Bab 28

Romance Completed 78326

Kuala Lumpur International Airport, Malaysia.

Selepas beberapa jam perjalanan, akhirnya mereka berdua tiba juga di Malaysia. Luqman dan Idham menuju ke lif dan menekan punat basement ke tempat parking kereta. Penatnya memang tak payah cakaplah. Ini kalau balik rebah atas katil, memang lena terus.

Luqman masuk ke dalam keretanya lalu memandu keretanya pulang ke rumah Puan Aminah. Apa-apa pun dia akan jenguk Puan Aminah dulu. Entah sihat ke tidak tak tahu.

Sampai saja di rumah Puan Aminah, Luqman segera keluar dari keretanya dan menghampiri pintu rumah Puan Aminah. Pintu rumah itu diketuk. Tak lama kemudian, pintu dibuka dari dalam.

“Luq? Bila balik?” soal Puan Aminah.

“Baru je sampai ni ibu. Saja datang jumpa ibu dulu. Ibu apa khabar? Sihat?”

“Sihat je Luq. Luq ni sihat ke tak? Dah jumpa dengan Gia?”

Sebut saja nama Gia, terus darahnya mendidih. “Ibu tak payah cakaplah pasal dia. Luq tak suka dengar nama dia.”

“Luq…Luq bincang baik-baik kan dengan dia? Tak ada gaduh-gaduh kan?” sungguh dia risau kalau Luqman berkasar dengan Gia. Dia tahu Luqman memang tak sukakan Gia sejak kejadian di Filipina lagi dan tak mustahil Luqman boleh buat macam-macam pada Gia.

“Orang macam dia tu tak layak bincang baik-baik ibu. Kalau kita layan baik-baik, makin naik kepala dia dibuatnya! Ibu nak tahu tak? Tak mustahil sangatlah dia boleh bagi duit sebanyak tu dekat ibu sebab keluarga dia memang datang dari kaya-raya! Luq sendiri tengok dengan mata kepala Luq sendiri!”

“Huh? Luq pergi jumpa keluarga dia ke?”

“Tak…kantoi pergi siasat senyap-senyap dengan adik dan abang Gia. Sebab terkantoi so abang dia ajak masuk dalam rumah.”

“Luq! Perlu ke Luq kena pergi siasat sampai macam tu sekali? Luq tahukan itu privasi diorang? Luq suka ke kalau ada orang datang ganggu privasi Luq macam tu? Suka?” jujur dia tak suka dengan apa yang dibuat oleh Luqman. Kenapa Luqman perlu bertindak sampai macam ni sekali?

“Ibu tak payahlah risau.” Luqman melabuhkan punggungnya di atas sofa.

“Apa-apa pun Luq ibu tak suka Luq buat macam tu. Ibu risau dengan keselamatan Luq.”

“Ya ibu…”

“Hmmm…makan ke belum? Kalau belum makan, ibu masakkan untuk Luq.”

“Dah makan tapi tak kenyang. Hehehe…”

Puan Aminah dah dapat agak dengan jawapan Luqman yang satu ini. “Yelah…ibu pergi masak dulu.” Puan Aminah segera menuju ke dapur untuk masak.

KEPULANGAN Luqman disambut oleh Ungku Maria di hadapan pintu. Tapi, pada pandangan matanya wajah anaknya agak sedikit suram. Dah kenapa pulak dengan anak aku yang sorang ni? Ada masalah ke masa dia di Filipina?

“Luq…kenapa mama tengok muka Luq ni suram je? Macam tak bermaya? Luq ada masalah ke masa dekat Filipina?” tanya Ungku Maria. Risau pulak tengok anaknya yang masih mendiamkan diri.

“Tak ada apalah mama. Luq ok je. Cuma, ada masalah dengan Gia masa dekat Filipina. Datang dari keluarga kaya memang perangai dia tak boleh nak bawak bincang.”

Eleh…kau pun samalah Luq! Perangai kau pun tak boleh nak bawak bincang jugak. Kau buat ikut kepala kau je.

“Luq…mama nak ingatkan Luq sebelum kita buat apa sekalipun, kita kena fikirkan akibatnya sama ada baik atau buruk. Mama tak nak bila Luq terlampau ikutkan hati dan perasaan Luq, akhirnya buruk padahnya nanti. Mama tak nak jadi apa-apa dekat Luq suatu hari nanti.”
Pesanan Ungku Maria lebih kurang sama seperti Puan Aminah. Masing-masing risaukan dengan keadaan Luqman. Takut tersalah langkah, buruk padahnya nanti. Kita tak tahu apa yang akan terjadi pada masa yang akan datang.

“Apa yang nak dirisaukan mama? Tak ada apa pun yang nak dirisaukan. Sekarang ni Luq ok je. Tak ada benda pun yang terjadi.”

“Memanglah sekarang tak ada apa yang jadi. Tapi, suatu hari nanti?”

“Insya-Allah tak ada apa mama. Luq naik atas dulu.” Luqman mengatur langkah menuju ke biliknya di tingkat dua. Penatnya dah tak boleh bawak bincang. Dia perlukan rehat sekarang ni.

“Ma…kenapa angah keras hati sangat?” tanya Zahirah. Kalau nak bandingkan angah yang dulu dengan angah yang sekarang, angah yang sekarang hatinya terlampau keras.

“Mama pun tak tahulah achik. Sejak arwah Dariya pergi, angah sekarang makin keras hati dan makin berdendam dengan Gia. Mama pun tak tahulah kenapa angah boleh berubah sampai macam ni sekali. Sejujurnya, mama tak suka tengok perubahan angah yang sekarang. Mama tak sedap hati dengan perubahan angah yang sekarang.”

“Achik pun tak suka jugak tengok perubahan angah yang tiba-tiba macam ni. Tengoklah, achik try cakap dengan angah nanti.”

“Yelah…”

PINTU biliknya diketuk dari luar. Luqman yang baru saja hendak terlelap kembali membuka matanya. Siapa pulak yang ketuk pintu bilik aku ni?

“Sapa?”

“Achik!” jawab Zahirah di luar pintu bilik Luqman.

“Masuklah…” daripada nak boleh tidur, tak boleh tidur pulak. Dia memandang Zahirah yang duduk di birai katilnya.

“Ada apa achik?”

“Emmm…angah larat ke nak sembang dengan achik? Kalau angah tak larat, tak apalah. Nanti malam je kita sembang.”

“Tak apa. Achik nak sembang apa dengan angah?” Luqman menyandarkan badannya di kepala katil sambil memandang adiknya.

“Sebenarnya achik ada benda nak cakap dengan angah. Anggap jelah apa yang achik cakap ni mewakili mama.”

“Apa dia?”

Zahirah agak gugup nak cakap benda yang betul. Takut kena marah dengan abang dia punya pasal. Tapi dah terlanjur duduk berhadapan dengan abang dia, nak tak nak kenalah cakap jugak.

“Actually, kenapa angah berubah sampai macam ni sekali? Bukan achik je yang tertanya-tanya tapi mama dengan along pun tertanya-tanya jugak dengan perubahan angah ni. Kenapa angah jadi keras hati sampai macam ni sekali? Takkan disebabkan nasib arwah kak Dariya tak terbela, angah berubah sampai macam ni sekali?”

“Angah bukan berubah untuk diri angah tapi angah berubah untuk ibu. Achik sendirikan nampak macam mana deritanya ibu selepas arwah kak Dariya pergi?”

“Ye…achik nampak semua tu tapi tak bermaksud angah kena berubah sampai macam ni sekali. Berdendam dengan Gia. Bukan macam tu caranya nak selesaikan masalah. Angah sendiri pun tahu kan prosedurnya macam mana? Kenapa angah nak kena lebih-lebih sekarang ni?” Zahirah pun dah nak bertukar jadi Zarina. Bila dah start membebel, dah jadi macam mak-mak gayanya walaupun Zahirah baru je berusia 21 tahun.

“Achik tak faham…”

“Apa yang achik tak fahamnya? Sebenarnya angah berdendam dengan Gia kan? Betul tak apa yang achik cakap?” Zahirah menjongketkan keningnya.

“Kalau achik jadi angah, achik berdendam tak dengan dia?”

“Tak sebab achik tahu lambat-laun macam mana sekalipun, kebenarannya akan terbongkar. Biarlah polis siasat dulu. Kita tak payah masuk campur.”

“Achik cakap senanglah! Dah…angah nak tidur. Mengantuk…jet lag tak habis lagi.”

“Yelah…” Zahirah mencebik seketika sebelum keluar dari bilik abangnya. Abang aku ni kalau dia tak nak dengar orang bebel, laju je dia cari alasan nak rehatlah, tak laratlah apa lah semua ada.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience