Sesampainya mereka di rumah, Puan Saleha dan Encik Amri sudah duduk bahagian perkarangan rumah menunggu Adib dan Anis sambil meminum kopi panas.
"Assalamualaikum!" Ucap Adib dan Anis hampir bersamaan.
"Waalaikumussalam, Adib Anis okay juga tadi jalan-jalan?" Tanya Puan Saleha dengan semangat.
"Alhamdulillah okay ibu!" Sahut Anis Umairah dengan lembut.
"Ibu dan ayah sudah makan?" Tanya Adib setelah duduk di sebelah ayahnya Encik Amri.
"Alhamdulillah sudah, kamu berdua belum makan ke?" Puan Saleha melihat Anis dan Adib bergantian.
"Sudah tadi, kami masih kenyang!" Sahut Adib seadanya.
"Begini ayah... ibu..., Adib ada nak cakap sikit!" Sahut Adib perlahan.
Puan Saleha dan Encik Amri berkerut dahi melihat Adib sepertinya sangat penting.
"Apa yang kamu nak beritahu kami?"
"Begini ayah...!" Adib melihat ayahnya Encik Amri, kemudian tertunduk semula.
"Adib minta maaf, harap ayah dan ibu tak marah!"
"Apa yang kamu nak beritahu sebenarnya ni?" Soal Puan Saleha berminat ingin tahu.
"Anis dah tahu tentang pernikahan rahsia kami."
Encik Amri tenang mendengarnya, dia hanya mengangguk pelan.
"Buat apa ayah dan ibu nak marah? Kami tidak mahu Anis tahu dulu, takut pelajarannya terganggu, itu saja!" Sahut Encik Amri seadanya.
Puan Saleha hanya tersenyum di samping suaminya Encik Amri.
"Anis dapat juga terima Adib sebagai suami Anis?" Encik Amri melihat Anis yang hanya tertunduk membisu di sebelah Adib.
Anis hanya mengangguk perlahan.
"Terima ayah!" Sahutnya pasti.
"Alhamdulillah!" Ucap Puan Saleha dan Encik Amri serentak.
"Syukur kalau Anis dapat terima, jadi hati ayah dan ibu merasa tenang." Sahut Encik Amri dengan suara beratnya.
"Macam mana boleh terungkap Adib?" Soal Encik Amri ingin tahu.
Adib pun menceritakan apa yang berlaku di restaurant McDonald's tadi. Encik Amri dan Puan Saleha khusyuk mendengar cerita Adib tanpa mencela sedikit pun.
"Tak lama lagi abah dan umie Anis balik, jadi apa perancangan kamu Adib?" Tanya Encik Amri pada Adib yang masih setia duduk di sebelahnya.
"Belum tau lagi ayah!" Sahut Adib sambil melirik Anis yang duduk di sebelahnya.
"Kamu pergi bersihkan diri, pasti badan kamu rasa tak selesa!" Ucap Puan Saleha lembut.
"Baik umie, Anis naik ke atas dulu!" Sahut Anis kemudian naik ke tingkat atas untuk membersihkan dirinya.
"Kamu Adib, kenapa tak pergi bersihkan diri juga?" Kerut dahi Puan Saleha melihat Adib yang masih terpaku di tempatnya.
Adib menggeleng perlahan, dia masih nak berehat. Hari Ini, tenaganya banyak tersalur dengan mengikuti kemahuan Anis.
"Apa yang Adib fikirkan?" Encik Amri bertanya sambil tersenyum licik.
"Takde juga ayah!" Sahut Adib selamba.
"Jangan nak berdalih dengan ayah dan ibu, Adib ayah dah jaga dari kecil cuba terus terang!"
Adib melirik ayah, kemudian melihat ibunya bergantian.
"Boleh ke kalau Anis tidur di bilik Adib?" Sahut Adib Perlahan tapi masih dapat di dengar oleh Encik Amri dan Puan Saleha.
Encik Amri dan Puan Saleha tergelak heboh mendengar pengakuan dari Adib.
"Jadi, nak malam pertama la ni ceritanya?" Sahut Encik Amri sambil tersengih.
Wajah Adib mendadak merah malu dengan usikan Encik Amri.
"Tak juga, tapi Aniskan wife Adib. Bukannya kami sudah sah untuk tidur sekatil?"
Puan Saleha tersenyum manis.
"Boleh Adib, korang memang sudah sah ... Tapi cuba tanya Anis, dia mahu tak tidur sebilik dengan Adib?" Ucap Puan Saleha pula.
"Pasti Anis mahu, diakan wife Adib! Berdosa tidak mengikuti keinginan suami." Kata Adib Umair dengan sengih di wajahnya.
"Oh! Kalau bab tidur dekat bilik terus guna hukum ya?" Sahut Encik Amri sambil tergelak pelan.
"Ayah jangan usik Adib teruslah!" Adib mengeluh dengan perangai ayahnya yang kuat mengusiknya.
Puan Saleha tergelak melihat 2 orang anak beranak yang tak ubah seperti Tom and Jerry.
"Adib naiklah solat isyak, sudah jugakan solat maghrib?" Soal Puan Saleha melihat Adib yang sudah berdiri dari duduknya.
"Sudah ibu, Adib naik ke atas dulu!"
"Ya lah, ibu dan ayah masih nak santai-santai dekat sini." Sahut Puan Saleha lagi.
Anis Umairah duduk di tepi katilnya, dia sudah selesai membersihkan dirinya. Dia nak keluar bilik namun dia menjadi gugup bila berhadapan dengan Adib. Anis tak tahu bagaimana dia nak berhadapan dengan Adib nanti. Macam mana kalau Adib ingin sebilik dengannya? Macam mana kalau Adib meminta haknya?
"Apa harus aku lakukan?"
"Aduh, habislah aku!" Fikir Anis sambil memukul dahinya pelan.
Tok tok tok
Tok tok tok
Anis melihat pintunya yang di ketuk dari luar.
Dug dug dug
Dug dug dug
Anis menyentuh dadanya, jantungnya berdegup kencang. Dia berkeringat dingin.
"Anis, buat apa tu?" Suara Adib Umair dari luar mengejutkan lamunan Anis.
"Ya, kejap Anis buka!" Sahut Anis dengan gugup.
Ceklek! Pintu terbuka perlahan.
"Ada apa abang cari Anis?" Soal Anis yang melihat Adib yang sudah membersihkan dirinya berdiri di depan pintu biliknya.
"Boleh abang masuk?" Sahut Adib meminta izin.
"Oh... silakan masuk abang!" Sahut Anis gugup.
Adib tersenyum singkat melihat kegugupan Anis.
"Anis fikir apa ermm?" Sahut Adib sambil masuk ke dalam bilik Anis setelah Anis menyingkir ke tepi.
"Tak ada apa-apa!" Sambil menggeleng perlahan.
Adib menutup pintu bilik sambil menatap Anis yang menyandar di tepi dinding bilik.
"Anis takut dengan abang ke?" Sahut Adib lalu membawa Anis duduk di tepi katil.
Anis menggeleng laju-laju.
"Taklah..!" Sahutnya sambil meringis perlahan.
Adib duduk di sebelah Anis, kemudian dia menyatukan dahi mereka. Dia dapat merasakan wangian perfume bunga mawar yang menguar dari badan Anis. Betul-betul menggoda iman fikirnya.
"Anis sudah bersedia jadi wife abang yang sesungguhnya?" Tanya Adib antara dengar dan tidak.
"Ermmm!" Sahut Anis sepatah.
"Anis Umairah nak sebilik dengan abang?" Tanya Adib lagi.
"Anis takut dengan Abang!" Anis menyahut seolah-olah nafasnya tersekat.
Adib tergelak perlahan melihat tingkah Anis yang serba tak kena.
Adib menyentuh dagu Anis, menariknya perlahan. Anis memejamkan matanya. Jantungnya berdegup kencang. Adib menyapu lembut bibir Anis singkat.
"Abang takkan memaksa Anis, sehingga Anis betul-betul sudah bersedia." Sahut Adib Umair dengan lembut. Dia mengusap lembut pipi Anis.
"Anis adalah ratu hati abang, abang janji takkan mengecewakan Anis." Ucap Adib Umair yakin.
Anis menggangguk perlahan.
"Terima kasih Abang!"
"Anis berehat dulu ya, abang nak keluar ada nak buat kejap."
Anis melihat Adib yang keluar dari biliknya, dia masih duduk terpaku seolah-olah belum percaya dia adalah isteri sah dari Adib Umair Al-Baihaqi.
Adib tersenyum samar setelah berada di biliknya. Dia memegang dadanya dengan menggunakan tangannya.
"Terima kasih ya Allah kerana melembutkan hati Anis untuk menerima aku seadanya!" Doa Adib Umair dalam hati sambil memejamkan matanya.
bukan Malam Pertama
Share this novel