DIA 48

Romance Completed 131781

“Bah, babah rasa Hazz ni teruk ke?” Soal Hazzar takut-takut.

Babah menoleh dengan dahinya yang berkerut.

“Takde siapa yang sempurna Hazz. Hanis tu pun ada kekurangannya. Kau pukul Hanis, marah dia tanpa sebab… Itu kekurangan kau. Kau terlalu ikutkan ego. Cuma ikutkan hati.” Balasnya tenang.

Membulat mata Hazzar apabila mendengar kata-kata babah. Dia langsung tidak menyangka bahawa babah mengetahui tentangnya dan juga Hanis. Hazzar menelan air liur.

“Tak payah nak takut sangat, Hazz. Kalau nak ikutkan hati babah ni, dah lumat kau babah kerjakan tapi itulah… Semua orang buat salah. Babah tak boleh nak hukum kau macam tu je.” Kata babah kemudian menepuk-nepuk bahu Hazzar.

“Ma—Macam mana babah tahu yang Hazz,”

“Naluri seorang ayah. Nak marah pun dah takde guna. Takkan ubah apa-apa kan? Cuma satu, sekali lagi kau buat macam tu, memang lumat masuk blander lah babah buat ye.” Ujar babah.

Hazzar tersenyum pahit dan mengangguk perlahan.

“Dah jum masuk.” Ajak babah.

“Takpelah babah masuklah dulu. Sekejap lagi Hazz masuk.” Kata Hazzar dengan senyuman.

“Hrumm, yelah.” Terus babah masuk ke dalam rumah dan tiba-tiba, ada sesuatu yang membuatkan langkah babah terhenti dan menoleh ke arah Hazzar di luar.

“Hazz…” Panggil babah.

Hazzar menoleh ke arah babah. Babah terus memberi isyarat menyuruhnya mendekati babah. Hazzar mengangguk dan terus bangun mendapatkan babah. Hazzar juga tergamam melihat Hanis yang berdiri di hadapan pintu menuju ke dapur.

Wajah Hanis berkerut seribu. Dengan beg bagasinya di tangan. Hazzar memandang Hanis dari atas ke bawah. Babah sudah tidak bersuara buat seketika. Hazzar melangkah ke hadapan.

“Hanis… nak pergi mana? Dengan pakaian macam ni, bagasi ni?” Soal Hazzar perlahan.

“Aku nak keluar dari rumah ni.” Ujar Hanis kasar.

Babah dan Hazzar saling berpandangan kemudian kembali memandang ke arah Hanis.

“Hanis! Apa Hanis cakap ni? Kenapa Hanis… Tiba-tiba je nak keluar dari rumah babah? Babah tak benarkan! Hanis tu mengandung, lagipun kenapa nak keluar dari rumah ni?” Soal babah bingung.

Hanis langsung tidak mengelipkan matanya dan bebola matanya menoleh ke arah Hazzar dengan pandangan tajam. Hazzar turut memandangnya.

“Pilih!” Ujar Hanis sepatah ke arah Hazzar.

“Kau nak suruh aku pilih apa?” Soalnya bingung.

“Aku yang keluar atau kau yang keluar!” Tengkingnya tiba-tiba.

Hazzar mengerutkan dahi tidak faham, begitu juga dengan babah. Babah menjerit kuat. Mereka berpaling ke arah babah.

“Hanis! Kenapa kurang ajar sangat dengan suami? Itu suami Hanis! Kan Hanis cakap Hanis sayangkan dia. Kenapa nak suruh dia keluar? Babah tak izinkan Hazzar keluar dari rumah ni.” Marah babah.

“Aku tak suruh dia keluar, aku suruh dia pilih je. Babah kata apa? Sayang? Sayang yang tak terbalas takde gunanya,bah. Dia sendiri tak ikhlas terima aku, buat apa aku nak sayang dia dan hormat dia. Langsung takde guna.” Marahnya.

Babah mengerutkan dahi terkejut mendengarnya.

“Hanis!!” Kali ini Hazzar menengkingnya.

“See! Ini kau cakap sayang? Kau tengking aku macam nak terkeluar anak tekak kau. Hey hello Encik Hazzar Iskandar, kau tak payah nak buat-buat baik depan babah aku macam kau tu malaikat! Kau tu, syaitan!!”

PAP!!

Hanis tersenyum kelat apabila pipinya ditampar oleh Hazzar dengan kuat. Hanis tertawa kemudian menolak tubuh Hazzar. Hazzar tergamam.

“Kau terima aku, kau cakap kau sayangkan aku sebab budak dalam perut aku ni kan!! Kalau bukan sebab dia, kau takkan cakap aku ni ISTERI kau. Kau takkan bawa aku balik, berbaik dengan babah. Kau takkan cakap kau lama tewas dengan aku! Kau, palsu Hazzar Iskandar.”

“Kenapa Hanis cakap abang macam tu?” Soalnya.

“Huh!! Dah tahu sibuk nak tanya lagi! Jawapan dia ada dekat dalam diri kau sendiri. Kau. Tak. Ikhlas. Cintakan. Aku. Kau hanya menipu!! Betul apa yang Nazrul cakap! Kau, hanya nakkan anak aku. Aku takkan benarkan.” Balasnya dengan nada mendatar.

“Apa Hanis cakap ni? Kenapa tiba-tiba sebut nama Nazrul? Semua ni ada kaitan dengan dia ke!?” Soal Hazzar dengan nada tinggi.

“Ada atau tidak, itu lain cerita. Kenapa macam risau je? Takut? Takut aku tahu perkara sebenar? Aku takkan biarkan kau rampas anak aku ni. Takkan sesekali encik Hazzar Iskandar.” Balas Hanis kemudian menjelingnya.

Babah menggeleng kepala.

“Apa yang Hanis fikir hahh!? Hanis pun tak boleh pisahkan Hazzar dengan anak dia!” Marah babah pula.

“Nak pisahkan atau tidak, itu aku punya suka! Aku yang bakal lahirkan dia di dunia ni, bukan jantan tak guna ni.” Balasnya selamba kemudian memeluk tubuh.

“Sekejap! Kenapa Hanis macam… Macam lain sangat malam ni? Marah macam ni. Hanis tak pernah-pernah jadi macam ni.” Ujar babah.

Hanis menoleh ke arah babah dengan pandangan selamba.

“Lain? Memang lain lepas tahu kebenaran! Tak pernah jadi kan? Malam ni aku jadikan!! Hazzar, kau tak nak keluar kan? Takpe, biar aku yang angkat kaki keluar dari rumah ni!” Ujar Hanis kemudian terus menarik bagasinya tetapi Hazzar menahannya.

“Lepas lahh!!” Jeritnya.

Hazzar mengeluh panjang kemudian memegang kedua-dua belah bahu Hanis. Hanis masih lagi dengan dahinya yang kerut seribu.

“Tolong. Tolong sayang, jangan tinggalkan abang. Abang tak boleh hidup tanpa sayang. Tolong, abang… Abang… Abamg sanggup merayu dekat sayang. Asalkan sayang tak pergi tinggalkan abang.” Rayu Hazzar kemudian terduduk.

Hanis meleret senyuman senget dan mendecit. Bahu Hazzar ditolak kasar.

“Tak boleh hidup tanpa aku? Hey! Anak Tan Sri Razak dengan Puan Sri Zalia, pergi je kelab malam beratur perempuan yang nak dekat kau! Itukan bidadari syurga kau! Itukan syurga kau!! Anak Tan Sri macam kau mana pandang perempuan kampung macam aku ni. Sama macam… Bonda kau!!” Marahnya.

Hazzar bangun dengan perasaan marah. Hanis memandangnya tepat menusuk ke dalam anak matanya.

“Jangan sesekali babitkan bonda dalam kes kita!” Kata Hazzar.

“Kenapa pulak tak boleh? Bukan ke dia nak sangat pisahkan kita, buat kau benci dekat aku? Kau dengan bonda kau, takde beza. Syaitan, bertopengkan manusia!!!” Hanis menjerit kuat di hujungnya.

Hazzar ingin menampar pipi Hanis lagi tetapi Hanis lebih cekap menangkap tangannya.

“Cukuplah kau bertopengkan syaitan. Berhenti, jadi suami dayus!!” Hanis menolak tangannya.

Hazz tergamam.

Nazrul membaringkan tubuhnya di atas sofa. Bibirnya mula mengukir senyuman puas, puas dengan apa yang baru dia lakukan.

“Kenapalah aku tak terfikir untuk guna cara ni untuk dapatkan Hanis tambahan… Benci dengan suami dia sendiri. Wahh… Hanis Adawiyah, kini jadi milik aku, untuk selamanya.” Ujarnya kemudian ketawa kepuasan.

Kamal mendekatinya kemudian terus melabuhkan punggung di atas sofa yang sama. Kamal memandang Nazrul aneh.

“Apa plan kau sebenarnya ni? Cuba bagitahu.” Ujar Kamal.

Nazrul tersenyum nipis kemudian terus bangun duduk dan menoleh ke arah Kamal.

“Di sebabkan plan akh dah berjaya membuahkan hasil, aku bagitahulah dekat kau. Aku… Santau dia “ Kata Nazrul kemudian ketawa mengekek.

Kamal pula tergamam macam beku. Mulutnya juga sedikit ternganga.

“Kau santau Hanis? Biar betul?” Soal Kamal tidak percaya.

Nazrul mengangguk sambil tertawa besar.

“Hanis berhenti!! Jangan jadi biadap! Walau apapun yang kau tengah marahkan sekarang ni, jangan hina bonda. Kalau bukan sebab dia, aku takkan ada dekat dunia ni.” Marah Hazzar.

“Baguslah kalau kau takde dan tak payah wujud pun! Hidup aku akan jadi lebih tenteram dan tak ada perempuan-perempuan dekat luar sana yang akan merasa betapa seksanya hidup sebumbung dengan kau!”

Hazzar tersentak.

“Jadi selama ni, kau rasa terseksa hidup dengan aku?” Dengan Hanis mengangguk dengan riak wajah selamba.

“Babah! Kalau babahlah ada dekat tempat Hanis apa yang babah rasa. Bahagia ke hidup dengan jantan tak guna ni!? Boleh dikatakan, tiap-tiap malam balik mabuk. Pukul aku hampir setiap minggu. Percayakan apa yang orajg cakap padahlah aku ni isteri kau! Sampai kau ragu-ragu, ini anak siapa.”

“Sudah!!” Kesabaran Hazzar sudah melebihi hadnya.

Hanis dengan wajah selamba berpeluk tubuh dengan memandang wajah Hazzar.

“Kalau kau rasa ini keputusan yang baik sangat, yang betul, dipersilakan keluar! Kau marah-marah aku dengan bapak kau sampai macam tu sekali, mana Hanis Adawiyah yang aku kenal dulu? Yang penyabar, penyayang. Mana perginya!! Kau nak sangat keluar kan? Pergi, pergilah ke syurga kau, Nazrul Ashraff.” Kata Hazzar kemudian menolaknya sedikit.

Hanis tersenyum sinis kemudian melangkah pergi tanpa menoleh ke belakang manakala Hazzar tersungkur dan menundukkan wajahnya.

Babah hanya menggeleng kepala. Mereka berdua masih bingung dengan ala yang sedang terjadi. Masih tidak faham dengan apa yang Hanis katakan.

“Hazz rasa… Semua ni ada kaitan dengan Nazrul.” Kata Hazzar.

“Kenapa mesti Nazrul?” Soal babah dengan nada hairan.

“Dia gilakan Hanis,bah. Dia sanggup buat apa sahaja asalkan dia dapatkan Hanis. Tak macam Hazzar, buat apa sahaja untuk buat Hanis benci pada Hazz. Memang padanlah Hanis buat Hazzar macam tu.” Ujarnya.

Babah menggeleng perlahan.

“Ada satu benda yang Hazz lupa. Baru je tadi, Hazzar berusaha untuk buat Hanis tak pergi tinggalkan babah dengan Hazz.” Ujar babah.

“Tapi… Hazz tak layak untuk dia. Dia terseksa selama dia hidup dengan Hazz. Hazz ingat dia memang sayangkan Hazz sehingga sekarang tapi Hazz salah. Dia cuma mahu membalas dendam yang tersirat.” Hazzar mengeluh.

“Siapa kata Hazz tak layak untuk Hanis? Tuhan satukan kamu berdua kerana Dia tahu, Hazz dan Hanis mampu mengharungi segalanya bersama.

Hazzar mengeluh lagi sekali.

Langkah Hanis tiba-tiba terhenti. Dia teringat dengan apa yang dia ungkapkan tadi tapi, entah kenapa dia merasakan ada yang tidak kena.

“Kenapa aku rasa aku kasihan dekat dia? Hanis!! Buat apa kau nak kasihan manusia macam tu? Ingat Hanis, kau cintakan Nazrul. Kau bencikan Hazzar Iskandar.”

Hanis mengangguk perlahan, yakin! Dia meneruskan perjalanannya.

Jannah bergegas berlari ke arah telefonnya apabila ia berdering. Butang hijau ditekan. Speaker juga dihidupkan.

“Asslamualaikum Hazz? Kenapa ni tiba-tiba call along?”

“Along… Hanis.”

“Kenapa dengan Hanis!? Hazz cakap!”

Apabila mendengar nama Hanis dipetik, bonda terus perlahan-lahan mendekati Jannah tanpa dia sedari.

“Hahh!? Hanis pergi tinggalkan kau? Dia pergi mana?”

“Tak… Tak tahu! Aku bertengkar dengan dia dekat rumah babah. Dia macam lainlah kak. Marahnya lain macam! Memang lain sangat. Aku tak mampu nak halang dia.”

Lantas bonda merampas telefon milik Jannah. Terkejut besar Jannah dibuatnya.

“Hazz biarkan dia! Dasar isteri derhaka! Jangan risau, nanti bonda carikan yang baru. Yang lawa-lawa ye? Ni nak tanya, Hazz dah lafaz talak ke?”

“Bonda!”

“Apa betullah! Mesti Hazzar dah ceraikan dia kan?”

Kedengaran Hazzar mengeluh.

“Hazz tak ceraikan dia dan takkan sesekali ceraikan dia. Walaupun dia pergi, biar dia bergantung tak bertali!”

“Hazz… Ceraikan jelah perempuan tak senang diuntung tu. Tak payahlah nak suruh dia gantung tak bertali. Lagipun, mesti dia ada cakap pasal ceraikan.”

“Cerai? Langsung tak keluar dari mulut dia. Walaupun dia minta, Hazz tetap takkan ceraikan dia atau...”

“Atau apa?”

“Atau bonda yang buat Hanis sampai jadi macam tu. Bonda kan tak sukakan dia. Hazz akan datang rumah bonda, untuk cari Hanis.”

Tuttt… Bonda melihat skrin telefon Jannah dan ingin membalingnya tetapi sempat Jannah merampas telefonnya. Bonda melangkah pergi.

“Entah apalah yang perempuan tak guna tu buat sampai anak aku jadi macam tu sekali. Entah-entah, main bomoh.” Tuduh bonda.

“Kau rasa dia ada dekat mana sekarang?” Soal Kaef pada Hazzar.

Hazzar mengeluh mendengar soalan dari Kaef.

“Kau ni kan memanglah, kalau aku tahu takdenya aku ada depan kau sekarang ni. Sah-sah aku tengah pergi cari dia.” Balas Hazzar kemudian menggelengkan kepalanya.

“Aku tanya je. Tapi… Kau nampak tenang jer macam tak risau bini kau hilang.” Ujar Kaef lagi.

“Setanlah kau Kaef. Laki mana yang tak risau bini hilang tapi bagus jugak si Hanis tu hilang kan?” Sampuk Ruzaini.

“Apa yang bagusnya?” Soal Mark pula, Hazzar sekadar mendengar perbualan mereka.

“Iyalah, sebelum ni si Hazz ni dah buat macam-macam dekat Hanis tu. Mana tahu kut-kut si Hanis tu cuma nak kenakan Hazz. Kita tak tahu.” Kata Ruzaini.

“Aku tak rasalah macam tu. Aku rasa memang ada sesuatu.” Kata Hazzar.

“Hmm… Kau dah pergi tanya bonda kau?” Hazzar membalas dengan gelengan kepala.

“Nanti aku pergilah. Bonda tu, tak habis-habis nak suruh aku bercerai dengan Hanis. Tak fahamlah aku.” Luah Hazzar.

Mereka bertiga mengangguk faham. Tahu sangat dengan perangai Puan Sri Zalia tu, sekali dia cakap dia tak suka, memang payahlah dia nak terima seseorang tu dalam hidup dia.

Hazzar melangkah keluar dari kereta. Dia melihat sekeliling rumah milik ayah dan bondanya. Kaki melangkah mendekati bell rumah kemudian menekannya. Sementara menunggu pagar dibuka, Hazzar memasukkan tangannya ke dalam poket, sejuk waktu malam-malam.

Strett…

Bunyi pagar rumah apabila dibuka. Hazzar mengecilkan sedikit matanya untuk melihat gerangan yang sedang mendekatinya. Hazzar mengeluh apabila bonda yang mendekatinya.

“Hazz… Kenapa tak bagitahu dulu nak datang?” Soal bonda dengan mada lembut.

“Hazz datang nak pastikan antara Hanis ada dekat sini atau tidak. Takut-takut bonda yang culik Hanis.” Ujar Hazzar.

Bonda mengeluh pendek.

“Hazz, jahat sangat ke bonda ni sebenarnya? Sampai Hazz sanggup nak cakap macam tu hahh!?” Marah bonda.

Hazzar menjeling sekilas.

“Hazzar Iskandar! Apa yang betina tu dah buat sampai Hazz jadi macam ni!? Bonda bencilah dia!! Ayah kau, Jann, arwah Ikram semua sayangkan dia. Apa yang hebat sangat dia tu!?” Marah bonda lagi.

“Banyak kehebatan yang bonda, Hazz tak nampak. Hazz sayangkan dia, Hazz akan cari dia walaupun Hazz terpaksa bertarung nyawa.” Balas Hazzar sambil mengetap giginya.

Ayah dan Jannah mendekati pintu rumah untuk melihat apa yang sedang kecoh di luar sana. Jannah ingin mendekati mereka tetapi di tahan oleh ayah.

“Hey Hazz!! Dia tu budak kampung yang tak sedar diri dan bonda ni, ibu Hazz. Orang yang lahirkan Hazz ke dunia ni. Jadi kenapa Hazz masih jugak nak cari dia, sayang dia padahal dulu Hazz benci dia sangat!!!” Tengking bonda.

Hazzar merengus kuat.

“Aku cari dia, sayang dia sebab DIA ISTERI AKU!! Walaupun bonda dengan orang sekeliling cuba untuk pisahkan Hanis dengan aku, dia masih bertahan sebab apa? Sebab dia isteri aku!!!” Tengkingnya.

Kelu lidah bonda apabila Hazzar menengkingnya sebegitu rupa. Bergitu juga dengan ayah dan Jannah.

Drop your comment okay? Nay nak tahu apa perasaan korang untuk bab kali ini. See you in next chapter.(?????)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience