BAB 10

Humor Completed 22642

Haris menjemput Diana dari chaletnya dan mereka sama-sama ke club di pusat peranginan itu. Haris kemudiannya memperkenalkan Julia kepada teman-temannya. Tidak dalam kemudian, Joe datang bersama-sama dengan Liza dan Arsyad bersama seorang tean wanita.

Mereka berenam duduk dan berbual bersama-sama. Haris mencium pipi Diana. Gadis itu membiarkan sahaja. Mereka berdua bertentangan mata. Lama-lama Diana memberanikan diri mencium ke bibir Haris. Lelaki itu membalas ciuman si gadis.

Tiba-tiba Haris memegang bahu menghalang Diana dari terus berada dekat dengannya. Gadis itu kehairanan. Dia mengambil jarak antara posisi dirinya dengan Haris.

“Kenapa? You tak suka?”soal Diana. Dia bingung. Sekejap tadi, Haris memberikan respons positif tapi sekarang, kenapa Haris tiba-tiba menghentikannya?

Haris diam. Dia turut bingung. Tiba-tiba sahaja dia teringatkan Syuhada. Wajah gadis itu menerpa ke dalam kotak fikirannya. Wajah sedih Syuhada muncul di fikiran dan meragut keinginannya malam ini. Wajah ayah dan wajah ibu turut muncul di layar fikirannya. Kedua wajah itu kelihatan hampa dengan apa yang dilakukannya terhadap Syuhada.

Diana menolak tubuh Haris ke tempat duduk sofa dan mencium Haris. Dia tidak puas hati dengan apa yang dilakukan oleh Haris terhadapnya. Dia memang menyimpan perasaan suka kepada Haris dan Haris juga dilihat mempunyai perasaan yang sama tapi kenapa sekarang, Haris tiba-tiba berubah? Diana mendekati Haris dan mendekati tubuh Haris namun Haris menolaknya.

Wajah cantik Diana ditatap. Namun nama yang keluar dari bibirnya bukanlah nama Julia tetapi “Syuhada” tiba-tiba nama itu terpacul keluar dari bibir Haris sehingga mengejutkan Julia yang berdiri sangat dekat dengan Haris.

“Siapa Syuhada?” soal Diana. Arsyad yang mendengar nama itu turut terkejut.

“No one, Julia. You guys carry on” pujuk Joe, cuba untuk menenangkan Diana.

Dia bimbang pula andainya tercetus ‘perang’ besar antara Diana dan Haris. Pelik juga dengan Haris ni, sebelum ini taka ada pula Haris buat perangai angau macam ni tapi sekarang ni, Haris bakal melepaskan satu peluang besar. Diana tu cantik orangnya. Arsyad turut berasa kesal atas perbuatan Haris itu.

Haris buntu. Entah kenapa wajah Syuhada yang ayu muncul di fikirannya. Wajah itu kelihatan sedih dan sayu sehingga membuatkan Haris kasihan terhadap nasib gadis itu. Mungkinkah Syuhada sedang bersedih sekarang ini setelah menerima mesej dariku tadi?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience