BAB 4

Humor Completed 78146

ADAM cuba mendail nombor Julia.Masuk ni entah yang ke berapa ratus kali dia cuba.Namun tidak berjawab malah operator saja yang menjawab.

Sudah seminggu sejak mereka berjumpa tempoh hari hingga sekarang dia tidak bertemu dengan Julia.Sakit hati bila diperlakukan begini.

Tet tet!nada mesej masuk ke WhatsApp.Dia menyentuh skrin.Gambar Julia berada di Tokyo sambil senyum gembira bersama seorang lelaki.Bila diperhatikan baru dia perasan itu model yang bersama dengan Julia.Lagak mereka seperti pasangan kekasih sedang bercuti.

-Julia sekarang ada di Tokyo.Ada job dekat sana.-kiriman dari Nazmi.Kawan baik Adam.Dari mana Nazmi dapat berita pasal Julia sudah tentu lah dia ada informer tersendiri.Kesian punya pasal Nazmi tolong Adam cari Julia.

Adam baling telefon bimbit yang baru dilihatnya ke atas katil.Rambut di lurut kasar ke belakang.

Nampaknya Julia tengah bahagia.Cinta Julia selama ini palsu belaka.Hati Adam retak berkecai ibarat gelas yang terhempap ke batu.Separuh nyawa dia sayangkan Julia.Ini yang dia dapat.

Gigi Adam berdetup detap berlaga.Dia sungguh kecewa.Kenangan manis bersama Julia terimbau di ruang mata.Macam mana dia nak lupakan Julia.Mungkin Julia boleh tapi Adam...

Tangan diletakkan atas dahi sambil berbaring.Hatinya sakit.

Dia pun ada perasan juga.Kecewa tak usah cakap lah.Selama bercinta dengan Julia bukan mereka tak pernah bergaduh.Tapi kali ini memang Julia nekad tinggalkan Adam.Nampak sangat cinta Adam langsung tak bermakna buat Julia.Dia lagi rela pilih kerjaya modelling nya dari cinta sejati Adam.

Sungguh Adam tak sangka.Adam yang yakin sangat dua ratus peratus cinta nya pada Julia tidak sama dengan apa yang Julia rasa.Kali ini Adam jatuh tergolek golek bah kan macam batu besar menghempap kepalanya.Selalunya memang Adam lah yang akan mengalah dan memujuk rayu Julia.Tapi kali ini Adam dah cuba, Julia tetap dengan keputusannya.

Sampai naik lenguh jari jemari Adam mendail nombor Julia.Telinga ni dah boleh hafal dialog operator yang menyahut setiap panggilannya.Tungu punya tungu satu mesej pun tak ada dari Julia.Malah panggilan telefon jauh sekali.

Adam ibarat tidur tak lena.Mandi tak basah.Makan pun tak kenyang.Masuk pejabat pun dia tak boleh fokus.Bukan sebab teringatkan Julia tapi sakit hati bila cinta Julia selama ini dusta.Kalau pasangan lain bila di ajak kahwin dah lompat seribu bintang.Lain pada Julia dia tak memilih untuk kahwin.Cinta Adam dia buang macam sampah!Itu yang buat Adam sakit hati.

"Adam kenapa ni?mummy tengok Adam macam tak bermaya saja."Datin Mazni mulai perasaan sikap Adam yang banyak mendiamkan diri kebelakangan ini.

Adam mengeluh.Sudu di tangan di letakkan kembali dalam pinggang nasi.Sambal udang kegemarannya pun dah tak boleh nak telan.Rasa tak sedap.

"Adam..cakap dengan mummy kenapa ni?"

"Julia dah tinggalkan Adam,mummy.."bersama wajah kecewa.Lirih sekali suaranya.

"Tapi kenapa?Adam tak cuba pujuk Julia ker.Mummy rasa Julia merajuk saja tu.Adam cuba pujuk dia balik, mesti dia tengah tunggu Adam pujuk dia."

"Tak mummy.Adam tak rasa macam tu.Kali ni dia betul dah putus dengan Adam.Adam dah cuba tapi Julia tak kisahkan pasal Adam pun."

Terlopong mummy Adam.Setahu dia Julia tak akan tinggal kan Adam.Julia cinta mati Adam.Mana boleh Julia lupa kan Adam macam tu saja.Malah dia dah anggap Julia macam menantunya walaupun tanpa ikatan apa-apa.Dia sendiri yang merestui cinta mereka.

"Adam rileks dulu.Biar mummy jumpa Julia.Mummy rasa dia merajuk tu.Nanti okay lah tu..."pujuk Datin Mazni.

"Tak payah mummy!Dia tengah berseronok dekat Tokyo sana.Adam pun tak ingin lah nak pujuk dia dah.Lantak dia lah nak buat apa pun.Adam dengan dia dah tak ada apa-apa!"

"Adam jangan macam tu.Nanti mummy try call Julia.Julia tak akan buat Adam macam ni.Mungkin Julia nak cari ketenangan.Nanti dah okay dia akan balik cari Adam lah tu.Mummy yakin sangat.Mummy kenal Julia tu macam mana."

"Sudah lah mummy.Adam tak nak lagi.Kalau Julia boleh buat macam tu pada Adam.Adam pun boleh buat juga.Adam akan ikut cakap baba.Adam akan kahwin dengan pilihan baba!"

"Adam!jangan terburu buat keputusan.Nanti Adam menyesal.Mummy tak setuju Adam nak kahwin dengan orang yang Adam tak cinta."

"Adam dah nekad mummy.Tolong bagitahu baba yang Adam...setuju!"

"Adam! Adam!"jerit Datin Mazni bila Adam terus meninggalkan meja makan.

Adam terus melangkah ke atas menuju ke biliknya.Tidak dihiraukan panggilan dari mummy nya.Dia pun tak tahu sama ada keputusan nya untuk berkahwin dengan pilihan baba nya satu keputusan yang bijak atau tidak.Dia tak mahu memikirkannya lagi.Biar dia rawat hati nya yang sakit sendirian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience