Chapter 17

Mystery Completed 11155

Surya : Bab 17

Langit mula menggelap apabila awan kumulonimbus meliputi kawasan kampung. Penduduk masih dikerah mencari Surya. Salwa dan Adila dipaksa untuk tinggal di rumah bersama Mak Salima. Adila memegang sesuatu. Wajahnya gelisah dan seakan ada sesuatu ingin diperkatakan.

"Mak cik..." Adila ragu-ragu. Sambil menghulurkan sebentuk cincin kepada Mak Salima.

"Allah! Cincin siapa pula ni?" Mak Salima memegang cincin itu dan tercampak ke lantai seakan ada sesuatu di dalamnya. Tangannya menggigil dan kemerahan bagai terkena air panas. "Ada benda dalam ni!"

Adila yang masih kaget melihat tingkah Mak Salima, perlahan-lahan mengambil cincin yang tercampak agak jauh. Aduh, panas! Getus hatinya. "Mak cik, kenapa cincin ni panas pulak?" Selepas dilapik tangannya dengan dua sapu tangan, Adila mengambil cincin itu.

**

"Eh, itu bukan Surya ke?"

"Mana?" Aishah dan Zana memandang ke arah blok C apabila ditunjuk oleh Fatihah. "Eh... Ha ahlah. Macam mana pulak dia balik? Bukan Rizal pergi cari dia ke?" Zana mengakui. Mereka bertiga masih bingung.

Kemudian, kebetulan Puan Maria, pengurus kolej kediaman melalui kawasan itu dengan kereta untuk ke rumahnya berhenti. "Kenapa ni?"

"Tu, puan." Puan Maria mengecilkan mata. Biasalah orang rabun.

"Surya?!"

*

Kecoh kampus apabila kelibat Surya kelihatan. Pihak polis bantuan juga berusaha menjejak Surya di kawasan blok C dan sekitarnya. Sementara, di setiap surau dan masjid kampus diadakan bacaan Yassin dan doa selamat demi mempermudahkan urusan pencarian. Semuanya atas arahan Haji Kamal, Timbalan Hal Ehwal Pelajar.

**

"Aku rasa Surya bukan di sini..."

"Maksud kau?" Sulaiman berkerut dahi apabila Haron berkata sedemikian. Aneh. Sulaiman memandang tepat ke arah wajah Haron.

"Pak Haji!" Haron berlari mendapatkan Haji Latiff yang sedang duduk di pangkin masjid, meninggalkan Sulaiman yang tergantung tak bertali. Sulaiman berjalan mengekori Haron.

"Haji, kita ke tempat manusia."

Tergamam orang tua itu. Encik Basri yang baru tiba selepas penat mencari Surya juga terperanjat dengan cadangan Haron. Rizal cuma memandang kosong. Masih penat.

"Kau biar betul, Haron?"

"Iya, Pak Haji. Saya terasa begitu."

"Pak Haji..." Mak Salima pula tiba dengan Adila dan Salwa.

"Eh... Bukankah aku suruh duduk di rumah..."

"Ini hal lain. Cincin ni..." Adila menghulurkan cincim itu kepada Haji Latiff. Adila meletakan cincin itu atas pangkin.

Haji Latiff cuba memegang tapi tidak boleh kerana terlalu panas baginya. Kemudian, dibacakan sesuatu pada genggaman tangannya kemudian, dihembus perlahan. Semua yang ada di situ cuma memandang penuh tekun. "Aku yakin, cincin ini antara penyebab kenapa benda itu berhubung dengan Surya..."

Rizal menghampiri Haji Latiff. Dia memandang cincin itu dengan cukup tajam. Ada sesuatu yang menarik minatnya. Tangannya menggapai cincin itu membuatkan Haji Latiff tergamam. Mereka yang ada juga aneh melihat tindakan Rizal. Rizal menyarung cincin itu. Matanya gelap.

Rizal rebah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience