Rate

Bab 17 Out Station

Romance Completed 278239

Anis Umairah menyiapkan kerja sekolahnya yang telah di beritahu oleh Aina Natasha, mujur ada Aina yang sudi menyalinkan Anis di memo apa-apa sahaja kerja sekolah hari itu yang harus di siapkan. Mujurlah Anis sudah faham apa yang di minta setiap subject yang di ajar oleh Cikgu, walaupun dia tak dapat mengikuti kelas yang di ajar.

Setelah selesai menyiapkan kerja sekolah, Anis turun ke tingkat bawah rumahnya dan melihat abah dan umienya tengah bercengkerama. Anis Umairah tersenyum melihat kemanisan rumah tangga abah dan umienya. Dan bagaimana kasih sayang yang abahnya curahkan kepada mereka berdua.

"Mesranya macam pengantin baru saja!" Ucap Anis Umairah mengejutkan kedua orang tuanya yang tidak sedar Anis turun ke ruang tamu.

"Ehh Anis, sini dekat umie dan abah." Panggil Puan Zulaikha sampai menepuk-nepuk lembut sofa di sampingnya.

Anis pun langsung saja duduk di tempat yang Puan Zulaikha arahkan.

"Ada apa umie?" Tanya Anis menatap wajah Puan Zulaikha yang masih awet muda itu.

"Begini Anis, umie dan abah sebenarnya minggu depan nak out station, ada kerja yang perlu di selesaikan. Jadi, Anis berani ke tinggal di rumah ni sorang-sorang?"

Anis Umairah mengerutkan dahinya, belum pernah-pernah umie dan abahnya out station bersama. Selalunya Puan Zulaikha akan tinggal di rumah menemani dan memenuhi kebutuhan Anis, walaupun Anis sudah berumur 17 tahun. Inilah buat kali pertama Anis Umairah akan di tinggalkan oleh Encik Muhaimin dan Puan Zulaikha.

"Out station dekat mana abah?" Tanya Anis ingin tahu.

"Abah dan umie terpaksa keluar Negara." Sahut Encik Muhaimin dengan senyuman.

"Berapa lama? Takkan umie dan abah nak tinggalkan Anis sorang-sorang dengan rumah besar ni?" Ucap Anis Umairah melihat sekeliling rumahnya yang tidak terdapat pun pembantu rumah, kerana Puan Zulaikha memang tidak memerlukan pembantu rumah katanya.

"Takkan umie nak biarkan Anis sorang-sorang di rumah ni?" Sahut Puan Zulaikha dengan bersemangat. "Nanti Anis umie hantar dekat rumah kawan umie, tinggal di sana buat sementara waktu." Katanya lagi sambil mengangguk pelan memberi isyarat mata melihat Encik Muhaimin.

Encik Muhaimin hanya mengangguk pelan membenarkan ucapan isterinya Puan Zulaikha.

"Boleh ke Anis?" Tanya Encik Muhaimin menatap wajah anaknya dengan penuh kasih sayang.

"Insya Allah boleh abah tapi berapa lama? Anis tak selesa tinggal di rumah orang yang Anis tak kenal."

"Insya Allah Anis akan selesa, sebab umie akan hantar Anis ke rumah Puan Saleha. Anis masih kenal jugakan Puan Saleha?" Kata Puan Zulaikha dengan detail.

Anis Umairah mengangguk pelan, kalau antie Saleha dan uncle Amri Anis memanglah kenal tapi anaknya Anis langsung tak kenal sebab telah di hantar belajar keluar negara. Itulah yang Anis tahu, fikirnya.

"Umie harap Anis dapat menyesuaikan diri di sana nanti, Anis bantu-bantu apa yang perlu ya." Nasihat Puan Zulaikha kepada Anis Umairah anak semata wayangnya.

"Berapa lama abah dan umie out station?" Soal Anis ingin tahu.

"Tidak lama Anis, in 2 week only." Sahut Encik Muhaimin lagi.

"Hahhh, lamanya abah!" Protes Anis pada kedua orang tuanya. Dia terkejut dengan kenyataan baru yang dia hadapi.

"Takkan lama sangat umie." Rengek Anis pada Puan Zulaikha.

Puan Zulaikha tergelak pelan sambil merapikan rambut Anis Umairah.

"Umie harap Anis pandai-pandai bawa diri ya, jangan menyusahkan orang." Nasihat Puan Zulaikha lagi pada Anis Umairah.

"Insya Allah umie!" Sahutnya lemah dan tidak bersemangat.

Puan Zulaikha dan Encik Muhaimin hanya tersenyum melihat tingkah laku anaknya. Ini adalah cara mereka supaya Anis Umairah dapat menyesuaikan diri kedepannya apabila berada di rumah Adib. Salah satu cara juga supaya Adib Umair dapat memenuhi keperluan dan tanggungjawabnya kepada Anis sebagai seorang suami. Tapi, mereka akan di asingkan bilik buat sementara waktu sehinggalah Anis betul-betul sudah lulus SPM. Untuk melanjutkan pelajaran itu belakang cerita. Itu akan di fikirkan kemudian.

Anis melangkah melonglai menuju ke biliknya, ada sahaja perkara mengejutkan yang dia dapat pada hari itu. Belum hilang rasa sedihnya pada Cikgu Farah, datang pulang berita terbaru yang kedua orang tuanya akan out station keluar negara. Inilah nasib sebagai anak tunggal, kena berdikari, dan tidak boleh mengharap sangat bantuan orang lain.

Anis duduk di depan meja soleknya sambil bercermin melihat wajahnya. Tanpa sedar, dia telah melepaskan cincin yang ada di jari manisnya dan musing-musingkannya. Anis melihat kilauan cincin tersebut betul-betul indah. Anis tersenyum singkat.

"Berani betul umie bagi Anis guna cincin mahal macam ni." Katanya pada dirinya sendiri.

Anis memakainya semula, kerana abahnya sudah berpesan agar tidak melepaskan cincin walau apapun yang terjadi.

_________________________________

Adib turun ke ruang tamu setelah melihat Encik Amri sudah balik dari pejabat.

"Ayah baru balik?" Adib bertanya dengan sopan dan sekadar membuka cerita.

"Ha'ah Adib, kamu sudah makan?"

"Belum lagi ayah, Adib baru turun nak makan nasi." Jawab Adib Umair sambil menuju ke meja makan.

"Marilah kita makan bersama, ada juga ayah nak cakap dengan Adib tentang kamu berdua." Ucap Encik Amri sambil duduk bahagian hujung meja makan. Di sebelah kanannya sudah ada Puan Saleha duduk sambil mengaut nasi dan lauk untuk suami dan anaknya.

"Ada apa ayah?" Soal Adib sambil menaikkan sebelah keningnya.

"Minggu depan Anis akan tinggal di rumah ini selama 2 minggu, abah dan umie mertua kamu akan out station keluar negara." Ucap Encik Amri dengan detail. Puan Saleha hanya tersenyum di sebelah Encik Amri.

"Bukannnya abah dan umie tak mahu Anis tahu tentang pernikahan ni?" Adib ingin kepastian dari kedua orang tuanya. Hairan kenapa tiba-tiba Anis akan tinggal di rumahnya.

"Kamu tidak akan satu bilik ya Adib, tolong tahan untuk sementara waktu ni." Kata Puan Saleha dengan senyuman tertahan penuh makna.

"Sudah pening ke fikirkan kemolekan Anis?" Gurau Encik Amri.

Puan Saleha dan Encik Amri tergelak besar melihat muka Adib Umair yang masam mendengar ejekan ibu dan ayahnya.

"Sampai ke situ pula ibu dan ayah fikir." Dalih Adib Umair sambil menari-narikan jarinya di atas pinggan nasinya.

"Ayah harap kamu jangan ambil kesempatan atas diri Anis dulu, kami tak mau dengar Anis mengandung sebelum waktunya." Perli Encik Amri melirik Adib yang duduk di sebelah Kirinya.

"Ishhh... sampai ke situ pula fikiran ayah ya, takkan Adib nak sentuh-sentuh Anis apa lagi dia belum tau keadaan sebenar. Tak pasal-pasal nanti Adib masuk hospital gara-gara Anis dan masuk berita tv3 kerana mencabul murid sendiri.

Puan Saleha dan Encik Amri tergelak besar dengan rungutan Adib. Adib langsung tidak merasa lucu, tidak menyangka ayah dan ibunya menjadikan isu pernikahannya untuk membahannya pada kali itu.

Anis Umairah menyiapkan kerja sekolahnya yang telah di beritahu oleh Aina Natasha, mujur ada Aina yang sudi menyalinkan Anis di memo apa-apa sahaja kerja sekolah hari itu yang harus di siapkan. Mujurlah Anis sudah faham apa yang di minta setiap subject yang di ajar oleh Cikgu, walaupun dia tak dapat mengikuti kelas yang di ajar. Setelah selesai menyiapkan kerja sekolah, Anis turun ke tingkat bawah rumahnya dan melihat abah dan umienya tengah bercengkerama. Anis Umairah tersenyum melihat kemanisan rumah tangga abah dan umienya. Dan bagaimana kasih sayang yang abahnya curahkan kepada mereka berdua. "Mesranya macam pengantin baru saja!" Ucap Anis Umairah mengejutkan kedua orang tuanya yang tidak sedar Anis turun ke ruang tamu. "Ehh Anis, sini dekat umie dan abah." Panggil Puan Zulaikha sampai menepuk-nepuk lembut sofa di sampingnya. Anis pun langsung saja duduk di tempat yang Puan Zulaikha arahkan. "Ada apa umie?" Tanya Anis menatap wajah Puan Zulaikha yang masih awet muda itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience