86

Romance Series 93218

“Sayang, fikir apa tu? Termenung aje dari tadi abang tengok." Soal Harraz seraya mendekati isterinya.

Suasana pada malam itu kelihatan sungguh indah sambil disinari oleh cahaya bulan penuh. Aayra pantas menoleh ke arah suaminya lalu bibirnya mengukir senyuman manis buat Harraz.

“Abang, sweet kan Yasir dan Dr Elayna tu? Siapa sangka dari pertemuan pertama mereka lagi Dr Elayna tu dah jatuh cinta dengan Yasir. Bagi sayang kan, cinta Dr Elayna kepada Yasir tu betul - betul cinta mati tu. Yelah, mana tak nya. Sampai sanggup dermakan darah dia buat Yasir. Walaupun tak banyak, tapi ianya cukup bermakna tau." Luah Aayra penuh teruja.

“Betul. Abang setuju. Tak ramai yang sanggup buat macam tu. Walaupun ianya cuma minor blood donation, tapi bagi abang ianya tetap ada sentimental value. Untung Yasir dapat pasangan yang betul - betul cintakan dia sampai macam tu." Tambah Harraz dan sambil - sambil itu matanya langsung merenung ke atas seperti seakan membayangkan wajah Dr Elayna.

Aayra menjeling tajam. Entah mengapa dia berasa sedikit cemburu melihat Harraz bersungguh - sungguh memuji Dr Elayna pada ketika ini. Pantas lengan Harraz dicubit geram.

“Aduhh!! Sakitlah sayang. Sayang kenapa? Tiba - tiba je cubit abang ni kenapa?" Soal Harraz pura - pura tidak mengerti walhal dia sudah menyedari tentang rajuk isterinya itu.

“Bukan main suka lagi abang puji Dr Elayna tu kan? Berseri - seri aje muka tu bila bercakap tentang Dr Elayna. Tahulah Dr Elayna tu cantik. Tapi tak perlulah nak bersungguh - sungguh puji perempuan lain depan isteri sendiri." Omel Aayra dengan nada merajuk.

Harraz tawa terbahak - bahak sebaik mendengar omelan Aayra. Sungguh comel dirasakannya apabila melihat isteri kesayangannya menarik muka masam beserta mulut muncung seperti itu. Tanpa menunggu lama, Harraz segera menarik Aayra ke dalam dakapannya. Pinggang Aayra dirangkul kemas lalu ubun - ubun isterinya dicium dengan penuh rasa cinta.

“Sayang, whatever it is you are still number one in my heart. Datanglah bidadari dari syurga sekali pun, ianya tetap tak boleh lawan kecantikan isteri abang. Bagi abang, sayang mempunyai tempat yang tersendiri di hati abang dan tempat tu tak kan bisa dirampas oleh sesiapa pun. Sayang dah cukup sempurna di mata abang. Jadi mengapa abang perlu mencari kesempurnaan lain?" Pujuk Harraz penuh romantis.

Aayra benar - benar terbuai tatkala mendengar luahan dari hati suaminya itu. Pantas bibirnya mengukir senyuman sebelum dia melentokkan kepalanya di dada bidang Harraz. Ternyata sikap Harraz tidak pernah berubah sejak dari awal perkenalan sehinggalah ke alam perkahwinan mereka. Suaminya tetap jua romantis dan bijak memujuk hatinya yang sedang rajuk.

“Thank you, abang. You made me feel so blessed to have you as a husband. For the first I see you, I know that you're the right person for me to fall in love. Dan ternyata sayang tak pernah silap. Abang memang suami yang terbaik buat sayang." Luah Aayra terharu.

“Sepatutnya abang yang ucapkan terima kasih dengan sayang. Sayang dah korban macam - macam untuk abang sepanjang tempoh perkahwinan kita ni. Abang tak dapat nak bayangkan macam mana hidup abang kalau sayang takde di sisi abang. Bagi abang, sayang adalah segala - galanya. Thank you, sayang. Thank you sebab dah jadi isteri yang terbaik buat Harraz Amsyar dan mummy yang terbaik buat Muhammad Hadif Nufael dan Muhammad Hadif Nuffan." Balas Harraz seraya mencium kedua - dua pipi isterinya dengan lembut.

“Sama - sama, abang. Actually kalau nak ucap terima kasih dekat diri masing - masing ni rasanya sampai esok pun tak kan habis kan? So berbalik kepada perbincangan kita tadi, kenapa Yasir dan Dr Elayna tu terus buat keputusan nak berkahwin? Tak nak tunang dulu ke apa ke? Terus aje nak buat majlis persandingan macam tu?" Soal Aayra inginkan kepastian.

Harraz mengangguk. Dari cerita Yasir, begitulah rancangannya.

“Kalau ikut plan, macam tu lah cadangnya. Yasir cakap, dia dan Elayna memang dah setuju tak nak adakan majlis pertunangan. Dia orang nak langsungkan perkara yang wajib aje. Tapi memandangkan Ezmal dan Sofya pun dah sepakat nak langsungkan majlis tu sama - sama, itu yang dia orang plan buat majlis sekali tu. So tak perlulah Aunty Elise dan Uncle Zamir nak pening - pening fikir." Cerita Harraz bersungguh - sungguh.

Aayra dilihat mengangguk faham. Seketika kemudian bibirnya mengukir senyuman penuh makna. Harraz yang menemyedari akan hal itu pantas menarik hidung isterinya kuat.

“Sayang ni, abang dah ada depan mata pun still juga nak berangan kan? Sayang fikir apa sampai tersenyum - senyum macam kerang busuk tu?" Soal Harraz geram dengan kenakalan isterinya.

“Ishh, abang ni! Sakitlaaa! Mana ada sayang berangan. Abang jangan nak fikir yang bukan - bukan eh. Sayang sebenarnya terkenangkan cara pertemuan Yasir dengan Dr Elayna tu. Abang tak nak tahu ke macam mana dia orang kenal? Ke abang memang dah tahu?" Soal Aayra memancing suaminya.

Harraz menggeleng laju. Sebenarnya persoalan itu jugalah yang bermain di fikirannya sejak awal pagi tadi. Namun persoalan itu hanya mampu berlegar di fikirannya tanpa menemui sebarang jawapan. Ingin ditanyakan kepada Yasir mahupun Ezmal, bimbang dianggap busybody pula nanti. Penyudahnya dia hanya membiarkan persoalan itu berlalu begitu sahaja.

“Dia orang berjumpa dan kenal masa abang dirawat di hospital dahulu lah. Kan Dr Elayna yang handle case abang? Abang lupa? Tapi sayang tak sangka pula dalam diam - diam Dr Elayna tu memang ada hati dengan Yasir. Lagipun masa abang dirawat di hospital tu dulu, dia orang bukannya selalu jumpa pun. So tak tahu bila masanya Dr Elayna tu dok ushar si Yasir tu." Cerita Aayra penuh teruja.

Harraz dilihat tersenyum kecil. Tubuh Aayra ditarik kejap ke dalam pelukannya. Tenang rasa jiwanya apabila dapat duduk berdua - duaan seperti ini dengan isteri tercinta. Tanpa segan silu, Harraz mencium leher jinjang Aayra dengan penuh romantis.

“So kiranya abang ni match maker dia orang la kan? Hmm.. Kena minta royalti ni." Balas Harraz dengan tawa kecilnya.

“Aayra tersenyum manis. Tangan Harraz yang melingkar di pinggangnya semakin dikejapkan pautannya. Sungguh dia rindu untuk menikmati keindahan malam - malam yang indah seperti ini bersama - sama suaminya.

“Abang nak tahu something tak?" Soal Aayra tiba - tiba.

“Apa dia, sayang?" Soal Harraz kembali.
Aayra tidak menjawab terlebih dahulu. Sebaliknya dia mengalihkan tubuhnya menghadap suami yang tercinta. Sepasang mata redup milik suaminya ditatap dengan penuh rasa cinta lalu Aayra mendekatkan bibirnya di telinga Harraz.

"I love you so much, husband!" Bisik Aayra perlahan lalu bibir Harraz dicium dengan penuh romantis.
Harraz tersenyum bahagia. Ciuman Aayra dibalas manja dan tanpa menunggu lama, tubuh Aayra dikendong lalu langkah kakinya dibawa menuju ke kamar cinta mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience