BAB 18

Horror & Thriller Completed 9981

-Selasa, 2 April 2019-
-8 pagi-

"Bangun Joan, kita ada tugas penting hari ni," kata Hazaki mengejutkan Joan yang sedang tidur.

"Bapa arh. Baru pukul 8," rungut Joan.

"Kau nak tidur pergilah tidur. Aku keluar dulu,"

Joan lekas-lekas bangkit. Ceh.

"Tunggu aku mandi jap," kata Joan mengambil tuala.

"Aku bagi tempoh 2 minit je mandi," kata Hazaki.

"Tu mandi kerbau tu. Oi taknaklah aku," marah Joan. Hazaki menggesanya supaya mandi dengan cepat.

"Cepat, aku dah panaskan enjin kereta,"

"Yala yala yala. Bising macam perempuanlah kau ni," marah Joan.

Dia masuk ke dalam tandas dan mandi manakala Hazaki sudah berada dalam perut kereta bersiap-sedia untuk memandu. Hazaki kemudiannya menelefon Carrol bertanyakan tentang keadaan 3 mayat semalam.

"Galco tidak mempunyai rekod jenayah setakat ni. Dia sering dianggap salah faham oleh penduduk tapi dia tak buat apa-apa kesalahan besar pun mahupun kecil.

"Yang kedua ialah Suix. Dia mati dalam keadaan diikat di kerusi. Ditikam di bahagian dahi sahaja. Bukan lontar pisau kali ini. Suix juga tidak mempunyai sebarang rekod jenayah melainkan hanya suka berfoya-foya.

"Yang ketiga, Yohan. Dia mati dalam keadaan diikat di katil. Rekod jenayahnya tidaklah begitu besar iaitu membuli kanak-kanak dan menyeksa binatang," terang Carrol panjang lebar.

"Ouh," kata Hazaki.

"Ada apa-apa tuan?" tanya Carrol.

"Tak ada apa-apa. Awak boleh sambung tugas awak semula," kata Hazaki.

"Baik tuan,"

Talian dimatikan.

Soalan yang selalu bermain di fikirannya sejak semalam. Bagaimana hendak menangkap mereka? Mereka bukannya senang diperbodohkan. Hazaki berfikir dengan lebih teliti. Ya, bukan kerana dia menginginkan mereka dipenjara, tetapi dia mahu dirinya tidak dipenjarakan. Itu saja penyebabnya mengapa Hazaki begitu serius tentang kes ini.

Pintu kereta dikuak oleh Joan. Lamunan Hazaki mati serta-merta.

"Berangan apa tu? Hahaha, cepatlah gerak," perli Joan.

Kereta polis mereka bergerak menuju ke hutan. Ya, disitu satu-satunya tempat yang selamat untuk kembar seiras itu berlindung buat sementara waktu. Hazaki juga merasakan memang mereka berdua berada di situ!

*****

"Yukiko cuti ke hari ni?" tanya Zenju, bosnya.

"Rasanyalah. Tak pun lewat," jawab Umae. Umae menjadi cashier untuk seketika bagi menggantikan Yukiko.

"Semalam saya ada nampak Yukiko balik dengan Yohan," ujar Umae.

"Yohan? Lelaki yang asyik kacau Yukiko tu?" tanya Zenju.

"Yes," jawab Umae.

Zenju berfikir sejenak. Biasalah anak muda. Nak enjoy je hidupnya. Gumam Zenju. Dia menggeleng-geleng dengan perangai Yukiko sekarang ini.

Tiba-tiba ada 4 orang anggota polis masuk ke dalam restoran mereka.

"Maaf mengganggu. Nama saya Carrol. Boleh saya dapatkan penerangan dari kamu tentang Yukiko?" tanya Carrol pada bos.

Zenju hanya mengangguk. Apa yang dah berlaku? Kenapa dengan Yukiko?

"Begini, kami sudah mengenalpasti bahawa dia adalah pembunuh bersiri yang kami cari selama ini beserta dengan kakaknya, Tsukiko," terang Carrol.

Zenju terkejut mendengarnya.

"Jadi kalau dia ada datang sini semula, hubungi kami," kata Carrol.

Zenju berkata Yukiko tidak berkelakuan pelik pun sejak akhir-akhir ini. Dia memberikan segala penerangan kepada polis. Carrol dan anggota polis yang lain beredar dari situ.

"Kenapa bos?" tanya Umae.

"Diorang kata Yukiko pembunuh bersiri. Kalau kau ternampak dia, lekas-lekas call polis. Paham?!" tegas Zenju.

Umae tergamam mendengarnya. Tak sangka Yukiko mempunyai sisi gelap sedemikian!

-Bersambung-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience