BAB 4

Mystery & Detective Completed 6709

“Kau pun nak tolong orang tak beragak.” Tegur Hazlan. Tahu lah hati

budak ini lembut. Pantang tengok orang dalam kesusahan. Cuma satu yang

dia tak berkenan, Hazrul kadang-kadang suka masuk campur hal orang. Dia

risau sikap yang satu ini akan mengundang keburukan pada diri Hazrul.

“Hari ini hari dia, mana tahu suatu hari nanti hari kita. Abang yang

berlaku hari ini dan hari seterusnya adalah dugaan untuk kita lah abang.

Mungkin ini dugaan untuk kita dalam memberi pertolongan.” Hazlan diam.

Iya memang dia akui. Dia tak nak sejarah lama berulang atas diri adiknya

itu.

“Nama?” soal Hazlan keras. Dia hanya merenung tajam gadis itu. Wajah itu

masih kelihatan pucat. Mungkin gara-gara terkejut apa yang menimpa dan

ketakutan.

“Abang janganlah garang sangat” tegur Hazrul. Kesian dia tengok gadis

itu. Baru sedar dah kena tembak dengan abang.

“Ish” Hazlan merengus sebelum keluar dari bilik.

Hazrul melangkah perlahan menghampiri katil bujang itu. Gadis itu

mengengsot kebelakang. Seperti ketakutan. Dia melutut dibirai katil.

“Don’t worry. Kami akan jaga awak. Awak jangan risau. Awak selamat

dekat sini.” Pujuk Hazrul. dia tahu ada sesuatu yang berlaku. Dia nampak

peristiwa yang berlaku dua hari lalu. Dia tahu serba sedikit hal ini.

Cuma dia masih kabur siapa gadis itu dan kenapa?

“Awak rehat dulu. Nanti bila dah okay sikit kita cerita” pujuk Hazrul.

Gebar dihujung katil ditarik. Perlahan-lahan gebar itu menutupi tubuh

gadis itu.

Masih dalam keadaan kotor. Cuma kotoran yang berada dimuka dan anggota

badan masih bersisa. Mereka berdua lelaki. Untuk bersihkan gadis itu

memang mustahil. Kedudukan rumah mereka yang berada ditengah hutan

menyukarkan mereka untuk keluar meminta tolong.

“Kalau nak apa-apa jerit” pesan Hazrul. dia bangkit dan keluar dari

bilik tersebut. Senyuman sempat diukir. Berharap yang semua masalah

gadis itu sedikit demi sedikit berkurang.

“Kenapa kau tak bagi abang hantar dia dekat rumah mak Liz?” tembak

Hazlan sebaik sahaja Hazrul keluar dari bilik perempuan itu.

“saja”

Hazrul mengeluh. Ini mesti ada sesuatu ini. Kalau tak Hazrul tak akan

jadi macam ini. Apalah yang nak dirahsiakan sangat Hazrul ini.

“Rahsia lah, Rul. Abang tak kisah. Abang tak maksud campur lepas ini.

Pandai-pandailah kau. Ini abang bagi masa sehari dia tumpang sini. Ini

rumah bujang. Pandai-pandailah kau settle. Nak masukkan dia dalam

lubang itu pun abang tak kisah. Abang tak nak ambik tahu dah” Hazlan

bangkit dari kerusi rotan. Sebelum menapak perlahan masuk bilik dia.

Rahsia konon. Nanti abang dia ini jugak yang dia cari.

“Makanlah. Nak aku suap ke apa?” pinggan berwarna putih yang berisi nasi

ayam ditolak pada gadis itu. Tak bagi makan satu masalah pulak. Mujur

bahan-bahan memasak dah penuh peti tak adalah dia terpaksa menapak

keluar dari resort ini. Semata-mata nak beli makan sebungkus dua

terpaksa ambil masa yang lama. Baik masak. Senang sampai malam boleh makan.

Gadis itu terkebil-kebil. Pandangan tumpah pada isi pinggan. Sebaik

sahaja bangkit dari tidur Hazlan terkejut dengan kemunculan gadis itu

dimuka pintu biliknya.

“Kalau aku nak bunuh kau dah lama aku biarkan kau dalam lubang dekat

hutan sana” kerusi yang berada bertentangan ditarik. Dia bersandar malas

pada kerusi. Matanya masih setia memang gadis itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience