Bab 24

Romance Completed 207871

Tidak sampai tiga puluh minit, telefon berbunyi. Pantas Intan menjawab panggilan.

"Hello, Puan, operasi lulus. Tapi perlukan bukti menunjukkan dia di pihak kita" kata Tuan Saiful.

"Baik Tuan. Terima kasih. Esok saya dapatkan bukti untuk serahan pada Tuan" jawab Intan.

Panggilan ditamatkan.

Tertunduk Intan di atas kerusi. Takkanlah macam ni cara jodoh aku sampai. Dengan Caden pulak tu..

Rambut diramas.

Ah, kau dah pilih pun Intan keputusannya. Dah tak boleh nak undur. Penat Intan memikirkan perkara ini. Tak tahu macam mana nak berhadapan dengan Caden esok.

Intan bangun dan keluar dari bilik belakang. Mandi lagi baik. Biar segar sikit.

Sebelum mandi, Intan maklum pada anggotanya bahawa perjumpaan dibatalkan. Nasib baik ingat. Kalau tidak, sampai malam budak-budak tu tunggu.

Selepas mandi, badan menjadi segar. Lama tak jogging. Badan pun dah lemau.

Petang itu Intan memakai pakaian sukan dan jaket berhud. Kepala ditutup. Selepas pintu pagar dikunci, Intan memulakan lariannya.

Best juga jogging petang-petang macam ni. Last jogging macam ni rasanya dengan Shira lima enam bulan lepas rasanya.

Hampir satu jam juga Intan jogging berpusing di dalam kawasan taman perumahan itu dan pulang ke rumah.

Sebaik sampai di depan pintu pagar, hati Intan rasa sesuatu. Macam ada yang tidak kena. Pintu pagar perlahan dibuka kuncinya dan ditutup semula.

Perlahan Intan berjalan, semakin hampir dengan pintu rumah semakin kuat rasa tidak enak. Sampai di hadapan pintu dilihat, pintu tidak ditutup rapat. Sah ada orang masuk.

Intan bersedia dengan kayu besbol di tangannya. Jangan la diaorang jumpa senjata aku. Kalau hilang, mati.

Perlahan pintu ditolak, melingas mata Intan ke kiri dan kanan. Tiada sebarang bunyi. Langkah kaki diatur perlahan ke arah bilik belakang yang dilihat pintunya sudah terbuka dan apabila Intan hampir. Bulat matanya melihat.

Bersepah semua barang dan peralatan yang ada. Semuanya sudah dirosakkan. Gambar-gambar pada board juga semua telah koyak.

"Tak guna" Intan menumbuk pintu.

Intan mencari camcorder yang disimpan di dalam laci telah tiada. Begitu juga rakaman CCTV yang Chet serahkan juga tiada. Pistol!

Pantas Intan mencari di tempat simpanan, nasibnya baik. Masih ada di situ. Rumah ini sudah tidak selamat. Kamera yang dipasang dalam dan luar rumah juga telah tiada. Pasti orang yang datang ini telah mengintip Intan.

Teringat pula tiga orang anak buahnya. Pantas telefon bimbit dicapai, nombor didail.

"Hello. Kau kat mana?" soal Intan pada Chet.

"Rumah. Baru sampai. Ada apa. Cemas je bunyi?" soal Nasir.

"Tak ada apa, saya takut awak masih di restoran tunggu saya" jawab Intan tanpa berfikir.

"Eh, tadikan dah bagitau batal. Takkan lupa kot" soal Nasir pelik.

"Kalau macam tu tak apa la, yang lain-lain macam mana, dah balik?" soal Intan lagi untuk pastikan keselamatan mereka.

"Dah, yang lain pun dah sampai rumah" jawab Nasir. Pelik ni. Tak pernah-pernah tanya.

"Kalau macam tu. Saya letak dulu" kata Intan, lalu talian dimatikan.

Ish, mana pulak aku nak tidur malam ni. Tak guna betul. Siapa punya kerja ni. Dapat kat aku memang lunyai aku kerjakan.

Fikir Intan, fikir.. Kau nak tidur mana malam ni. Tak mustahil diaorang datang repeat. Setakat seorang dua boleh la kau makan, kalau datang lima enam orang, mati.

"Argh...!" jerit Intan.

Sikit dah lagi dah settel.

Intan masuk bilik, mandi dan tukar pakaian. Beberapa helai baju dimasukkan ke dalam beg sandangnya. Senjatapi diselit di pinggang.

Tempat yang tak selamat adalah tempat yang paling selamat buat masa ini. Hotel.

Menurut Amira, Caden jarang sangat tidur di bilik rehatnya. Harap-harap malam ni Caden tak tidur di situ.

Intan menutup pintu pagar. Motorsikal ditunggangnya. Sebelum bertolak, Intan memerhati di sekeliling, mana tau masih ada yang memerhatikannya.

Laju Intan memecut motorsikalnya. Tidak lama sampai di basement hotel. Intan memerhati di tempat parking. Kereta Audi hari tu tak ada. Pasti Caden pun tak ada.

Setelah motorsikal diparking. Intan laju membuka langkah ke lift. Bimbang jika ada rakan-rakan kerja yang nampak.

Butang lift ditekan. Tidak lama pintu terbuka. Pantas Intan memboloskan diri. Tingkat atas sekali ditekan. Moga-moga Caden tak ada. Doanya dalam hati.

Ada juga gunakanya Caden ni ye.. Tersengih Intan seorang diri.

'Ting'

Pintu lift terbuka. Intan jenguk kepala. Kiri dan kanan. Tiada orang. Ye lah, dah nak malam kan. Mana ada orang. Macam lipas kudung Intan berlari ke bilik rehat. Laju jari menekan password.

Sebaik unlock. Pantas tangan membuka pintu dan terus masuk. Huh, macam pencuri dah rasanya. Lega..

Intan mengintai di dalamnya. Setelah pasti Caden tiada, Intan melepaskan lelah di sofa. Penatnya la hai..

Malam ni aku nak tidur mana? Ah, tidur je la atas katil dia tu. Esok aku tukar la cadar. Apa susah.

Intan melangkah masuk ke bilik tidur Caden bersama beg galasnya. Helmet dibiarkan di atas sofa.

Melekit badannya walaupun baru sudah mandi sebelum datang ke sini. Tanpa membuang masa, Intan membuka pakaian dan masuk ke bilik air untuk membersihkan diri.

Biasanya dia tukang cuci je, hari ni biar dia pulak yang guna. Bukan senang nak dapat peluang macam ni.

Eleh.. Nanti dah kahwin dengan Caden, hari-hari kau boleh mandi sini Intan..

Haah kan.. Ye la.. Kih kih kih.. Intan ketawa gatal. Sempat lagi tu.. Dalam banyak masalah macam ni pun kau sempat lagi Intan kan.

Yang tu esok fikir. Sekarang ni mandi lepas tu makan. Meggi cup je yang sempat dibawanya. Jadi lah buat alas perut.

Lama Intan mandi, ambil feel.. Mandi bilik air mahal la katakan..

Selesai mandi, rambut Intan keringkan dan tuala digulung pada rambutnya yang panjang. Nak potong sayang tapi kerja macam ni, agak susah dengan rambut yang panjang, tambahan pula bila bertudung.

Itu semua cabaran dalam menjalankan tugas. Layan je la..

Intan menuju ke dapur dengan meggi cup di tangan. Sedap juga makan lepas mandi macam ni. Selepas air panas dituang, bekas ditutup dan di bawa ke meja makan bersama air koko. Dibancuh dalam mug Caden. Hahaha.. Gelak jahat.

Ada suruh basuh walaupun tak guna, ingat hotel ni ada lipas ke. Apa-apa la Caden ni.

Intan melabuhkan duduk di meja makan. Tutup meggi cup dibuka. Urm.. Walaupun meggi tapi kalau dah lapar, ini pun dah cukup sedap.

Untung Caden kan. Bilik rehat dah macam rumah. Kalau rumah dia agaknya besar mana la ye..

Dah, dah. Tak payah fikir pasal harta orang Intan. Syukur apa yang ada.

Selesai makan dan minum, Intan mengemas semula bekas. Badan dah penat dan mata mudah saja layunya.

Huargh... Besar Intan menguap.

Langkah diatur ke bilik tidur dan badan direbahkan. Tak sampai lima minit, sudah lena dibuai mimpi.

+++

'Beep'

Bunyi pintu unlock.

Caden melangkah masuk dan pintu ditutup. Belum sempat kasut dibuka, ada sepasang kasut lain di rak kasut. Aik, kasut siapa.

Helmet di sofa diperhatikan. Macam pernah nampak..

Caden tidak sedap hati. Tapi yang tahu password bilik rehat ni, tiga orang je. Takkan Carlos pulak.

Pantas Caden ke bilik hujung, pintu berkunci itu dibuka dan pistol dalam laci diambil. Lalu disisip di pinggang.

Keluar dari bilik hujung, Caden perlahan menuju ke dapur, ada bau macam... Meggi? Biar betul. Takkan gelandangan kot.

Laju kaki menuju ke bilik tidur. Pintu tidak bertutup. Perlahan Caden menapak, siapa yang berbungkus ni.

Tangan kanan sudah berada di pistol pada pinggang belakang, manakala tangan kiri memegang selimut.

Kuat selimut ditarik dan pistol diacu. Apa!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience