Bab 6: Semuanya bermula...

Mystery & Detective Series 2682

Bukan kebiasaan aku untuk tidur awal, tetapi semalam usai makan aku terus masuk ke bilik. Aku periksa whatsapp, tetapi ruangan chat personal kosong manakala ruang group berpuluh yang masuk. Malas aku nak layan. Sesaat kemudian, aku terlelap. Aku tak ingat bila papa masuk bilik aku untuk tutup lampu. Itu juga bukan kebiasaan aku untuk tidur dalam keadaan terang. Semuanya berubah setelah apa yang berlaku kepada Carla. Ia sedikit sebanyak meninggalkan kesan kepada kebiasaan yang aku tidak biasa. Pelik.

“Karl ada apa-apa rancangan hari ni?” soal papa sebelum menyuap mulutnya dengan sandwich. Aku memandang ke arah mama. Dia kelihatan sedikit penat dari raut wajahnya. Aku menggeleng sedikit sebelum bersuara, “Hari ini Karl akan keluar rumah macam papa dengan mama.” papa hanya tersenyum. Apa yang lucu, fikirku. “Akhirnya.” jawab papa sambil memandang ke arah mama. “Bekerja?” soal mama pula. Dia sudah selesai makan. Dia mengelap mulutnya seperti biasa. Dia makan nasi goreng buatannya sendiri sedangkan papa hanya makan sandwich dan coffe caramel latte. Manakala, aku memilih untuk menikmati kedua-dua menu sarapan kami. “Kira begitulah. Karl bosan duduk rumah ni sorang-sorang.” jawabku. “Karl cari kerja? Atau sudah ada kerja. Kalau Karl sedang cari kerja, Karl boleh bantu papa di kedai bunga.” balas mama. Dia tersenyum. Aku membalas. Papa ketawa kecil. “Mama ni. Karl mana cun kerja di kedai bunga. Hah, kawan papa sedang cari orang untuk menghantar barang tempahan. Lumayan juga gaji yang dia buat. Kalau Karl berminat, papa boleh bagi tahu dia.” balas papa pula. Mama terus memukul bahu papa.

“Memandu. Awak nak anak kita memandu. Nanti kalau dia jatuh sakit, penat. Mama yang susah. Kerja berat.” bantah mama. “Bukan. Karl hanya perlu memandu, yang angkat barang apa semua tu ada oranglah nanti.” aku semakin geli hati melihat mama dengan papa berdepat hanya kerana menawarkan kerja kepadaku.

“Pa, ma.” celahku sambil ketawa. Mereka memandangku serentak. Melihat muka lucu mereka itu, luka hatiku sedikit terubat. “Mercylin’s Heaven.” ujarku ringkas. Papa tersenyum mendengar jawapanku tetapi mama, di sebaliknya. “Karl akan bekerja di Marcylin’s Heaven.” “Tapi itukan…” mama perlahan menjawab. “Iya ma, Karl faham. Tempat kerja kak Carla dulu. Tapi Karl janji Karl akan jaga diri dan buat yang terbaik.” balasku, memujuk mama agar dia tidak perlu bimbang denganku.

“Karl kerja apa? Jadi model?” soal papa pula. Aku memandang tepat ke dalam anak mata papa yang bersinar di bawah cahaya lampu. “Iya, Karl dah tanya Justin semalam. Katanya syarikat mereka kebetulan memerlukan model lelaki dan Karl rasa Karl akan berjaya.” balasku dengan bersemangat. Mama masih kelihatan bimbang. “Ma. Karl tak apa-apa ma. Kalau mereka menolak, Karl tak apa-apa. Nak nasib.” balasku sedikit kecewa dengan pandangan mama. “Bukan apa. Mama cuma teringat nasib kakak kamu. Terakhir kali dia keluar ialah bersama seorang lelaki, kata Carla lelaki itu rakan sekerja dia. Kemudian, Carla hilang begitu sahaja.” balas mama. Rasa bersalah dan kecewa bertapak di batinku. Itulah yang aku hendak cari. Jawapan untuk misteri kematian Carla. Aku syak, lelaki yang mama maskudkan itu ialah Brandon, Brandon Malfoy. Lelaki bergigi arnab itu.

“Karl. Satu ja pesanan papa. Kerja, kerja juga tapi keselamat diri kena jaga juga. Kita tidak tahu, ribuan orang yang kita kenal pasti ada seorang dua yang akan cuba menjatuhkan kita.” kata-kata papa itu akan aku simpan dan jaga untuk keselamatan diriku di masa hadapan. Ada betulnya papa berkata begitu, bukan semua orang yang kita anggap sebagai rakan itu mahu melihat kita berjaya. Kadang-kadang, aku terfikir juga nasib papa. Adakah papa pernah berjumpa dengan orang sedemikian. Kalau ada, papa orang yang paling aku salute di dunia ini kerana dia tabah untuk tetap berdiri tegak dan tidak mudah goyah.

* * *
Seperti biasa, aku menghantar mama dan papa sampai ke luar rumah dengan melihat dari dalam rumah sahaja. Key Chain hadiah pemberian Carla masih tergantung indah pada beg tangan Chanel mama. Gambar Fluppy bersama Key dan Mi seperti sedang melambai-lambai ke arahku sehinggalah mereka hilang dibawa mama masuk ke dalam kereta Hundainya, manakala papa bersama beg failnya seperti perisikpun ada aku tengok. Gaya papa memang tak memandang usia. Mereka berkahwin pada usia papa mencecah dua puluh sembilan manakala mama masih dua pulu lima tahun. Ya, tiga tahun jarak mereka.

Sebenarnya, papa ada kembar juga. Kembar seiras, malang tidak berbau dia meninggal dunia akibat terjatuh dari payung terjun semasa melakukan video gimik untuk perkahwinan mereka. Kisah itu sungguh menyayat hati semua orang lebih-lebih teman wanitanya yang tidak lama lagi akan bergelar isteri. Benarlah kata papa, jodoh, hidup dan mati kita dalam tangan Tuhan.

“Hello, Justin. Dah dapat? Ow, okey. Saya datang sekarang.” Justin baru sahaja minta aku untuk jumpa dia di depan Marcylin’s Heaven. Tiga puluh minit dari rumah.

Dari jauh sudah aku dapat tengok kereta Hilux milik Justin. Aku menunggang motorsikalku lalu berhenti di belakang keretanya. Justin keluar dengan wajah berseri-seri. Hari ini aku tidak nampak sedikit keletihan di wajahnya. Mungkin dia semangat untuk membantu aku.

“Kejap lagi dia sampai.” ujar Justin. “Siapa?” soalku ringkas. Justin menoleh ke kiri. Aku juga menoleh ke arah pintu bangunan Marcylin’s Heaven, seorang perempuan berbadan langsing dengan mengenakan pakaian jenama Celine. Aku hampir tergugat. Dia melangkah dengan laju ke arah Justin lalu mencium pipi Justin. “Hi, you. Lama tunggu.” “Baru je sampai.” “Dan awak semestinya Karl.” rancak mereka berbual sebelum perempuan itu menoleh ke arah ku lalu menghulurkan tangannya untuk berjabat tangan. Aku membalas. Wah, sangat lembut. Kalau Justin tiada di situ, sudah tentu aku akan mencium tapak tanganku.

“Hi, ya Karl Jonathan.” jawabku. Tiba-tiba dia terkejut. “Wait. Awak kembar Carla Jonathan?” soalnya. Aku pula terkejut. Tidak hairanlah, Carla bekerja di sini juga dulu. “Iya.” dia melangkah mendekati aku. Dia menatapi wajahku. Sexual tension. Justin hanya tersenyum melihat riak wajahku. Dia mengangkat keningnya sambil mengangguk. “Awak berdua betul-betul serupa. Sorry, this is my first time tengok awak dalam dunia sebenar. Selama ni, Carla selalu menceritakan awak dalam gambar je. By the way, I’m so sorry about your lost. It’s an accident.” ucapnya lagi. Aku terharu mendengar itu. Dia pandai memujuk hati. Untung Justin. Fikirku.

“Karl, perkenalkan Stella Margeret. My beautiful queen.” justin memperkenalkan aku dengan perempuan di hadapanku itu sebagai Stella Margeret. Cantik nama, padan dengan tuan empunya badan. “Stella. Cantik nama, padan dengan rupa.” pujiku. Stella kelihatan tersipu-sipu. “Baiklah, kalau tiada apa-apa saya pergi dulu. Karl, all the best. You, take care of my brother.” tambah Justin. “Don’t worry. I know how to handle him. I’m going to bring him right away to the set.” jawab Stella. Dia mencium pipi kanan Justin buat kali terakhir sebelum Justin masuk ke dalam kereta lalu beredar pergi. Kini, tinggal aku dengan Stella sahaja. “Jom. Everyone are waiting for you now. Actually, I suka satu gambar yang kau post di IG kau tu. Semua orang bersetuju setelah Justin call semalam. Unbelieveable. You such an special man. Lagi pula, I ada terdengar staff kata yang mereka pernah pelawa awak untuk bekerja di sini tetapi awak menoleh sebab nak sambunag belajar di luar negara. Bidang apa?” panjang lebar celoteh minah ni. Fikirku. Sepanjang perjalanan, aku menikmati keindahan dalam bangunan itu ditemani suara merdu Stella.

“Awak tak akan suka.” jawabku ringkas. Stella mendengus. “I wonder, how did you get my ig account?” aku speaking dengan Stella. Dia menoleh ke arahku namun langkah masih berjalan pantas seperti seorang model sedang melakukan catwalk. “I’m a seeker. I’m a stalker. I know what i was doing. I like you abs.” balas Stella mencarut sedikit. Aku hampir ketawa geli hati. Lucu juga dia ni. Fikirku. “Wow. Impressive.” jawabku ringkas. Kami menghala ke sebuah bilik yang tetulis pada papa tandanya “Set.” wow, inilah dia tempat tu. Fikirku.

“Selamat pagi semua. Awak semua mesti kenal dengan Karl Jonathan. Karl, inilah kumpulan untuk shooting kita hari ni.” Stella memperkenalkan aku di hadapan puluhan orang. Semua orang memandang ke arahku dengan senyuman lebar. Seolah-olah aku bintang model yang sebenarnya. Aku hanya tersenyum. m
“Hello. Karl. Saya rasa awak semua dah tahu sedeikit sebanyak tentang saya.” jawabku tersenyum sambil memandang Stella. Dia membalas senyumanku dengan sedikit tersipu. “Yes Karl. I saw your IG. Menggemaskan.” kata seorang perempuan, saya rasa staff. Gedikpun ada, aku tengok. “Hai Karl. Gembira berjumpa dengan awak.” celah seorang lagi dari kerumunan orang ramai. Kemudian, Stella membawaku ke bahagian make-up.

“Duffy. Please make him glow up but still look natural.” arah Stella kepada jurusoleknya. Seorang lelaki. Memang lelaki lebih pandai bermake up berbanding perempuan? Fikirku. “Just a piece of cheese-ze.” jawab lelaki lembut bernama Duffy itu. Dia menggedik sedikit. “Karl, I have to go now. Prepared yourself and we’ll catch up in fifteen minute.” ujar Stella. “Yeah. I got this.” balasku dengan tenang lalu aku memerhatikan Stella beredar masuk ke sebuah bilik lain. “Mr. Masculine, sit up and be ready because you gonna feel the magnificent touch from The Great Duffy.” ujar Duffy mendekatkan mukanya ke pipiku. Aku dapat lihat contact-lane bewarna birunya di dalam pantulan cermin yang berpuluh-puluh lampu bulat pada bingkainya itu. Aku tersenyum sahaja. “I can’t wait for the result, Duffy.” jawabku ringkas. Sesaat kemudian, Duffy mula menggerakkan tangannya yang penuh seni itu ke seluruh wajahku dengan pelbagai jenis alat make up yang aku sendiri tidak tahu apa gunanya.

Semua orang kelihatan sibuk dengan kerja masing-masing. Ada yang sedang sibuk memeriksa set penggambaraan, nampak seperti penggambaran untuk perfum. Dengan kereta klasik ala-ala zaman P.Ramlee, daun kering di sekelilingnya kemudian lampu perang menyalah mengarah ke kereta itu. Nampak klasik.

Aku tiba-tiba teringat tentang Brandon Malfoy. Aku ke sini untuk tujuan tertentu. Aku mahu mengenali Brandon Malfoy tetapi tiada kelibatnya aku tengok. Tiada sosok orang kaya yang dihormati di kalangan mereka. Semua orang tampak baik di depan mataku. Semua orang tampak selesa antara satu sama lain. Aku memerhati seorang lelaki yang sedang mengarah sambil menunjuk-nunjuk ke arah props kemudian bergerak ke arah monitor. Ketua, fikirku.

“Karl. Sini!” dia memanggil aku. Aku tanpa berfikir panjang melangkah maju ke arahnya. “Wellcome to the team.” ucapnya sambil tersenyum. “My pleasure. Thanks juga sebab dah terima saya di sini.” jawabku bernada sopan. “Jadi, you tengok gambar-gambar ni, nanti semasa shooting awak akan buat seperti ini. But, I want your neutral facial. I believe in you just like you sister.” tambahnya lagi sedikit mengawal nada suaranya pada hujung perbualan itu. Aku mengangguk faham. “Yeah, I will not let you down, sir.” jawabku.

“Please don’t call me sir. Call me, Salleh.” pintasnya. Aku tergelak sedikit, begitu juga dia. Orang di sekeliling memandang ke arah kami. “Well, ini produk yang awak kena promote tu. Flurry Men 1899. wangian untuk lelaki maskulin, macam you.” ujar Salleh. Dadaku dicucuk dengan jari telunjuknya. Aku tersenyum senget. Makin tidak selesa aku berdiri di situ. Tetapi, aku kena bertahan sambil menunggu Stella muncul.

“Karl! Are you ready?” akhirnya Stella muncul dengan pakaian agak mencolok mata tetapi ala-ala zaman 18-an. Aku hampir tidak kenal Stella setelah make-up dan pakaiannya itu. “Wow. You look…maaf, you beautiful.” apa aku fikirkan! Wake up! Wake up! Stella tu teman wanita Justin. Tapi, tak salah juga kalau aku puji dia cantik. “Karl, don’t be so polite. I know I’m beautiful now and ever.” jawab Stella pantas. Aku hampir melopong melihat kecantikan Stella. “So. Are you ready for your first time shooting?” Stella mengajukan soalan itu lagi membuatku semakin beremangat untuk bergandingan dengan Stella dalam penggambaran produk perfum tersebut. I know what should I do. Pergi sana, posing then habis. Nothing to worry. Aku cuba mententeramkan keadaan diriku sendiri. “Kinda used to this.” jawabku megah seakan-akan aku pernah lalui semua itu sedangkan yang aku maksudkan, Melvin meminta aku untuk menjadi model kecilnya untuk mempromosikan sebuah baju je. I shouldn’t talk about it. It’s shamed.

Beberapa minit menunggu, akhirnya Salleh meminta kami untuk naik ke set dan semuanya bermula. Beberapa keping gambar, flash sana-sini, semua orang bersorak, aku dan Stella meluangkan masa bersama-sama dan beberapa minit sahaja semuanya tamat.

“See you tomorrow. You did great.” puji Stella. “Yeah, who is the man?” balasku sambil membuat aksi. Stella tergelak. Nampak sangat sopan ketika dia ketawa. Aku semakin tertarik dengan perwatakan manis dia sekarang. Apa yang membuat dia menarik perhatianku dan aku memang suka perempuan begitu. Rambut kerintingnya. Aku suka tengok dia berambut kerinting, namun itu sementara. Nanti-nanti, mesti dia luruskan balik. Fikirku. “Kenapa?” tiba Stella memetik jarinya beberapa kali di hadapanku membuatkan aku terkejut sedikit. “Eh, tak ada apa. Saya tengok rambut awak. Sesuai untuk awak. I mean, ya. Rambut awak kerinting awak.” aku hampir tersasur. Aku menoleh ke kiri untuk membuang rasa maluku. “Hahaha. Well, thanks sebab jujur. Sekurang-kurangnya ada orang perasan kecantikan I.” jawab Stella lalu berpaling. Kenapa? Ada yang aku tersalah cakapkah? Fikirku.

“Ah, Justin dah sampai. I pulang dululah. Take care.” seraya itu aku menoleh ke arah Hilux milik Justin terdampar tidak jauh daripada aku berdiri. Dia melambai ke arahku, aku membalas. Aku memerhati sahaja Stella melangkah pergi. Pulang ke pangkuan Justin yang membuatkan aku sedikit terkilan dan kasihan dengan apa yang dia baru katakan tadi. Justin menekan hon keretanya lalu pergi. Tinggal aku sendiri di tempat letak kereta sekarang.

Belum sempat aku membuat keputusan untuk meninggalkan tempat itu, seperti tidak disangka aku melihat seorang lelaki keluar dari dalam sebuah Marcedes merah. Dia bertuksedo hitam bercermin mata hitam sambil mengunyah. Kemudian, dia memandang ke arahku sambil mengangkat tangan ke arahku. Aku membalas. Siapa tu? Fikirku. Nasib baik aku sudah pakai helmet, taklah ketara sangat rupa aku. Fikirku lagi.

Aku (Karl) pergi ke Marcylin's Haevan lalu berkenalan dengan Stella, Justin, Salleh serta kru penggambaraan di set.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience