Bab 8

Romantic Comedy Series 60772

Sudah seminggu Syafiq tidak menyakat Sarah. Seminggu itu jugalah Sarah seperti ayam berak kapur. Ruang kosong di hatinya rupa-rupanya telah diisi dengan sakatan Syafiq. dia mula rindukan panggilan Ay Poh Ci yang sentiasa meniti di bibir lelaki itu.

Siang malam tidurnya dihantui wajah ceria Syafiq. Hendak bertanyakan kawan-kawan Syafiq, malu pula rasanya. Syafiq bukan sahaja tidak menyakatnya tapi sudah seminggu juga lelaki itu tidak masuk kuliah. Sakitkah? Kalau sakit pasti sudah diberitahu oleh pensyarah atau wakil pelajar.

"Kau ni dah kenapa? Aku tengok dua tiga hari ni gelisah aje. Makan pun tak lalu. Selalunya kalau makan tidak bertambah bukan Sarah lah namanya," usik Niza.

Sarah tidak mempedulikan usikkan Niza. Hatinya rindukan Syafiq. Kini dia akui yang dia rindukan Syafiq. Lelaki itu telah mula bertapak di hatinya. Seminggu tidak lihat wajah itu dia sudah keresahan. Untuk mengaku kepada Niza, teramatlah malu. Bukankah dulu dengan yakinnya dia berkata tidak akan jatuh hati dengan Syafiq. Sekarang sudah terbalik.

"Kau rindukan Syafiq ke?" Teka Niza. Niza meletakkan telefonnya di atas meja belajar. Dia mendekati Sarah.

"Kalau kau rindukan dia, mengaku ajelah. Bukannya ada orang lain, kau dan aku dalam bilik ni." Pujuk Niza lagi. Matanya melirik ke arah telefonnya. Dalam hati dia tersenyum puas.

"Aku... aku," tergagap-gagap Sarah hendak meneruskan ayatnya.

"Cakaplah. Aku, apa? KAlau kau tergagap-gagap macam ni macam mana aku nak faham," gesa Niza.

"Aku rasa aku dah mula sukakan dia. Aku... rindukan panggilan Kay Poh Ci. AKu rindu dia sakat aku." Akhirnya Sarah mengaku juga apa yang dia rasa dalam hatinya itu. Air matanya bertakung dalam kelopak mata menunggu mengalir turun ke pipi.

Alangkah bagus jika luahan itu dapat dilafazkan dihadapan Syafiq. Di manakah lelaki itu ketika ini? Apakah ini ujian untuknya kerana terlalu angkuh dengan dirinya sendiri? Jiwanya sesak. Sebelum ini dia tidak pernah merasa begini. Kenapa Syafiq menghilang setelah pintu hatinya dibuka? Mengapa tinggalkan sengsara cinta ini kepadanya? Sakit menanggung rindu hanya Allah sahaja yang tahu.

Jika begini akhirnya tidak mungkin dia buka pintu hatinya itu. Pasti dia kan gunakan pagar elektrik biar kumbang yang cuba mendekatinya itu mati kena karan. Tidaklah da yang kena karan cinta.

"Itulah kau, masa orang tu terkejar-kejar...kau jual mahal. Asyik nak marah je. Sekarang dia dah hilang entah ke mana, kau pula yang merindu bagai nak gila." Niza kembali ke meja belajarnya. Talian telefon dimatikan.

Sebenarnya ini rancangan dia dan Syafiq. SYafiq telah memberitahu segala-galnya kepada dia. Malah lelaki itu meminta pertolongan darinya supaya cinta Syafiq dan Sarah boleh bersatu. Untuk mengetuk hati minah Kay Poh Ci ni bukan mudah.

Eee... apa punya kawanlah. Bukan nak lapangkan hati aku tapi menambahkan lagi pedih kat hati adalah. Memang kurang asam punya kawan ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience