu" ucap Tuan Rahman.

"Ye la Tuan, budak kecil macam ni disuruh minta sedekah. Tak ada hati perut langsung" ucap Rashid.

"Mangsa yang lain-lain ni macam mana Tuan?" soal Rashid.

"Yang lain-lain ni buat dokumentasi dan nanti serah pada pihak JKM. Intan ni, saya bawa balik rumah selepas selesai pemeriksaan di hospital" terang Tuan Rahman.

+++

Tok tok tok

"Masuk"

"Assalamualaikum Tuan" salam diberi.

"Waalaikumasalam. Sila duduk" jawab Tuan Rahman.

"Kamu dah buat keputusannya?" soal Tuan Rahman lagi.

"Sudah Tuan, saya akan lakukan seperti yang diminta" jawab Intan.

"Kamu pasti? Bila dah mula, kena teruskan tak boleh berpatah balik atau berhenti di tengah-tengah" Tuan Rahman minta kepastian.

Kepala diangguk tanda yakin dan setuju.

"Kalau begitu, saya akan minta Yaya sediakan dokumen untuk ditandatangan" jawab Tuan Rahman.

"Intan yakin ke apa yang Intan nak buat ni? Ayah tak nak Intan lakukan semua ni kerana ingin balas jasa ayah. Itu salah namanya" Tuan Rahman sudah menukar kata ganti diri.

"Ayah jangan risau, apa yang Intan lakukan atas kerelaan sendiri" jawab Intan yakin.

"Ayah bimbang, Miqail Iqtidar tu bukan calang-calang orang. Kerja yang Intan nak buat ni bukan mudah. Silap-silap nyawa melayang" Bimbang Tuan Rahman dengan keselamatan Intan.

"Ayah, apa guna Intan pergi kursus selama lapan bulan tu kalau tak digunakan. Ayah tak payah risau, takkan apa-apa lah. Ayah takut dapat menantu tua ke?" usik Intan.

"Mana lah tau, dia kan duda tapi still handsome" sakat Intan.

"Intan, jangan main-main boleh. Miqail Iqtidar tu bahaya orangnya." jelas tergambar kerisauan di wajahnya.

"Ayah, apa yang Intan lakukannya ni untuk pasukan kita juga. Ayah jangan risau ya. Okey lah, Intan nak keluar dulu. Ada latihan dengan team IPK. Intan keluar dulu" kata Intan lalu berdiri tegak dan memberi tabik hormat dan keluar.

"Hm.. Ayah bergantung harap pada kau nak tapi jangan sampai tergadai nyawa" luah Tuan Rahman sendirian.

Pandangan dilemparkan keluar dari bangunan Bukit Aman, jalan raya sibuk dengan kenderaan, manusia berpusu-pusu berjalan menuju destinasi masing-masing.

Terhela keluhan. Sekejap sahaja masa berjalan, tidak sedar sudah hampir dua puluh tiga tahun anak itu dijaga, dibela dan dididik seperti anak sendiri.

Fiqah, kalau Fiqah masih ada tentu Fiqah bangga dengan Intan sekarang. Dia dah berjaya menjadi seorang pegawai polis yang hebat. Terima kasih atas didikan Fiqah pada Intan.

Share this novel

intan.ie_
2020-04-26 07:25:55 

yeeeeeeeayyyyy... watak dia Intan.. hahaha


NovelPlus Premium

The best ads free experience