Bab 3

Mystery & Detective Completed 1539

"Jemput minum. Jangan segan-segan.”Mak Inang mempelawa Hani minum. Anak gadis itu nampak ketakutan. Dari tadi masih tidak bersuara. Hanya menunduk tidak mendongak.

“Jangan risau. Tuan hamba selamat disini. Ini rumah hamba. Ini pula Mak Inang, ibu hamba. Tuan hamba boleh tinggal disini.”Soleh berbasa-basi. Cuba untuk menyelesakan Hani. Dia tahu gadis itu khuatir. Takut disini, tempat yang tidak dia ketahui dimana keberadaan.

“Soleh, biar emak saja yang berbicara dengannya. Kamu keluarlah dahulu. Mungkin dia tidak selesa kamu disini”

Soleh segera berlalu. Mungkin betul kata Mak Inang. Kasihan gadis itu.. Mahu saja dia mengkhabarkan apa sebenarnya yang berlaku. Tapi melihat dari keadaan Hani yang ketakutan, biarlah dia senyap dahulu.

“Macam mana ni, bang? Hani masih lagi macam nii. Tak bangun-bangun lagi. Apa yang dah jadi sebenarnya ni?”Puan Faridah risau melihat anaknya.

Hari hampir maghrib namun Hani masih belum sedarkan diri. Bapanya pula hanya berdiam diri. Langsung tak membantu. Tuan Kamal ada menghubungi ustaz tapi ustaz hanya dapat datang esok. Terpaksalah menunggu. Entah kenapa Hani tidak bangun. Tidur tidak sedarkan diri.

“Sabarlah, Dah. Abang pun risau juga. Kita tunggu ustaz datang esok. Malam nii kita baca yasin dulu”Tuan Kamal memujuk isterinya. Sungguh, dia pun risau melihat keadaan anak kesayangannya itu.

Tuan Kamal dan Puan Faridah segera mengambil wuduk untuk membaca yasin. Atuk Husein pula entah kemana. Hilang. Tadi ada di ruang tamu. Sekarang sudah tiada. Pelik Tuan Kamal melihat bapa mertuanya itu. Macam tak risau langsung dengan keadaan cucunya. Biarlah, malas dia nak mengeruhkan keadaan lagi. Orang tua, biasalah..

Sayup-sayup Hani terdengar suara orang mengaji namun entah dari mana. Dia hanya duduk di penjuru rumah. Takut. Bimbang. Sedih. Bercampur-baur perasaannya saat ini. Entah di mana dia berada. Kampung Tasik Melur, tak pernah dia tahu akan kewujudan kampung ini. Pelik juga.

Rumah-rumah stail rumah zaman sebelum merdeka. Malam pula hanya diterangi dengan jamung. Bahasa pula bahasa baku. Hamba, tuan hamba. Mana ada lagi orang bercakap macam tu zaman sekarang ni?

Hani bangun menuju ke dapur. Mak Inang sedang menyiapkan sarapan pagi. Ubi kayu rebus cicah kelapa. Rebus menggunakan dapur arang. Tingkap rumah pula hanya disendal dengan kayu. Rumah beratapkan daun nipah. Ruang tamu bersambung dengan dapur. Bilik pula hanya dipisahkan dengan kain yang diikat di tiang rumah. Tandas dan bilik air pula di rumah. Kalau tengah malam sakit perut, sumpah dia takkan keluar. Sanggup menunggu hari siang.

“Mahu makan, nak?”pelawa Mak Inang.

“Tak apalah, Mak Inang. Saya takde selera.”Hani menolak.

Dia betul-betul tak ada selera. Mak Inang meletak sepinggan ubi kayu di atas meja. Dia hulur pula secawan kopi o kepada Hani. Dia faham situasi Hani. Masih terkejut.

“Hani, Mak Inang ada perkara yang ingin diberitahu. Mak Inang harap Hani dengar dan terima perkara ini. Barulah Hani akan faham mengapa Hani ada disini.

“Sebenarnya dah lama kami perhatikan Hani. Lebih tepat, menjaga Hani. Sejak Hani kecil lagi. Dulu, suami Mak Inang yang selalu memperhatikan Hani. Pak Siak namanya. Tapi tak lama sebab Hani berpindah. 6 tahun lepas, Pak Siak meninggal. Sekarang, Hani dah pulang. Maka tugas itu diambil oleh Soleh.”

“Kenapa pula nak kena jaga Hani? Hani kan ada ibu dan ayah yang boleh jaga Hani.”Dia kehairanan. Pelik.. Mak Inang hanya tersenyum.

“Dulu, atuk kamu ada berjanji dengan syaitan. Perjanjian untuk mendapatkan harta. Balasannya apabila kamu sudah besar, atuk kamu akan serahkan kamu kepada syaitan tersebut. Dulu atuk kamu dan Pak Siak berkawan. Atuk kamu selalu kemari. Tapi satu hari, atuk kamu terpedaya dengan seorang lagi temannya untuk bertemu tok bomoh disini. Untuk mendapatkan harta. Dulu atuk kamu hidup susah. Makan pagi kais pagi. Tapi Pak Siak menghalang. Dia tahu akibatnya kalau berjumpa tok bomoh itu. Atuk kamu berkeras, dia mahu mengubah nasib hidupnya. Harta-harta yang atuk kamu miliki semuanya diperoleh dari syaitan yang dibelanya. Mak Inang percaya benda itu pernah menampakkan dirinya kepada kamu.”panjang lebar Mak Inang menceritakan kisah itu. Hani pula hanya mendengar, cuba untuk memahami.

“Jadi, Soleh bawa saya kesini sebab nak lindung saya dari di ambil oleh makhluk tu?”

“Ya, nak. Di sini dia tak boleh mengapa-apakan kamu. Jika dia cuba kesini, nescaya dia akan mati terbakar.”

“Tapi,macam mana saya boleh ada disini? Seingat saya, saya tidur tapi bila sedar saya dah ada kat sini.”

“Soleh mengambil kamu melalui mimpi. Jasad kamu masih dirumah atuk kamu. Sedang tidur nyenyak. Dunia kamu dan dunia kami berbeza dimensi. Perjalanan waktu juga berbeza. Kamu baru disini beberapa jam. Tapi di dunia kamu pula, sudah hampir 2 hari kamu tidak sedarkan diri.”

“Tapi,ibu dan ayah saya mesti risau. Saya kena balik kesana. Saya kena beritahu apa yang berlaku pada mereka.”Hani risau. Apa yang Mak Inang cerita betul-betul buat dia hilang akal. Akibat dari perbuatan terkutuk atuknya, dia yang jadi mangsa. Tercampak ke dunia yang entah di mana.

“Jangan risau. Tuan hamba pasti akan hamba hantar pulang. Tapi belum masanya lagi. Syaitan itu sedang marah. Dia sedang mencari kamu.”Soleh muncul dari ruang depan. Membawa ikan yang banyak. Mungkin baru pulang dari sungai.

Dirumah pula, makhluk itu sedang menyeringai memarahi atuk Husein. Dia merasakan Atuk Husein cuba menipunya. Matanya merah menandakan sedang marah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience