BAB 2

Family Completed 4316

“Abang cuma lelaki biasa tapi abang janji akan adil dengan sayang”bersungguh – sungguh dia tidak mahu melepaskanku.

“Lelaki diberi hak bukan untuk memenuhi ruang nafsu yang tidak pernah penuh tu, abang. Jangan ingat Allah memberi hak abang berpoligami kerana lelaki itu bijak dan sangat adil. Adil itu apa? Batin?... hebat sangatkah keupayaan abang sehingga yakin sekali mampu sebegitu?. Adil dalam nafkah batin bukan sahaja itu abang,.,... tetapi perasaan. Jujur pada diri, adakah abang yakin akan adil?” soalku panjang lebar.

Matanya jatuh memandang lantai. Aku bangun dan terus ke tangga. Sebelum itu aku sempat menoleh ke arahnya yang masih menongkat kepalanya dengan kedua belah tangan.

“Buktikan abang mampu adil pada Allah dahulu sebelum abang buktikan mampu adil pada Alisa. Abang tidak adil dengan Allah kerana melebihkan kerjaya abang berbanding berteleku menghadap pencipta kita. Adilkah abang apabila bersorak di warung menonton bola sepak sedangkan itu waktu untuk abang menghadap tuhan abang?. “ lancar kata – kataku.

Tiada jawapan yang keluar dan aku juga tidak mahu mendengarnya!

Sejadah yang aku bentangkan untuk kami bersolat jemaah ku lipat semula. Deruman kereta mewahnya melemparkan aku di dalam suatu perasaan yang sangat menyakitkan.

*************

Suraya Imani memandangku takut – takut. Segera dia menarik tangannya yang kemas digenggam Zaril itu. Aku beriak tenang.

Bella anak kami yang baru berumur lima tahun sedikit pelik apabila melihat papanya bermesra dengan wanita lain.

“Kenapa papa dengan aunty baju biru tu?” tangan Bella lurus ke papanya.

“Itu kawan papa” kataku dan terus membawa Bella ke kedai mainan untuk mengalihkan perhatiannya.

Walaupun sakit hati tetapi untuk mempengaruhi minda Bella untuk membenci papanya bukanlah prinsipku. Aku termenung seketika. Bukan main suka lagi Bella memilih patung mainan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience