Rate

BLURB

Romance Completed 86843

° SI BISU PUJAAN HATI °

Romantik-Komedi

"Awak ni sombonglah. Saya dah cakap terima kasih, cuba awak balas 'sama-sama kasih'. Tenang sikit telinga saya." – TALIYA FARIHA

Baru pertama kali berjumpa, Ezrul Istafa sudah dicop sebagai sombong hanya kerana tidak membalas 'sama-sama kasih' si gadis tersebut. Tanpa si gadis tahu dia bisu.

Sehinggalah suatu hari si gadis tersebut mengetahui yang si jejaka tersebut bisu, malunya dia hanya Tuhan yang tahu.

"Awak, sorry eh untuk tuduhan haritu." – TALIYA FARIHA

"Tiada maaf bagimu." – EZRUL ISTAFA

Maka, bermulalah misi si dara untuk memikat hati si teruna. Setiap hari, ada sahaja alasannya untuk datang mendekati Ezrul Istafa. Perigi cari timba? Ya, dia sanggup menjadi si perigi tersebut asalkan si timba menyukai dia kembali.

Bagi Ezrul Istafa pula, Taliya Farihalah manusia paling gila dan berani yang dia pernah jumpa. Sampai naik rimas dibuatnya kerana setiap hari si gadis itu selalu mengganggunya. Dia tidak layak untuk sesiapa. Dia bisu! Itu yang selalu dia pesan pada diri sendiri.

"You don't know how to give up, do you?" – EZRUL ISTAFA

"Perkataan putus asa tak pernah ada dalam hidup saya, Encik Ezrul. I want it, I will get it. I want you to be mine and I will work for it." – TALIYA FARIHA

Berjayakah Taliya Fariha memikat hati Ezrul Istafa? Dan betul ke perkataan 'putus asa' tak pernah ada dalam hidup Taliya untuk memikat hati Ezrul? Sampai bila Ezrul harus menolak hanya disebabkan satu kekurangan yang ada pada dirinya itu?

°PROOFREADERS' FEEDBACK°

'Mesti la mak lurve nyahhh. Kali kedua baca still blushing and cry nokk. Mak akan baca untuk kali ke 3 or lebih cuti sem nanti. Hopefully keluarkan banyak lagi cerita. Nak yang bomba tu.' – Wani Zamani

'FAST PACE, AKU SUKA, BANYAK WEH PENGAJARAN AND NEW THINGS I LEARNED. Sebak la sikit time dia nak bersalin tu, tapi indah pengakhiran novel ni.. Aku sukaa... Thank you tin!!! Terima kasih sebab jadikan saya sebagai proof reader, aku sukaa sukaaa sangat!
HAHAHAHAH BEFORE DEPA KAWEN TU PUN AKU TERPIKIAQ, AIK NANTI KAWEN NAK SOLAT JEMAAH SEKALI CAMNA? WEH PERSOALAN AKU TERJAWAB HAHAHAHAHAHA.
SUKAAA NYAAAAA' – Asmaniza

'Sumpahlah, aku suka ending dia! Part paling sedih waktu dia tak boleh nak azankan anak dia. Sumpah aku nangis teruk gila. It's so sad okay? You as a parent cannot azan anak sendiri? Atin, kenapa kau bisukan dia? Geramnya!
Tapi overall, nice! Aku dah lama tak baca novel dan cerita kau ni fresh. Sesuai untuk beginner dan orang yang jarang baca novel macam aku. Dia tak heartbroken sangat walaupun ada scene-scene yang sedih cuma dia more ke arah sweet. So sweet eh Ezrul tu even dia tak boleh cakap. Tapi sedih wey part Taliya nak bersalin tu, Ezrul tak layan bini dia. Why? Aku sebagai Taliya, aku sedih okay! Atin, kenapa cerita hang macam ni?!' – Syaf

'Storyline lain dari lain. Unique dan menarik ✨ at first dia cam slow sikit tapi makin nak dekat dengan climax dan sampai la habis makin best. Sangat worth it untuk dibaca ????????????????' – Farhanah

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience