Bab 31

Vampire Series 4523

Aku pandang dia , dia pandang aku . Diam tidak berkutik langsung Emelyn melihat lelaki yang berada di hadapannya . Matanya tak berkelip langsung . Bukan sebab dia handsome ey , hm mungkin adalah sikit hehe .
Masalahnya sekarang ni yang berdiri depan aku ialah Henry . Diulangi sekali lagi , HENRY . Dia buat apa dekat sini ? Tak ada angin tak ada ribut , tiba tiba saja muncul .
Emelyn menggeleng perlahan apabila terasa mukanya ditiup lembut . Terkebil kebil dia memandang Henry yang lagi tersenyum .

“ Kenapa tengok saya macam tu ? ” soal Henry . Lembut saja cara dia bercakap . Argh ! Kalau macam ni lah , memang berpindah hati terus pergi tempat dia ehem .

“ Awak okay ? ” soalnya lagi apabila melihat Cealyn hanya mendiamkan diri .
Lama Emelyn memandangnya sebelum dia mengangguk perlahan . Senyuman kekok diukir . Erk.. rasa janggal lah pulak .
Selalu jumpa dalam mimpi saja , sekarang tiba tiba pula berjumpa dalam realiti . Sikit terkena heart attack tau .

“ Erh.. A.. awak buat apa dekat sini ? ” soal Emelyn tergagap gagap .
Henry menatap dalam wajah yang dicintainya itu . Mahu saja dia memeluk gadis itu . Namun apakan daya , takut nanti Cealyn tak selesa .
Senyuman manis diukir .

“ Saya rindu awak . ” katanya perlahan . Laju saja kedua tangannya menarik tubuh kecil itu masuk ke dalam dakapannya . Tubuh kecil itu dipeluk erat .
Sekali lagi Emelyn tergamam . Herk . Seriously ? Berapa kali nak peluk aku ni ?

“ Uhm . Henry.. ” panggil Emelyn sambil menepuk nepuk belakang Henry . Sesak nafas ui bila kena peluk macam ni . Nak aku mati sesak nafas ke ?

Henry hanya berdiam diri . Pelukannya semakin dieratkan . Rindu tak terkata . Kalau boleh dia tidak mahu melepaskan pelukannya daripada tubuh kecil ini .
Mukanya disembamkan ke bahu Cealyn . Tiba tiba hidungnya menangkap aroma yang manis . Dia menarik nafas dalam . Manusia ?
Dia meleraikan pelukannya lalu memaut lembut bahu gadis itu . Terkebil kebil Emelyn memandang Henry . Drama apa lagi yang dia nak buat ni ?

“ Awak manusia ? ” soal Henry perlahan . Ya dia tau Cealyn sudah kembali , tapi dia tidak tahu pula bahawa dia kembali sebagai seorang manusia .
Emelyn terkaku . Dia dapat hidu darah aku ke ? Mampus lah kalau macam ni !
Belum sempat Emelyn bersuara , Cleo terlebih dahulu menjawab .

“ Ya dia manusia . ” jawab Cleo keras .

Serentak Henry dan Emelyn menoleh . Wajah Cleo jelas terlukis reaksi dingin kalah ais .
Ya ! Itu dia ! Cleo yang lama dah muncul balik ! Eh jap , dah berapa lama dia berdiri dekat situ ?

Henry dan Cleo saling berlawan pandang . Dua dua bagi pandangan maha tajam .
Emelyn yang berada ditengah di antara mereka hanya mampu mendiamkan diri . Dapat aku rasakan aura kejam dua makhluk Tuhan ni .
Nasib tak muncul lazer di antara pandangan mereka berdua .

Henry masih memandang tajam wajah Cleo , begitu juga dengannya . Serentak situasi lama bermain semula di dalam kotak ingatan mereka .
Situasi dimana Henry hampir membunuh Cleo hanya disebabkan seorang gadis . Siapa lagi kalau bukan Cealyn ?
Nasib baik Cealyn sempat selamatkan Cleo . Dan dari situ Cealyn mula menjauhkan diri dari Henry . Sudah semestinya dendam di hati akan bertambah kan ?

“ Kita pergi tempat lain . ” kata Henry seraya menarik tangan Cealyn tanpa mendengar jawapan dari gadis itu .

“ Argh . ” Emelyn terjerit kecil apabila bahagian luka di pergelangan tangannya digenggam kuat oleh Henry .

Cleo mula melangkah setapak ke hadapan , namun langkahnya terhenti apabila melihat Henry terlebih dahulu mendekati Emelyn .
Penumbuknya digenggam erat . Perasaan marah mula menguasai dirinya . Berani kau sakiti dia . Tunggu kau nanti !
Mata Henry difokuskan ke tangan Cealyn . Berkerut dahinya melihat tangan gadis itu yang mempunyai banyak balutan .
Dia menoleh memandang Cleo dengan pandangan maut . Cleo juga turut memandang ke arahnya . Aku yang ditengah dah kecut perut tengok diorang berdua ni .

“ Kau ! ” herdik Henry sambil mengorak langkah menuju ke arah Cleo . Merah habis matanya menahan marah yang semakin memuncak .
Tidak tunggu lama , Emelyn menarik tangan Henry dari terus mendekati Cleo . Kang jadi perang-3 terus dekat sini .
Henry terhenti dari terus melangkah apabila merasakan tangannya digenggam oleh Cealyn . Namun pandangannya tidak dialihkan dari wajah Cleo .

“ Apa kau dah buat dengan dia ?! ” jerit Henry lantang . Uish ! Ko rilek ba..

“ Mana ada aku buat apa apa . ” jawab Cleo perlahan namun keras . Kemarahannya cuba ditahan .

“ Tak buat apa ? Habis macam mana dia boleh luka ? Kau sengaja nak tipu aku kan ?! ” kata Henry sambil ketawa sinis .

Emelyn cuba menarik tangan Henry untuk pergi dari situ , namun Henry mengeraskan badannya . Hoih ! Nak gaduh pun jangan lah dekat sini ! Kang aku buka gelanggang tinju dekat sini baru tau !
Merah terus anak mata Cleo menahan marah . Lelaki ni memang sengaja mencabar egonya ! Setapak demi setapak dia melangkah ke hadapan .
Emelyn menelan air liur . Alamak ! Dah aku tahan Henry , kau pula maju . Huhu ! Anyone help me !

“ Cleo . ” panggil Hannah sambil menahan badan Cleo dari terus melangkah . Dia juga turut merasakan aura kemarahan mereka disini .
Argh ! Kenapa kau pula yang datang ?! Tak boleh ke Alya ke , Aunty ke atau Carl ?! Kenapa kau ?! Apapun , Thanks !

“ Kita pergi tempat lain . ” pujuk Emelyn sambil cuba menarik tangan lelaki itu .

Henry mengalihkan pandangannya ke wajah Cealyn . Lama dia menatap wajah yang lagi pucat itu . Kenapa ? Takut ke ?
Sejuk sikit hatinya setelah memandang wajah cantik milik gadis itu .
Henry senyum kecil lalu mengangguk . Sempat lagi dia menjeling Cleo sebelum tangannya menarik tangan kecil Emelyn .
Cleo hanya mampu melihat mereka berlalu pergi sehingga mereka hilang dari pandangan . Keluhan kasar dilepaskan . Terjentik rasa cemburu di dalam hatinya .
Hannah juga turut memandang ke arah Henry dan Emelyn sebelum dia ketawa sinis .

“ Perempuan murah . ” kata Hannah .

Laju saja Cleo memandang tajam wajah Hannah yang lagi memegang dada bidangnya . Semakin panas hatinya apabila kata kata gadis itu menyapa ke pendengarannya .
Dia menepis kasar tangan runcing milik Hannah lalu menolak bahu Hannah sehingga dia terdorong sedikit . Terkejut dia dengan tingkah laku Cleo .

“ Kau panggil dia macam tu lagi , siap kau . ” kata Cleo keras lalu berlalu pergi .

••••

“ Awak okay ? ” soal Henry setelah mereka tiba di destinasi mereka . Bukan jauh pun , pergi taman saja .
Emelyn hanya mengangguk . Matanya memandang sekeliling taman itu . Dia terbuai dengan keindahan taman ini .
Henry ketawa kecil melihat Cealyn . Dari dulu sampai sekarang , kau tetap comel .

“ Kita dekat mana eh ? ” soal Emelyn tanpa memandang wajah Henry . Matanya hanya difokuskan ke depan .

“ Taman yang selalu kita pergi dulu . Awak dah lupa ke Cealyn ? ” soal Henry semula . Pelik . Takkan gadis itu sudah lupa ? Padahal hampir setiap hari mereka pergi ke taman ini bersama .
Emelyn terkaku . Perlahan lahan dia menundukkan kepalanya menghadap rumput rumput hijau . Keluhan kecil dilepaskan .

“ Disebabkan saya bukan Cealyn lah saya langsung tak ingat apa apa . ” kata Emelyn perlahan .
Kali ini giliran Henry pula terkaku . Dia bukan Cealyn ? Habis dia siapa ? Kenapa rupa mereka sama ? Perangai pun memang sama .

“ Awak bukan Cealyn ? Habis tu awak siapa ? ” soal Henry sambil menatap dalam wajah di sebelahnya itu .
Emelyn mengangkat wajahnya . Dia menoleh dan pandangannya bertembung dengan pandangan Henry . Herk ! Laju saja dia menoleh ke depan semula .
Kang turun ke hati macam mana ? Parah ui .

“ Saya Emelyn dan saya manusia . ” jawapan terlebih jujur diberikan .
Henry hanya mengangguk . Dia tidak kisah dengan semua itu . Wajah dan perangai yang sama membuatkan dia merasai kehadiran Cealyn .

“ Awak cintakan Cealyn ? ” laju saja soalan itu diajukan .
Hah ambik kau ! Soalan yang hanya bermain di mindanya tiba tiba pula terpacul keluar .
Emelyn memukul perlahan mulutnya . Mulut ni memang nak kena !
Henry tersenyum kecil .

“ Sangat sangat cintakan dia . ” kata Henry perlahan . Wah ! Ni dah terlebih cinta ni !

“ Awak tahu , dia lah yang ubah kehidupan saya menjadi lebih baik . Selepas ibu dan ayah tinggalkan saya dengan Hannah , hidup saya terasa kosong . ” Henry memulakan cerita tanpa dipinta . Emelyn mengangguk . Angguk sajalah . Eh jap ! Hannah ? Dia adik Henry ke ?!

“ Hanya kesedihan yang menemani saya selama beratus ratus tahun . Tapi kewujudan Cealyn membuatkan saya semakin ceria . Kewujudan dia ibaratkan sejuta warna yang muncul di dalam hidup saya . Dari situ saya tahu yang saya dah mula cintakan dia . ” sambungnya lagi . Emelyn mengangguk lagi . Untung Cealyn , ramai orang sayangkan dia . Aku pula ? Hmm..

“ Mungkin juga lepas ni saya akan mencintai awak seperti mana saya cintai dia . Memandangkan rupa dan perangai awak sama seperti dia . ” kata Henry sambil tersenyum manis .

Emelyn tergamam . Tidak berkelip langsung matanya memandang wajah Henry . Bukan sebab tergoda ey , rasa seram sejuk pula dengan kata kata dia ni .
Kalau Cleo yang cakap macam tu , mungkin aku dah berguling guling bahagia dekat sini . Aik ? Asal libatkan Cleo pula ni ?
Lama mereka saling berpandangan sebelum setitik demi setitik hujan mula membasahi dunia ini . Emelyn mendongak memandang langit . Mendung . Confirm hujan lebat . Tapi tadi cerah saja pun .

Tanpa dijangka , Henry menarik tangan gadis itu lalu berlari selaju mungkin . Hujan semakin lebat . Habis basah kuyup baju mereka berdua .
Dalam diam Emelyn memandang tangan Henry yang lagi mengenggam erat tangannya . Aku nak buat apa lepas ni ? Soal pembunuh tu pun belum selesai . Tiba tiba pula muncul Hannah dengan Henry di depan mata .
Henry cintakan Cealyn , Hannah cintakan Cleo . Hah sesuai sangatlah tu . Jap ! Hannah cintakan Cleo ?!

Jangan jangan..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience