BAB 26

Romance Completed 3910

Amirul tak dapat nak melelapkan mata semalam, asal matanya nak pejam saja, wajah makhluk yang menakutkan itu menjelma dalam fikirannya. Wajah pucat dengan pakaian putih. Dari mana dia datang? Agaknya, kerana aku dah lama tak solat kot jadi makhluk tu ingat aku ni kawan dia,dan dia ikut aku balik? Pagi ni masuk saja waktu subuh Amirul terus ke bilik air,mandi dan mengambil wudhuk. Amirul pergi ke masjid dan solat berjemaah dengan para jemaah yang terdiri dari penduduk taman mereka dan taman-taman yang berdekatan.

Bila Amirul masuk ke dapur untuk bersarapan, kejadian semalam terimbas kembali di benak fikirannya. Meremang bulu roma Amirul. Nurul yang sedang menghidang nasi goreng di meja makan hanya menjeling sekilas kepada Amirul setelah menyedari kehadiran Amirul di meja makan. Bibirnya yang ingin melebarkan senyuman terpaksa dikontrol sebaik mungkin. Masih belum habis sisa gelihatinya semalam. Sakit perutnya semalam akibat gelak yang berpanjangan hingga mengalir air mata. Tak pernah lagi dia melihat seorang lelaki setakut itu.

''Awal pagi ni Mirul. Kelas pukul berapa?'' Hajjah Mastura pelik melihat Amirul yang turut ingin bersarapan bersama mereka. Sudah lama Amirul tidak bersarapan awal sebegini. Ada kalanya Amirul pergi saja ke kolej tanpa sarapan terlebih dahulu.

''Mirul tak dapat tidur semalam ummi,.'' jujur Amirul memberitahu. Hajjah Mastura memandang wajah suaminya Haji Alyas sambil bermain mata dengan Haji Alyas.

''Pukul berapa Mirul pulang semalam? Mirul pergi kelab ke? Mirul mabuk ya?'' tegas suara Haji Alyas menyoal. Tersentak Amirul bila walidnya menuduh dia begitu.

''Mana ada walid! Sejahat Mirul, tak pernah lagi Mirul sentuh benda haram tu!'' Amirul menafikan tuduhan walidnya dengan wajah yang kecut. Jangan buat main dengan Haji Alyas, kalau dia marah, maunya kena halau dari rumah Amirul ni.Di mana pula Amirul nak merempat nanti?

''Habis tu,..kenapa habis berselerak barang dalam rumah ni? Tu pasu bunga ummi tu kenapa berkecai? Siapa yang buat?'' Nurul yang turut mendengar perbualan keluarga majikannya mengebam bibir menahan gelak. Amirul pula sudah pucat wajahnya. Nak cerita dia nampak hantu,mesti walid dan ummi takkan percaya.

''Nurul!,.duduklah Nurul, kita sarapan sekali!'' belum sempat Amirul menjawab Hajjah Mastura bersuara terlebih dahulu.Hajjah Mastura mempelawa Nurul bila melihat Nurul ingin berlalu setelah meletakkan teko minuman di atas meja. Semua hidangan Nurul yang masak dan hidangkan pagi ni.

''Eh!,.tak apa puan. Err,.Nurul,.Nurul posa ghini,.'' tergagap-gagap Nurul bersuara,malu pun ada. Puasa gantinya tinggal dua hari lagi. Beberapa hari lagi dah nak masuk bulan rejab, dia pun teringin nak rebut pahala buat puasa sunat, jadi semalam selepas habis gelak, dia sambung membaca Al-Quran dan kemudian dia turun pula untuk bersahur secara diam seorang diri. Sekadar mengalas perut dengan secawan milo panas dan dua keping roti.

''Lah!,.puasa ke? Habis tu pagi tadi bangun sahur ke tak?'' Nurul mengangguk dan kemudian dia bersuara sambil tersenyum.

'' Tu,.semua yang berselerak tu sebab Nurullah. Encik Mirul ingat Nurul ni hantu kot. Nurul turun ke dapoq dengan telekung, terserempak dengan encik Mirul, terus dia lari lintang pukang macam kena ligan dengan hantu,'' berderai ketawa Hajjah Mastura dan Haji Alyas. Merah wajah Amirul menahan malu dan marah. Nurul tumpang gelak sekali sambil pegang perut. Kejadian semalam terlayar kembali diingatannya. Lucu sangat, kalau ada telefon bimbit semalam, tentu sudah dirakam dan kemudian bolehlah dimuat naik ke you tube. Mesti mendapat sambutan hangat. Hahaha,.

''Macam tu ke ceritanya!,.Mirul,Mirul,.penakut jugak rupanya anak teruna ummi ni,.'' Hajjah Mastura bersuara dalam ketawanya yang masih bersisa. Nurul yang perasan renungan tajam Amirul kepadanya terus meminta diri untuk berlalu. Amirul nekad dalam hati untuk membalas dendam. Sia-sia saja dia takut semalaman. Rupanya makhluk tu manusia. Memang hantu punya perempuan! Kau tunggulah nasib kau nanti!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience