7

Romance Series 93218

Ezmal sengaja mengajak Harraz bertemu di luar pada hari ini. Sebolehnya dia tidak mahu pertemuan mereka ini diketahui oleh Aayra atau sesiapa pun. Lagipun ada perkara yang perlu dibincangkan diantara mereka berdua. Sejak kejadian tempoh hari, hubungan dia dan Harraz menjadi semakin tegang. Bukannya Ezmal tidak perasan. Setiap kali dia bertembung dengan lelaki itu di pejabat, Harraz akan sedaya upaya mengelakkan diri dari berbual dengannya melainkan jika ianya berkaitan urusan pejabat. Malah lebih teruk lagi Harraz langsung tidak mahu berjumpa dengannya sejak dari kejadian tempoh hari. Puas dia mengajak lelaki itu bertemu namun Harraz sering memberi pelbagai helah dan alasan.

“Apehal kau nak jumpa aku ni? Macam dah tak boleh nak jumpa dekat pejabat je. Penting sangat ke?" Soal Harraz straight to the point.

“Kot ye pun, order lah minuman tu dulu. Banyak benda aku nak discuss dengan kau ni. Kering tekak kau tu nanti kot.” Ezmal masih cuba untuk berseloroh. Namun penerimaan Harraz masih sama. Dingin!

“Aku takde banyak masa ni. Banyak lagi keje dekat office tu aku nak kena handle. Cakaplah cepat." Desak Harraz.

Ezmal agak tersinggung dengan layanan yang diberikan Harraz kepadanya. Selama ini Harraz tidak pernah berkasar dengannya. Namun semuanya berubah hanya kerana seorang perempuan yang bernama Aayra. Ezmal tidak tahu sejauh mana keistimewaan Aayra di mata Harraz. Tetapi kerana perempuan itu jugalah keakraban mereka menjadi retak sekarang ini. Dalam diam timbul perasaan dendam Ezmal terhadap Aayra.

“What's wrong with you, Raz? Tak kan lah hanya disebabkan Aayra kita kena jadi macam ni? Come on!! Mana Harraz yang aku kenal dulu?" Soal Ezmal berbaur geram.
Harraz tersenyum sinis. Wajah Ezmal ditenung lama.

“What's wrong with me? Sepatutnya aku yang kena tanya soalan tu dekat kau, Mal. What's wrong with you? Mana Ezmal yang aku kenal dulu? Mana Ezmal yang sangat menghormati seorang wanita tu? Mana Ezmal yang meletakkan maruah seorang wanita itu sebagai darjat yang paling tinggi di dalam hidupnya tu? Mana Mal? Mana?" Soal Harraz bertalu - talu. Wajah Ezmal masih tajam direnungnya.

Ezmal diam terkedu. Sejujurnya dia masih kurang jelas apa yang cuba disampaikan oleh Harraz kepadanya. Wajah Harraz dipandang dengan seribu satu persoalan.

“Maksud kau?" Soal Ezmal kurang jelas.

Sekali lagi soalan Ezmal itu mengundang senyuman sinis Harraz. Dia tahu Ezmal faham akan maksud sebenarnya namun lelaki itu pura - pura tidak tahu.

“Kau tak payah pura - pura dengan aku lah, Mal. Aku tahu kau faham maksud aku yang sebenarnya." Balas Harraz sinis.

Lama Ezmal mendiamkan diri. Dia cuba merumuskan setiap inci maksud yang cuba disampaikan Harraz sebentar tadi. Akhirnya fikirannya mula terbayangkan Aayra.

“Wait!! Apa yang Aayra dah mengadu dengan kau sebenarnya ni?" Soal Ezmal kalut.

“Kau rasa?" Soalan berbalas soalan. Harraz langsung tidak menjawab persoalan yang bermain di fikiran Ezmal.

“Jadi betul lah dia ada mengadu something dengan kau? Haha. Bukan main lagi perempuan tu sekarang ni kan? Dah pandai mengadu rupanya. Apa dia ingat dengan mengadu macam ni dia akan selamatlah. Macam tu? Memang dasar perempuan tak tahu malu!!" Herdik Ezmal penuh benci.

“Kau jaga mulut kau tu sikit, Mal. Apa kau ingat Aayra tu takde perasaan ke? Hei, dia pun manusia la. Bukannya robot!! Kau sepatutnya berterima kasih dengan dia kau tahu tak? Bukannya terus mengherdik dia macam ni." Marah Harraz.

“Untuk apa aku nak berterima kasih dengan dia? Dia bukannya buat apa - apa pun untuk aku. Menyusahkan hidup aku lagi adalah." Ezmal masih dengan egonya.

“Dia tak buat apa - apa untuk kau,kau cakap? Habis yang selama ni dia sanggup pulang sampai ke lewat malam semata - mata nak siapkan kerja kau tu macam mana kira? Ada kau fikir penerimaan family dia macam mana? Tak de kan? Malah yang lebih teruk, kau sanggup hina dia dengan perkataan yang bukan - bukan hanya kerana dia halang Ramona nak masuk jumpa kau? Salah dia ke Mal? Pernah ke kau bagitahu dia siapa Ramona tu sebenarnya dengan kau sebelum ni? Tak pernah kan? Then kau nak assumed yang dia kenal semua clients kau. Macam tu?? Eh, kalau ikutkan hati aku ni, time tu juga aku nak jumpa dan tumbuk muka kau tu sepuas - puas hati aku ni tahu tak? Tapi aku tak buat. Sebab apa aku tak buat?? Sebab Aayra yang halang aku dari buat semua tu. Dia tak nak besar - besarkan isu ni. Malah dengan mudahnya dia memaafkan segala kesilapan kau walaupun hatinya menangis mengenangkan kata cacian yang kau dan Ramona lemparkan kepada dia tempoh hari kau tahu tak? Jadi sekarang ni kau rasa boleh ke kau cakap dia tak buat apa - apa untuk kau? Boleh kau jelaskan semuanya kepada aku sekarang?" Luah Harraz panjang lebar.

Ezmal terkedu. Dia bagaikan terpempan mendengar hujahan Harraz sebentar tadi. Sungguh dia tak menyangka betapa Aayra sanggup menanggung rasa sehingga ke tahap itu. Betapa dia merasa berdosa memperlakukan Aayra seperti itu. Namun dia sendiri tidak mengerti mengapa dia perlu menyiksa perasaan Aayra sehingga ke tahap itu.

“Tak cukup dengan tu, kau biarkan aje Ramona tu hina dia di restoran tempoh hari. Lelaki jenis apa kau ni sebenarnya, Ezmal? Apa kau rasa jika kau yang berada di tempat dia tempoh hari? Kau tak sakit hati ke? Maruah diri kau senang - senang dihina oleh orang yang takde kena mengena dalam hidup kau. Tapi kau nampak apa respon Aayra tempoh hari? Dia masih mampu bersabar dan tersenyum. Kalau kau? Aku tak rasa kau boleh senyum macam yang dia lakukan. Betul tak?" Tambah Harraz lagi.

Ezmal tetap tidak menjawab. Sebaliknya dia hanya menundukkan wajahnya merenung lantai. Sungguh dia merasa berdosa.

“Aayra tu seorang gadis yang lemah lembut sebenarnya. Malah dia sangat sempurna di mata aku. Betapa mulianya hati dia kerana sanggup memaafkan setiap kesalahan yang orang lakukan kepada dia malah sanggup melupakan perkara itu begitu sahaja walhal hatinya amat terluka. Bagi aku, gadis seperti Aayra tu sepatutnya dijaga dan dihargai dengan sebaik mungkin dan bukannya dihina seperti sampah yang tak ada nilai di mata manusia. Cukuplah Ezmal. Cukuplah sampai sini sahaja kau lukakan perasaan dia dengan sikap bongkak dan ego kau tu. Kalau kau dah tak perlukan pekerja seperti dia, kau lepaskanlah dia kepada aku. Bila - bila masa sahaja aku boleh terima dengan hati yang terbuka." Kali ini nada suara Harraz sudah kembali tenang.

Ezmal mengangkat wajahnya menghadap Harraz. Mana mungkin dia mahu melepaskan Aayra kepada orang lain. Selama ini dia cukup berpuas hati dengan cara kerja gadis itu. Cuma dia sendiri tidak tahu di mana silapnya gadis itu sehingga dia sanggup melayani Aayra seperti itu.

“Kau sayang dia, Raz?" Soal Ezmal tiba - tiba.

“Yes, aku akui. Aku memang sayangkan dia. Bagi aku, tak salah jika aku menyayangi gadis sebaik Aayra tu. Dia terlalu sempurna di mata aku dan aku harap lepas ni aku tak akan dengar lagi Aayra mengadu dengan aku tentang hal yang sama. Jika benda ni berulang lagi, kau tahulah apa nasib diri kau." Gertak Harraz sebelum berlalu pergi meninggalkan Ezmal yang masih termangu - mangu di situ.

Ezmal menarik nafas panjang. Entah mengapa dia merasakan hubungannya dengan Aayra akan menjadi semakin renggang selepas ini walaupun hakikat yang sebenarnya hubungan mereka memang sudah sedia renggang. Timbul penyesalan di hatinya yang sukar digambarkan dengan kata - kata. Akhirnya Ezmal berlalu pergi dengan 1001 rasa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience