Sepanjang perjalanan, kepala Ariana Atilia dilentokkan di bahu suaminya. Sepasangan tangan kekar milik Adi Ashraf dilingkarkan pada pinggang ramping Ariana Atilia. Sungguh lena tidurnya tanpa gangguan.
Mata-mata yang memerhatikan pasangan tersebut dihiraukan sepenuhnya oleh Adi Ashraf. Dengkuran halus daripada Ariana Atilia jelas kedengaran di telinga suaminya.
Seraut wajah Ariana yang sedang lena di dibuai mimpi itu diperhatikan oleh Adi Ashraf. Dia mengukir senyuman kecil. Lalu, anak matanya bergerak melihat anak rambut isterinya yang terkeluar dari anak tudungnya.
Lantas, jarinya menolak sedikit anak rambut tersebut ke dalam anak tudungnya kembali agar tidak terlihat lagi. Tindakannya itu membuatkan Ariana mula sedar dari tidur.
Tetapi, Adi Ashraf bertindak lebih pantas dengan mengusap kepala isterinya untuk memastikan isterinya terus lena. Salah seorang penumpang yang berada di sebelah mereka memerhatikan tindakan tersebut sejak dari tadi.
"Isteri?" soal penumpang tersebut kepada Adi Ashraf.
Adi Ashraf menoleh ke sebelah. Dia mengangguk sebagai balasan. Lelaki itu melemparkan senyuman. Adi Ashraf turut melakukan perkara yang sama.
Tidak lama kemudian, feri tersebut telah sampai ke destinasi yang ditetapkan. Orang ramai mula beransur-ansur keluar. Lelaki tadi sempat mendekati Adi Ashraf lalu menepuk bahunya.
"Semoga kekal bahagia." pesan lelaki itu sebelum beredar dari situ. Sekali lagi, sebuah senyuman penuh makna diberikan kepada mereka berdua. Adi Ashraf sempat membalas terima kasih atas pesanan tersebut.
Kini, hanya tinggal mereka berdua sahaja yang berada di situ. Namun, Ariana langsung tidak menunjukkan tanda-tanda untuk bangkit dari lena. Adi Ashraf mengeleng kepala.
Walaupun dia tidak sampai hati untuk mengganggu lena isterinya, mereka perlu segera keluar dari situ. Tubuh isterinya digoncangkan sedikit. Nama isterinya dipanggil beberapa kali untuk menyedarkan gadis itu dari tidur.
"Riana... Riana..." panggil Adi Ashraf. Nampaknya usahanya berhasil apabila Ariana mula bergerak sedikit seperti mahu sedar dari lena. Tangan isterinya mula melingkar di pinggang Adi Ashraf sebelum dipeluk erat oleh gadis itu. Mukanya pula disembamkan pada leher suaminya sebelum menyambung lenanya kembali. Adi Ashraf mula kaku.
"Riana, bangun cepat kita dah sampai. Kau nak aku angkat kau keluar dari sini ke macam mana?" ugut Adi Ashraf pada telinga isterinya. Dia tahu isterinya masih dalam keadaan mamai. Semoga kata-kata tersebut mampu menyedarkan isterinya dari lena.
Sebaik kata-kata itu dituturkan oleh suaminya, serta-merta Ariana Atilia sedar dari lena. Kelopak matanya dibuka lalu diliarkan sekeliling. Mulutnya yang dibuka untuk menguap sesekali ditutup dengan sebelah tangannya.
Kepalanya yang masih berada di bahu suaminya diangkat sedikit cuba menemui pandangan mata suaminya. Namun hampa apabila kepalanya terhantuk secara tak sengaja terhantuk dengan rahang lelaki itu.
Dia mendesis kesakitan.
Urgh, siapa suruh jawline tajam sangat.
Rungut Ariana Atilia di dalam hati sambil memegang kepalanya yang masih terasa sakit itu. Adi Ashraf pula memegang rahangnya yang sakit akibat tindakan isterinya sebentar tadi. Dia memberikan jelingan tajam.
"Apa jeling-jeling? Sorry lah. Tak sengaja." ucap Ariana Atilia sambil memuncungkan bibir. Adi Ashraf hanya berdehem sebagai balasan. Dia segera bingkas berdiri.
"Kita kat mana?" soal Ariana Atilia sebelum turut berdiri sama. Dia melihat suaminya yang sedang mengeluarkan beg pakaian mereka berdua daripada tempat yang disediakan.
"Langkawi lah. Takkan dekat London pulak." perli Adi Ashraf. Ariana Atilia menjulingkan mata ke atas. Dia cuba mengambil beg pakaiannya daripada pegangan suaminya. Adi Ashraf mengerut dahi.
"Kau kenapa?" soal Adi Ashraf hairan. Dah kenapa tiba-tiba isteri dia seorang ni? Mabuk laut lagi ke apa.
"Aku nak beg aku lah. Mesti tangan kau lenguh kan sebab aku tidur tadi." balas Ariana Atilia sedaya upaya cuba menahan malu apabila teringat dia tidur di bahu suaminya sebentar tadi.
"Tak payah. Aku okay. Lap air liur basi dekat mulut kau tu. Tangan aku ni lenguh nak lapkan." balas Adi Ashraf selamba sebelum mengorak langkah dari situ.
Ariana Atilia mempamerkan riak muka tidak percaya. Tangannya pantas mengambil cermin muka di dalam beg tangannya untuk menilik wajahnya sebentar. Matanya sibuk mencari sebarang tanda-tanda air liur di wajahnya namun tiada.
"Tak guna punya Ash!" marah Ariana Atilia penuh geram. Dia segera mempercepatkan langkah. Di dalam hatinya tidak henti menyumpah seranah suaminya. Suami tak suami.
Matanya mula mencari kelibat suaminya. Sebaik suaminya berada di dalam pandangan, dia tidak membuang masa untuk berlari ke arah Adi Ashraf.
"Kau tipu!" marah Ariana kepada Adi Ashraf. Lengan suaminya dipukul sehingga lelaki itu mendesis kesakitan. Dia tersenyum kemenangan.
"Siapa suruh kau percaya." balas Adi Ashraf selamba tidak serik. Mujurlah tak sakit mana pukulan daripada isterinya sebentar tadi. Dia meliarkan pandangan ke sekeliling cuba mencari kelibat seseorang.
"Kita tunggu siapa?" soal Ariana ingin tahu. Tindakannya suaminya yang seakan mencari seseorang membuatkan dia tertanya-tanya. Tanpa sedar, tangannya memeluk lengan suaminya sambil turut meliarkan pandangan ke sekeliling juga.
Adi Ashraf yang menyedari tindakan isterinya menjatuhkan pandangan pada lengan yang dipegang oleh gadis itu. Lalu, mengembalikan semula pandangannya pada wajah isterinya pula. Bibirnya sudah mengulum senyuman senget.
"Sedap peluk nampak." tegur Adi Ashraf sambil mengalihkan pandangan pada lengannya silih berganti kepada isterinya. Belum sempat Ariana mahu melepaskan lengan suaminya, Adi Ashraf terlebih dahulu melingkarkan tangannya pada pinggang isterinya.
"Aku tak suruh pun kau lepaskan." bisik Adi Ashraf di telinga isterinya sebelum mengetatkan lagi pegangannya pada pinggang isterinya. Ariana Atilia menarik nafas panjang.
"Lepaslah, gatal!" ucap Ariana Atilia separuh berbisik kepada suaminya. Adi Ashraf menayang muka tak bersalah.
"Just for you." ucap Adi Ashraf sambil mempamerkan sebaris giginya yang putih bersih. Ariana Atilia segera mengalihkan pandangan tempat lain. Adi Ashraf melepaskan tawa halus apabila melihat reaksi isterinya.
Secara tiba-tiba, Ariana melepaskan pegangan tangannya pada lengan Adi Ashraf apabila melihat sebuah figura yang dikenalinya mendekati mereka berdua. Adi Ashraf turut meleraikan pegangan pada pinggang isterinya.
"Ibu!" jerit Ariana penuh gembira. Tubuh Puan Sandra dibawa ke dalam dakapan Ariana dengan erat. Melepaskan rindu walaupun baru beberapa hari sahaja anak beranak itu tidak berjumpa.
Adi Ashraf pula bersalaman dengan Encik Johan yang turut berada di situ. Puan Sandra membalas pelukan anaknya kembali. Wajahnya terpamer senyuman lebar.
"Kenapa ibu tak cakap ibu ada dekat sini lagi? Lia ingat ibu ada dekat KL dah." tanya Ariana lalu meleraikan pelukan. Tangan ibunya disalam. Puan Sandra mengusap pipinya penuh kasih.
"Ibu memang nak bagitahu Riana. Tapi Ash cakap tak payah. Nak buat surprise katanya." balas Puan Ratna lalu menoleh ke arah menantunya, Adi Ashraf.
"Suprise." ucap Adi Ashraf kepada isterinya dengan senyuman yang tak lekang di bibir.
Ariana Atilia berasa terharu dengan tindakan suaminya. Tangan suaminya diambil sebelum mengucapkan terima kasih. Dia turut mengulum senyuman.
Encik Johan dan Puan Sandra saling berpandangan. Masing-masing berasa lega apabila melihat kebahagiaan pasangan tersebut. Semoga kekal sehingga ke akhirnya.
"Jom, kesian Tok Wan dah lama kamu berdua. Tapi kenapa Lia naik feri?" tanya Encik Johan mula bersuara. Hairan kerana dia sudah sedia maklum bahawa anak perempuannya mabuk laut.
"Ash, ni lah abah." adu Ariana kepada bapanya sambil menjeling ke arah suaminya. Dia cuba menggunakan peluang ini untuk mengenakan suaminya kembali kerana kejadian air liur basi sebentar tadi. Padan muka!
Namun hampa kerana Adi Ashraf hanya beriak bersahaja. Langsung tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda takut atau apa. Dia tersenyum sinis.
"Anak abah ni lah. Tak cakap mabuk laut. Manalah Ash tahu. Habis satu feri bau muntah dia." ucap Adi Ashraf tenang. Riak muka isterinya yang sudah masam mencuka membuatkan dia terhibur.
"Mana ada!"
Encik Johan mengeleng kepala. Puan Sandra hanya tersenyum melihat gelagat pasangan suami isteri tersebut. Seronok melihat anak perempuan mereka tersenyum sebegitu.
? ???? ?•? ? ?•? ???? ?
Selepas lebih kurang setengah jam memandu, mereka telah tiba di rumah Tok Wan. Sebuah rumah kampung yang bercirikan moden berada di dalam pandangan Adi Ashraf. Halaman rumah yang luas dan bersih bagai melengkapi kecantikan rumah tersebut. Tidak ubah seperti kampung halaman miliknya di Perak.
Pada pintu rumah tersebut, terdapat seorang wanita yang lebih kurang sebaya dengan Puan Sandra berdiri di situ. Wajahnya dihiasi dengan senyuman. Angin yang meniup lembut menerpa ke arahnya membuatkan baju yang dipakai oleh wanita itu turut tertiup sekali. Mungkin itulah Tok Wan, teka Adi Ashraf.
"Tok Wan!" jerit Ariana Atilia yang sudah berlari ke arah wanita tua itu tadi. Adi Ashraf menurut langkah isterinya. Tangannya membawa sekali beg pakaian mereka berdua sekali. Nampaknya benarlah tekaannya sebentar tadi.
"Ya Allah, Lia." ucap Tok Wan sambil memeluk tubuh Ariana yang sudah dianggap seperti anak sendiri itu. Ariana turut membalas pelukan.
"Lia rindu dekat Tok Wan sangat-sangat." luah Ariana sambil menyembamkan wajah pada badan milik Tok Wan. Sebuah ciuman hangat dihadiahkan pada kepala Ariana daripada Tok Wan.
"Tok Wan pun, Lia." balas Tok Wan sambil mengemaskan pelukan. Adi Ashraf sekadar menjadi pemerhati. Tersentuh hatinya apabila melihat hubungan isterinya bersama Tok Wan itu.
Tok Wan yang baru menyedari kehadiran Adi Ashraf disitu meleraikan pelukan. Ariana segera memperkenalkan suaminya kepada Tok Wan.
"Tok Wan, ini suami Lia, Adi Ashraf." ucap Ariana penuh teruja. Adi Ashraf melemparkan senyuman. Dia menyalami Tok Wan dengan penuh sopan.
Tanpa amaran, Tok Wan menarik Adi Ashraf ke dalam pelukan. Belakang badannya ditepuk perlahan oleh Tok Wan. Walaupun Adi Ashraf masih berasa terkejut, dia membalas pelukan tersebut.
"Dah lama Tok Wan nak jumpa, Adi." ucap Tok Wan sebaik meleraikan pelukan. Adi mengangguk tanda faham. Lega apabila kehadirannya disambut baik oleh Tok Wan.
"Ha jemputlah masuk. Kesian mesti penat kan? Ibu dengan abah mana?" sapa Tok Wan ramah. Ariana Atilia dan Adi Ashraf segera masuk ke dalam.
"Tadi ibu kata nak pergi mana entah dengan abah. Kan, Ash?" balas Ariana. Dia menyiku sedikit lengan suaminya. Adi mengangguk tanda mengiyakan.
"Oh tak apalah kalau macam itu. Tok ingatkan ibu dengan abah pergi mana tadi." balas Tok Wan lagi.
"Tok Wan sihat? Riana kata Tok Wan tak berapa sihat sebelum ni." tanya Adi Ashraf penuh prihatin. Ariana turut risau apabila teringatkan tentang kesihatan wanita itu.
"Alhamdulilah dah sihat. Nasib kamu berdua dengan ibu abah datang jenguk Tok Wan. Demam rindu agaknya." jawab Tok Wan berseloroh. Tak mahu merisaukan sesiapa tentang kesihatannya yang tidak menentu.
"Tak apa Tok. Lia dah balik nak jaga Tok Wan elok-elok sampai sihat. Lia sayang Tok Wan." luah Ariana sambil memeluk tubuh Tok Wan dari tepi. Kepalanya dilentokkan di bahu wanita itu. Tok Wan mengukir senyuman.
"Adi, ada apa-apa rancangan ke dekat sini? Kalau tak ada boleh lah Lia bawakkan Adi jalan-jalan kampung. Boleh kan, Lia?" cadang Tok Wan sambil mengusap lembut kepala Ariana.
"Kebetulan memang Adi tak ada rancangan. Kalau macam itu, Adi ikut je." balas Adi Ashraf sambil memandang ke arah isterinya.
"Lia pun okay lah kalau macam tu, Tok." sambung Ariana sambil memandang ke arah suaminya. Masing-masing mencari idea untuk mengenakan satu sama lain.
"Ataupun Adi bolehlah bawa Lia pergi mandi dekat Tasik Dayang Bunting. Mana tahu dapatlah Tok Wan merasa ada cucu." ucap Tok Wan lagi membuatkan mereka berdua terdiam.
"Cucu? Ya allah seronoknya ibu abah kalau dapat cucu. Kan abang kan?" sampuk Puan Sandra yang baru tiba lalu menyertai mereka berbual-bual di ruang tamu.
Ariana Atilia terbatuk sedikit apabila merasakan keadaan yang mula kekok itu. Pipinya yang mula memerah tak tahu disembunyikan bagaimana lagi. Adi Ashraf yang menyedari keadaan isterinya cuba membantu.
Dia mula berdiri untuk mendapatkan isterinya. Ariana Atilia melepakan helaan lega. Bibirnya cuba mengukir senyuman. Sementara, Adi Ashraf menahan senyuman di bibir. Dia sendiri tak pernah terfikir tentang perkara tersebut.
"Kalau ada masa, Adi dengan Riana pergi. Tapi kalau tak pergi pun, InsyaAllah ada je rezeki bila tiba masanya nanti. Kan, Riana?" ucap Adi Ashraf sambil tersenyum simpul ke arah isterinya.
"Adi Ashraf!"
Akhirnya, ruang tamu tersebut dipenuhi dengan gelak tawa daripada mereka sekeluarga.
? ???? ?•? ? ?•? ???? ?
"Mulut tu nanti aku cilikan nanti nak? Tak tahu malu ke hah." marah Ariana Atilia yang baru selesai daripada mandi. Masih segar lagi ingatannya tentang kejadian siang tadi di fikirannya. Mana dia nak letak mukanya dihadapan keluarga mereka nanti?
"Apa, itu bukan salah aku pun. Buat apa nak malu. Kita dah kahwin dah pun." balas Adi Ashraf bersahaja. Dia sedang duduk bersandar di kepala katil sambil memandang ke arah isterinya.
"Huh alasan." bidas Ariana sambil menyisir rambutnya dihadapan cermin. Baju kelawar yang dipakai olehnya menarik perhatian Adi Ashraf. Setahu dia, dia tak pernah nampak isterinya memakai baju tersebut.
"Ha apa pandang-pandang?" tegur Ariana apabila melihat pandangan suaminya daripada pantulan cermin. Dia menoleh ke belakang.
"Bila kau nak bawa aku jalan-jalan?" soal Adi Ashraf, kedua-dua belah tangannya disilangkan di belakang kepala. Matanya ralit memerhatikan isterinya.
"Sabar, Ash. Sabar. Esok aku bawak la kau." balas Ariana malas-malas. Tak menyabar betul suami dia ni. Dia meletakkan semula sikat yang telah digunakan di atas meja kecil di dalam biliknya.
"Sabar?" soal Adi Ashraf yang mula mendekati isterinya. Ariana Atilia mengangguk tanda mengiyakan kata-katanya tadi. Adi Ashraf mengalihkan rambut isterinya yang mula menutupi mata gadis itu ke belakang telinga.
Jantung Ariana mula berdetak laju apabila menyedari kedudukan mereka yang terlalu dekat. Bibir Adi Ashraf mula tersenyum nakal.
"Ataupun kita duduk dalam bilik je esok? Boleh bagi ibu dengan abah cucu." bisik Adi Ashraf di telinga isterinya.
Ariana menelan air liur yang terasa kesat. Dia segera menjauhi suaminya sambil melarikan pandangan. Suaranya sedaya upaya dikeluarkan.
"Aku nak pergi tengok tv. Suka hati kau lah nak duduk dalam bilik ke apa." ucap Ariana Atilia senafas. Kakinya pantas keluar dari biliknya.
Dia menyertai Tok Wan yang sedang duduk di ruang tamu. Akhirnya pernafasannya kembali normal. Mukanya yang memerah itu menarik perhatian Tok Wan.
"Lia, okay ke sayang? Adi mana?" tanya Tok Wan penuh prihatin. Ariana tersengih kerang.
"Lia okay, Tok. Adi dalam bilik." balas Ariana Atilia, dia cuba menenangkan dirinya yang masih malu dengan kata-kata suaminya sebentar tadi.
"Oh, panjang umur, Adi. Baru je Tok dengan Lia sembang pasal Adi." tegur Tok Wan apabila melihat Adi Ashraf menyertai mereka di ruang tamu. Dia mengambil tempat di sebelah Ariana.
"Haah betul tu, Tok. Panjang umur." ucap Ariana Atilia dengan nada yang memerli. Lengan suaminya dipegang lalu dicubit dalam diam sebagai tanda balas dendam. Bibirnya tersenyum manis ke arah Tok Wan.
"Riana, nak air." pinta Adi Ashraf separuh berbisik kepada Ariana Atilia. Cuba untuk tidak menarik perhatian Tok Wan yang sedang menonton televisyen.
"Air masak tak boleh ke?" balas Ariana separuh berbisik juga sambil mencuri pandang ke arah Tok Wan. Risau sekiranya perbualan mereka berdua menganggu Tok Wan.
Adi Ashraf mengangguk. Tak kisahlah air apa. Tekaknya yang terasa kering memerlukan air dengan segera. Mujurlah dia mempunyai isteri. Tak lama kemudian, Ariana kembali bersama secawan air masak sejuk.
"Ash, nah." ucap Ariana lalu menyuakan cawan tersebut kepada suaminya. Adi Ashraf menyambut huluran isterinya dengan segera.
"Thank you."
Tanpa mereka berdua sedari, Tok Wan terdengar perbualan mereka berdua sebentar tadi. Tok Wan mengerutkan dahi.
"Tadi Lia panggil Adi apa?" soal Tok Wan ingin tahu. Sengaja mahu tahu gelaran yang digunakan oleh pasangan tersebut.
Adi dan Ariana saling berpandangan. Tak tahu bagaimana untuk menjawab soalan daripada Tok Wan. Apa pula kata Tok Wan nanti kalau dia tahu yang mereka hanya menggunakan nama masing-masing sebagai panggilan?
Ariana mengoyangkan lengan suaminya cuba meminta bantuan. Namun tak dihiraukan oleh Adi Ashraf. Suaminya dengan selamba buat tak tahu sambil menghirup air minumannya. Sengaja mahu membiarkan isterinya sahaja yang menanggung malu.
Ariana menyilangkan tangan ke dada tanda tak puas hati dengan tindakan suaminya. Namun dia tetap mengukir senyuman kepada Tok Wan agar wanita itu tidak mengesyaki apa-apa. Tetapi jelingan maut dihadiahkan kepada suaminya.
Kalau dia tahu ini akan terjadi, dah lama dia racunkan air minuman suami dia!
Tiba-tiba idea bernas muncul di fikirannya. Dia sudah tersenyum lebar sehingga ke telinga. Bibirnya sudah bersedia untuk menjawab soalan Tok Wan sebentar tadi. Malangnya tidak untuk Adi Ashraf.
Hampir tersedak dia dibuatnya apabila mendengar nama panggilan yang digunakan oleh isterinya.
"Abang."
Updated!
Thanks kepada yg sudi menunggu, vote and comment??
Author happy sangat dapat baca pendapat reader semua ??
So dipersilakan untuk spam vote and comment
Mana tahu nanti author spam update pulak kan ??
Next chapter updated tomorrow ?
Author akan update on friday and weekends.
So stay tune!
Share this novel