Ah , kenapa perempuan tu yang jadi pilihan ibu . Selubung sana , selubung sini , tak ada life langsung . Mesti aku kena gelak lah dengan member-member aku . Argh , stress ! laung Fakhri di dalam hatinya.
Hatinya langsung tidak berminat untuk menyertai ahli keluarganya yang sedang asyik berborak dengan ‘isterinya’ . What ! Isteri . No , aku tak akan terima dia sebagai isteri aku . Dia tu kolot . Bertudung konon . rimas aku tengok .
Perlahan-lahan pintu dibuka dari luar . Fakhri mengeluh . Minah kolot tulah agaknya .
Lea menghampiri suaminya yang sedang duduk di birai katil . Hairan juga apabila suaminya tidak menyertai mereka di bawah . Fakhri langsung tidak berkalih untuk memandang isterinya yang masih dalam persalinan perkahwinan mereka .
“Assalamualaikum , abang . Abang tak tidur lagi?”sapa Lea lembut . Sejak dia sah menjadi isteri kepada lelaki ini , dia bertekad untuk menjadi seorang isteri yang taat dan patuh kepada suaminya . Dia sudah berjanji untuk menempatkan arwah ibunya di syurga dengan kebajikan yang dia lakukan terhadap suaminya .
Fakhri jadi meluat sebaik mendengar suara lembut milik isterinya . Suara lembut itu umpama halilintar yang mampu memecahkan gegendang telinganya . Tanpa memandang wajah isterinya , Iskandar bingkas berdiri .
“Aku nak cakap sikit dengan kau”,tegas suara itu di pendengaran Lea . Tanpa bantahan Lea duduk di birai katil .
“Abang nak cakap apa?”soal Lea lembut setelah lama Fakhri membisu . Belakang tubuh suaminya dipandang lama menantikan jawapan .
Seraya Fakhri berpaling . Terkesima Lea seketika . Baru kini dia dapat meneliti raut wajah suaminya yang tampan . Alhamdulillah , Allah telah mengurniakan aku seorang suami yang sempurna fizikalnya.
Sementara itu , Fakhri merenung tajam ke dalam mata isterinya yang sedang duduk memerhatikannya. Fakhri langsung tidak dapat melihat wajah isterinya yang terlindung di sebalik purdah yang dipakainya .
“First , stop calling ‘abang’ . Annoying tahu tak”,Fakhri memulakan bicara . Suaranya sengaja ditekankan agar kedengaran tegas di pendengaran Lea . Lea terkedu . Mengapa suaminya perlu mempersoalkan panggilan hormatnya kepada Fakhri , suaminya yang sah .
“Tapi abang , Lea kena panggil suami Lea dengan panggilan tu sebagai tanda hormat Lea pada abang”,ujar Lea lembut .
Walaupun hatinya gentar dengan ketegasan Fakhri , tapi dia harus menegakkan tindakan yang dilakukannya . Lea tetap dengan pendiriannya . Walau apa pun yang akan terjadi , Lea tetap akan memanggil Fakhri dengan panggilan abang !
“Nurul Iman Azalea , do you hear what I told you just now? If I said I don’t want you to call me ‘abang’ , so you must obey it . Faham?”suara Fakhri sedikit meninggi . Lea menelan liur . Ketegangan yang sengaja dicipta oleh suaminya membuatkan dia kecut perut . Lea sekadar mengangguk tanpa sebarang suara keluar dari ulas bibirnya .
“Next , aku nak kau tahu yang aku benci kau sangat-sangat . That’s the main point yang kau perlu sematkan dalam kepala otak kau sampai kau mampus”,ucap Fakhri sambil menunjal kepala Lea yang masih berbalut tudung .
Lea tergamam . Mengapa lelaki ni tiba-tiba melafazkan benci sebaik mereka diijabkabulkan ? Mengapa Fakhri tidak menolak perkahwinan mereka kalau dia membenci? Nampaknya , nasibnya telah terletak dalam genggaman seorang suami yang membencinya . Hati Lea bagaikan ditoreh dengan belati sebaik mendengar setiap patah perkataan yang keluar dari bibir suaminya .
“And , bila aku benci kau , that’s mean aku benci setiap apa yang ada pada kau . Dan kau kena ingat , selagi kau serumah dengan aku , jangan kau berani-berani nak tunjuk muka kau tu dekat aku . Aku meluat nak tengok muka kau , dan aku nak kau berpurdah dalam rumah ni”,Fakhri menyambung sebaik melihat kebisuan Lea . Lea sekadar menunduk , membina benteng kesabaran setinggi mungkin menerima setiap kata hinaan daripada suaminya .
Fakhri tersenyum melihat Lea yang sedang menunduk . Sengaja dia mendekatkan bibirnya di sebelah telinga Lea .
“Kau jangan ingat aku tak tahu yang kau nak kahwin dengan aku sebab bapak kau hasut kau kan? Huh , orang kampung macam kau dengan bapak kau semua sama je . Ambil kesempatan atas kesenangan orang lain”,bisik Fakhri rapat di telinga kanan isterinya .
Empangan air mata yang dibina Lea runtuh juga akhirnya . Setitis demi setitis air mata Lea gugur menimpa lantai bilik . Fakhri tersenyum puas apabila melihat air mata Lea kerana itu bermakna dia telah berjaya melukai hati isterinya dengan luka yang paling dalam .
Tanpa sebarang pamitan , Fakhri meninggalkan isterinya keseorangan di dalam bilik dengan linangan air mata . Ah , perempuan yang suka mengambil kesempatan atas kesenangan orang lain macam tu memang patut dilayan sebegitu rupa . Huh , perempuan murah !
Share this novel
nice story..really loved it