Walkman Part 1
Aktiviti biasa aku lepas balik dari prep malam..Macam biasa ahhh melahap dulu kat DM..Kali ni supper roti dengan sambal sambal sardin..Pehh faveret bhai..Pendek kata semua makanan yang enak dimakan memang faveret aku.Sebab tu kakak aku panggil aku Godzilla.So makhluk yang setia teman aku makan supper siapa lagi kan..Alin bebal lah..
“Bak sikit roti,”sekeping roti Alin aku curi.
“Kau ni kan!’
“Kedekut taik idong masin,”
“Mana kau tau?Pernah makan ke?”soalan jijik dan bodoh tu buat aku mengekek.Geli siak tahi hidung kau..Keadaan dalam DM tu riuh dengan bunyi pelajar melahap dan bergosip.
“Arghhhhh!!!!!”kedengaran suara nyaring menjerit.Terdiam seketika semua orang di dalam DM.
“Walkman aku!!!”jeritan kali kedua itu membuatkan seisi DM berdekah ketawa.Kes berebut walkman lah tu.Bagi budak yang lahir tahun 94 ke atas mungkin mungkin korang tak pernah jumpa walkman atau rasa walkman tu cool sebab zaman tu dah wujudnya teknologi canggih bernama handphone berserta MP3 player.Bagi kiteorang siapa yang ada walkman tu memang cool gila.Kaset lagu Backstreet Boys dan siaran carta Era yang akan kami dengarkan setiap hari Ahad.Tapi walkman adalah barang larangan ke sekolah.Kiteorang dengar pun curi-curi kalau tak kena rampas dengan pengawas kepoh.Huhuhu.
“Sape pulak yang gile berebut walkman ni.Kena rampas dengan walkman baru tau,”omel Alin.Aku menjungkit bahu tanda tidak tahu.Tiba-tiba lampu dalam DM berkelip-kelip dan terpadam.Ramai menjerit dan aku tak terkecuali.Paling kuat kot aku rasa.Dalam keadaan kelam kabut tu aku dengar suara warden menjerit.
“Semua balik ke bilik sekarang!Ambil wuduk,tutup pintu dorm dan mulakan bacaan Yassin!”Aku cuba membaca riak muka Alin.Hampa sebab muka dia yang hitam tu memang mustahil untuk aku nampak dalam kegelapan malam ni.HAHAHAHA…Kami semua pun kembali ke dorm dan memulakan bacaan Yassin.Sesekali kedengaran menjerit-jerit bersilih ganti dengan satu lagi suara lain.
“Arghhhhhhhhhhhghhh,”
“Walkman aku!!!!”
“Arghhhhggghhhh,”
“Bagi balik walkman aku!!!”
Haha bunyi macam kelakar kan.Try duduk kat situasi kiteorang ni konfem kau tercirit tanpa sedar.Kami mengulang bacaan Yassin entah kali yang ke berapa sehinggalah pintu dorm kami terbuka.
“Ahhhhh,”jeritan kami semua lebih kuat dari orang yang dirasuk tadi.Cik Hamidah mengurut dada.Sama terkejut barangkali.
“Astaghfirullahalazim..Gugur jantung saya…Eryn mana?”soal warden itu.Perlahan aku mengangkat tangan.
“Ikut saya kejap,”arahnya.Apa kes pula ni.Aku dibawa ke bilik tv tempat kami melepak hujung minggu tengok Melodi.Ada 9 ke 10 pasang selipar di luar.Aku terdengar suara orang membaca ayat suci Al-Quran.Sebaik saja aku melangkah masuk terdengar suara yang dah agak muak aku dengar.
“Eryn… tolong akak,”suara itu sayu tapi kali ni datangnya dari mulut Kak Fifi yang dah pucat lesi mukanya.Seorang ustaz menggamit aku ke sudut bilik.Suara itu masih lagi merintih meminta tolong aku.
“Arwah Sarah asyik panggil nama awak tadi,”kata ustaz muda yang hensem kacak bergaya seakan Imam Muda apa entah namanya tu.
“Tapi kenapa saya?”
“Sebab dalam ramai-ramai ni awak ada kelebihan yang orang lain takde,”
“Saya takut ustaz..Dia nak ape?”
“Dia minta barangnya dipulangkan kembali..Mungkin sebab tu rohnya tak berapa tenteram,”
“Walkman dia?”
“Awak ade nampak ke?Amek ke?”
“Eh ustaz ni..Manalah saya tau,”sedikit marah suara aku..Aku bukan pencopet okeyyyy..
“Saya tanya je..Sebab dia duk sebut nama awak..Saya yakin kalau kami keluarkan die pun dari badan Fifi..Dia akan ganggu orang lain pula,”
“Boleh saya cakap dengan dia/”aku memberanikan diri.Tak ada lah takut sangat bila bercakap dengan Kak Fifi yang comel molek ni.Aku bukan lesbian keyyy..Cuma rasa takut tu kurang sikit huhu sebab dia tu jasad nyata bukan macam Kak Sarah.Ustaz Jeffri a.k.a ustaz hensem mengangguk.
Ustaz lain membaca ayat-ayat suci di keliling Kak Fifi yang meronta-ronta.Kak Nad dan Kak Vee memegang tangannya.Abang Adam dan Abang Razi memegang kakinya.Aku menghampiri.Ustaz-ustaz berganjak sikit memberi laluan kepada kenderaan berat di sini.Aku berteleku menghadapnya.
“Kenapa Kak Sarah?”
“Tolong akak…”
“Tolong apa?”
“Walkman akak,”
“Saya tak tau pada siapa,”
“Akak tau siapa yang amek,”jawapannya tu membuat yang lain turut memandang Kak Fifi.Perlahan jari tangannya diangkat ke dahi aku.Yang lain tak mampu menghalang.Gelap.
Share this novel