lima belas

Romance Series 207117

Khalish mengerutkan dahinya apabila mendengarkan alarm di phone nya. Entah mengapa dia rasakan malas benar untuk bangun pagi itu.

Alarm phone dibiarkan diam sendiri.

Bantal dipeluk erat dan dia hendak sambung tidur kembali. Dalam separa sedar, dia bergesel dengan bantalnya. Manja.

Wangi. Bestnya..

'Kejap..'

Perlahan-lahan dia membuka mata. Dipisat-pisat matanya agar lebih jelas. Perkara pertama yang dia teringat,

'Aku dah kawin dengan perempuan pelik tu.'

Automatik dia mengalihkan tangan dan menjarakkan tubuh. Mata terus membulat melihat Shira yang dipeluk tadi.

Air liur diteguk kesat, bibirnya yang agak kering dijilat membasahkan.

'Rezeki waktu pagi ke apa ni..' dia mengalihkan pandangan, seketika saja sebelum dia memandang balik ke arah Shira ragu-ragu.

'Tak boleh jadi ni..' tak menunggu lama, Khalish bangun mencapai tualanya dan berlalu ke bilik air.

Alarm phone yang telah snooze tadi berbunyi kembali selepas 5minit. Shira mengeliat kecil sebelum meraba di sebelahnya, mata dibuka perlahan.

Kosong.

'Abang dah bangun ke..' dia membangunkan diri dan bersandar di kepala katil.

Rambut separas dadanya yang agak serabai dibetulkan, matanya tertancap pula pada kainnya.

'Macam mana boleh tertanggal nih.. aduh..'
Tak menyangka apa-apa Shira membetulkan saja kain batiknya yang sudah terbuka selitannya.

Melihatkan bilik air yang menyala lampunya, Shira mendapat akal.

Diri pantas dibangunkan dan mula bersalin pakaian. Dia berkembam dengan kain batik tadi sebelum pintu bilik air diketuk.

"Abang!!" panggilnya kuat dari luar.

Diam.

"Abang bukak la..." cubanya lagi.

Diam.

'Haish.. Abang ni macam tahu-tahu je plan aku. Tak boleh jadi ni..'

"Bang.. Shira nak guna toilet. Keluar la sat." pintu diketuk lagi beberapa kali.

Tak lama kemudian, pintu bilik air dibuka dari dalam. Muncul wajah basah Khalish di muka pintu bersama tuala pendeknya separas lutut.

"Hmm?" pandangannya dingin. Kosong.

"Shira nakkkkk... mandi sekali!" Shira menolak lembut Khalish ke dalam sebelum dia masuk sekali. Pintu ditutup rapat kembali.

Khalish mengerutkan dahinya sambil memeluk tubuh. Ditilik dari hujung rambut ke hujung kaki wanita di hadapannya itu dengan pandangan dinginnya.

Shira yang menggeletis apabila mengenai air pagi di bilik air itu kembali menoleh pada Khalish apabila perasan lelaki itu memandang ke arahnya. Senyumannya terukir.

"Oo.. abang ni boleh tahan nakal ek? Usha Shira sorak-sorok.." Shira mengecilkan matanya sambil menyakat En Schizo nya.

"Takpe takpe. Abang pandang jelah.. Shira tak kisah pun.." Dia menyambung lagi sebelum mencuit sedikit lengan Khalish yang hanya berdiri statik tak beriak sebelum ketawa kecil.

Khalish diam tak berkutik. Reaksinya tak dapat dibaca Shira.

"Dah la bang.. jom mandi!" hilang segala ngantuknya tadi. Teruja.

Air di dalam kolah kecil itu direnjis sedikit pada Khalish. "Jomlah bang.." ajaknya lagi. Kening kanan Khalish terangkat sedikit.

"Dah siap mandi. Cepat sikit." tuturnya beku sebelum berlalu keluar meninggalkan Shira berseorangan.

"Eh eh bang.." baru Shira mahu memanggil Khalish, pintu ditutup dari luar pantas.

Speechless.

'Hai.. tak kan abaikan aku macam tu je. Tak cukup seksi ke aku ni?' Shira merengus kasar.

Tubuhnya ditilik sebentar di cermin besar di dalam bilik airnya. 'Cantik je.. tak bernafsu ke apa laki aku ni..'

Dengan sebal hati, Shira meneruskan mandiannya seorang diri. Tak lama selepas itu dia keluar bersama wuduk.

Khalish baru saja menghamparkan sejadah dan siap memakai baju melayu beserta kain pelekat.

"Abang nak solat subuh ke? Tunggulah Shira, kita solat sekali.. boleh dapat 27 kali ganda pahala kan?" ceria saja suara Shira menyapanya.

Khalish yang sudah mengambil wuduk di bilik air di dapur tadi baru hendak solat, tapi terhenti dek mendengarkan kata-kata Shira. Dia mengangguk perlahan tanpa menjawab.

Shira pula pantas menyalin pakaian dan memakai telekung, sejadahnya sudah siap dihampar oleh Khalish tadi.

Apabila melihat Shira menghampiri, Khalish terus ke hadapan sebagai imam. Mereka solat subuh bersama buat pertama kalinya. Selepas solat subuh, Khalish berzikir sebentar sebelum membaca doa ringkas.

Doa diaminkan dan dia mula melipat sejadahnya tanpa berpaling pada Shira yang sedia menanti di belakang dengan senyuman lebar.

Melihatkan Khalish bangun sambil menyidai sejadahnya, Shira mengerutkan dahi.

"Ehem.. abang tak ingat ke Shira kat belakang ni?" suara cerianya memerli.

Khalish menoleh, "Nak apa?" tanyanya kosong.

'Apa punya soalan ni cik abang sayang oii.' Shira mengeluh perlahan.

"Salam lah.. lepas solatkan kene salam." Tak menunggu Khalish datang padanya, Shira bangun sambil menyelak telekungnya.

Tangan dihulurkan ingin bersalaman dengan si suami. Khalish memandang wajah beria Shira malas.

Tangan dihulurkan juga, Shira mula tersenyum gembira. Tangan Khalish dikucup.

Baru saja Khalish ingin menarik tangannya, Shira menghalang.

"Apa lagi?" tanyanya. Dia manatap Shira menyampah.

"Abang lupa sesuatu.." Shira mula memuncung. Tangan Khalish yang bersalaman tadi masih tak dilepaskan.

"Hurm.. apa?" Khalish mengeluh malas, semuanya malaslah..

"Kiss dulu." pinta Shira tanpa rasa malu. Jika dia yang tak mulakan siapa lagi bukan?

Khalish? Sehingga habis tempoh 6 bulan itu pun tak semestinya lelaki itu yang akan mulakan.

Khalish terkaku sebentar, 'Dia mintak kiss dari aku ke? Aku kene kiss dia? Macam waktu nikah tu? A big no..'

Kepala digelengkan sebelum tangan cuba ditarik kembali. "Taknak."

Shira masih berdegil, "Ala.. kiss sikit je. Sini satu, sini satu, sini satu. Okay.. please.." Lengan Khalish digoncang mengada.

Tak pernah ada sesiapa pernah melihat perangai mengada dia sebegini, exclusive untuk si suami saja. Hihi..

Jari ditunjukkan ke arah pipi kanan, kiri dan dahinya. Wajah tak lekang dari senyuman, menatap wajah Khalish penuh pengharapan.

"I said no." suaranya perlahan tapi penuh ketegasan. Mata mereka bertentangan sebentar.

Shira tak mengalah, "Abang tak kiss.. Shira tak nak lepas. Tak akan!" Shira masih berdegil.

Nak berlawan juga dengan Khalish.

"Shirahani Maisarah." Khalish memanggil nama penuhnya. Shira tahu lelaki itu sedang menahan geram padanya.

"Shira mintak kiss je.. takkan tu pon tak boleh, kedekut betul.." Shira masih dengan perangai mengadanya.

Khalish buat tak endah, 'Aku tak akan biarkan kau rapat dengan aku.. Never.'

"Takpe la kalau macam tu. Shira masukkan dalam buku hutang tau.. Nanti Shira tuntut. Dan ini pulak...dari Shira." ceria suaranya bertutur, cuba menutup kecanggungan.

Tanpa amaran, kedua pipi Khalish dikucupnya manja. Begitu juga dahinya. Siap dengan sound lagi.

"Muah.. Muah.. Muuuuah!" Shira ketawa kecil sebelum mencuit sedikit pipi Khalish dan kembali ke sejadahnya.

"Comel la abang ni.. geram!" dia mahu mencuit lagi pipi Khalish tapi ditepis.

"Hehe..abang kene biasakan diri lah lepas ni sebab Shira akan kiss abang setiap hari macam tu.." Shira tersenyum manja.

Khalish pula masih tergamam di tempatnya. 'She kissed me just now.. Seriously.. You just got a kisses from her again..'

Apabila dia menyedari dirinya diambil kesempatan, tangan naik mengesat bekas ciuman-ciuman tadi. Tak suka.

"Jangan buat lagi." katanya tegas, tak nampak begitu.. tapi dia maksudkannya. Khalish tak suka diambil kesempatan ke atas dirinya.

Baginya dia perlu dihormati, bukan diperlakukan sesuka hati.

Shira pula ketawa kecil sambil tersenyum manis pada Khalish. Dia terasa juga sebenarnya melihat Khalish yang tampak jijjk dengan perlakuannya tadi tapi dia abaikan. Cuba berfikiran positif.

'Takpe.. kau tak suka ek.. Aku akan kiss kau setiap hari sampai satu tahap kau akan tanya aku satu hari nanti kenapa aku tak kiss kau.. tunggulah.'

Khalish pula menggelengkan kepalanya tak mahu melebih-lebih mengikut perasaan geramnya, kaki pantas dibawa semula ke katil.

Tab diambil, dia membelek kerja-kerjanya yang masih bersisa. Cuba menumpukan perhatian pada benda lain selain wanita bernama Shira itu.

Shira mengikat rambutnya selepas menyidai sejadah dan telekung, dia tersenyum girang.

Tudung bawal hitamnya diambil dan dipakai pada kepala.

"Bang." panggilnya sekali.

Khalish mendengar tapi dia malas hendak bereaksi. Penat.

Diam.

"Abang...." meleret dan manja saja panggilan Shira padanya.

Khalish merengus kasar sebelum kembali menatap Shira.

"Kau nak apa?" tanyanya dingin.

Shira ketawa halus sambil menutup mulut sedikit, cover..

"Abang nak makan apa hari ni? Shira masakkan untuk breakfast.." hati keras si suami perlu dilembutkan. Dia akan berusaha.

"Whatever." perlahan suaranya bertutur, mata kembali mengarah pada tab di tangan.

"Okaylah kalau macam tu.. Umi kata abang suka nasi lemak ayam berempah kan.. takpe takpe. Shira memang pandai bab-bab memasak ni. Confirm abang suka punyalah!"

Shira bertutur yakin dan teruja, tapi bersendirian. Dia tersenyum saja melihat Khalish yang mengabaikan kata-katanya bagai angin berlalu.

'I won't give up on you.'

"Shira turun dulu ye bang.. nanti dah siap masak Shira panggilkan abang. Okay? Bye.." dengan ceria dia melambai si suami yang langsung tak mengendahkannya.

Khalish memandang sekilas semasa Shira menutup pintu, 'I won't let you make me fallen for you Shira.'

Shira turun ke dapur seawal 6.30am untuk memasak sarapan.

'Nenek kata kalau nak pikat suami kene bagi dia makan air tangan kita sedap-sedap.. hehe.. mesti abang addicted nanti dengan nasi lemak aku. Memang power gile lah!'

Shira angkat bakul sendiri. Tak lama selepas itu datanglah seorang demi seorang kaum hawa memenuhi ruangan dapur, bersama-sama memasak untuk sekeluarga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience