Rate

Nasuha 4

Drama Series 6345

Sara meletakkan tangannya di pipi. Jarinya bermain dengan straw yang berada di dalam gelas minumannya itu. Matanya langsung tidak berkedip.

Mukhriz melihatnya. Lembut sahaja tangan Mukhriz mencapai tangan Sara lalu mengusapnya dengan ibu jarinya.

"Sara..."

Sara yang seolah-olah baru tersedar dari lamunan terus memandang Mukhriz dengan reaksi kosong.

"Awak ade cakap apa-apa ke?" Soal Sara lalu memegang kembali tangan Mukhriz.

Mukhriz mengukir senyuman lalu mengucup belakang tangan Sara dan kembali mengusapnya.

"Kenapa awak termenung ni, hm? Dari tadi awak diam je. Ape yang fikirkan ni, sayang? Cuba kongsi dengan saya." Kata Mukhriz dengan nada perlahan.

Sara menggeleng kepalanya perlahan dan menghela nafas berat.

"Awak..."

"Ye sayang kenape ni?"

Sara mengeluh lagi.

"Kenapa awak kasar sangat dengan Nasuha?" Soalnya dengan nada penuh lembut. Mukhriz pula mengeluh panjang.

"Pasal Nasuha. Boleh tak kalau-"

"No!" Tegas Sara. Mukhriz hanya memandangnya.

"Awak, ye saye tahu Nas tu cuma anak angkat awak. Tapi, tapi dia baru 17 awak. Awak sendiri yang cakap yang awak ni ayah angkat dia, jadi awak kenelah ambil berat tentang dia." Ujar Sara panjang lebar.

Mukhriz melepaskan tangan Sara lalu meraup wajahnya beberapa kali.

"Awak tak faham, Sara. Awak tak faham.." Hanya itu yang keluar dari mulutnya.

Sara mengangguk.

"Ye memang saya tak faham, jadi awak perlu fahamkan saya sebab awak cakap saya tak faham. Okay? Saya nak faham. Bagitahu saya... Please." Kata Sara lalu memegang tangan Mukhriz.

Mukhriz melihat tangan mereka yang bersatu.

"K-Kenape awak nak sangat tahu pasal Nasuha? Why?" Soal Mukhriz.

Yelah siape je yang tak pelik kan kalau tiba-tiba ada orang ambik berat sangat pasal Nasuha. Padahal selama ini takde orang pun yang nak ambik berat, lainlah mak cik Mila tu.

Kalau nak diikutkan, Mukhriz sendiri pun abaikan tanggungjawab dia yang Naylia amanah padanya untuk jaga satu-satunya putrinya.

Mukhriz mengangguk.

"Okay awak nak tahu sangat?"

Pantas Sara mengangguk kepalanya.

"Putri Nasuha. Dia anak kepada adik sepupu saya. Tapi sepupu daya dah meninggal kira-kira 12 tahun lepas, saya jaga Nasuha, bagi dia makan, pakai apa semua cukup dari umur dia lima tahun."

Sara fokus.

"Saya tak nafikan dia memang budak yang baik, dengar cakap. Tapi..."

Sara mengerutkan keningnya.

"Tapi ape? Jangan cerita separuh-separuh!"

"Saya tak tahulah, dia macam budak bodoh awak tahu? Sejak dia masuk sekolah menengah, hari-hari dia akan balik dengan pakaian kotor itu ini. Lepastu markah peperiksaan dia merosot teruk!" Luah Mukhriz.

"Bila saya tegur, marah sikit terus nangis. Dia macam... Lemah sangat! Asyik nak berkurung dalam bilik, asingkan diri ape semua. Dia menyusahkan saya..." Sambung Mukhriz lagi.

Sara mengeluh berat.

"Awak benci Nasuha ke?"

Mukhriz terus diam sebaik sahaja Sara melontarkan soalan tersebut. Mukhriz hanya memandang wajah Sara sambil memikirkan jawapan untuk soalan itu.

"K-Kenape awak fikir saya benci Nasuha ke?"

Sara mengangguk. "Dari cara awak cakap, awak marah, saya nampak awak macam... Awak macam benci dia." Mukhriz terdiam.

"Awak sendiri yang cakap arwah emak Nasuha suruh awak jaga Nasuha, itu amanah yang awak kene jage."

Mukhriz langsung tidak bersuara.

"Awak pernah tanye ke ape masalah dia? Apa yang dia lalui? Apa yang jadi dekat sekolah sampai pakaian dia teruk macam tu?" Soal Sara dan Mukhriz hanya menggeleng kepala sebagai jawapan.

"Kenape? Awak tak tanye langsung, dan tiba-tiba awak tuduh itu ini. Kita-"

"Sara stop!" Potong Mukhriz.

Sara terus terdiam.

"Awak tak payah nak pertahankan budak tu. Takde gunanya, dka takkan berubah. Makin teruk adalah nanti. Awak buatlah sejuta cara pun tak akan ada apa yang  berhasil!"

"Kenapa pulak?"

"Sebab dia sama dengan mak tak guna dia tu!!"

Mukhriz tidak sengaja meninggikan suaranya kepada Sara. Sara terdiam.

"Awak tak tahu ape yang mak budak tu dah buat pada mak saye! Mak dia-"

"Jadi kiranya awak nak balas dendam awak dekat budak yang yang salahnya ade dekat arwah emak dia? Macam tu?" Soal Sara.

"Yes! Budak tu dia kene tahu ape yang mak dia buat! Ape yang mak saya rasa!" Ujar Mukhriz dengan nada lebih nyaring. Sara tercengang. Terdiam.

Orang sekeliling mula melihat ke arah mereka.

"Mukhriz..." Sara menggeleng kepalanya dengan perlahan, tak sangka.

"Ape awak buat ni?! Walau teruk manapun dosa mak Nasuha tu dekat awak, awak tak boleh nak balas dengan Nasuha! Dia langsung tak bersalah! Mana hati perut awak?!" Balas Sara.

Mukhriz hanya mengendahkannya, dan ini juga kali pertama dia melihat Sara naik suara terhadapnya.

"Bercakap dengan awak macam bercakap dnegan tunggul! Awak ingat, walaupun saya baru je kenal Nasuha tu, saya tahu dia baik! Kalau awak cuba nak buat apa-apa dekat dia, siap awak saya kerjakan!"

Sara mencapai begnya lalu bangun. Pantas tangan Mukhriz menarik tangannya kembali.

"Sara wait!"

"Ape lagi?"

"Kenapa awak kesan pulak pasal budak tu?" Suaranya berubah menjadi lembut.

Mukhriz menyelitkan rambut Sara kebelakangan telinga Sara. Bulu roma Sara naik. Pipi memerah. Mukhriz tersenyum senget lalu mencubit pipi merah Sara.

"Alaa comelnya~"

Sara menepis tangan Mukhriz.

"Awak jangan nak tukar topik eh!"

Kali ini Mukhriz mencubit kedua-dua belah pipi Sara.

"Saya tahu awak rindu saya kan?" Mukhriz mengenyit matanya kepada Sara.

"Mukhriz stop... Awak jangan nak goda saye pulak!" Marah Sara dengan malu-malu.

"Ehhhh~ saya tak cakap pun nak goda awak~" Usik Mukhriz.

"Eeyy dahlah!! Malas saya nak layan awak!" Marah Sara.

Mukhriz menahan lengan Sara pula kali ini.

"Huh, kenape awak ni? Pasal budak yang awak baru kenal tu pun nak jadi macam ni ke?" Tanya Mukhriz.

Sara diam.

"Saya dah kenal dia lebih lama dari awak. Saya tahu dia macam mana-"

"Kalau awak tahu awak takkan biarkan dia macam tu, Mukhriz! Macam mana kalau dia kene buli dekat sekolah?! Kalau dia stress? Depression?! Hey itu boleh cabut nyawa awak tahu tak?!" Marah Sara.

"Ya Allah Sara saya tak tahulah apa yang dah hasut awak ni tapi kenape awak nak sangat kisah pasal Nas? Dia takkan depression punyalah. Semua tu tipu je! Helah orang nak dapat attention je." Ujar Mukhriz selamba badak.

Sara menggantung begnya dia bahu lalau bercekak pinggang.

"Mukhriz awak ulang balik please! Saya tak dengar sangat tadi." Kata dengan dengan pantas.

"Depression tu tipu jelah. Takde betul pun. Masing-masing cuma nak ikut trend acah-acah toreh tangan, nak bunuh diri lah. Kalau betul pun, m-masing-masing cuma lapar attention." Balasnya.

Sara merengus geram.

"Lapar attention?!! Attention seeker?! Ikut trend?! Hello Mr Mukhriz hear me now!"

Sara sudah mula naik angin.

"Depression is real! Yes diorang 'attention seeker' sebab mereka tak ada tempat luah semua masalah mereka. They need someone! Jangan fikir macam budak-budak tak matang boleh tak?!" Marahnya.

Mukhriz sedikit terkedu.

"U-uish sayang apa yang marah sangat ni..."

"Mental health, self-harm bukan trend bukan jokes!"

Sara sudah tidak dapat menahan amarahnya lagi.

"Alaa awak Nasuha tu dah 17, takdenya dia nak buat benda-benda macam tu lah..." Katanya dengan tenang.

Sara menyilangkan lengannya.

"You so sure about it?" Sara mengangkat satu keningnya.

"Yeah of course, takkanlah dia nak buat bende bodoh macam budak-budak dekat luar tu buat. Tak sayang nyawa, pendek akal."

Sara menggigit bibir geram.

"Mukhriz, awak tu dah dewasa sepatutnya otak tu macam orang dewasa, pakai sikit! Awak tak ada dekat tempat mereka jadi better awak tak payah cakap apa-apa! Sebab orang macam awaklah, buat lagi banyak orang down! Stress! Awak tak fikir ke?! Nasuha tu anak awak!" Sambungnya lagi.

Kata-kata Mukhriz yang selamba badak tadi betul-betul buat dia naik angin. Mukhriz sudah terkedu tak terkata. Mukhriz mengeluh malas.

"Sayang let's just-"

"Awak cakap Nasuha masuk telinga kanan keluar telinga kiri tapi sekarang ni nampak macam awak je yang masuk telinga kanan keluar telinga kiri." Sindir Sara.

Panasnya masih belum reda.

"Allahuakbar. Sayang saya tahu awak marah, but please. Calm down... Okay, tenang..." Mukhriz cuba memujuk Sara.

"Eh sudahlah saya dah takde mood. Saya balik dulu." Pamit Sara, dia masih cuba menahan amarahnya dari terus keluar.

"Awak nak balik macam mana? Tadikan saya yang bawak."

"Grab, taxi kan banyak. Bukannya awak seorang je yang ada kereta dekat Malaysia ni." Balas Sara tanpa menoleh ke arah Mukhriz.

Sara membuka langkah lalu pamit dari situ. Mukhriz menghelakan nafas berat.

"Ape kau dah buat ni Nas! Sebab kau, hubungan aku dengan Sara jadi macam ni. Cuma sebab kau!" Marahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience