Bab 7

Humor Completed 28838

Dhia masih duduk di kerusi malas. Dia merenung kolam renang yang tenang tidak berkocak.

"Ehem." Suara itu membuat Dhia menoleh.

"Awak berenangkah?" tanya Faiz yang sengih memandang Dhia. Dia turut duduk di sebelah wanita itu.

"Taklah. Saya tak pandai berenang." Jawab Dhia.

"Habis tuh?" tanya Faiz yang menunjuk ke pakaian berenangnya yang basah.

"Saya masuk aja dalam air. Tak berenang pun. Penat saya kayuh, tak ke mana-mana pun." Jawab Dhia.

"Dalam air tak boleh kayuh. Dalam air kita berenang, sayang oi." Jawab Faiz.

Apabila Faiz sedar yang di telah memanggil Dhia, sayang, mukanya berubah merah. Dhia tersenyum lucu.

"Tak apalah. Awak nak panggil saya darling pun boleh." Balas Dhia. semakin merahlah wajah Faiz.

"Awak dah habis kerja?" tanya Dhia. hasratnya dia ingin minta Faiz mengajarnya berenang.

"Tak. Sekarang ni saya kena berada di meja reception. Tetapi saya nampak awak di sini. Saya singgah sekejap." Jawab Faiz.

Dhia hampa. 'Tak adalah nasib aku nak belajar berenang hari ni.'

"Lady." Suara garau memanggil Dhia.

Iqbal memandang Dhia dan Faiz saling berganti.

"Godzilla!" tegur Dhia.

"Abang," sebut Faiz.

"Aku bukan abang kau." Jawab Iqbal mendatar.

"Saya pergi dulu Dhia. Jumpa nanti ok." Pesan Faiz. "Abang." Sekali lagi Faiz menegur Iqbal sambil berlalu.

"What was that?" tanya Dhia dengan perlahan.

"Lady, you know him?" tanya Iqbal. Dia kurang senang dengan keakraban mereka.

"Well, yes. But its seem like you also know him." Jawab Dhia. Dia ingin benar tahu apa hubungan antara Faiz dan Iqbal. 'Abang? But Iqbal kata dia bukan abang Faiz. Hmm.'

"Awak berenang?" tanya Iqbal apabila melihat pakaian Dhia. Dia mengukir senyuman yang mengejek. Wajah Dhia berubah masam.

"Yes. Kenapa?" tanya Dhia mendatar.

"Kata awak tak tahu berenang."

"Memanglah. Sebab itu saya minta Kak Radiah tolong ajarkan tapi dia dah give up." Jawab Dhia. Mukanya semakin masam.

"And I wonder why," Iqbal membalas dengan pendek.

Dhia menghadiahkan jelingan tajam kepada Iqbal.

"So sekarang tak ada orang nak ajar awak berenanglah ni?" tanya Iqbal. Dia sudah pun melabuh kan punggung di sebelah Dhia.

"Tadi ingat nak suruh Faiz but he's working."

"Saya boleh ajar." Cadang Iqbal. Dhia memandang Iqbal dengan pelik.

"What's the catch?"

"Nothing. Saya ikhlas nak ajar awak. Saya tak nak awak lemas lagi kalau kena tolak dalam swimming pool." Jawab Iqbal dengan selamba.

Dhia mendiamkan diri sebentar. Dia memikirkan cadangan Iqbal.

"Eh, tapikan kita bukan murhrim. Mana awak boleh pegang saya."

"Belajar swimming tak semestinya kena pegang, cik Dhia oi. And apa bezanya saya dan Faiz? Kalau awak suruh dia, sama macam awak suruh saya."

Dhia hanya tersengih. Tak terfikir pun dia tentang itu. 'Yalahkan. Ada juga swimming coach lelaki yang ajar perempuan swimming.'

"Ok. Fine."

~

"I GIVE UP!" teriak Dhia dengan lantang. Sudah lebih sejam dia berada di dalam kolam renang. Dan sudah lebih sejam jugalah kedua-dua kakinya memukul air, namun tidak ke mana-mana. Sudah naik lenguh kakinya. Dhia merenung Iqbal dengan tajam.

"Dah lebih sejam kaki saya pukul air tapi tak ke mana-mana pun. Saya nak berenang bukan nak latih strength kaki saya!" dengus Dhia dengan tidak puas hati.

Jika ikutkan hatinya yang panas, sudah direndam kepala lelaki yang tersenyum sumbing melihatnya ke dalam kolam renang ini.

"Latihan ini adalah untuk strengthen kaki awak supaya senang awak nak berenang. Buat lagi." Jawab Iqbal dengan selamba. Dia tidak takut pun dengan pandangan Dhia yang tajam merenung. 'If looks could kill, I would have already died.'

Bukan Iqbal sengaja mahu menyeksa Dhia tetapi geli hatinya melihat Dhia bereda di dalam air. Lagak gadis itu seperti ayam.

"BUAT LAGI? Tak payah. Baik saya keluar dari kolam ni sebelum ada di antara kita yang mungkin tak akan jumpa esok." Bangkang Dhia dengan kasar. Dengan pantas dia keluar dari kolam renang dan membungkus badannya dengan tuala. Dia kurang selesa berhadapan dengan jejaka itu dengan hanya berbaju renang.

Iqbal menuruti langkah Dhia. Dia mengelap muka dan rambutnya yang basah. Dia melihat mata gadis di hadapannya melilau-lilau ke arah lain kecuali dirinya. Dia tahu, bentuk badannya yang tegap boleh dilihat dari baju putih yang dipakainya, itulah yang membuat gadis di hadapannya kurang selesa. Hati Iqbal sedikit senang dengan keadaan ini kerana sekurang-kurangnya, dia tahu, Dhia adalah seorang gadis yang tahu menjaga mata.

"Saya naik bilik dulu." Ujar Dhia sambil melangkah pergi.

"Nak saya ajar awak besok?"

"Tak payah, kalau asyik nak pukul air aja, dalam bathtub pun saya boleh buat."

"What if besok saya betul-betul ajar awak berenang? Tak payah pukul-pukul air lagi dah, terus je swim, nak?" tanya Iqbal apabila Dhia menolak tawarannya mentah-mentah.

"No kicking? Terus swim?"

"Yes."

"Fine."

--

Day 3

Fandi memicit butang lift. Dia memandang Zaiful yang berwajah tengang.

"Zaiful..." kata-katanya terhenti apabila lift yang dinaikki mereka berhenti di tingkat tiga. Wajah Dhia muncul apabila pintu lift terbuka.

"Abang Fandi, Abang Zaiful." Tegur Dhia. Mata dia terus terpandang buku lima Zaiful yang berbungkus dengan tisu. Ada kesan darah.

"Abang Zaiful, what happened?" tanya Dhia dengan risau. Tangannya pantas bergerak untuk memegang tangan Zaiful.

Namun Zaiful menghalang. "Biarkan." Jawab Zaiful dengan tegang. Dhia memandang Fandi. Suami sepupunya itu hanya menggelengkan kepalanya.

Dengan tidak puas hati Dhia berkata, "Biarkan? Abang Zaiful, darah abang sampai menitis pun abang nak kata biarkan? At least bersihkan luka tuh, kalau infection macam mana? Kalau merebak macam mana? Kalau kena potong tangan abang macam mana? Dah lah tangan kanan. Macam mana abang nak makan? Nak drive? Nak salam tangan tok kadi?"

Zaiful dan Fandi tergelak mendengar kerisauan gadis itu.

"Sampai ke situ Dhia berfikir. Tak payah risau, luka sikit aja. Tangan abang terkena kaca, nanti abang balik bilik abang cucilah." Jawab Zaiful, walaupun dia seboleh-bolehnya tidak mahu Dhia tahu apa terjadi, dia tidak sampai hati melihat kerisauan adik saudara kesayangannya.

"Terkena kaca? Kaca tuh attack abang ke?" tanya Dhia. Hatinya tidak puas mendengar alasan Zaiful.

"Abang Zaiful, Dhia bukan budak kecil. Dhia tahu, abang mesti tumbuk kaca kan? Sebab itu berdarah?"

"Abang Zaiful kau marah nah sampai tumbuk cermin. Entah dia ingat dia ni kebal ke apa." Jawab Fandi akhirnya. Zaiful hanya mencebik mukanya. Dia tahu, dia tidak sepatut menumbuk cermin itu. Tetapi kemarahannya terhadap Haziq perlu dilepaskan.

"Abang Zaiful dah kenapa? Tak ada kerja lain ke? Daripada tumbuk kaca, baik tumbuk punching bag kat gym, abang pun dah semakin out of shape." Cadang Dhia.

Zaifullah memandang bentuk badannya lalu menjawab, "Mana ada. Badan abang slim je. Yang Dhia ni dari mana? Basah je. Dhia pergi swimming ke?"

"Taklah, Dhia mandi hujan." Ujar Dhia dengan sinis.

"Dhia mana tahu berenang." Ujar Fandi.

"Dhia minta kawan Dhia ajar." Dhia terbayang badan tegap Iqbal yang jelas kelihatan disebalik baju putihnya yang basah. Dia tertunduk malu. 'Ya Allah, kenapalah boleh terbayang benda gitu pulak!'

"Iqbal ke?" tanya Zaiful. Dia memandang gadis itu sambil tersenyum mengejek. Walaupun dia tak tahu kenapa wajah Dhia berubah merah, dia tahu, ini ada kena-mengena dengan lelaki bernama Iqbal.

"Mana Dhia kenal Iqbal?" tanya Fandi. Fandi rasa bertanggungjawab untuk tahu siapa kawan-kawan Dhia di sini. Dia tidak mahu dipersalahkan apabila ada sesuatu yang tidak diingini berlaku kepada gadis itu.

"Dekat hotel lobi ni." Pendek sahaja jawapan Dhia. Dia tidak mahu terus berbual tentang Iqbal.

Fandi mahu bertanya lebih lanjut tentang lelaki yang Dhia kenali di hotel lobi ini tetapi dia tangguhkan kerana pintu lift sudah pun terbuka dan Dhia sudah pun laju melangkah ke arah biliknya.

"Dhia, nanti kita semua keluar makan dinner sama-sama!" pesan Fandi sebelum kelibat Dhia menghilang ke dalam biliknya. Fandi kemudian memandang Zaiful lalu berkata, "Kau pun jangan lupa. Nanti ingatkan Radiah sekali. Korang berdua jangan asyik terperap aja dalam bilik."

~

Dhia melangkah ke katil hotelnya. Baju renangnya sudah pun bertukar kepada baju panjang panjang berwarna merah hati dan seluar jeans. Dia menghidupkan televisyen. Matanya mengalih ke Radiah yang sedang terlena. Wajah sepupunya kelihatan tenang sahaja ketika terlena. Dhia amat menyukai wajah Radiah yang tenang. Wajah itu mampu membuat sesiapapun turut rasa tenang. Kerana itu, dia tidak berhenti-henti mencuba untuk mengembalikan wajah tenang itu. Dhia tahu, sepupunya sedang mengalami masalah yang berat. 'Kalau aku tahu siapa punca semua ni, siaplah! Aku campak dia dalam kolam!'

Dhia membuka bungkusan keropok yang dibelinya semalam. Masih terbayang wajah Faiz yang terkejut melihat berapa banyak makanan ringan yang dia beli. 'Faiz Izzudin.' Lelaki itu sentiasa membuatnya tersenyum. Sentiasa menyenangkan hatinya, tak macam Iqbal. Dhia mendengus kecil memikirkan kembali sikap Iqbal yang membuat hatinya panas. 'Hish! Besok kalau aku kena buat macam tadi jugak, aku rendam kepala dia dalam air!'

Amarah Dhia terhenti apabila mendengar pintu bilik hotelnya terbuka. Wajah Rafidah yang kepenatan menghiasi kaca matanya. Dia memerhatikan gelagat sepupunya.

"Banyak beli tudung kak. Nak bawak balik singapore untuk jual ke?" tanya Dhia dengan selamba. Dia berbaring sambil memandang Rafidah.

"Kau ni bukan nak tolong, sindir akak lagi ada. Mana ada banyak. Akak bukan aja beli barang untuk akak. Ni ada tudung untuk kau dan Radiah." Jawab Rafidah sambil menghulur beg plastik berwarna hijau kepada Dhia.

Dhia menyambut huluran Rafidah. Dia mengeluarkan tudung berwarna merah terang. Tudung berpatternkan hoodie menarik minatnya.

"Kalau Dhia nak yang ini, ambillah. Yang lagi satu kasi Radiah." Ujar Rafidah. Dia memandang Dhia yang masih memegang tudung itu. Warna merah memang kocok dengan warna kulit Dhia yang putih.

Dhia meletak kembali tudung tersebut di dalam plastik beg sambil berkata, "Alah, kasi ajalah tudung ni kat Kak Radiah. Dhia bukannya pakai tudung pun."

"Simpan ajalah. Mana tahu satu hari nanti, bila hati Dhia dah terbuka untuk pakai tudung, Dhia boleh pakai yang ini."

~

Restoran Nasi Ayam berdekatan hotel Star Shine dipenuhi dengan pengunjung. Masing-masing sedang sibuk hendak mengisi perut. Sama seperti keluarga Dhia.

"Rafidah, kenapa Zul tak ikut?" tanya Raudah. Dia menyuap nasi ayam ke dalam mulutnya dengan penuh selera.

"Dia ada dinner dengan kawan lama. Biarkanlah." Jawab Rafidah dengan mendatar. Dhia sedar yang sepupunya itu tidak puas hati dengan sikap tunangnya. Dhia mengerut dahi. Dia tidak suka melihat hubung sepupu-sepupunya bermasalah.

"Awak nak nasi saya? Saya dah kenyang." Tanya Radiah kepada Zaiful. Dia tersenyum memandang kekasihnya.

Zaiful yang sedikit terkejut dengan perubahan Radiah itu mengangguk senang. Tidak boleh dia nafikan bahawa dia sebenarnya rindu kepada Radiah.

"Kenapa awak makan sikit sangat?"

"Saya dah kenyanglah. Tadi petang saya dah makan snacks yang Dhia beli."

"Akak makan snacks Dhia? Patutlah makin sikit!" kata Dhia.

"Alah, bukannya banyak pun akak makan. Lagipun snacks yang Dhia berlambak sangat. Nanti tak habis, kau buang. Kan sayang tu." Jawab Radiah.

Pandangan Radiah kembali ke Zaiful. Dia memandang tangan Zaiful yang berbungkus.

"Kenapa dengan tangan awak?"

"Saya....."

"Abang Apul tumbuk kaca! Dia ingat dia superman!" celah Dhia.

Zaiful memandang Dhia dengan pandangan tajam.

"Kenapa awak tumbuk kaca?"

"Sebab...."

"Sebab kita terserempak Haziq." Celah Fendi pula.

"Haziq kata yang dia ada jumpa Radiah, sebab itu Zaiful geram." Sambung Fendi.

Dia sudah tidak mahu berahsia dengan Radiah mahupun Zaiful. Dia sedar, patutnya dia menyuruh kedua-duanya berterus terang daripada asyik menyorok perasaan.

"Fandi..." Zaiful terperanjat dengan kata-kata Fandi.

Radiah terdiam. Semua yang berada di meja makan mendiamkan diri. Mereka seperti berada dalam dunia sendiri. Keadaan yang bising di keliling mereka tidak dihiraukan.

"Betul ke awak ada jumpa Haziq?" tanya Zaiful. Suaranya tegang. Matanya terus menghala ke arah Radiah. Dia sudah tahu apa jawapannya, tetapi dia mahu dengar sendiri daripada kekasihnya.

"Radiah..." panggil Zaiful.

"Nanti kita bincang." Jawab Radiah akhir.

"No. Saya nak awak jawab sekarang." Bangkak Zaiful dengan keras.

"Zaiful." Tegur Fandi. Dia tidak senang dengan nada keras lelaki itu. dia mahu mereka menyelesaikan masalah, bukan merumitkan.

"Saya nak jawapan awak Radiah. Betulkah awak ada berjumpa dengan Haziq?" tanya Zaiful sekali lagi.

Radiah tiba-tiba bangkit dari tempat duduknya dan kemudian melangkah pergi.

Zaiful juga tidak ketinggalan. Dia mengekori langkah Radiah.

"Woah. That was awkward." Ujar Dhia.

~

"Radiah!" laung Zaiful. Dia mengejar wanita itu yang sudah berlari meninggalkannya. 'Laju pulak girlfriend aku lari.'

"Radiah, tunggu!" Zaiful mencapai bahu wanita itu sekaligus membuat larian Radiah terhenti. Dia memandang wajah Radiah. Kesan airmata jelas di pipi.

"Awak, janganlah nangis." Pujuk Zaiful. Amarah yang dia rasa sebentar tadi terpadam melihat airmata wanita itu. Zaiful tahu hati kekasihnya kuat. Dia jarang mengarlingkan airmata. Namun melihat keadaan Radiah yang menangis teresak-esak, hatinya menjadi sayu.

"Radiah," sekali lagi Zaifullah cuba memujuk. Jika wanita ini muhrimnya, sudah lama dia mendakapnya. Jika wanita itu muhrimnya, sudah lama dia mencium dahi wanita itu. Dia mahu melindungi wanita itu daripada segala kesakitan. Dia tidak sanggup melihat wanita itu bersedih. Melihat Radiah dalam keadaan begitu, hatinya menjadi pasti.

"Radiah, sudikah awak menjadi isteri saya?"

--

Day 4

"DHIA! BANGUN!"

"UZURLAH!"

"BANYAK LAH KAU PUNYA UZUR! BANGUN!!!"

Dhia memerhatikan sepupunya itu dengan hairan. Selama tiga hari mereka berada di sini, tidak pernah sekalipun Radiah kelihatan seceria ini. Namun pagi itu bukan sahaja Radiah tersenyum lebar malah Radiah asyik menyanyikan berbagai lagu cinta. 'Pelik, pelik.'

"Kak, have you finally lost it?" Dhia bertanya. Radiah mengerut muka.

"Akak hilang apa?"

"Akal." Jawab Dhia dengan pendek. Laju sahaja sebijik bantal singgah di muka Dhia.

"Akak I'm serious. Baru semalam Dhia tengok akak nangis macam nak gila lepas itu pagi ni dah happy semacam. Apa hal?"

"Salah ke akak nak happy? Nak enjoy the trip? Bukannya itu yang kau orang nak akak buat?" tanya Radiah dengan selamba. Dia mengerling ke jam dinding hotel itu. Sebentar lagi waktu sarapan. Dia tersenyum simpul.

"Hah tuh kan. Senyum sorang-sorang! Akak please jangan jadi gila! Dhia tak nak akak jadi gila lepas tuh kena hantar rumah orang gila lepas tuh akak kita orang dah tak boleh jumpa akak lagi akak pun dah tak kenal kita..."

"Dah lah. Jangan dramatic sangat. I'm just finally enjoying the trip." Jawab Radiah. "Pergi kejut Kak Rafidah. Dan jangan buat perangai semalam." Sambungnya lagi.

Walaupun Dhia masih tidak puas hati, dia hanya mengiakan sahaja kata-kata Radiah. Dengan pantas Dhia memanjat katil sepupunya yang masih lena.

"KAK RAFIDAH BANGUN! KAK RADIAH DAH GILA! DIA SENYUM SORANG SORANG!" pekiknya sambil melompat-lompat di atas katil.

~

Di meja sarapan, Dhia masih terus memerhatikan Radiah. Malah bukan dia seorang sahaja yang memerhatinya wanita itu, Rafidah, Raudah and Fandi juga tekun memerhatikannya.

"Awak, kenapa awak makan sedikit sangat ni?" tanya Radiah dengan mesra kepada Zaiful.

Lelaki itu tersenyum sambil menjawab, "Saya tak nak nanti saya gemuk awak tinggalkan saya pula."

"Awak ni merepek lah! Saya akan tetap sayang awak walaupun awak gemuk sekalipun." Jawab Radiah dengan romantis sekali.

Aksi manja pasangan itu membuat perut Dhia rasa mual.

"Kak, boleh Dhia mintak izin nak muntah? Serious geli dengar Abang Zaiful dengan Kak Radiah manja-manja."

"Radiah dengan Zaiful tak nak explain apa-apa kat kami? What happened? Baru semalam kau orang bertengkar. Sekarang dah manja-manja. Anything we have to know?" tanya Raudah.

Zaiful dan Radiah saling berpandang-pandangan. Benarkah ini keputusan mereka?

"Zaiful..."

"Minang.."

"Radiah..."

~

Bunyi telefon yang membingitkan mengejut Iqbal dari tidur.

"Hello?"

"Morning Sayang!" suara manja kedengaran di corong telefon.

"Wani? Kenapa kau call pagi-pagi ni?"

"Iqbal, I rindu dengan you. Dah lama kita tak keluar makan sama-sama. Lets go eat lepas itu kita balik rumah you and jumpa mama dan papa you, nak?"

"Tak nak." Jawab Iqbal dengan pendek lalu mematikan talian.

Iqbal menggosok mukanya dengan kasar. Sekali lagi telefon bimbitnya berbunyi. Kali ini dia tidak menghiraukannya.

~

"Zaiful...Minang...Radiah..." setelah racangan itu diceritakan kepada semua, Dhia meminta diri dari meja makan. Dia melihat jam tangan. 'Dah bangun ke Iqbal?'

Kerana dia tidak pasti bagaimana mahu menghubungi lelaki itu, dia bercadang untuk terus balik bilik dan tukar pakaian dan turun ke kolam renang. Di situ dia akan menunggu iqbal sambil cuba untuk berenang sendiri.

"Wait!"

Pintu lift ditahan. Dhia tersenyum kepada wanita yang baru masuk ke perut lift.

"Thanks." Kata wanita itu.

Dhia memerhatikan wanita itu yang sedang asyik menelefon seseorang. Wajah wanita itu muram. Selalunya Dhia tidaklah busybody namun wajah wanita itu bercampur antara sedih dan kecewa.

"Any problem there?"

"I'm sorry?"

"Uhm, need any help?"

"Well, kalau you boleh buat orang yang I call ni angkat phone dia it'll be great," jawab wanita itu. Dia tersenyum pahit.

"That I can't. Sorry. Urgent call ke?" tanya Dhia. Dia memarahi dirinya dalam hati kerana terlalu busybody.

"Tak. Cuma, I rindu dia. Dia je yang tak rindu I." Wanita itu kembali muram.

"Oh, boyfriend huh? Why don't you yang stop calling dia and let him rindu you?"

"Haha. Kalau I stop calling dia, lagi dia suka. But I won't. I nak dia tahu yang I serious dengan dia. Yang I betul-betul sayangkan dia. Yang we were meant to be." Jawab wanita itu dengan sungguh-sungguh.

'Woah psycho.'

Pintu lift akhirnya terbuka. Sebelum Dhia melangkah keluar dari perut lift dia sempat berkata, "Well good luck then. Kalau dah jodoh, takkan ke mana."

~

Telefon bimbit Iqbal asyik berdering. 'Aku campak jugak handphone ni! Biar pecah!'

Dengan geram dia menyambut juga talian itu. "What?!"

"Sayang, jomlah kita keluar. Jom kita pergi rumah you and jumpa parents you. Mesti mama rindukan you." Suara Wani kedengaran bahagia. Mungkin kerana panggilan itu akhirnya disambut.

"Kan I dah kata tak nak." Jawab Iqbal. Sedaya upaya dia menahan marah. Tangannya laju mencapai seluar renang dan beg renangnya lalu membuka pintu. Langkahnya terhenti apabila melihat Wani tercegat di hadapan pintu.

"What are you doing here?!" marah Iqbal.

"Nak jumpa you. I missed you so much sayang. Jom, mama you nak sangat jumpa you." Pujuk Wani lagi.

"No! Dah jangan ganggu I. Pergilah balik."

"Kalau you tak nak pergi, fine. But you ada terfikir tak akibatnya kalau I jerit sekarang ni? What if I jerit tolong? This is your hotel Iqbal, you nak dapat malu ke?" jertak Wani.

"Are you threatening me? Are you kidding me?" tanya Iqbal dengan tidak percaya.

"Macam gini, I'll stop visiting you kat hotel ni if you just once ikut I pergi jumpa parents you. Mama you rindu sangat dengan you Iqbal. Please." Pujuk Wani.

Iqbal memerhatikan wajah Wani. Wajah wanita itu yang tiada cacat celanya. Tiada langsung masalahnya kalau dia bernikah dengan wanita itu. Mungkin yang bermasalah adalah dirinya sendiri? Hatinya tidak suka. Hatinya tidak mampu untuk sayang wanita ini lebih dari seorang kawan.

Wani sebenarnya seorang wanita yang amat baik. Both terhadap dirinya dan parentsnya. Mungkin sebab itu mamanya mahu mereka disatukan. Hendak buat bagaimana, hati sudah tidak sudi.

Suatu waktu dahulu mereka memang rapat. Rapat seperti abang dan adik. Mungkin sebab itulah hatinya tidak mampu menerima wanita itu. Di matanya, masih kelihatan budak kecil yang comel dan comot yang kehilangan dua gigi depan.

Semuanya berubah apabila Wani mula memasang angan untuk membina kehidupan dengannya. Sekarang di matanya, Wani adalah wanita yang amat menjengkelkan dan amat melemaskan.

"Promise." Iqbal memandang wajah Wani yang penuh dengan harapan. 'Why not?'

~

Dhia keluar dari baby pool. Hatinya sakit. Iqbal yang ditunggu-tunggu tak muncul-muncul. Dhia melepaskan geram dengan menghentak kakinya dengan kuat. 'Ouch! That is so dumb Dhia!'

Dhia duduk di salah satu kerusi malas sambil membungkus dirinya dengan tuala. Mesti iqbal tidak datang. Who am I kidding? Mesti sekarang ni dia tengah sesuatu lagi exciting dari mengajar dirinya berenang. I mean, kita baru kenal. I should have known to not trust his words.

Hatinya sakit. Tetapi bukan itu sahaja yang dirasa. Dia juga rasa amat kecewa. Dan rindu? 'Oh my gawd what am I thinking? Kau baru kenal dia Dhia! Jangan merepek. Ya mungkin rindu sikit-sikitlah sebab tak ada orang nak bertengkar dengan. Sikit je.'

"Dhia?" suara Faiz memecah monologue nya. (ceh monologue konon. More like crazy thinking)

"Hi!"

"Awak memang suka pool ni eh?" tanya Faiz.

"Kenapa awak cakap gitu?" tanya Dhia.

"Awak selalu kat pool ni sedangkan awak tak pandai berenang."

"Hey! Bukan salah saya tau. Saya tak ada swimming pool kat rumah. Saya deprieved sikit lah." Jawab Dhia.

"Awak tak kerja ke?" tanya Dhia lagi.

"Baru habis. Awak nak jalan-jalan tak? Saya bawa awak ronda-ronda KL."

"Awak nak dating dengan saya eh?"

"Eh taklah. Saya cuma nak jadi tour guide yang baik aja."

"Alah kalau awak nak dating dengan saya pun why not. I'm still single. Awak single?"

Faiz menelan air liur. 'Minah ni tanya aku single ke tidak? Hansem hansem gini tak kan tak ada orang nak?'

"Saya masih single."

"Then why not?"

--

Day 4

"Adik, mana tunang kau? Dari pagi tak nampak batang hidung." Tanya Raudah. Matanya sibuk melihat pelbagai jenis tudung yang di jual. Tengah hari itu mereka keluar ke shopping centre untuk mencuci mata.

"Tudung yang Radiah pegang tuh cantik. Beli lah." Cadangnya apabila melihat adik bongsu asyik membelek-belek tudung berwarna biru gelap. Hatinya senang melihat perubahan Radiah. Sejak pagi lagi Radiah kelihatan amat ceria. Apabila mendapat berita yang Zaiful meminang Radiah hatinya lega. Mungkin ini adalah jalan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah. Harap-harap mereka dapat melupakan insiden Haziq dan tumpukan perhatian kepada hubungan mereka.

"Entah." Jawab Rafidah dengan pendek. Dia hanya memandang kosong ke hadapan. Dia resah. Perasaan marah, risau, kecewa berbaur di dalam hati. Ke mana pergi tunangnya sendiri tidak diketahui. Yang dia tahu, tunangnya keluar bersama teman lama. Teman wanita. Rafidah mengeluh.

"Kau ada masalah ke dik? Bilang dekat akak. Jangan jadi macam Radiah ni, ada masalah simpan dalam hati." Ujar Raudah.

"Adik risaulah. Zul tak pernah perangai macam gini. Hilang je. Keluar pun tak bilang adik." Luah Rafidah.

"Kau tahu dia keluar dengan siapa?"

"Tahu. Kawan universiti dia. Kata nak catch uplah, apalah. Adik tak nak buruk sangka dengan tunang sendiri tapi hati adik tak senanglah." Jawab Rafidah lagi.

"Tak apa Kak Idah, nanti Radiah cuba suruh Zaiful tanya Abang Zul." Sampuk Radiah.

Ke tiga beradik lalu di hadapan kedai Anakku. Langkah Raudah terhenti.

"Akak, is there something yang perlu kita tahu?" tanya Radiah. Wajah kakak sulungnya yang sayu di pandang. Dia tahu, kakaknya itu amat teringinkan anak. Mungkin belum rezeki.

"Akak peregnant."

~

"Kenapa awak masih single?" tanya Dhia sambil menikmati ais krim yang baru di beli. Dia melambuhkan punggungnya di atas rumput. Dhia memerhatikan keadaan taman yang amat menenangkan. Penat dia dan Faiz berjalan sambil bershopping. Barang-barangnya diletak di sebelahnya.

"Belum jumpa yang sesuai kot." Jawab Faiz. Dia menurut kelakuan Dhia.

"Perempuan macam mana yang sesuai untuk awak?"

"Entah. Saya ikut saja kata hati saya." Faiz menjawab. Dia memerhatikan wanita di sebelahnya. Dia tersenyum. 'Mungkin dia?'

"Awak pula?"

"Saya? Saya nak lelaki yang pandai berenang, lelaki yang outspoken but not rude, lelaki yang boleh saya bertengkar dengan sebab saya suka bertengkar dan....kaya!" jawab Dhia.

"Oh materialistic jugak awak!"

"Yelah, nak kahwin kena banyak duit. But yang paling penting sekali, saya nak lelaki yang boleh bimbing saya menjadi isteri yang solehah."

"Kalau saya jadi lelaki itu, awak nak?" tanya Faiz.

"Hmm. Boleh. You seem to fulfill my ideal guy. Pandai berenang, check. Sebab awak pernah selamatkan saya. Outspoken? Well, awak baru tanya saya soalan direct gila. Kaya, hmm. Saya kena tengok bank akaun awak. But awak kurang satu aja."

"Apa dia?"

"Awak baik sangat. Tak sesuai untuk saya." Jawab Dhia.

"What makes you think yang saya ni baik?" tanya Faiz.

"Well, first of all, saya baru empat hari kenal awak, but awak tak take advantage pun. Dan, you look like a nice guy. From a nice family."

"Thats when you're wrong. Not the first part. Awak salah part nice family."

"Kalau awak nak, ceritakan lah pasal family awak. Sebab sometimes its alot easier to open up to a stranger." Dhia berkata. Dia dapat merasakan bahawa ada sesuatu yang dipendam Faiz. Semua orang ada masalah keluarga. Yang penting adalah macam mana orang itu tangani masalah keluarganya. Dhia memandang wajah tampan Faiz.

"Well, saya kehilangan abah saya masa saya kecil lagi. Saya tak affected sangat sebab saya tak berapa ingat pun abah saya. Lepas itu mama saya kahwin dengan papa tiri saya. saya memang tak rapat sangat dengan dia. I mean, dia baik. Makan minum saya semua dia tanggung but he was never a father figure to me. But Papa ada anak lelaki. He was my abang. He was my male figure. Saya look up to him. Masa kecil dia rapat dengan saya but bila dah dewasa, entahlah. Mungkin sebab masing-masing dah ada tanggungjawab masing-masing." Ujar Faiz dengan panjang lebar.

Dhia berkerut. "Is Iqbal that abang yang you look up to?"

Faiz mengangguk.

"I am so sorry but macam manalah awak boleh anggap godzilla tuh sebagai role model awak? Dah lah baran semacam. Rude pulak tuh. Sikit-sikit nak gaduh dengan saya, sikit-sikit nak bertengkar. Dahlah dia yang tolak saya dalam swimming pool. Lepas itu ada hatinya nak ajar berenang. Then mungkir janji. Menyampah!" rungut Dhia dengan tidak sengaja. Perasaan marah yang Dhia alami sejak empat hari dia berada dia sini seakan-akan membuak-buak keluar dari dada.

Faiz tertawa. "Awak sedar tak awak baru aja describe your ideal man?"

"What?"

Faiz tersenyum.

~

"Thanks Faiz. Jumpa besok!" ujar Dhia apabila melangkah ke lobi hotel.

"Besok saya tak ada. Saya cuti."

"Oh. Kalau gitu, see you whenever."

"Baik-baik jalan. I'll see you." Faiz melambai tangannya lalu melangkah keluar dari lobi hotel. Malam itu dia pulang ke rumah untuk berehat.

"Oh and Faiz! I'll miss you!" jerit Dhia sambil ketawa nakal. Dia suka membuat lelaki itu serba tak kena. Comel sungguh melihat pipi Faiz bertukar rona merah.

"Lady."

Dhia tidak mempedulikan suara itu. Dia kenal sangat dengan suara itu. 'Asyik panggil aku lady aja. Entah dia ingat tidak nama aku apa!'

"Lady!"

"Lady!"

"Dhia Arifah!"

"What godzilla?!" balas Dhia.

"Where did you go? I tunggu you dekat pool tadi."

"You jangan bedek. I tunggu you lebih dari tiga jam. You tak muncul-muncul. Not like I cared." Jawab Dhia dengan geram.

"I'm sorry. I lambat sikit. I jumpa kawan I sekejap."

"Apa I peduli!" rajuk Dhia. 'Wait, sejak bila aku pandai merajuk ni? What is this godzilla turning me into?'

"You merajuk eh? Alah comel pulak you merajuk!" ejek Iqbal.

"You jangan nak keluar word pujuk-pujuk pulak. I tak merajuk. Buang masa aja. Lagipun siapa kata I tunggu. I was practicing by myself and apparently I'm getting better so you tak payah nak susah-susah ajar I."

"You practice kat mana? Baby pool?" ejek Iqbal lagi. Bahagia sungguh hatinya melihat wajah Dhia yang merah padam menahan marah.

"Diamlah godzilla!"

"Ok, how about this, besok I bawak you pergi istana budaya since I have two tickets for a play."

"Buat apa I nak pergi?"

"You datang KL kan nak bercuti. Takkan nak duduk kat hotel aje. Boringlah. Jom?" pujuk Iqbal.

"Urgh fine. But kalau you mungkir janji lagi, tak akan mengaku yang I kenal you. Whatever weird friendship yang kita apparently have is over. Faham?" ugut Dhia.

"Promise! Besok I jumpa you pukul enam. We go for dinner then the play. Dress up cantik-cantik ok."

"Whateverlah godzilla. I nak balik bilik. Bye."

"Bye my dear lady. Sweet dreams!" ujar Iqbal tersenyum and mengenyit mata.

Di dalam lift Dhia asyik memikirkan tentang datenya dengan godzilla. 'Eh, date ke?'

Dia teringat akan kata-kata Faiz, I described my ideal guy when I talk about Iqbal. 'Bila masa?'

'Sikit-sikit nak gaduh dengan saya, sikit-sikit nak bertengkar. Dahlah dia yang tolak saya dalam swimming pool. Lepas itu ada hatinya nak ajar berenang.' Wait. Pandai berenang, asyik bertengkar dengannya, outspoken gila and dia confirm kaya. Wait. Takkanlah godzilla ni my ideal guy?!

Iqbal melangkah masuk ke biliknya. Dia resah. Bukan dia tidak dengar ucapan rindu Dhia kepada Faiz. Faiz Izuddin. Adik tirinya. Siapa sangka, mereka jatuh cinta dengan wanita yang sama. Eh, ini cinta ke?

--

Day 5

"DHIA!"

"DAH, DAH BANGUN DAH!"

Rafidah berjalan menuju ke bilik tunangnya. Sepanjang hari semalam dia tidak nampak tunangnya sendiri. Hati yang risau dan marah ini perlukan jawapan.

"Zaiful, Zul ada kat dalam?" tanya Rafidah sebaik sahaja melihat wajah Zaiful muncul di depan pintu.

"Zul? Dia tak balik semalam." Jawan Zaifullah. Dia melangkah keluar dari bilik hotelnya. "Jom pergi breakfast." Ajak Zaifullah lagi.

Rafidah hanya menurut. Hatinya tidak senang mendengar Zaifullah berkata bahawa tunangnya tidak pulang semalam. 'Mana dia pergi? Selamatkah dia?'

"Dia tak cakap ke mana dia pergi?" tanya Rafidah.

"Tak. Dia cuma cakap yang dia nak pergi jumpa kawan. Kau kenal ke siapa kawan yang asyik dia jumpa ni?" tanya Zaifullah kembali.

Rafidah hanya mendiamkan soalan itu. Dia hanya memandang pintu lift.

Wajah Hafizul muncul apabila pintu lift terbuka. Langkahnya terhenti. Dia memandang Rafidah dan Zaiful yang terdiam memandangnya.

"You nak pergi mana dengan Zaiful?" dia bertanya.

"You yang pergi mana dari semalam?" tanya Rafidah.

"Keluar. You buat apa dekat tingkat ni? Dengan Zaiful pulak tuh." Kali ini, jelas yang Hafizul cemburu.

"I nak jumpa you, sebab itu I cari you kat bilik. Mana you pergi semalam? Kenapa tak balik?" tanya Rafidah dengan keras.

"I tidur rumah kawan I. You janganlah nak risau." Jawab Hafizul dengan kasar. Dia memandang Zaiful yang sejak tadi hanya mendiamkan diri.

"Kawan? Kawan perempuan you tuh? You berdua aja? You jangan buat gila!" tuduh Rafidah.

"Apa you merepek ni?! You ingat I dah hilang akal? You ingat yang I lupa, I tunang orang? You tuh yang patut sedar you tunang I. Jangan sesuka hati ketuk bilik lelaki. Orang lain pandang, malu I!" marah Hafizul.

Rafidah terdiam dengan tuduhan Hafizul. Zaiful yang sedar akan keadaan ini menyampuk, "Zul, Rafidah ni risau. Aku pun risau. Lain kali kalau tak balik, bilang aku. At least boleh lah aku terangkan dengan Rafidah."

"Kau tak payah masuk campur. Kau pergi kisahkan aja pasal Radiah. Suka hati akulah mana aku nak pergi, mana aku nak tidur. Kita belum bernikah. Jangan nak kongkong I pulak." Marah Hafizul. Dia pantas melangkah pergi untuk masuk ke bilik hotelnya.

"HAFIZUL!" panggil Rafidah. Dia terperanjat sungguh dengan kata-kata tunangnya. Rafidah memandang Zaifullah yang sedang menahan marah.

"That's not my fiance." Ujarnya dengan pendek.

"Memang itu bukan Hafizul yang kita kenal."

~

"Kak, abang Fandi mana?" tanya Radiah apabila melihat Raudah keluar seorang diri dari bilik hotel.

"Masih tidur. Akak tak nak kacaulah. Kesian dia. Datang sini nak berehat, tapi akak tengok semakin penat dia." Jawab Raudah.

Tiba-tiba tekaknya terasa loya. Raudah pantas menolak pintu bilik hotel Radiah yang masih separuh terbuka. Dia berlari anak ke sinki tandas. Raudah terasa mahu muntah tetapi tidak ada apa-apa yang keluar sebab segala isi perutnya sudah dikeluarkan malam tadi. Morning sicknessnya semakin teruk. Nama aja morning sickness, tetapi malam pun dia asyik termuntah-muntah.

"Abang Fandi tak tanya kenapa akak asyik muntah-muntah?" tanya Radiah yang masuk lalu menutup pintu tandas. Dia tidak mahu Dhia dengar perbualan mereka. Walaupun itu tidak mungkin terjadi kerana Dhia masih lagi lena. 'Kalau aku letak bomb kat tepi pun belum tentu dia sedar!'

"Dia tak tahu akak muntah-muntah. Dia tak tahu pun akak pregnant." Ujar Raudah sambil membasah mulutnya. Dia terduduk di tepi bathtub. Kepalanya pusing sangat.

"Akak, bilanglah Abang Fandi. He has the right to know."

"Radiah, kau pun tahu yang Abang Fandi tak mahu anak sekarang."

"Habis nak buat macam mana? Dah Allah yang kurniakan akak anak sekarang. Apa yang dia boleh buat kak?"

"Akak tak tahu lah. Akak risau Abang Fandi tak boleh terima anak ini. Akak tak nak baby akak rasa yang ayahnya tidak sayangkan dia."

Radiah memicitkan kepala kakak sulungnya. Kasihan melihat keadaannya begitu. Dia tidak mampu bayangkan jika Zaiful tidak boleh menerima dirinya hamil.

"Inshaa Allah dia boleh terima. Inshaa Allah, Allah akan lembutkan hatinya. Cubalah akak bertahu Abang Fandi. Lama manalah akak boleh sembunyikan pregnancy akak ni? Your stomach isn't getting any smaller."

"You're getting wiser every day Radiah. Akak doakan kau bahagia dengan Zaiful. Jangan asyik nak pendamkan perasaan aja. Faham?"

"Yerrrrr makkkkk."

~

Meja sarapan pada pagi itu sunyi sahaja. Hafizul masih menghilangkan diri. Wajah Rafidah kelihatan keruh. Dhia kurang selesa dengan suasana sebegini. Hendak buat lawak pun takut kena marah. Akhirnya, Fandi yang memecahkan kesunyian meja itu.

"Raudah, Isnin ini, Abang kena balik Singapore. Abang dapat call yang company Abang akan dapat investor baru. We have to prepare paper work dan presentation kepada investor baru itu. Abang tak berapa yakin untuk lepas tangan macam itu aja."

"Abang nak cut short vacation kita?" tanya Raudah. Yang lain sibuk memasang telinga.

"Bukan kita. Abang aja. Raudah kalau tak nak balik dengan abang, Raudah boleh aja tinggal dengan yang lain." jawab Fandi. Dia memandang wajah isterinya yang muram. Tidak sampai hati melihat wanita yang amat dia sayangi itu sedih. Sememangnya dia pun tidak mahu pulang awal, tetapi sudah tanggungjawabnya. Demi membina masa hadapan yang cerah untuk mereka, tak apalah, dia berkorban masanya.

"Nanti Raudah fikirkanlah." Jawab Raudah akhirnya.

Dhia tidak tahu melihat suasana yang kurang selesa pagi ini. Dia memandang Radiah dan Zaifullah sambil bertanya, "Balik Singapore nanti Abang Zaiful terus hantar rombongan meminang ke?" tanya Dhia.

"Inshaa Allah. Kalau tak ada halangan, abang hantarlah. Abang pun tak nak tunggu lama-lama. Sementara kak Radiah kau ni masih mahu." Jawab Zaiful. walaupun dia berkata dengan nada main-main, tetapi dia tahu, tidak mustahil Radiah akan berubah hati.

"Yay! Dhia tak sabar nak tengok abang dengan akak kahwin. Lepas itu boleh dapat anak banyak-banyak! Kak Raudah lambat nah nak kasi anak sedara kat Dhia!"

Raudah terbatuk-batuk. Wajah Rafidah dan Radiah berkerut memandang Dhia dan Raudah.

"Abang, Raudah naik bilik jap. Tak berapa sihatlah."

Fandi memandang Raudah dengan hairan. "Abang ikutlah."

Radiah dan Rafidah merenung Dhia.

"What? What did I do?"

--

Day 5

"Raudahku marahkan abang?" tanya Fandi sebaik sahaja dia selangkah dengan isterinya.

Raudah hanya menggelengkan kepala. 'Macam mana aku nak jelaskan semuanya dengan kau?! Pengecutkah aku kerana menyembunyikan rahsia ini dari engkau?'

"Dah tuh, kenapa cepat nah nak balik bilik? Kan kita nak keluar hari ni." Tanya Fandi lagi.

"Raudah kurang sihatlah abang. Kalau abang nak keluar, keluar. Ajak Zaiful ke Zul ke, tak pun Dhia. Kesian abang, datang nak holiday tapi kena balik siang." Jawab Raudah.

"Raudah, abang ada berapa hari je lagi dekat sini, takkan abang nak spend time dengan orang lain," kata Fandi dengan lembut. Dia hairan dengan berubahan isterinya. 'Sebab kata-kata Dhia ke sebab aku kena pulang awal?'

"Abang, Raudah betul-betul penat ni. Nanti petang sikit baru Raudah keluar lah ye," akhirnya Raudah memandang suaminya dan tersenyum.

"Kalau Raudah tak nak keluar abang pun tak nak. Kita rehat ajalah dalam bilik."

Raudah hanya mengiyakan suaminya lalu terus melangkah ke dalam tandas. Dia memandang cermin sambil mengusap perutnya. "Maafkan mama. Mama belum mampu untuk beritahu papa lagi."

"Raudahku sayang!" suara lantang Fandi kedengaran dari luar.

"Ya?" teragak-agak suara Raudah keluar kerana dia masih terasa amat sebak.

"Raudah tahukan abang sayang Raudah sangat-sangat? Raudahlah hadiah yang paling berharga dalam hidup abang. Abang tak ada siapa-siapa lagi selain Raudahku."

Kata sayang Fandi membuat hati Raudah lembut. 'Oh anak, kalaulah papa mu boleh menerima mu dengan senang hati...'

~

"What did I say? Wait, what did I miss?" Dhia keliru melihat reaksi kakak saudaranya. Salahkan?

"Dahlah Dhia, kau diam sudah, makan sarapan kau tuh." Kata Rafidah, menandakan tamatnya perbualan ini. Dhia yang masih tidak puas hati cuba untuk membangkang namun terhenti apabila melihat kelibat Hafizul melangkah laju ke meja mereka.

"Rafidah, I nak cakap dengan you sikit." Ujar Hafizul dengan lembut sambil memandang tunangnya. Rafidah terkejut dengan kehadiran Hafizul. Dia teringat kembali kejadian pagi tadi. Bohonglah jika dia tidak terluka dengan kelakuan lelaki yang sudah tidak lama lagi akan menjadi suaminya. Hendak diikutkan hati rajuknya namun perasaan ingin tahu kemana hilangnya lelaki itu semakin menebal.

"Kau tak sarapan dulu Zul?" tanya Zaiful.

"Rafidah, boleh you ikut I?" suara Hafizul meninggi apabila dia melihat tunangnya mendiamkan diri.

"You nak cakap apa?" tanya Rafidah dengan perlahan. Suara tinggi Hafizul hanya sekali dua sahaja pernah dia dengar.

"Ikut I."

~

"Lady!"

'Hish, suara ni kat mana-mana aja lah!'

"Nak apalah godzilla?" jawab Dhia dengan kasar. Dia memandang Iqbal yang sudah berada di hadapannya sambil tersengih. 'Hish, sengih-sengih macam kambing! Tak mungkin ini ideal guy aku! semalam aku hilang akal aja!'

"Oh so we are now on the nickname stage? Maknanya kita ni dah macam kawan lah?" tanya Iqbal sambil masih lagi tersengih.

"Eee. Takde masa lah I nak kawan dengan godzilla. Buat naya aje. Dah lah baran you ni tak tentu. Eee, I don't want to risk my life being friends with you." Jawab Dhia dengan kasar.

"But I rasa kita kawan. Sebab kalau tak, dah lama awak angkat kaki."

Dhia terdiam. 'Hish yang kaki ni gatal tak nak belah kenapa?!'

"Nak pergi lah ni!"

"Wait!"

"Hish nak apa?"

"Ingat, dinner and play. I akan betul-betul rasa disappointed if you miss this. I'm really looking forward to it!" pesan Iqbal sambil tersenyum manis.

Dhia memerhatikan Iqbal yang melangkah pergi. Hatinya seperti terlupa hendak berdegup seketika apabila melihat senyuman lelaki itu. Kedua-dua lesung pipit lelaki itu kelihatan. Boleh dikatakan ini pertama kali Dhia melihat senyum lelaki itu. Bukan senyuman sinis ataupun senyuman mengejek. Senyum ikhlas Iqbal membuat hati Dhia keliru.

'Apa ni yang aku rasa?'

~

"Awak nak buat apa pergi Pavillion?" tanya Radiah. Teksi yang dinaikki bergerak dengan laju. Dia memadang Zaiful sambil tersenyum. Tadinya, lelaki ini mengajaknya pergi ke Pavillion KL. Katanya hendak membeli sesuatu untuk dirinya.

"Saya nak cari cincin nikah."

Radiah tersenyum. Dia tidak sangka Zaiful akan melamarnya di sini.

"Tapi awak jangan lupa, balik Singapore nanti, awak kena masuk meminang saya tau. Saya masih ada ayah."

Zaiful tersenyum. "Yes ma'am. Takkan saya nak membelakangkan orang tua pulak."

"Terima kasih Radiah. Sebab menerima lamaran saya yang mengejut ni. Saya tahu, banyak yang perlu diselesaikan antara. Kita masing-masing datang dengan baggage kita masing-masing. Tapi saya nak awak tahu yang saya bersedia menghadapi segalanya bersama awak, dengan izin Allah, Inshaa Allah saya akan menjadikan awak suri hati saya dan saya akan melindungi awak sebaik mungkin sebagai suami." Sambung Zaiful lagi.

Pertama kali mendengar kata-kata romantis dari Zaiful membuat Radiah malu.

"Mesti ayah suka. Anak semua sudah ada yang akan menjaga." Radiah tersenyum. Senyumannya menjadi sayu sambil menyambung, "Kalau ibu masih ada, tentu dia suka yang awak sudah masuk meminang. Tentu dia suka melihat anak-anaknya sudah ada tempat berlindung. Tidak perlulah dia risau lagi. Radiah masih ingat pesan ibu dekat kami adik beradik, carilah suami yang dapat membimbingmu ke syurga kerana selepas bernikah, syurga mu bukan lagi dibawah telapak kaki ibu tetapi suamimu. Jagalah suamimu seperti mana ibumu menjaga mu. Inshaa Allah mahliga yang dibina akan bahagia."

Sebutir airmata keluar. Hanya sebutir sebab ibu sudah berpesan, jangan tangisi pemergian ibu.
--

Day 5

"You pergi mana semalam? Hari tuh? You pergi mana sebenarnya?"

"Maafkan I sayang."

"No! I tak nak dengar maaf you, I want answers."

"Rafidah, I betul-betul tak sengaja nak marah you sampai macam gitu sekali. You tahukan yang I sayang you?"

"Hafizul, I tak nak dengar kata cinta you. Yang I nak dari you is jawapan. Mana you menghilang dua tiga hari ni? Mana you pergi, tinggalkan tunang you seorang diri yang asyik risau pasal you? Apa I nak jawab dekat family I?" tanya Rafidah bertubi-tubi. Janjinya untuk tenang menghadapi tunangnya hilang entah kemana apabila melihat Hafizul mengelak dari menjawab soalannya.

"I, I tak ke mana-mana. I cuma visit kawan-kawan I. Rupanya ramai kawan-kawan universiti I dekat KL. I guess I forgot the time sebab itu I balik lambat." Jawab Hafizul.

"Habis tak usah nak bilang I? You boleh aja call I."

"Kan I cakap I lost track of time. I minta maaf sayang."

"Kawan universiti you? Maksudnya perempuan yang kita terserempak kat pantai tuh pun adalah?"

"Linda. Her name is Linda. Of course, dia kan bestfriend I." Jawab Hafizul dengan sedikit kasar. Dia tidak suka dengan nada suara Rafidah yang seperti masih tidak percayakan kata-katanya.

"Bestfriend aja ke?" tanya Rafidah. Dia tahu dia tidak sepatutnya bertanya soalan itu kerana ia akan mengeruhkan lagi keadaan namun cemburunya tidak boleh tertahan. Walaupun dia tidak kenal wanita itu, dia tahu, Linda dahulu pernah menjadi kekasih Zul.

"Sebab itu I tak suka berbual dengan you. Asyik cemburu sana, cemburu sini. Tidak yakin dengan kata-kata I. Lepak dengan Linda lagi baguslah. Jangan cari I sampai ke bilik pulak!" tengking Hafizul.

Sebelum sempat Rafidah berkata apa-apa, Hafizul sudah bangun dan melangkah pergi dari ni. Kemarahan Rafidah semakin meninggi. Dia marah pada Hafizul, dia marah pada Linda dan orang yang paling dia marah adalah dirinya.

~

Pasangan Raudah dan Fandi melangkah masuk ke kafe Hjh Mariam. Mata meraka mencari-cari kelibat pasangan Radiah dan Zaiful. Raudah tersenyum lega melihat kemesraan pasangan itu. Hatinya lega melihat senyuman bahagia adik bongsunya. Sudah tidak ada lagi wajah muram dan asyik terperuk di dalam bilik sahaja.

"Wah, happy nampak. Dah tak sabar ke?" tegur Fandi. Walaupun kata-katanya berbaur gurauan, dia tetap mahu pasangan itu sedar bahawa mereka belum murhim lagi. Tidak boleh terlalu mesra, tidak elok dipandang orang.

Zaiful yang faham dengan pandangan Fandi merenggangkan sedikit jaraknya dengan Radiah. Dia sedikit pun tidak terasa dengan kata-kata lelaki itu malah bersyukur masih ada yang mahu menasihatinya.

"Yelah. Aku jealous jugak tengok kau berkepit aja dengan isteri kau. Macam pengantin baru!" usik Zaiful. Raudah pura-pura marah dengan Zaiful lalu melepaskan tangan suaminya.

"Eh, please jangan jealous. Aku pun tunggu lama tau! Now, its your turn."

"Kau nak langgar bendul ke kau nak sama-sama nikah dengan si Rafidah?" tanya Raudah setelah lama berdiam diri.

"Entah lah. Nanti Radiah check dengan kak idah. Tapi nanti dulu lah. Radiah tengok kak idah tuh macam ada masalah dengan abang Zul."

"Aah kak. Kami pun belum aja perancangan pun. Baru beli cincin aja. Ingat balik Singapore nak bincang dengan ayah kakak baru kita buat perancangan lagi." Sampuk Zaiful.

~

"Eh kak idah ni kenapa?" tanya Dhia. Dia terperanjat melihat kakak saudaranya bermata bengkak.

Rafidah yang sedari tadi asyik menangis memeluk adik saudaranya. Perasaan marahnya telah bertukar menjadi kesedihan. Dia sedih memikirkan kelakukan tunangnya.

"Hey, kak idah... Kenapa ni?" tanya Dhia sekali lagi. Dia perlahan-lahan mengusap belakang badan Rafidah.

"What went wrong Dhia? Akak tak tahu apa salah akak? Dhia, apa salah akak?" teresak-esak Rafidah menangis.

"Kak... Dhia tak faham. Cuba akak calm down lepas tuh terangkan dekat Dhia satu-satu. Apa yang 'what went wrong'?" pujuk Dhia.

Rafidah cuba untuk mengambil nafas sedalam-dalam. setelah pasti tiada lagi tangisan yang akan keluar dia memandang Dhia yang masih setia duduk di bibir katil.

"Zul. Akak tak tahu what went wrong Dhia. Zul dingin sangat dengan akak."

"Kakak dah cuba berbincang dengan Abang Zul?"

"Dah. Alasannya akak cepat cemburu. Tapi cuba Dhia cakap dengan akak, siapa tak cemburu kalau tunangnya asyik pentingkan perempuan lain. kita kat sini baru lima hari. Tapi akak cuma jumpa tunang akak untuk dua hari aja. Macam mana akak tak marah, cemburu?" segala keluhan Rafidah di dengar dengan tekun oleh Dhia.

"Akak sakit Dhia. Sakit ni, hati akak. Akak tak nak banyak. Akak tak nak kata cinta ke, kata sayang, yang akak nak kesetiaan Zul. Tapi he is proving me otherwise."

~

Dhia memandang ke arah tubuh Rafidah yang sudah tertidur. Hampir setengah jam Dhia duduk mendengar keluhan kakak saudaranya. Dhia turut risau melihat keadaan hubungan Rafidah dan Zul. 'Ya Allah, kau berilah kekuatan kepada kakak saudaraku. Jika mereka tidak ada jodoh, kau tunjukkan lah Ya Allah. Supaya dia tidak bersedihan lagi.'

Dhia membongkar suitcasenya sehingga tongang-terbalik. Setiap outfit yang dibawahnya tidak memuaskan hati. Semua macam tak cantik. "Hish yang aku nak cantik-cantik ni apasal? Aku nak impress siapa? Si godzilla tuh?" rungut Dhia sendiri. Dia marah sebab jauh di sudut hatinya, dia tahu bahawa itu sebenarnya niatnya.

~

(5:30pm) Kenapa aku siang nah?

(5:50pm) Kenapa aku nervous ni?

(6:00pm) Takkan dia lupa date kita. Eh date ke?

(6:15pm) No way.

(6:30pm) ding! Wow.

Jantung Iqbal berdegup dengan laju tatkala memandang Dhia yang baru keluar dari lift. Maxi dress berwarna merah hati dipadankan dengan denim jacket membuat image Dhia kelihatan santai but smart. Stillettos berwarna hitam jenama Chanel kedengaran semakin hampir dengan Iqbal. Iqbal memandang pun wajah wanita yang baru lima hari hadir dalam hidupnya. Rambutnya yang panjang dibiarkan lepas dan dengan solekkan senderhana membuat Dhia kelihatan amat natural beauty.

"Now before you think yang I sengaja lambat, I nak cakap yang I sebenarnya tertidur dan not because I siap lambat ok. I sebenarnya dah siap sejak pukul lima tadi but bukan sebab I excited ke apa cuma I ada banyak masa. Plus tadi I got a call from work semua so ya. Sebab itu I lambat. Bukan I sengaja. Can we just go?" kata-kata laju Dhia yang semacam bullet itu membuat Iqbal tersenyum lebar. Sekali lagi hati Dhia keliru melihat senyuman itu.

"So cute."

"Apa yang cute?"

"You lah."

"Apa ni? You tahu tak definition cute is actually, adorable but ugly. So what are you trying to say?"

"I tak cakap apa-apa pun. In fact I tak tanya you apa-apa pun. You yang laju sangat macam machine gun. Its so cute to see you macam gini. Tak adalah menyinga aja." Jawab Iqbal sambil sekali lagi menghadiahkan senyuman kepada Dhia.

'Argghh that smile will be the death of me!'

"Kalau you ajak I keluar semata-mata nak kutuk I, baik I naik bilik. I came here to have a good time but I honestly feel so attacked right now." Marah Dhia.

"Ok sorry. Lets just go. I dah sediakan kereta. We go dinner lepas itu kita tengok play ok."

~

"You tak makan sayur? What are you? Five?" tanya Dhia sambil tersenyum mengejek.

"Eh please ok. Its better daripada you yang tak makan cheese. I seriously tak faham macam mana you hidup without having cheese." Ejek Iqbal kembali.

"Hey, I lactose intolerance lah. Tau tak apa tuh? I tak boleh makan cheese. Macam allergic gitu."

"I pun allergic dengan sayur!" Iqbal juga tidak mahu kalah. Dah sejak kecil dia tidak suka sayur, nak buat macam mana?

"I tak pernah dengar pun sayur allergy. Why can't you accept yang you ni budak umur lima tahun?"

"Fine, whatever makes you happy."

Mereka kembali menjamu selera. Mereka sedang menjamu selera di restoran yang tidak jauh dari Istana Budaya.

"So, sejak lima hari kita kenal, I tak tahu satu pun pasal you. Yang I tahu, you suka nah bergaduh. Oh dan you datang sini dengan cousins you."

"And thats enough."

"I nak tahu lebih. Manalah tahu, I keluar dengan penjenayah."

"Don't worry, I've never killed anyone, although you mungkin orang pertama on the list kalau you tak stop menyibuk." Ugut Dhia.

Iqbal hanya tersenyum mendengar ugutan wanita comel itu. 'Dengan attitude kau yang macam gini, you've already killed me.'

"Apa kata kita main ten questions?"

"What?"

"Ten questions. Kita each ada sepuluh soalan tuh tanya each other. Anything. And we have to answer."

"I kena answer all of them? Tak fair lah."

"Ok fine. We each get two passes. Kita boleh pass dua soalan yang kita tak nak jawab. Deal?"

"No deal."

"Kenapa pulak?"

"Sebab I tak nak tahu apa-apa pun pasal you."

"Betul? You tak nak tahu anything about me? Even about me and Faiz?"

"Faiz? Fine. Deal. I nak start dulu."

"Go ahead."

"So kenapa you macam tak suka Faiz?"

Soalan Dhia membuat Iqbal tersenyum. Memang wanita ini sungguh direct.

"Bukan tak suka. But biasalah. Brothers. Ada conflict sendiri. Walaupun kami adik beradik tiri but kita dah kenal dari kecil. I guess some things went wrong. So adalah disagreement. Itu aja."

Walaupun Dhia tidak puas dengan jawapan Iqbal, dia hanya mendiamkan diri. Tak apa, dia masih ada sembilan lagi soalan.

"Your turn."

"You suka Faiz?"

Dhia pula tersenyum. Memang mamat ni directlah.

"As a friend, yes. He saved my life from drowning. Which is whose fault?"

"Sorry." Jawab Iqbal dengan pendek. "But sebagai seorang lelaki, do you like him?"

"Mungkin. I tak tahu lagi. But what I tahu is I like being around him."

Jawapan Dhia membuat hati Iqbal sedih.

~

Selepas dinner mereka terus ke Istana Budaya. Tidak boleh nafikan, Dhia betul-betul enjoy malam itu. walaupun dia dengan si godzilla. Rasa macam hari ni mamat tuh tukar jadi kucing jinak pula. Asyik senyum aja.

"So, thanks." Ujar Dhia. Iqbal menghantar Dhia di lift lobi bilik hotelnya.

"You're welcome. I harap you enjoy."

"Surprisingly, I did. You were bearable today."

"Well, I'll accept that as a compliment."

"Dan I mintak maaf. Sebab I lambat. I betul-betul tertidur. Macam tak glam pulak nak admit hal sebenar." Dhia tersenyum sumbing.

"Should've said sorry aja. I tak akan tanya lebih."

"Uhm before you go, lets play ten questions. Kenapa you beria-ia nak ajak I keluar?"

"You nak the truth atau nak I tipu?"

"Truthlah!"

"Sebab one, I rasa bersalah for the first few days I met you. Memang I rude sangat dengan you. Sebetulnya, I tak sengaja. Dan sebab nombor dua is that you adalah character yang very interesting, so I nak tahu lebih tentang you. And lastly sebab you teramat lah comel." Iqbal mengakhiri penjelasannya sambil tersenyum manis.

"Again with that smile," bisik Dhia.

"Huh?"

"Nothing, selamat malam." Elak Dhia dengan laju sambil mula melangkah pergi. "Oh ya just out of curiousity, what was the lie to that question?"

"Saya bosan."

"Well, I'm glad you jujur jawab soalan I, kalau tak you makan kasut I sebagai dinner."
--

Day 6
"Ahhhhhhhh!!!"

"Kenapa? Kenapa?"

"Dhia mimpi Godzilla!"

"Hish! Dah lah, pergi subuh!"

"Dhia, yang kau ni pagi-pagi dah terpekik-pekik ni kenapa?" tanya Radiah. Rambutnya yang masih basah dibiarkan mengurai.

"Dhia mimpi Godzilla, betul!"

"Godzilla yang mana?"

"Apa yang mana pulak?"

"Yelah, Godzilla yang betul-betul ke cik abang yang Dhia pergi dating semalam? Ingat akak tak tahu ke? Buatlah lah lagi perangai hilang macam gitu aja! Bagus nah lah. Buat semua orang risau aja. Nasib baik cik abang godzilla Dhia tuh telefon." Marah Radiah. Jelingan tajam diberikan pada adik saudaranya.

Aik, pagi-pagi lagi Dhia dah dapat jelingan dari akak? Patutlah Abang Zaiful terpikat!"

"Dhia! Jangan main-mainlah!" marah Radiah sambil mencampak bantal kepalanya ke arah Dhia.

"Yelah! Sorry k kak. Dhia boleh terlupa nak bilang sesiapa. Nasib baik Iqbal tanya, kalau tak, nampaknya Abang Fandi adakan search party untuk Dhia!" Tangan Dhia pantas mencapai sikat lalu cuba mengemaskan rambutnya yang sudah semakin kering. Apa taknya, dia lah yang paling awal sekali bangun. Ni semua gara-gara mimpikan godzilla lah!

"Dhia pergi kejut Rafidah."

"Eh, Kak Radiah lah kejut. Akak lagi dekat."

"Pergilah kejut, akak nak pakai tudung ni. Kejap lagi nak turun breakfast."

Dhia merungut sambil melangkah. Kalau hari-hari lain, sudah dia fikirkan pelbagai cara untuk menganggu tidur Rafidah, tetapi sebaik sahaja terlihat wajah Rafidah yang tertidur sambil terkerut-kerut, simpati mula timbul. "Dhia kesiankan Kak idah lah kak. Baru lima hari lepas muka Kak Radiah sebijik macam Kak Rafidah sekarang ni. Ingatkan lepas hal akak, kita dah boleh happy-happy. Rupanya, Abang Zul pulak buat hal."

Radiah hanya mendengar celetoh Dhia tanpa menyampuk. Dia teringat kembali keadaannya dua tiga hari lepas. Muram, sedih, keliru semua bercampur. Sekarang kakaknya pula. Hai...Kenapalah susah sangat nak bahagia dengan orang yang kita sayang?

~

Raudah berlari-lari anak ke dalam bilik air hotelnya. Dia memuntahkan segala isi perutnya. Morning sicknessnya semakin teruk. Raudah mengusap-usap perutnya.

"Sayang, awak ok? Kenapa ni?" tanya Fandi yang risau melihat isterinya muntah. Raudah hanya boleh mengangguk.

"Raudah cuma tak sedap badan aja."

"Tapi abang rasa Raudah asyik muntah-muntah sejak kita sampai KL lagi? Raudah nak abang bawak pergi klinik?"

Raudah terperanjat dengan kata-kata suaminya. Tidak sangka suaminya sedar akan morning sicknessnya.

"Tak, tak apa. Raudah ok. Cuma mungkin hari ni Raudah tak turun breakfast."

"Mana boleh. Raudah nanti makan apa kalau tak turun breakfast. Nanti perut masuk angin, makin melarat."

"Raudah boleh order room service. Abang tak payah risau. Abang turunlah. Bincang dengan lain hari ni nak pergi mana sama-sama. Hari ni kan hari terakhir abang kat sini. kesian abang, tak pergi mana-mana." Kata Raudah membuat keputusan muktamad.

Fandi tahu, tiada guna lagi hendak membantah isterinya, apatah lagi bila dia sudah berkata sebegitu. Akhirnya, Fandi menganggukkan kepala lalu bangun. Dia mencium dahi isterinya sambil tersenyum. Fandi sedar akan berubahan isterinya. Sejak sebulan lalu, isterinya seperti menyimpan sesuatu darinya. Bukan dia tidak pernah tanya, tetapi jawapan isterinya tetap sama, tak ada apa-apa. Pelik, marah dan sedikit annoyed dengan perangai isterinya yang sebegitu. 'Tahukah dia bahawa dia boleh bilang aku apa sahaja? Kita kan suami isteri.'

~

Sekali lagi meja sarapan tidak lengkap. Raudah, Rafidah dan Hafizul tiada di meja makan. sebentar tadi Dhia mengajak Rafidah pergi bersarapan tetapi Rafidah menolak. Tidak sedap badan alasannya. Hafizul entah hilang ke mana.

"Dhia, Abang Di nak cakap sikit." Akhirnya Fandi memecah kesunyian di meja makan.

"Lain kali nak pergi mana-mana, bilang kami. Kalau tak bilang abang pun at least bilang Radiah, Rafidah atau Raudah. Jadi tak adalah kita semua risau. Abang Di tahu, Dhia mahu keluar sendiri, tetapi Abang Di dah tanggungjawab Abang Di untuk menjaga semua di sini." Nasihat Fandi.

Dhia mengangguk kepala tanda faham. Dia sudah menganggap Fandi seperti abangnya sendiri. Dia rasa amat bersalah sangat membuat lelaki itu risau.

"Dhia keluar dengan Iqbal?" tanya Zaiful yang sejak tadi mengunyah makanannya.

Dhia hanya menganggukkan kepalanya.

"Sejak bila Dhia mula baik-baik dengan Iqbal?"

"Iqbal ajak Dhia jalan-jalan KL."

"Mesti seronok sangatlah sampai termimpi-mimpi si cik abang godzilla tuh." Radiah menyampuk. Kata-kata Radiah membuat Dhia tersedak. Dia memandang kak saudaranya yang sudah tersenyum nakal melihat reaksinya.

"Kan Dhia kata, Dhia mimpi Godzilla yang betul-betul lah." Rungut Dhia.

"Hah, tuh cik abang godzilla Dhia dah sampai." Kata Radiah sambil memandang Iqbal yang baru masuk dewan makan. mata Iqbal terpandang meja Dhia. Dia tersenyum. Teringat kembali datenya dengan Dhia semalam. 'Eh, date ke?'

"Iqbal, panjang umur." Tegur Zaiful. "Duduk lah."

"Radiah ni baru bercerita dekat kita yang Dhia minpikan kau semalam." Sambung Zaiful.

"Abang Zaiful! Kan Dhia dah kata yang Dhia mimpi Godzilla yang betul lah!" marah Dhia. malu, marah semua ada. 'Aduh, menyesal aku turun sarapanlah! Yang si girlfriend boyfriend ni tag team nak malukan aku ni apahal?!'

Senyuman Iqbal semakin melebar melihat pipi Dhia semakin ke merah-merahan. Betul ke dia mimpikan aku?

"Ia ke?" jawab Zaiful yang masih lagi mahu mengusik Dhia.

"YE YE YE! Hisshhhhh!" Dhia berterus-terusan menegakkan kata-katanya. 'Yang muka ni merah semacam ni kenapa????? Aduuuuuhh!!!'

"Maaf, saya tak boleh lama. Ada meeting lepas ini. Inshaa Allah lain kali saya join." Iqbal akhirnya berkata. Sebetulnya dia masih mahu duduk bersama Dhia. Melihat gadis itu malu-malu membuat hatinya bertambah, hmm sayang?

~

"Mama." Iqbal memanggil ibu tirinya yang sedang asyik memandang tingkap. Mereka berada di ofisnya yang terletak di tingkat atas hotel ini.

Datin Mariam tersenyum melihat Iqbal. Dia memerhatikan pemuda. "Senyum manis aja. Ada apa-apa ke?"

"Tak adalah ma. Cuma teringatkan kawan Iqbal ni."

"Perempuan ke?"

"A'ah. Dhia namanya."

"Iqbal suka Dhia?"

"Obvious sangat ke ma?"

"Mestilah. Selalu kalau dekat sini, serious memanjang aja. Mama pun ada dengar pekerja-pekerja di sini cakap Iqbal semakin murah dengan senyuman. Is it because of her?"

"Entah lah ma. She has that effect on me. Bila Iqbal teringatkan Dhia, Iqbal asyik tersenyum aja. Entahlah apa yang terjadi pada Iqbal ni."

Datin Mariam sekali lagi merenung pemuda itu. Dia sudah kenal pemuda itu sejak kecil lagi. Jarang sekali dia tersenyum sebegitu. Hanya sekali sahaja Iqbal pernah tersenyum manis seperti itu kepadanya. Waktu ini Iqbal berumur lapan tahun. Datin Mariam baru beberapa bulan bernikah dengan Papa Iqbal. Waktu itu Datin Mariam belum cukup kenal Iqbal. Suatu hari dia ternampak Iqbal duduk di beranda sambil memeluk photo frame. Jelas dengar dia berbual sendiri. 'Ibu, Papa Iqbal dapat makcik baru. Makcik baik dengan Iqbal. Ibu marah tak kalau Iqbal mula sayang makcik sama macam Iqbal sayang ibu? Iqbal janji Iqbal tak akan melupakan ibu. Cuma Iqbal teringin sangat nak panggil makcik mama. Ibu marah tak?"

Emosi Datin Mariam tidak tertahan lagi. Dia mendekati Iqbal. Airmata jatuh sebutir-sebutir di pipi anak kecil itu.

"Iqbal berbual dengan siapa?"

"Iqbal berbual dengan ibu. Dulu sebelum ibu pergi, ibu pernah pesan, kalau rindukan ibu, peluk gambar ibu dan berbual dengan ibu. Dekat atas sana, ibu dengar."

Kata-kata polos anak kecil itu membuat dada Datin Mariam sebak. "Iqbal rindu ibu?"

Iqbal mengangguk dengan pantas. "Iqbal rindu nak panggil ibu."

"Kalau gitu, Iqbal nak panggil makcik, mama?"

"Boleh ke? Iqbal takut ibu marah Iqbal. Tapi Iqbal dah janji tak akan melupakan ibu."

"Sayang, ibu Iqbal mesti tak marah. Dia mesti happy tengok Iqbal happy. Ibu Iqbal lah yang hantar makcik untuk menjaga Iqbal dan papa. Iqbal tak akan lupakan ibu selagi Iqbal sedekah Al-Fatihah kepada ibu setiap kali Iqbal solat."

"Betul ma..mama?" tanya Iqbal teragak-agak.

Datin Mariam tersenyum mendengar panggilan mama.

"Betul. Mama tak tipu. Dah jom masuk. Kita makan tengah hari yok. Faiz tunggu tuh. Dia kata dia tak nak makan kalau abang Iqbal dia tak ada." Ajak Datin Mariam.

Iqbal tersenyum manis. Terlalu manis sehingga Datin Mariam semakin jatuh sayang sehingga ke hari ini. Kerana itu dia tidak pernah membeza antara anak-anaknya. Faiz dan Iqbal kedua-duanya anak mama.
--

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience