Bab 1: Keputusan untuk Melarikan Diri

Romance Completed 5051

Sofia termenung di balkoni kabinnya, menikmati pemandangan gunung yang indah. Angin sejuk pegunungan menyapa wajahnya, membawa kenangan lama yang menyakitkan. Pikirannya melayang ke perbualan terakhirnya dengan Daniel di telefon, saat yang telah mengubah hidupnya selamanya.  

Flashback:
"Daniel, tolonglah. Saya benar-benar perlukan awak di sini pada malam penganugerahan saya," -  desak Sofia dengan nada memohon. Suaranya bergetar, mencerminkan perasaan putus asa dan harapannya.

"Sofia, saya faham betapa pentingnya malam itu untuk awak, tetapi saya sedang menghadapi krisis besar di syarikat sekarang. Saya tidak pasti boleh meninggalkan semuanya,"-  balas Daniel dengan nada tenang, tetapi terdapat ketegangan dalam suaranya.  

 "Selalu ada alasan, Daniel. Saya hanya meminta satu malam sahaja. Satu malam untuk awak berada di sini dan menyokong saya. Is that too much to ask for?" - Sofia merasa kecewa dan marah, air matanya mulai menitis.  

Daniel menarik nafas panjang, berusaha untuk menenangkan dirinya. "Baiklah, Sofia. Saya akan cuba sedaya upaya. But if something happens, I hope you understand."  - ucap Daniel, seolah-olah mengetahui apa yang akan berlaku kepada dirinya.

"Terima kasih, Daniel. I know you'll be there. I love you." - Sofia menghela nafas lega.

"I love you too, Sofia. See you later tonight," - kata Daniel sebelum menamatkan panggilan.  

 Malam itu, Daniel memutuskan untuk memenuhi permintaan Sofia. Walaupun hatinya penuh kerisauan tentang krisis yang sedang berlaku di syarikat, dia tidak mahu mengecewakan wanita yang dicintainya. Dia memandu dengan laju, berusaha untuk sampai ke tempat penganugerahan tepat pada waktunya. Tetapi takdir punya rancangan lain. 

Di tengah perjalanan, sebuah kereta mewah berwarna merah melintas di hadapannya dengan tidak stabil. Daniel, yang memandu dengan terlalu laju, tidak sempat mengelak. Impak kuat berlaku, dan kereta itu berpusing beberapa kali sebelum berhenti di tepi jalan.
  
Malam itu, Sofia berdiri di atas pentas, menerima anugerah novel cemerlang dari syarikat penerbitan. Hatinya penuh kebanggaan, tetapi kosong tanpa kehadiran Daniel. Walaupun penonton bertepuk tangan meriah, Sofia tidak dapat menghilangkan kekosongan yang dirasakannya. Saat itu, dia hanya berharap Daniel dapat berada di sana, menyaksikan pencapaiannya.

Namun, kebahagiaan itu tidak berlangsung lama. Beberapa jam kemudian, dia menerima panggilan yang menghancurkan dunianya. Suaminya terlibat dalam kemalangan jalan raya, keretanya dilanggar oleh sebuah kereta yang tidak dikenali. Dalam sekejap mata, Sofia kehilangan cinta sejatinya. Kesedihan mendalam melanda dirinya, dan trauma itu membuat Sofia terhenti dari menulis. Setiap kali dia mencuba, bayangan malam itu menghantui pikirannya.

Sofia mula menyalahkan dirinya sendiri atas kematian Daniel. Dia berasa bersalah kerana memaksa suaminya hadir malam itu. Setiap kali dia merenung, rasa bersalah merobek semangatnya. Selama setahun, Sofia bergelut dengan 'Writer Block', kehilangannya mengoyakkan semangatnya.

-

Sofia Mitchell, seorang penulis terkenal yang kini mengalami writer's block, sedang berada di pangsapurinya di New York. Meskipun dikelilingi oleh keindahan kota yang bersiap menyambut hari Natal, Sofia merasa tertekan dan tidak dapat menemukan inspirasi untuk novelnya yang berikutnya.   

Sofia duduk di depan komputernya, menatap layar kosong.

" Aduhai... Kenapa susah sangat nak cari idea ni? Stress aku. Di mana semua kata-kata itu pergi?" Sofia berbisik kepada dirinya sendiri.

Sofia kembali mengenang kembali zaman kegemilangannya di atas pentas menerima penghargaan sastra, disorot oleh kilauan lampu kamera. Sofia menghela nafas dan mengambil telefon bimbitnya berjenama buatan Malaysia tahun 2020 itu. Dia menelefon Emma, sahabat rapatnya sejak dari bangku sekolah lagi.

Emma: Hey, Sofia! What about your new novel?

Sofia: (menghela nafas) Emma, I'm really stuck. Jari ku kaku nak menaip dekat laptop aku ni. Seolah-olah, Semua ideaku... hilang begitu saja.

Emma: Maybe you need to rest for a while, tapi bukan berhenti dan menghilang tau!. Lagipun, selama ni, kau tak cukup rehat, tak cukup makan sampai badan kau kurus keding macam tu. Tak cukup enjoy.

Sofia: (mengangguk, meskipun Emma tidak dapat melihat) Maybe you're right. But I don't know where to go. Kota ini... terlalu ramai, terlalu sibuk. Makin bertambah stress aku.

Emma: Bagaimana kalau kau pergi ke suatu tempat yang tenang? Aku dengar ada kabin terpencil di pegunungan yang boleh disewa. Mungkin itu boleh membantu kau menemukan inspirasi kembali.

Sofia terdiam sejenak. Mungkin apa yang diperkatakan oleh sahabatnya itu benar. Dia tak sedar selama itu dia terlampau penat sehinggakan tidak memikirkan dirinya sendiri. 

Sofia : Thank you, Emma. Aku sayangkan kau sebab kau seorang sahaja yang faham keadaan aku sekarang ni. (hampir menangis. Tetapi dia menarik hingus sahaja)

Emma: You are welcome, Sofia. Aku pun sayangkan kau. Kita dah macam adik beradik. Aku cukup kesian dengan kau sebab kau takde masa untuk diri sendiri. Be strong, okay?

Sofia: I will, Emma. Thanks again. Jumpa kau lain kali.

Emma: Alright, Sofia...

Telefon dimatikan.Sofia membuka laman web untuk mencari kabin terpencil.

 Dia menemukan satu yang tempat dan kawasan sempurna di pegunungan.

"Ini dia. Mungkin ini yang aku perlukan." ujar Sofia sendirian.

Tanpa berlengahkan masa, Sofia mulai mengemas barang-barangnya di dalam bagasi sebesar setengah daripada tubuh badannya itu. Dia mengambil jaket tebal, buku catatan, dan laptopnya.

"Baiklah, Sofia. Ini adalah langkah pertama untuk menemukan kembali dirimu." ucapnya lagi dengan harapan kecil di hatinya itu.

Sofia memesan kabin dan mempersiapkan perjalanannya. Dia menatap kota dari jendela pangsapurinya untuk terakhir kalinya sebelum berangkat.

"Aku akan kembali dengan inspirasi baru. Harus." ucap Sofia lagi dengan nekad.

Sofia keluar dari pangsapurinya, membawa beg pakaian dan beg galas. Dia naik teksi untuk menuju stesen kereta api.

"Nak ke mana, cik?" tanya pak teksi yang berumur 50-an itu.

"Ke Grand Central, pak cik..." jawab Sofia dengan senyuman.

"Baik, cik." jawak pak teksi itu lalu berlalu memandu pergi dari kawasan pangsapuri itu.

Sofia memandang keluar jendela, melihat lampu-lampu Natal yang menghiasi jalanan New York. Perasaan gembira dan kegelisahan yang bercampur-campur melintas di wajahnya sambil diiringi lagu musim Natal di yang didendangkan di radio teksi itu.

Semasa kereta api bergerak, Sofia merasa seolah-olah dia telah meninggalkan semua beban bandar di belakang dan menghampiri ketenangan yang dia inginkan. Setiap kilometer berlalu membawanya lebih dekat ke destinasi barunya - tempat di mana dia berharap untuk mencari semula dirinya.

Beberapa jam kemudian.Sofia tiba di sebuah stesen kecil di pergunungan. Dia mengambil teksi lain yang membawanya ke kabin terpencil. Kabin kelihatan selesa, dikelilingi oleh hutan bersalji, sejuk mula mencucuk-cucuk kulit tubuh badannya.

"Terima kasih..." ucap Sofia kepada pemandu teksi yang agak muda itu sambil membayar tambang.

Teksi itu memandu pergi dari situ. Sofia berdiri di hadapan kabin, bernafas di udara segar pegunungan. Dia merasakan kedamaian yang telah lama dia rindui.

Setelah membuka pintu menggunakan kunci yang dia dapat daripada kaunter service, Sofia membuka pintu kabin dan masuk.

Bahagian dalam kabin kelihatan hangat dan menarik, dengan fireplace bersedia untuk menyala dan hiasan Krismas yang ringkas.

"This is perfect!" ucapnya dengan senyuman di bibir.

Sofia mula mengatur barang-barangnya dan memeriksa kabin. Ketika hendak menyalakan perapian (fireplace), pintu kabin diketuk oleh seseorang. Sofia membuka pintu.

"Yes?" Sofia menanya apabila melihat seorang lelaki berusia 30-an di hadapannya sambil membawa sesuatu.

Seorang lelaki memakai pakaian bercorak rudolph, christmas tree dan sebagainya, muncul berdiri di depan pintu, tersenyum ramah. Dia membawa bakul berisi beberapa batang kayu bakar.  

"Hai! Cik pasti Cik Sofia. Saya Noah Sterling, pemilik kafe tempatan di desa ini. Saya dengar cik akan tinggal di sini untuk beberapa hari. Saya bawa bakul kayu bakar untuk unggun api, supaya bilik cik tak terlalu sejuk." ucap Noah dengan senyuman ramahnya itu.

Tampak segak dan manis terlihat.

"Oh, terima kasih banyak. Awak sangat baik. By the way, panggil je saya, Sofia. Tak perlu cik." jawab Sofia dengan senyuman ragunya itu.

"No problem, Cik. Sorry, Sofia. If you need anything, awak boleh call service atau datang ke kafe "Winter’s Warmth" hanya beberapa batu jauhnya. Kami pembuat coklat panas terbaik di pegunungan ini." ujar Noah lagi dengan senyuman.

"I will, thanks, Noah." Sofia tertawa kecil mendengarnya.

"Sekali lagi, saya ucapkan, selamat datang di pegunungan, Sofia. Enjoy your time here." sahut Noah lagi dengan senyuman mesranya itu.

Noah melambai dan berjalan kembali ke kampung, meninggalkan Sofia berasa sedikit lebih tenang dengan kehadiran kali pertama itu. Sofia menghela nafas yang tenang. 

"Maybe this is indeed the right place." ucapnya sendirian.

Sofia mula berasa selesa di kabin dan pertemuan pertamanya dengan Noah, yang menandakan permulaan perubahan besar dalam hidupnya. Dia berasa optimistik bahawa ini adalah langkah pertama untuk mencari semula inspirasinya dan mungkin, sesuatu yang lebih.

Sofia kembali memandang ke luar jendela dan dia merasa tenang tanpa kesibukan seperti di bandar New York itu. Sudah lama dia tidak merasa tenang sebegitu setelah sekian lama bekerja keras. Mungkin tahun ini, dia akan merasakan keajaiban seperti tahun yang berlalu, sekali lagi.

Dari jauh kabin yang indah itu, Sofia dapat membayangkan kehadiran suaminya di sisinya itu. Air matanya berlinang.

Kabin yang dipilih Sofia untuk mencari inspirasi terletak di tengah-tengah hutan pinus yang rimbun, jauh dari hiruk-pikuk kota besar. Kabin tersebut menawarkan suasana yang tenang, damai, dan penuh dengan keindahan alami. Seperti keluar dari buku cerita, kabin itu adalah tempat yang sempurna untuk merasakan kedamaian dan keajaiban musim Natal.

Share this novel

DHIA AMIRA
2024-08-01 11:12:21 

best nexxx

DHIA AMIRA
2024-08-01 11:09:37 

er keding deep tu hihihi...


NovelPlus Premium

The best ads free experience