Bab 4 Kehidupan Baru

Drama Completed 185896

Bab 4

 

       Intan Saleha mengikut langkah kaki orang gaji yang dipanggil bibik oleh Nur Jannatil. Bibik membawa Intan Saleha ke sebuah bilik yang hampir dengan dapur. Bibik berhenti didepan daun pintu sebuah bilik. Tangan bibik memengang tombol daun pintu untuk membukanya. Setelah daun pintu itu terbuka bibik menoleh ke arah Intan Saleha.

       “Inilah biliknya, kamu boleh letak beg pakaian kamu didalam. Nama kamu apa ya?” ujar bibik.

        “Nama saya Intan Saleha,”jawab Intan Saleha.

        “Bibik panggil Intan sajalah. Bibik rasa umur kamu pasti masih sangat muda. Tapi tidak sangka kamu mahu jadi orang gaji,”kata bibik sambil merenung wajah Intan Saleha.

         “Umur Intan 15 tahun,”balas Intan Saleha.

         “Loh, masih muda bagat. Kenapa tidak sekolah aja. Muda-muda macam kamu ni tidak sesuai kerja. Apa lagi kerja jadi orang gaji macam bibik,”kata bibik.

          Intan Saleha mengukir senyuman pahit sambil berkata “Sebenarnya ibu Intan kena penjara... ayah pula tidak tahu di mana. Kerana itu Intan kena bekerja.”

        “Ya, Allah! Kesian sekali nasib kamu, Intan,”kata bibik bersimpati.

         “Bibik tidur di bilik ini juga?”tanya Intan Saleha bila melihat keadaan bilik yang kemas dan teratur.

           “Iya, bibik tidur di bilik ini juga. Malam ini bibik tidur berteman dengan kamu. Umur kamu sama dengan anak bibik di kampung,”jawab bibik.

           “Maaf,dah susahkan bibik. Sebab bilik bibik akan jadi sempit lepas ni,”kata Intan Saleha berasa bersalah.

          “Eh, bibik okay aja. Bibik lagi senang berteman, jika tidak bibik seorang aja. Tuan Hanafi sama Puan Jannatil sentiasa sibuk,” balas bibik.

          “Nanti saya akan bantu bibik buat kerja,”kata Intan Saleha.

           “Tak perlu. Kamu rehat aja dulu. Kamu juga baru sampai tentu letih,”kata bibik.

           “Tak apa bibik. Kalau saya tak buat kerja takut kena marah dengan tuan rumah pula nanti,”ujar Intan Saleha.

           “Kalau begitu kamu bantuin bibik di dapur aja,”kata bibik.

            Usai meletakkan beg pakaiannya di dalam bilik. Intan Saleha mengikut bibik ke ruang dapur. Jam sudah menunjukkan pukul 6.00 petang. Waktu begini selalunya bibik berada di dapur untuk memasak makan malam. Intan Saleha membantu bibik memotong bahan-bahan untuk di masak. Sepertinya bibik melayan Intan Saleha dengan baik. Intan Saleha merasa sangat bertuah kerana bibik sangat baik dan mahu berbual dengannya.

         “Boleh tak kalau saya panggil bibik, ibu?”soal Intan Saleha.

          Bibik menoleh ke arah Intan Saleha sambil mengukir senyuman dan berkata, “Terpulang Intan, bibik tidak kisah di panggil apa aja.”

          “Terima kasih, ibu,”kata Intan Saleha dengan perasaan gembira.

           “Udah siap masak kita solat sama-sama ya,” ajak bibik.

           “Baik, ibu.”sahut Intan Saleha.

           Usai memasak Intan Saleha dan bibik segera menunaikan sembahyang maghrib. Walau pun bilik mereka berdua tidak beberapa besar tapi muat untuk dua orang menunaikan sembahyang didalam bilik itu.

         “Bibik, puan rumah ni baik tak?”tanya Intan Saleha.

         “Oo...Puan Jannatil itu ya,”kata bibik.

        “Puan Jannatil itu baik bagat. Tapi kalau suaminya kurang baik. Tuan Hanafi itu kerap tidak ada di rumah. Kadang-kadang sampai dua-tiga hari tidak pulang.”kata bibik dengan bahasa yang sedikit bercampur.

         “Ibu dah lama ya kerja di di sini? Sebab cara cakap ibu ada campur bahasa melayu,”ujar Intan Saleha.

        “Ibu bekerja di rumah ini sudah hampir 5 tahun. Dua bulan lagi ibu akan pulang ke Indonesia,”jelas bibik.

           “Berapa lama ibu akan berada di kampung nanti?”tanya Intan Saleha.

            “Ibu akan terus berada di Indonesia. Ibu gak akan datang kembali ke Malaysia,”terang bibik.

         Intan Saleha terdiam kaku mendengar kata-kata bibik. Entah kenapa hati Intan Saleha merasa sedih mendengar kata-kata bibik.

         “Kenapa ibu tidak mahu datang kembali ke Malaysia? Intan baru mahu rapat dengan ibu,” kata Intan Saleha agak sedih.

        “Ini semua atas permintaan anak ibu. Kerana anak ibu yang pertama udah kerja. Dia mahu ibu tinggal di rumah aja,” balas bibik.

         “Ibu ada berapa orang anak?”soal Intan Saleha ingin tahu.

         “Ibu ada dua orang anak saja. Yang pertama umurnya sudah 21 tahun. Yang kedua pula 15 tahun sama umur Intan,”jawab bibik.

         “Oo, anak ibu sudah besar semuanya,”ujar Intan Saleha.

          “Iyalah, lagi pula bibik juga sudah tua. Jom bantuin bibik hidangkan makanan di ruang makan. Sebentar lagi puan dan anaknya akan makan,”ajak bibik.

         “Baik, ibu.”balas Intan Saleha.

          Intan Saleha dan bibik keluar dari dalam bilik menuju ke arah dapur. Mereka berdua mula meletakkan nasi dan lauk-pauk didalam bekas. Kemudian diletakkan di atas meja yang berada di ruang makan.

         “Bibik, sudah siap belum? Adam dah lapar ni nak makan.”soal Jannatil isteri pertama Muhammad Hanafi.

         “Sudah siap puan. Sekarang puan sudah boleh makan,”jawab bibik.

         “Adam, jom makan!” Jannatil mengajak anaknya pergi ke meja makan yang sudah terhidang lauk-pauk dan nasi.

         “Ibu, Adam ingin makan sama-sama dengan papa,”balas Adam.

          “Papa letihlah... biarlah papa rehat nanti papa lapar barulah papa akan makan,”terang Jannatil kepada anak lelakinya itu.

           “Kenapa papa jarang mahu makan sama-sama dengan Adam dan mama?”soal Adam.

            “Kalau Adam nak juga makan sama-sama dengan papa. Adam panggillah papa ajak makan,”ujar Nur Jannatil.

             “Baik,”balas Adam sambil mula berjalan ke arah anak tangga untuk pergi ke bilik Muhammad Hanafi.

           Sampai di depan daun pintu bilik yang berada tengah-tengah antara 3 bilik yang berada tingkat atas. Adam memberhenti kakinya didepan daun pintu bilik itu. Kerana itu adalah bilik Muhammad Hanafi selalu berehat supaya tidak diganggu. Manakala Nur Jannatil berada di bilik utama dibawah. Di bawah juga mempunyai 3 bilik. Satu bilik utama di mana Jannatil akan tidur dalam bilik itu. Muhamad Hanafi sering tidur di tingkat atas dan selalu membiarkan Nur Jannatil tidur seorang diri. Tetapi jika nafsu berahinya datang Muhammad Hanafi akan masuk ke dalam bilik utama meminta isterinya melayani nafsunya.

         Tok...tok...tok.

        Tangan kecil Adam mula mengetuk daun pintu bilik papanya itu. Agak lama juga Adam mengetuk daun pintu itu tetapi tidak di buka oleh Muhammad Hanafi.

         “Papa, papa! Bukalah pintu ni,”jerit Adam sekuat hatinya supaya Muhammad Hanafi membuka daun pintu.

          Tiba-tiba daun pintu dibuka dari dalam bilik. Adam sangat gembira melihat papanya telah membuka daun pintu itu. Muhammad Hanafi merenung wajah Adam yang berada didepan biliknya itu.

          “Ada apa Adam cari papa ni?”soal Muhammad Hanafi.

          “Adam nak ajak papa makan sama-sama. Dah lama Adam tak makan sama-sama dengan papa,”kata Adam sambil memandang wajah papanya itu.

         “Tapi papa tak lapar. Adam pergilah makan dengan mama di bawah tu,”balas Muhammad Hanafi.

           “Tak mahu! Adam nak makan sama-sama dengan papa juga,”kata Adam sambil membuat muka cebeknya.

          “Okay,okay papa akan makan sama-sama dengan Adam.” Muhammad Hanafi mengalah dan mengikuti kehendak anaknya itu.

        Muhammad Hanafi mengikut Adam menuruni anak tangga. Adam sangat teruja bila Muhammad Hanafi mahu makan bersama dengannya malam ini. Kerana Muhammad Hanafi kerap tidak berada di rumah. Jika berada di rumah Muhammad Hanafi lebih suka berada didalam bilik kerjanya yang berada di tingkat atas.

        Nur Jannatil mengukir senyuman bila melihat Muhammad Hanafi berjalan bersama Adam menuju ke meja makan. Jannatil sudah faham sangat dengan sikap suaminya itu. Walaupun sikap Muhammad Hanafi terhadapnya agak dingin. Tetapi jika dengan Adam ia pasti kalah dan menurut saja kehendak anaknya itu.

       Muhammad Hanafi menarik bangku untuk duduk. Adam juga duduk dibangku yang hampir dengan papanya itu. Muhammad Hanafi memang tidak akan berada dekat dengan Nur  Jannatil. Bangku disebelah Nur Jannatil dibiarkan kosong. Di sebalik dapur Intan Saleha memandang ke arah meja makan yang berada di ruang makan. Intan Saleha merasa agak aneh melihat suami dan madunya. Kerana kelihatan mereka tidak begitu mesra. Hanya Adam sahaja yang banyak berceloteh. Tetapi Muhammad Hanafi dan Nur Jannatil hanya menjamah makanan dipinggan masing-masing tanpa suara.

       “Intan pandang apa tu? Mari makan sama-sama dengan ibu di sini,”tegur bibik bila melihat Intan Saleha asyik memandang ke arah meja makan di ruang makan.

         “Intan... tak ada pandang apa pun. Ibu memang kena makan dekat dapur ya,”ujar Intan Saleha.

         “Jika tuan tidak makan makan bersama Puan , ibu akan makan bersama puan dan Adam. Tetapi jika tuan makan besama puan dan Adam,ibu akan makan di dapur,”terang bibik.

        “Ooh, macam tu rupanya,”balas Intan Saleha.

          “Ibu tahu Intan mungkin rasa aneh melihat tuan dan puan. Tuan dan puan memang begitu tidak nampak begitu mesra. Tapi perkahwinan mereka sudah 7 tahun. Masih tetap kekal walaupun cara mereka begitu,”jelas bibik.

         “Mungkin mereka tidak kelihatan mesra di mata kita. Tapi mereka berdua pasti saling menyayangi. Sebab itu mereka berdua boleh kekal sampai sekarang,”kata Intan Saleha memberi pendapatnya.

         “Ada benarnya juga kata-kata Intan itu. Udahlah jangan di fikirkan tentang tuan dan puan. Sekarang ini mari kita makan, sebentar lagi kita kena bersihkan meja makan itu pula,”ujar bibik sambil tangannya mula menyuap nasi di mulutnya.

        “Baiklah,”sahut Intan Saleha dan mula menjamah nasi di pinggannya.

        Usai makan Intan Saleha dan bibik mengemas ruang makan. Intan Saleha merasa amat lega kerana tidak perlu bersemuka dengan Muhammad Hanafi. Kerana setiap kali menatap wajah Muhammad Hanafi, Intan Saleha merasa sangat takut dan tidak selesa. Selesai mengemas ruang makan dan dapur mereka berdua mengambil wuduk untuk mengerjakan sembahyang isyak di dalam bilik. Usai menunaikan sembahyang isyak, Intan Saleha dan bibik melabuhkan punggung di atas katil.

      “Bibik, tuan tu macam mana orangnya ya?” soal Intan Saleha.

        “Intan takut dengan tuan ya. Tuan dia tidak ambil peduli sangat tentang urusan dalam rumah ini. Kerana tuan jarang sekali ada di rumah,”jelas bibik

         “Sebab muka tuan tu garang dan bengis. Intan tengok puan juga tidak berani ingin membantah apa yang dikatakan oleh tuan,”kata Intan Saleha.

          “Puan memang begitu. Mungkin kerana puan tidak mahu ada pengaduhan jadinya dia terima saja apa yang tuan lakukan. Lagi pula puan dan tuan bukan kahwin bercinta tapi di jodohkan oleh keluarga,”terang bibik.

         “Ooh, banyak juga ya yang bibik tahu tentang tuan dan puan.”kata Intan Saleha.

          “Bibik boleh tahu kerana puan kadang-kadang akan bercerita dengan bibik. Lagi pula tuan jarang berada di rumah. Jadinya bibiklah tempat puan berbual dan bercerita.”jelas bibik.

           Tiba-tiba Intan Saleha menguap kerana mengantuk. Sampai saja di Malaysia petang tadi Intan Saleha masih belum sempat merehatkan badannya.

           “Intan kalau udah mengatuk tidur aja.” Bibik menyuruh Intan Saleha tidur di atas katil bersama dengannya. Katil didalam bilik ini adalah katil jenis Queen. Jadi cukup muat untuk mereka berdua tidur bersama di atas katil ini.

           “Ibu, Intan tidur dulu ya.”balas Intan Saleha.

           Intan Saleha mula merebahkan badannya di atas katil. Dengan mudah Intan Saleha melelapkan matanya. Mungkin kerana keletihan. Bibik melihat wajah Intan Saleha yang sudah mula tertidur itu. Tiba-tiba bibik teringat kepada anaknya yang berada di kampung. Rasa rindu menyapa di hatinya. Kerana sudah setahun bibik tidak bertemu dengan dua orang anaknya di Indonesia. Bibik juga merasa simpati dengan nasib Intan Saleha yang masih muda remaja. Tetapi sudah bekerja untuk menampung kehidupannya sendiri. Tidak berapa lama kemudian bibik juga terlelap di samping Intan Saleha.

         Pagi ini Intan Saleha terbangun dari tidurnya bila merasa tubuhnya di gerakkan oleh seseorang. Perlahan-lahan Intan Saleha membuka matanya. Rupanya bibik yang telah mengejutkan Intan Saleha dari tidurnya. Tangan Intan Saleha mengosok matanya sambil memandang ke arah bibik.

         “Intan, jom bangun solat subuh sama-sama. Selesai solat baru buat sarapan untuk tuan dan puan,”kata bibik bila melihat Intan Saleha telah membuka matanya.

          “Baik, ibu,”balas Intan Saleha lalu turun dari katil untuk mengambil wuduk.

         Usai menunaikan sembahyang subuh Intan Saleha mengikut bibik ke dapur untuk membuat sarapan di rumah ini. Sepertinya didalam rumah ini masih sunyi hanya kedengaran suara Intan Saleha dan bibik di dapur.

         “Ibu, Puan Jannatil tu kerja atau suri rumah?” tanya Intan Saleha.

          “Puan Jannatil dia ada buka taska agak jauh dari rumah ini. Adam akan ikut puan ke taska. Jika hari sabtu dan ahad puan akan berada di rumah kerana taska tidak buka pada hari itu,” jawab bibik.

         Sedang bibik dan Intan Saleha asyik berbual tanpa mereka sedari Nur Jannatil datang ke arah dapur.

         “Eh, bibik dan Intan mengumpat tentang saya ya,”tegur Jannatil.

          Membuatkan bibik dan Intan Saleha terkejut dan menoleh ke arah Nur Jannatil.

         “Bibik tidak akan mengumpat tentang puan lah. Bibik Cuma jawab pertanyaan dari Intan saja.”balas bibik.

         “Betul... Apa yang bibik cakap tu,”sampuk Intan Saleha sedikit gugup.

          “Saya percaya dengan bibik,”kata Jannatil sambil tersenyum memandang wajah bibik dan Intan Saleha.

mulai esok tak mampu untuk update setiap hari. Kerana saya akan buat satu unlock chapter lebih 2000 patah perkataan. Jika satu bab itu tidak sampai 2000 patah perkataan saya akan buat 2 bab untuk satu unlock chapter. Kisah ini terinpirasi dari kisah budak 11 tahun jadi isteri ke tiga di sebuah negeri pantai timur tahun 2018 kalau tak silap. Dan saya gabungkan dengan kes budak umur 13 tahun yang di jual perawannya oleh ibu kandungnya sendiri kes di negeri Sarawak kalau tak silap tahun 2015. Saya olah jadikan sebuah cerita bertajuk Suami Durjana.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience