BAB 1

Mystery & Detective Completed 12501

ASYWAD AFENDY sekali lagi di landa mimpi ngeri. Acap kali mimpi itu bertandang tanpa di undang. Dia membuka matanya seluas mungkin. Wajahnya di raup dengan kedua belah tangan. Rambutnya yang serabai serta air liur di dagu di lap cepat.

Perlahan-lahan nafas di tarik sebelum ia di hembus keluar. Dia cuba menenangkan dirinya. Jam lonceng bulat di atas meja kerja di pandang malas.

'Waktu yang sama. Pukul empat pagi.' Bisik hatinya.

Dia menyadarkan tubuhnya ke belakang. Merenggangkan segala urat-urat sendirnya yang terasa sedikit kejang dan sesemut.

"Mimpi yang sama datang lagi.. apa maksud mimpi tu?" Dia berkata seraya mendapatkan keselesaan pada diri semula.

Komputer ribanya di hadapan yang gelap di toleh. Butangenter di tekan. Skrin komputer ribanya bernyala semula. Kata kunci di taip sebelum ia memasuki ke Deskop dan muncul lah sebuah Microsoft Word yang berjela-jela muka suratnya yang telah di taip.

Manuskrip terbarunya yang belum bertajuk tetapi sudah hampir dua ratus lima puluh tiga muka surat sudah di taip di pandang sepi. Tiba-tiba ideanya menghilang sejak beberapa jam yang lalu sebelum dia terlena di sini.

"Huh.." sekali lagi dia menyandarkan kepalanya di kerusi.

"Batrisyah!" Baru dia teringat tentang isterinya di atas. Dari dia tersedar baru sekarang dia ingat isteri.

Pantas kakinya berlari naik anak tangga atas menuju ke bilik mereka. Pintu di kuak rakus, terhenti langkah kakinya bila melihat kelibat putih sedang bersujud menghadap Ilahi kala malam yang penuh kesunyian ini.

Dia menjadi kaku seketika. Entah mengapa perasaannya terusik dengan tingkah laku Ainul Batrisyah yang dia tidak pernah di lihat sebelum-sebelum ini. Atau.. dia yang terlampau sibuk sampaikan dia tidak pernah nampak segala perbuatan isterinya kala dia sedang bertarung menyiapkan manuskrip?

Kaki Asywad Afendy tidak mampu menampung diri akhirnya di terduduk di lantai. Cuba menginsafi diri. Bertapa kerdilnya dia terasa ketika ini bila mengingati kembali perbuatan-perbuatan si isteri tika dia tiada di sisi.

"Ya Allah.." Asywad Afendy berkata lemah.

Hatinya seakan di panggil untuk melakukan hal yang sama, tetapi dia malu! Terlalu malu dengan Ainul Batrisyah yang jauh lebih dekat dengan Tuhan berbanding dirinya, seorang suami yang terlalu leka dan alpa dengan dunianya sendiri.

"Abang.." Panggil Ainul Batrisyah lembut. Dari atas sejadah dia menoleh sedikit kepalanya ke belakang. Dia tahu suaminya di situ sejak tadi. Dia dapat merasakan kehadiran itu.

"Belum terlambat lagi abang." Kata Ainul Batrisyah perlahan. Asywad Afendy yang terduduk di lantai mengangkat kepalanya. Matanya terpejam rapat cuba menghadam semua perasaan malu yang bermukim di jiwa.

"Selagi matahari belum terbit dari sebelah Barat, pintu taubat masih terbuka luas untuk kita semua." Sambung Ainul Batrisyah lagi.

Nyatanya Asywad Afendy masih kaku berteleku di depan pintu. Lemah kakinya hendak melangkah walau hanya sedepa perjalanan menuju ke kamar mandi untuk berwuduk. Malunya masih berbekam.

Dia memerhatikan pergerakan isterinya kembali berdiri semula seperti ingin menunaikan solat. Di gagahi jua kepala lutut yang longgar hingga menyebabkan dia tidak mampu berdiri segagahnya.

Perlahan-lahan dia mengatur perjalanan. Segala gerak geri Ainul Batrisyah di perhatikan sehinggalah mengalir jua air mata yang di bendung sejak tadi. 'Sepatutnya aku yang membimbing dia dan berada di hadapannya untuk menjadi imam. Aku hilang sebuah kedudukan yang tinggi di mata dia bila aku sendiri tertewas dengan kehendak duniawi. Aku terlupa.. aku leka dalam mengejar cita.'

Selangkah lagi kakinya akan sampai ke dalam bilik mandi. Di saat-saat hening dan sepi begini, air paip terasa sejuknya bisa menusuk terus ke tulang. Barangkali lantai yang bermozekkan corak bunga itu telah di simbahi dengan air yang digunakan oleh Ainul Batrisyah ketika dia berwuduk.

Segenap hatiku.. aku hamparkan kepadamu Tuhan. Terimalah ibadah ku. Terimalah aku sebagai tetamu Mu di kala sepi.. di saat yang lain sedang bermimpi..

Allahhuakhbar.. Ya.. Rabbi.. Allah...

Sesegar embun yang menyapa diri, menyegarkan aku kala lena.. Aku menghadap Tuhan ku kala aku di landa duka nestapa. Sungguh aku lemah di saat aku kehilangan segalanya. Aku menjadi kaku di saat wajah murungnya menyapa pandangan mata.

Segenap hidup aku, hanya dia yang mewarnai. Sepi.. gembira.. lena ku.. hanyalah dia yang aku dambakan. Dia.. mengajak aku untuk bangkit dari terus jatuh.. jatuh tersungkur mencium bumi dan aku akan di pijak tanpa belas.

Dia.. hadir dalam hati ini bagai satu roh baru dengan semangat yang tidak akan luntur selamanya. Mati.. hidup semula. dengan hati.. jiwa dan semangat baru. "MASYAALLAH... budak bertuah ni. Hei! Dah pukul berapa tak bangun-bangun ni." Puan Amalina bercekak pinggang melihat anak lelakinya itu masih tidur di atas kerusi meja kerjanya.

"Asywad.. bangun. Subuh dah nak habis ni. Bangun." Tanpa banyak omel, Puan Amalina terus menyerbu masuk ke dalam bilik kerja anaknya itu.

Dia menoleh di segenap penjuru bilik itu. Kemas dan teratur susun atur perabut serta barangan lain di dalam ini. Katil? Langsung tak tercuit agaknya. Seperti mana dia kemaskan semalam, macam itulah pagi ini ketika dia masuk.

"Kamu tidur dekat atas kerusi lagi ke?" Puan Amalina terus bertanya memandangkan anaknya sudah sedar dari tidur.

Dia merenggangkan segala urat-urat di badannya dengan melakukan senaman ringan. Puan Amalina hanya menjadi pemerhati setia anaknya sambil tangan dan kakinya pantas mengemas lagi katil yang tidak di gunakan semalaman oleh Asywad Afendy.

"Selamat pagi ibu.." Asywad Afendy mengahampiri Puan Amalina. Pipi gebu ibunya di cium.

"Hiisshh.. budak bertuah ni. Tak mandi lagi terus nak cium ibu." Tolak Puan Amalina.

Terpisat-pisat Asywad Afendy dengan penolakan ibunya itu. Hanya seketika dia tergumam sebelum kembali memeluk Puan Amalina dari belakang sambil mencium pipi ibunya sekali lagi.

"Ibu.. anak ibu ni dah mandi lah. Orang bangun pukul empat pagi tadi tau." Kata Asywad Afendy bangga.

Tak lepas tangannya dari memeluk ibu yang tersayang. Manusia yang membesarkannya sendirian sejak kematian ayah dalam satu kebakaran di rumah lama mereka kerana menyelamatkan jiran sebelah.

"Iyalah.. bangunnya awal pagi. Tapi dah solat belum? Waktu dah nak habis ni. tak baik lambat-lambatkan solat tau.." Pipi kanan Asywad Afendy di tepuk manja beberapa kali oleh Puan Amalina.

Kasihan anaknya itu. Sejak di tingkatan satu dia tidak punya sesiapa kecuali dirinya. Yang membesarkan Asywad Afendy sendirian selepas kejadian ngeri itu meragut beberapa nyawa orang yang dia sayang.

Pada dialah kasih sayang buat anak itu tidak pernah luntur meskipun orang sekeliling memandang hina buat mereka sekeluarga. Hanya Asywad Afendy sajalah anak lelaki yang dia ada. Sungguh kasih buat anak itu tidak pernah berbelah bahagi lagi.

"Ibu.. ini anak ibulah. Dah tentunya orang dah solat. Solat di awal waktu itukan lebih baik dari melengah-lengahkannya. Ibu juga yang berpesan dekat orang macam tu kan.." Ucap Asywad Afendy di telinga Puan Amalina.

Tersentak dengan kata-kata yang di tuturkan, pelukan itu terlerai perlahan. Asywad Afendy pelik dengan kelakuan ibunya. Kenapa tiba-tiba Puan Amalina menolak pelukan darinya?

"Ibu.." Panggil Asywad Afendy.

Puan Amalina menoleh ke belakang, memandang Asywad Afendy dengan mata yang berlinang. Dalam diri Asywad Afendy seakan tersimpan wajah kekasih hatinya. Kekasih yang akan setia sampai mati.

"Ibu." Kali ke dua Asywad Afendy panggil. Bahu wanita separuh abad itu di pegang dan do goncang perlahan. cukuplah sekadar menyedarkan wanita itu tentang hadirnya dia di sini. Di depan matanya.

"Hah? Ye.. ye.. ada apa nak?" Tanya Puan Amalina. Dia sepertinya baru sedar dari lamunan pendek yang membawanya ke alam lain.

"Ibu.. ibu fikirkan apa. Dari tadi orang cakap ibu diam je.." Sekali lagi, ringan kedua belah tangan Asywad Afendy di letakkan di atas kedua belah bahu wanita itu.

"Tak ada apa-apa. Kamu pergilah basuh muka dulu. Lepas tu turun bawah, ibu dah siapkan sarapan." Pesan Puan Amalina sebelum dia meniggalkan Asywad Afendy di dalam bilik.

Tangannya jatuh ke bawah sisi. Dia sekadar membiarkan Puan Amalina bermain dengan teka-teki. Mungkin Puan Amalina teringatkan sesuatu yang menyebabkan dia termenung seketika tadi.

"Abang.." Panggil Ainul Batrisyah lembut.

Asywad Afendy tersenyum meleret. Sejak tadi isterinya menghilangkan diri, baru kini dia muncul semula dri kamar mandi. Dengan hanya diliputi tuala yang menutupi keseluruhan tubuhnya yang mungil itu, dia tersenyum kearah Asywad Afendy.

"Sayang pergi mana baru sekarang muncul?" Lirikan matanya yang menggoda meneliti setiap perincian wajah Ainul Batrisyah.

Jelas sekali wanita itu malu di pandang sedemikian. Kulitnya yang putih kemerah-merahan itu makin berbahang bila wajah Asywad Afendy mula mendekati wajahnya.

"Saya bersihkan diri. Ada darah pada seluar saya tadi.." Lembut suaranya menyapa pendengaran Asywad Afendy.

Senyuman Asywad Afendy masih bersisa di bibir. "Tak pe.. abang tak kisah." Kata Asywad Afendy menambahkan lagi perasaan malu yang bermukim di jiwa Ainul Batrisyah.

Darah mengalir ke kaki Ainul Batrisyah. Semakin lama ia makin banyak dan pekat. Namun tiada bau hanyir yang ke udara sehingga menyebabkan Asywad Afendy mungkin akan termuntah kala menghidunya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience