“Macam mana rasanya? Sedap tak? Saya dah mandrem bagi rasa spesel kaw kaw punya.
‘’Puiii! Pahit la kopi ni!”
“Pahit?”
“Iya pahit.Tak ada rasa langsung.Gula dah habis ka sampai hidangkan kopi pahit macam ni.”Syarif Ilham sudah mula provokasi Zulfa.
“Agak-agak la gula habis.Ini kafe,stok sentiasa ada.Lidah awak tu yang problem sebenarnya.”Bidas Zulfa tak mahu kalah.
“Saya tahu kopi ni bukan awak yang buatkan?”Soalnya bersama lirikkan menyelidik.
“Mana tahu?”Soalan berbalas soalan.
“Puan Zulfa,sebab awak lupa sediakan kopi pagi tadi buatkan saya terpaksa singgah sini sebab nak rasa kopi buatan isteri sendiri.”Nada geram terlantun pada jawapan Syarif Ilham.
Zulfa hilang kata.Baru teringat dia lupa menyediakan kopi buat si suami pagi tadi.kopi yang terhidang diatas meja dibawa untuk diganti dengan kopi buatannya sendiri.Pening kepalanya memikirkan perangai Syarif Ilham.Sedap sangat ke kopi yang dia buat.
“Kenapa encik abang kau tu marah tiba-tiba Zulfa?”Soal Amerah salah seorang temannya yang paling rapat.
“Dia kata kopi ni pahit.Tapi jap aku nak rasa betul ke tidak kopi ni pahit.”Kopi itu dihirup untuk mendapatkan kepastian tahap mana pahitnya.Amerah yang memandang Zulfa juga rasa ingin tahu keputusannya.
Share this novel