DIA 09

Romance Completed 131781

Lara berpindah ke sebelah Hanis. Bahu Hanis dipegang.

"Kau... Tak payah tipu aku. Aku tahu kau tak boleh terima semua ni. Tak ada sesiapa yang dapat terima semua ni, Hanis." Ujar Lara.

Hanis menoleh memandangnya.

"Memang tak ada sesiapa yang dapat terima semua ni, termasuk aku. Tapi aku cuba untuk terima kenyataan. Dia memang bukan ditakdirkan untuk aku. Aku sedih? Yes aku sedih. Tapi aku kena terima. Aku tak tipu kau. Sekarang ni aku jujur depan kau, aku terima apa yang dah ditetapkan." Ujar Hanis penuh emosi.

Lara tidak mengeluarkan sebarang kata-kata. Tiba-tiba Syaza masuk dengan senyuman penuh kegembiraan tetapi, apabila memandang mereka berdua senyumannya pudar. Syaza menghenyak punggung di sebelah Hanis.

"Korang berdua, kenapa ni? Ada berita buruk ke?" Soalnya hairan.

Tapi dia dapat teka sesuatu, kemungkinan besar pasti tentang Nazrul.

"Hanis... Boyfriend dia tak jadi nak langsungkan pertunangan diorang. Jantan tak guna. Kau tahu, dia kata dia dah jumpa seorang wanita dan Hanis tak setanding dengan perempuan tu." Ujar Lara sambil tangannya menggenggam kusyen akibat terlalu geram.

Syaza terdiam dan memandang Hanis.

"I feel sorry for you, Hanis. Saya tak tahu." Ujarnya.

"Takpe. Saya... Terima seadanya." Hanis bangun lalu naik ke bilik.

Klak!

Hanis mengunci pintu dari dalam. Dahinya lekat pada belakang pintu. Matanya terbayang semua kenangan bersama Nazrul. Dari kecil sehingga dewasa dan sehingga mereka menjalinkan hubungan cinta, dan sekarang mereka berpisah hanya kerana seorang wanita yang berjaya memikat hati Nazrul.

Semua sumpah dan janji dilupakan. Teringat ketika hubungan Hanis dan Nazrul kantoi pada babah Hanis. Satu ayat yang Nazrul ungkapan pada babahnya.

"Tak kira apa pun yang terjadi, saya bersumpah dengan nyawa saya sendiri untuk tidak sesekali tinggalkan wanita yang sempurna bak bidadari ini, Hanis Adawiyah."

Hanis mengeluh. Semuanya hilang sekelip mata. Hanis memejam mata seketika sebelum membukanya dengan satu impian.

"Ya Allah, aku nak tengok dia bahagia dan aku pun nak tengok diri aku bahagia walaupun bukan dengan dia. Aku percaya apa yang kau tentukan ini, yang terbaik untuk aku, dia dan semua."

Bebola mata Lara dan Syaza tidak beralih pada Hanis yang sedang melangkah keluar dari rumah. Lara mendekatinya.

"Kau nak pergi mana?" Soal Hanis risau.

Hanis sekadar menguntum senyuman nipis lalu kembali melangkah keluar. Lara mengerutkan dahinya dan menoleh ke arah Syaza. Syaza angkat bahu.

---

Hazzar menuruni tangga sambil menilik telefonnya. Matanya beralih ke hadapan. Kepala menoleh kiri kanan. Tiada sesiapa.

"Kak Zu!" Laungnya.

Kak Zu atau nama sebenarnya Azura adalah salah seorang daripada pembantu rumah mereka, walaupun umur sudah mencecah 40-an, Hazzar tetap memanggilnya dengan gelaran 'kak'. Segera kak Zu mendekati Hazzar sebaik namanya dipanggil.

"Kak Zu, bonda mana?" Soal Hazzar hairan.

Selalunya ada sahaja wajah bondanya di ruang tamu atau di taman.

"Oh Puan Sri awal-awal pagi dah keluar. Dia kata nak jumpa kawan-kawan, pergi salon." Ujarnya.

"Aihh... Kalau bonda dekat luar, macam mana pulak dia boleh tahu pasal Ik belum balik ni?" Soalnya perlahan.

"Kak Zu yang bagitahu. Puan Sri tanya Hazz dengan Ikram dah balik ke belum. Sebab tu kak Zu cakap Hazz ada dekat bilik, Ik pulak belum balik." Terangnya.

Hazzar mengangguk faham.

"Hazz lupa yang semalam Hazz tinggalkan Ikram dekat kelab. Takpelah Hazz cari Ikram dulu eh?" Pamitnya.

"Eh tak nak jamah makanan dulu ke?" Soalnya.

"Takpe. Hazz nak keluar cari Ik, lepas tu nanti Hazz makan dekat luar jelah. Hazz pergi dulu." Terus Hazz melangkah keluar dari situ.

Kak Zu mengeluh.

"Tan Sri tak jamah makan, Puan Sri pun sama. Ni, Hazz pulak. Ikram lagilah. Membazir je aku masak banyak-banyak." Bebel kak Zu seorang diri.

---

Hanis berjalan di taman tempat dia dapat surat tadi. Kedua-dua tangannya diseluk ke dalam poket. Telinga pula disumbat dengan earphones. Entah kenape asyik lagu yang sedih-sedih sahaja yang dimainkan. Kakinya menyepak batu-batu kecil.

Kepala langsung tidak diangkat, hanya memandang jalan. Tanpa sengaja Hanis terlanggar seseorang. Earphones nya tercabut sebelah. Lelaki tersebut rebah. Hanis terkejut lalu melutut di hadapan lelaki tersebut dengan perasaan serba salah.

"Encik?" Lelaki tersebut tidak memberikan sebarang respon.

Semakin cuak Hanis dibuatnya. Takut ada apa-apa yang tak diingini berlaku. Lelaki tersebut ialah, Ikram. Hanis memegang hidungnya seketika. Bau arak!

Ikram membuka mata, pandangannya sedikit kabur tetapi dia pasti itu wanita. Semakin lama pandangannya semakin pulih. Terkaku dia melihat Hanis di hadapannya.

"Encik okay? Saya betul-betul tak sengaja terlanggar encik tadi." Ujar Hanis.

Segera Ikram bangun, malu. Dia gugup untuk berbicara. Hanis juga turut bangun.

"Sa--Saya minta maaf." Hanis mengerutkan dahi.

"Kenape encik minta maaf pulak. Sepatutnya saya yang minta maaf, sebab yang terlanggar encik tadi." Ujar Hanis.

"Oh ye ke. Bidadari depan saya ni, nama siape?" Soalnya tersipu malu.

Hanis tersenyum mendengar perkataan 'bidadari' yang dikatakan oleh Ikram.

"Nama saya Hanis, Hanis Adawiyah. Saya... Saya tak setanding bidadari yang cukup sempurna. Saya tak layak digelar bidadari." Ujar Hanis.

"Hanis... Nama awak semanis senyuman. Saya Ikram, Ikram Iskandar." Ujar Ikram sambil menghulurkan tangan ingin berjabat tangan.

Hanis menggeleng perlahan. Ikram faham maksud Hanis.

"Bukan mahram okay saya faham. Arr... Hanis buat ape dekat sini?" Ujar Ikram takut-takut.

Hanis tergelak kecil melihat kelakuan Ikram. Ikram menjungkit kening.

"Encik Ikram tak payahlah nak takut-takut. Saya ni pun manusia macam encik Ikram. Cakap, macam biasa je. Oh, saya jalan-jalan je. Nak cari ketenangan." Kata-kata Hanis betul-betul membuatkan Ikram angau!

Dengan suaranya yang lembut apabila mengeluarkan kata-kata dan senyuman yang dibina betul-betul mencuit hati Ikram.

"Tak payahlah nak berencik bagai. Panggil saya Ikram je. Kita... Kan kawan." Hamis mengangguk.

"Saya cadangkan encik eh! Ikram balik rumah. Bersihkan diri." Cadang Hanis.

"Kenape saya nampak selekeh ke. Berbau ke?" Hanis menggeleng laju.

"Tak bukan sebab tu. Sebab..." Hanis mendekatkan bibirnya ke telinga Ikram.

"Bau arak kuat sangat." Bisiknya lalu tersengih.

Ikram terkelu. Dia malu! Baru dia hendak membalas kata-kata Hanis, ada seseorang memanggil namanya.

"Ikram Iskandar!!" Laung Hazzar.

Hanis dan Ikram serentak menoleh ke arah suara tersebut. Hazzar berlari anak ke arah Ikram lalu dipukulnya kepala Ikram. Tiba-tiba dia menutup hidungnya.

"Wei! Kau mandi arak ke semalam? Kuat si*l bau arak dekat badan kau!" Marah Hazzar.

"Eh kau ni!" Marah Ikram sambil memberi isyarat tentang kewujudan Hanis di sebelah.

Hazzar menoleh dan kebetulan Hanis menoleh memandang wajah Hazzar. Mereka bertentangan mata. Masing-masing terpaku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience