BAB 8

Romance Completed 2488

“Kenapa abang tak bagitahu sayang? Kita boleh bayar sama-sama,” kata Elliza. Kuih bulan di dalam mulutnya tidak mengganggu percakapan Elliza. Memang nampak kurang sopan tapi itu kebiasaan Elliza yang Fattah rasa tidak perlu ditegur. Depan orang nak sopan gadis Melayu, dipersilakan. Setakat depan Fattah sorang, tak ada apa yang nak dimalukan. Kata suami isteri…

“Dah sayang tak bercakap dengan abang. Macam mana abang nak bagitahu?” Fattah angkat anak mata.

“Ala abang. Sorilah. Sayang bukan tak nak bercakap dengan abang, tapi…”

“Ni soalan abang seterusnya. Tapi apa sayang? Kenapa sayang tak nak bercakap dengan abang? Kenapa sayang jauhkan diri sayang dari abang? Kenapa?” Dan entah mengapa Fattah merasakan dirinya terlebih dramatik, mengalahkan pelakon drama bersiri di waktu petang.

Petang itu rintik hujan membasahi bumi. Elliza yang baru keluar dari pejabat hanya mendengus. Udara sejuk mula membaluti baju kurungnya seiring titis-titis hujan yang melencunkan pakaiannya. Sedang dia menanti suaminya persis hari-hari terdahulu, telefon bimbitnya berbunyi. Satu mesej muncul di skrin.

‘Sayang. Abang tak boleh ambil sayang hari ni. Meeting mengejut. Sorry, sayang.’

Okay… sepanjang dua tahun mereka berkahwin ini kali pertama Fattah tak boleh ambil dia sebab meeting. Pelik. Bukan dia tak pernah ada meeting tapi selalunya dia tak kisah lambat masuk bilik mesyuarat asalkan isteri tersayang sampai di pintu rumah mereka dengan selamat. Sangat pelik.

Elliza menepis tanggapan negatif yang bertandang. Digantikan dengan masalah baru yang mendatang. Macam mana Elliza nak balik rumah sorang-sorang? Dari apartment rumah mereka Elliza akui memang ada bas lalu di situ tapi dia tak dapat melihat nombor bas dengan jelas. Huh… naik teksi jelah, Elliza mengeluh.

Niat di hati mahu bergerak ke perhentian bas berdekatan, namun tidak kesampaian tatkala sebuah motosikal bergerak laju di hadapan Elliza lantas merentap tas tangannya dengan kasar. Tali tas tangan Elliza putus dan dia merasakan tulang bahu kirinya terkehel. Dia menjerit menahan sakit. Kasut tumit tingginya pantas dibuka sebelum dia mengejar motosikal yang cekap menyelinap di balik kereta-kereta yang tersangkut dalam kesesakan lalu lintas. Elliza berhenti mencari di tengah jalan raya tatkala lebat hujan mengaburi matanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience