BAB 6

Humor Completed 7396

Pelayan yang membawa pesanan Sarah dan Danny sampai di meja mereka. Pelayan itu meletakkan pesanan mereka dengan teliti. Sarah mengamati penampilan pelayan itu. Bertudung tetapi memakai baju yang ketat dan hampir menampakkan pusat, seluarnya juga ketat. Pelik betullah dengan budak zaman sekarang. Diorang ni dah tak takut dosa ke. Pakai ketat-ketat macam tak cukup kain je. Sengkek sangat ke dorang ni?Rumah aku tu berlambak baju, kalau nak, cakap je arr. Aku boleh bagi sampai 4 kotak lah.

“Dik, baju siapa ni?”soal Sarah kepada pelayan wanita itu. Danny memandang Sarah.

“Baju sayalah. Kenapa kak?”soal pelayan itu dengan hairannya.

“Oh, ingatkan baju adik awak yang darjah satu tu. Ketat semacam je. Macam tak cukup kain.”Ambik kau sebijik. Kan dah kena lecture dengan aku. Nasib kaulah adik ooi.. Pelayan itu tersengih dan terus berlalu pergi. Dany pula hanya ketawa kecil.

“Tak baik Sarah awak cakap dia macam tu. Kalau dia tersinggung, macam mana?”nasihat Danny.

“Apa pulak tak baiknya. Kau patut ucapkan terima kasih kepada aku sebab tegur budak itu. Kalau aku tak tegur dia hari ni, esok-esok, mesti ada orang yang akan tegur dia punya. Percayalah cakap aku.”bangkang Sarah.

“Habis tu, kalau budak tu tersinggung macam mana?”soal Danny.

“Ah lantaklah. Siapa suruh dia pakai macam tu. Kalau aku tak tegur dia, maksudnya aku pun akan dapat dosa juga. Lepas ni, kalau dia tak nak berubah jugak, itu dia punya pasallah. Yang penting, aku takkan dapat dosa lagi sebab aku dah tegur dia. Kau tu, patut terima kasih kepada aku sebab kerana akulah, kau terlepas dari dosa itu.”panjang lebar aku bersyarah. Danny pun satu, takkanlah tak tahu benda-benda macam ni. Ustazah kau tak pernah ajar ke? Kang aku sembelih kepala kau, baru tau.

“Ok, you win. Makanlah.”Danny bersuara perlahan. Sewaktu Sarah hendak memulakan suapan, telefonnya berdering.

“Sarah, aku tak dapat hantar kau baliklah. Sorry.”kedengaran suara Arin dari hujung corong telefon.

“Asal pulak? Kan kita nak lepak lepas ni. Jangan cakap dekat aku yang nenek kau suruh kau teman dia pergi dating dengan bakal atok tiri kau.”teka Sarah.

“Eh, eh budak ni. Sat gi aku tempeling betul-betul kang.”marah Arin. Tempeling? Mak aai, ni paling gua takut ni. Jangan dia tempeling gua, terus gua jadi tenggiling, sudahlah.

“Sorry eah”ujar Arin lagi.

“Hmm, takpelah. Nak buat macam mana. Ok lah Arin. Assalamualaikum.”Sarah mematikan perbualan. Dia meletakkan handphone di atas meja bersebelahan pinggannya.

“Siapa?”soal Danny ingin tahu.

“Nenek aku.”ringkas jawapan Sarah. Malas mahu melayan Danny. Arin lah tu. Ingat aku tak tahu.

Sarah menghabiskan suapan terakhirnya. Sejurus selepas itu, dia mula menyedut teh ais, air kegemarannya. Dia memandang sekeliling. Cantik restoran ni. Lainkali boleh datang lagi dengan Arin. Matanya kemudian tertancap pada satu susuk tubuh yang amat dikenalinya. Arin!!Siapa perempuan sebelah dia tu? Nampak mesra gilerr!!Kalah mak bapak aku.

“Bukan dia kata dia lunch dengan family dia ke? Sampai hati kau tipu aku.”Sarah menolak kerusi dan terus berlalu keluar. Dia tidak sanggup lagi melihat adegan terlebih maut itu. Dia sendiri keliru. Kenapa dia marah sedangkan dia dan Arin tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa. Hanya menyandang gelaran teman sahaja.

“Sarah, kenapa awak..”dari jauh Danny ternampak sepasang pasangan yang begitu mesra lagi. Patutlah..Danny tersenyum sendirian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience