Bab 19 : HV

Mystery & Detective Series 29168

~She loved him and he love her but it wasn't that simple~

2008.

Otak Sarah memberi isyarat supaya lajukan lagi langkah kakinya. Dari berlari-lari anak, Sarah mula buka langkah seribu. Silap dia juga, tidak terima pelawaan Cikgu Zawiyah untuk menumpangkannya balik ke Pangsapuri Cempaka sebentar tadi. Kebiasaannya jam 5 petang waktu kerjanya sudah berakhir tapi disebabkan hari ini ada sedikit majlis, jadualnya jadi sedikit berubah. Sedar tidak sedar hari. sudah pun gelap.

Padahnya, sekarang ini hanya dia seorang sahaja yang masih berkeliaran pada waktu senja begini. Taman perumahan elit yang menempatkan deretan rumah teres setingkat ini kebiasanya riuh dengan suara kanak-kanak riang bermain di taman permainan berhampiran kini sudah menyepi. Tiada lagi gelak ketawa riang. Tiada lagi kelibat manusia yang melakukan aktiviti riadah di petang hari seperti berjogging dan berbasikal apabila hari sudah mula melabuhkan tirainya.

Sesetengah kawasan juga sudah mula gelap. Hanya ditemani cahaya deretan lampu jalan yang sudah terpasang, menghasilkan bayang-bayang yang ada kalanya kelihatan sedikit menyeramkan. Sarah kerling jam tangannya, sudah menghampiri 7.30 minit petang, waktu perjalanan bas yang terakhir sudahpun berakhir. Lalu bagaimana dia mahu pulang? Mahu naiki teksi? Kawasan ini memang susah untuk dapatkan teksi. Kalau ada pun, sudah tentu tambangnya mahal. Akhirnya mahu atau tidak, Sarah terpaksa berjalan kaki balik ke rumahnya.

Sarah menggagau begnya cari telefon pintarnya. Skrin disentuh, bateri hanya tinggal nyawa-nyawa ikan sahaja. Kalau tidak, pasti boleh hubungi Waeez Haikal si kekasih hati. Tapi... lupa pula dia. Waeez tidak ada di Malaysia sekarang. Teman lelakinya itu berada di Indonesia, jadual kerjanya yang membawanya terbang ke sana. Inilah padahnya bila bercinta dengan Pilot. Sarah hembus nafas berat.

Ketika saat inilah rasa sesal Sarah datang bertimpa-timpa. Entah apalah nasibnya hari ini. Selalu sahaja ada yang tidak kena. Sejak dari pagi lagi dia rasa serba tidak kena. Seperti ada yang tidak baik bakal menimpanya. Tapi perasaan itu diseka jauh-jauh, mainan perasaan sahaja. Bisik hati kecilnya. Penat berlari, Sarah berehat sebentar di pondok perhentian bas. Duduk di bangku yang tersedia disitu untuk melepaskan lelah. Beg sandangnya diselongkar mencari botol air mineral. Tengkuknya haus. Jauh juga perjalanan Tadika Cahaya ke rumahnya. Masih jauh kakinya perlu berjalan.

Prak!

Tidak semena-mena pergerakkannya yang sedang meneguk air terhenti. Telinganya cekap menangkap bunyi seseorang terpijak dedaun kering yang ada disekitar tempat duduknya. Sarah menutup kembali botol mineralnya lalu berpaling ke belakang. Memeriksa dari arah mana datang bunyinya itu. Firasatnya mengatakan ada seseorang di sebalik tiang besar di belakang pondok itu. Semerta meremang bulu roma Sarah, dia sungguh takut kalau diapa-apakan oleh manusia berhati syaitan.

Tanpa berlengah lagi, Sarah cepat-cepat berlari. Menyelinap di sebalik deretan pokok yang terletak tidak jauh dari situ. Berharap ada manusia yang sudi lalu di jalan yang sunyi ini dalam keadaan dia begini. Berharap juga kalau ada insan berhati nurani sudi menghulurkan bantuan kepadanya. Peluh sudah merecik di dahi, baju kurungnya juga sudah lencun dengan peluh. Peluh di dahi Sarah seka dengan belakang telapak tangan. Dia yakin dengan kata hatinya. Ada seseorang mengekorinya sejak dari Tadika Cahaya lagi. Patutlah hatinya rasa tidak sedap saja.

'Adakah orang-orang Datuk Waazin?' Fikirkan itu jantung Sarah makin laju berdetak.

Sarah duduk membongkok disitu sambil-sambil mengintai di tempat duduknya sebentar tadi. Ranting kayu yang ada berhampirannya dicapai lalu dipegang kejap. Sarah mengamati saiz ranting itu, tidak terlalu kecil dan tidak terlalu besar, sedang-sedang saja tapi kalau terkena sekali libas, boleh berbirat juga. Sarah kulum senyum. Boleh lah!

Sarah betulkan duduknya, bersedia untuk lakukan ayunan sekiranya keadaan sudah mendesaknya. Dia menajamkan matanya, memerhati sebarang pergerakan dengan menanti 'seseorang' keluar dari persembunyiannya. Jantung berdegup kencang.

"Argh!" Sarah menjerit, terkejut. Terasa belakang tengkuknya dicekuh kasar, memaksanya supaya bangkit berdiri. Ranting kayu di angkat mahu melibas tapi belum sempat berbuat apa-apa, ranting itu terlepas dari tangannya bila ditunjal oleh lelaki berbadan sasa di belakangnya. Sarah tidak mengalah, dia menangkap tangan yang mencekuh belakang lehernya. Meronta dia minta dilepaskan.

"Sarah.... Tuan Maisarah binti Tuan Mahmud." Garau suara itu menyebut nama penuh Sarah. Nampak sangat yang dia memang sudah menjadi target manusia bertubuh sasa ini.

Sarah berhenti meronta, telan liur kesat. Terkejut dengar orang menyebut nama penuhnya padahal namanya itu tersangatlah 'rahsia'. Orang cuma kenalinya dengan nama Sarah Mahmud tanpa ada pangkat Tuan dihadapannya.

"Kau... kenal aku? Siapa... siapa kau?" gugup Sarah bertanya, cuba mengintai manusia yang bersembunyi disebalik topeng. Tapi tidak berjaya malah cengkaman di belakang tengkuknya makin kuat sehinggakan Sarah menyeringai.

"Aku memang cari kau selama ini, perempuan! Pandai kau bersembunyi dari aku ya?" Lorek senyuman sinis disebalik topeng. Akhirnya orang yang dicari-cari selama ini sudah ada depan mata.

Mata Sarah membulat. Tertanya-tanya siapakah gerangan manusia bertopeng ini?

"Aku tak tahu... Aku tak kenal kau.. Lepaskan! Lepaskan aku!" Sarah meronta-ronta.

"Aku boleh lepaskan kau tapi dengan syarat...."

"Syarat? Apa? Kau siapa? Apa kau mahu dari aku, hah?" Sarah cuma untuk tidak menikus walau hakikatnya dia takut. Dia cuba berani melawan walaupun dia tahu dia cuma seperti seekor tikus yang sedang berhadapan dengan seekor singa yang berganda lagi kuat dari tenaganya.

"Aku siapa? Aku tahu kau tahu aku siapa, betina!"

Gelak menjengkelkan dari gerangan itu kedengaran. Dengan kekuatan tenaga lelaki, Sarah ditolak kasar ke tanah. Hampir sahaja Sarah mencium tanah mujur kedua belah tangannya sempat menahan semasa jatuhan tadi.

Sarah segera berpusing. Mengensot sedikit dia ke belakang bila lihat lelaki itu mula mendekatinya.

"Apa yang kau nak dari aku, hah?"

"Aku cuma nak bagi kau pengajaran. Kau memang perempuan degil! Dah berapa kali aku bagi kau amaran tapi kau tetap degil." Dengan mukanya yang bengis, dia berdesir kuat.

Sungguh mengerunkan Sarah. Beberapa kali Sarah teguk liur, cepat-cepat dia bangun. Cuba melarikan diri. Tak sempat jauh pun dia melangkah sekali lagi tudungnya ditarik sehingga terasa lehernya terjerut. Sarah terbatuk kecil, sakit lehernya. Kakinya mengundur ke belakang mengikut ke mana tudungnya ditarik oleh lelaki itu.

"Le... lepas... Tolong! Lepas!" Sarah cuba menahan sakit. Matanya melilau, dalam hati dia berdoa moga ada insan datang membantunya. Sungguh dia takut saat ini.

Tudung Sarah ditarik rapat ke tubuh sasanya menyebabkan tubuh Sarah melekat dekat tubuhnya. Bahu Sarah dipegang kejap. Bibirnya mencari telinga Sarah.

"Kau tahu siapa aku?" bisiknya perlahan tapi sungguh menyeramkan.

Laju Sarah menggeleng.

"Aku... pembunuh upahan!"

Seraya itu bibir Sarah terbuka luas, terkejut dengan penyataan itu. Jadi, adakah ini bermakna dia akan dibunuh? ALLAH, tolong aku!

"Si... si... siapa.... kau..." Tersekat soalan Sarah bila terasa ada sesuatu yang tajam dan runcing terhumus dibatang lehernya.

"Waazin dah lama upah aku tamatkan riwayat kau tapi aku sengaja lengah-lengah... Aku nak tengok sejauh mana kau berani bermain dengan segala amaran Waazin. Tapi tak sangka kau ni memang degil, hati beku. Tak ambil peduli dengan amaran Waazin jadi kali ini aku sendiri yang akan uruskan kau. Tak sangka hari ni hari yang cukup sempurna untuk aku selesaikan tugasan aku."

Dengar sahaja bisikan itu ditelinganya, Sarah gigit bibir lalu matanya dipejam. Biar saja air matanya mengalir, dia sudah tidak peduli lagi. Mungkin ini harinya terakhir. Biar sahaja dia jumpa ibu dan ayahnya di alam sana.

"Berusahalah sayang. Berusaha lepaskan diri. Jangan mudah putus asa. Allah bersama orang-orang yang tidak pernah putus asa." Suara ibunya tiba-tiba bergema di celah telinga. Semerta Sarah membuka mata.

Tanpa teragak-agak lagi, Sarah menangkap tangan yang sedang berlingkar di lehernya lalu dipusing dengan pantas sekali. Kakinya sudah bersedia untuk melakukan tunjahan di pinggul lelaki itu lalu tanpa si dia dapat bersedia terlebih dahulu, dia terjatuh ke belakang. Terlepas segala pegangan di tubuh Sarah. Dengan kesempatan itu, Sarah segera melarikan diri.

Sarah buka langkah seribu. Lari selaju mungkin. Ada deretan kedai di hujung jalan sana. Sarah pasang tekad untuk tuju ke arah sana. Tanpa menoleh kiri dan kanan lagi, segera dia melintasi jalan dan secara tiba-tiba cahaya lampu kereta simbah mengena wajahnya.

Sarah terkejut, menjerit dia sambil kedua belah tangannya menutup kedua belah matanya. Sarah jatuh terduduk, apa yang berlaku dia redha sahaja. Brek kereta kedengaran berdecit, tandanya pemandu itu juga terkejut dengan kemunculannya yang tiba-tiba.

"Hei, apa yang kau buat ni?" sergah si pemandu itu bila melihat Sarah sedang duduk mencangkung di tengah-tengah jalannya.

Sarah tidak memberikan respon. Dia masih terkejut dan tidak percaya yang dia masih lagi terselamat.

Keduanya senyap seketika. Lelaki itu menapak ke hadapan sedikit.

"Awak... awak okay tak ni?"

Sarah teragak-agak untuk mengangkat muka tapi suara itu... Dalam dia berfikir, dia angkat jua mukanya.

"Sarah?"

"Han?"

Serentak. Keduanya saling merenung. Eshan berdiri dan Sarah mendongak. Tidak semena air mata Sarah merembes. ALLAH, Kau hantarkan insan ini untuk menyelamatkan aku!

"Kenapa ni?"

Sarah bangun dari duduknya lalu rangkul tubuh Eshan. Dia tahu salah tapi dia takut. Terlalu takut. Eshan tergemap. Sarah peluk dia? Kenapa ni? Hatinya dapat merasakan ada sesuatu telah berlaku kepada Sarah. Kalau tidak, Sarah tidak mungkin sesenang ini boleh bersentuhan apatah lagi seperti sekarang ini.

Sarah lepaskan pelukan. Tangannya menyeka air matanya. Syukur dipanjatkan didalam hati.

"Kau kenapa sebenarnya ni? Buat apa dekat sini? Malam pula tu..." Eshan meliarkan matanya ke kiri kanan. Pelik dengan kemunculan Sarah.

"Saya... Saya... kerja saya habis lewat... Tak ada bas. Saya balik jalan kaki... lepas tu tadi...."

"Jalan kaki? Kau gila ke? Malam ni Sarah!" Ternaik suara Eshan. Sakit hati dengar penjelasan Sarah. Tak takut bahaya ke Sarah ni?

Sarah tersentak. Bibirnya kembali mencebik. Sedih dan pedih dimarahi begitu sedangkan banyak lagi yang dia ingin ceritakan kepada Eshan.

"Saya... Saya tak ada pilihan. Tak apalah, saya balik dulu. Dah lewat ni." merajuk. Sarah segera berpusing, mengura-ura mahu mengangkat kaki tapi tersekat kerana begnya dipegang Eshan. Sarah menjerit, terus teringat si lelaki berbadan sasa tadi.

"Naik kereta, aku hantar."

Sarah tidak berganjak. Sedih kena marah. Sudahlah debarannya tidak henti-henti lagi.

"Kenapa degil? Kau jangan risaulah aku bukannya nak bawak kau pi siam pun. Bahaya kau nak jalan balik sorang-sorang macam ni." Eshan mendengus. Geram dengan Sarah.

Sarah masih tidak beralih tempat. Bunyi Eshan mendengus halus. Tidak semena-mena tubuhnya ditarik. Eshan tarik dia guna beg yang masih bersangkut walaupun penat bergelut tadi. Eshan buka pintu kereta bahagian penumpang lalu menolaknya masuk ke perut kereta.

"Cerita dekat aku.. apa yang jadi?" Eshan memulakan pemanduannya.

* * *

2018.

Baariq mengintai dicelah tingkap. Dilihat Eshal Maisarah sedang menanggalkan kasutnya di hujung tangga. Pakaian adik angkatnya itu sedikit kusut dan comot. Baariq kerut kening dapat hidu sesuatu telah terjadi kepada adiknya itu. Dia kenal Eshal. Eshal itu cermat orangnya. Penampilannya sentiasa dijaga rapi agar selesa ditubuhnya.

Baariq melangkah ke pintu. Dedaun pintu dikuak dari dalam. Bunyi yang terhasil dari pintu itu membuatkan Eshal yang sedang membongkok membuka tali kasutnya, segera mengangkat mukanya. Kini mereka berdua saling berpandangan. Eshal naik ke anjung rumah. Ada dua buah kerusi rotan tersedia disitu lalu Eshal mengambil tempat disitu. Baariq juga.

"Apa dah jadi?" Mukadimmah Baariq. Anak matanya tidak terlepas dari raut wajah adiknya yang nampak lelah dan kepenatan.

Eshal kerling Baariq disebelahnya dengan ekor mata. Tahu-tahu saja abang ni. Dia kalau boleh tak mahu membuka mulut tentang kejadian sebentar tadi kepada sesiapa pun hatta kepada Baariq. Dia tidak mahu merisaukan sesiapa lagi.

"Eshal... abang tanya ni..."

"Eshal okay abang..." Eshal menjawab, sedikit menunduk sambil bermain jari sendiri. Itu tabiatnya. Bila timbul rasa gusar dan gelisah, selalu saja jari jemarinya menjadi mangsa.

Baariq turut pandang ke arah itu. Bibirnya menyengih tiba-tiba. Nampak sangat Eshal sedang mencipta satu pembohongan.

"Cuba cerita elok-elok dekat abang. Apa yang dah jadi? Ingat abang tak kenal siapa adik abang ni? Balik dengan apa hari ni? Bas?" soal Baariq bertalu-talu. Kalau ikutkan hari ini sedikit lewat Eshal balik dari rumah Haji Mat Husin yang terletak tidak jauh dari taska tempat Eshal berkerja.

Eshal diam lagi. Bila Baariq tanya dengan siapa dia balik, makin geliat lidah hendak bagitahu dengan 'Eshan'. Sudah banyak kali baginya amaran jangan dekati Eshan lagi. Baariq pernah memintanya supaya berhenti sahaja bekerja di taska Nafla itu kalau kerap sangat bertemu dengan Eshan. Baariq tegas dengan setiap keputusannya.

"Eshal?" Baariq tidak selesa dengan diam Eshal. Eshal ada sembunyikan sesuatu darinya. Itu yang dia yakin!

Eshal tersentak, angkat sedikit mukanya. Takut-takut dia nak pandang Baariq.

"Kenapa diam? Eshal ada sembunyikan apa-apa dari abang, kan? Bagitahu abang..." suara Baariq dah tak setenang tadi. Sedikit mendesak.

"Tadi... tadi Eshal..."

"Eshal apa?"

"Eshal kena ragut."

"What? Bila? Dekat mana? Kenapa tak bagitahu abang awal-awal? Eshal okay tak ni?" Baariq sudah cemas. Kedua bahu Eshal disentuh lalu laju saja anak matanya memeriksa kalau-kalau adiknya ada cedera dimana-mana.

"Abang, Eshal tak ada apa-apa. Eshal okay... Tak ada apa yang serius. Diorang tak sempat nak apa-apa kan Eshal..."

"Diorang? Siapa orangnya Eshal? Eshal kenal?"

Eshal menggeleng laju. Memang dia tidak kenal siapa mereka. Tiba-tiba sahaja menghalang laluannya.

Tidak betah hanya duduk, Baariq bingkas berdiri. Mundar mandir depan Eshal sambil bercekak pinggang. Macam-macam andaian menerjah otaknya.

"Sure Eshal tak kenal?"

Eshal menggeleng lagi.

"Habis tu macam mana boleh balik? Kenapa tak call abang?"

Eshal sudah garu kepalanya yang dibaluti jilbabnya. Pasti jawapannya nanti akan mengundang lagi kemarahan Baariq.

"Telefon Eshal habis bateri. Tak sempat cas di rumah Haji tadi." Eshal berkata perlahan. Akui kealpaan dirinya akhirnya menjerat diri sendiri.

Baariq ramas rambut dengar jawapan Eshal.

"Habis macam mana boleh lepas tu?"

Eshal takut mahu menyambungnya.

Dejavu! Tq to all the readers. HV.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience