bab 4

Romance Series 423079

“Baby, mana husband? Taknak kenal dengan kitaorang ke?” entah mengapa sejak kecil lagi abang abang sepupu Ayriz memanggil dia begitu. Sudah puas Ayriz menghalang namun masih sama. Sehingga Ayriz sudah terbiasa dan membahasakannya dengan gelaran itu.

“Ada dekat atas.” pendek Ayriz menjawab. “ Dia memang tak banyak borak ke? Abang Am tengok papa tanya sepatah dia jawab kekadang senyum je.”

“Entahlah. Baby tengok dia dengan family dia pun macam tu. Diam je.”

“Eleh konon cakap orang, baby pon lebih kurang je dulu. Ni baru duduk ha dengan kitaorang, kan Am.” perli Ayie. Cepat tangan Ayriz hinggap di lengan abang sepupunya. Sakan mereka bergelak ketawa.

“Ehem.” dengan automatik mereka memandang ke arah belakang.

“Eh Fariz. Mehlah sini.” tegur Ayriz. Mereka bersalaman antara satu sama lain.

“Ni Ayriz kenalkan, abang Am anak ibu. Yang ni pula abang Ayie anak umi.” Fariz mengangguk mengerti.

“Bila start kerja Fariz?” soal Am memulakan perbualan.

“Minggu depan.” Am dan Ayie mengangguk. Ayriz perlahan lahan beredar.

“Baby nak pergi mana?” soal Ayie apabila melihat adik sepupunya melangkah.

“Baby?” soal Fariz sedikit pelik dan terkejut apabila Ayie memanggil isterinya begitu. Ayie dan Am tergelak kecil.

“Sorry la Fariz, kitaorang dah terbiasa panggil baby ni sejak kecil camni. Harap kau tak jealous la bro.” Fariz tersenyum tidak ikhlas.

“Eh tak adalah. Ak… aku terkejut je sebab Ayriz tak ada pula cakap dengan aku.”

“Nanti saya cerita about me okay. Baby nak pergi dekat ibu dengan umi, korang boraklah dulu.” Ayriz meminta diri. Fariz masih lagi berdiam di situ.

‘Baby? Bini aku? Masak kalau semua panggil. Mendidih telinga kalau dengar hari hari. Jap aku nak marah buat apa… dia bukan sesiapa pun.’


“Memang semua sedara awak panggil awak gelaran tu ke?” tiba tiba Fariz bersuara apabila daripada tadi dia menelek telefonnya. Ayriz memandang suaminya.

“Tak. Diaorang and ada lagi 2 orang je panggil saya macam tu.”

“Awak tak kesah ke kalau bf awak dengar diaorang panggil awak macan tu?”

“Nope tak kesah. Saya lagi kesah bila husband saya panggil sayang dekat perempuan lain. Plus saya tak ada bf.” tenang Ayriz memberi jawapan namun lain pula reaksi Fariz yang terkejut apabila isterinya berkata begitu.

“Aa..awak curi dengar saya berborak ke?”

“Nope saya just terdengar. Okayla saya tidur dulu and sorry for today. Btw ni katil saya. Tu awak nampak sofa tu? Tu tempat tidur awak.” selamba Ayriz memberi arahan.

“Wait. Awak suruh saya tidur situ? Awak ingat ye masa rumah saya, saya bagi awak tidur dekat katil saya.”

“Tu rumah awak bukan rumah saya. Now pergi tempat awak. Kita just kahwin atas keinginan saya. Saya bagi awak sebulan je untuk awak buktikan yang “sayang” awak tu akan kahwin dengan awak. If awak tak dapat pujuk dia, jangan sesekali jumpa or contact dia, faham?” entah mengapa ayat terakhir Ayriz seperti memberi amaran. Fariz menelan air liurnya. Sikap isterinya sukar difahami kerana tadi lain sekarang lain. Fariz teringat akan perbualannnya bersama Wawa.

“Fariz.”

“Sayang, you pergi mana? Kenapa tinggalkan i dihari bahagia kita?” lembut sahaja Fariz bertanya kepada Wawa walaupun gadis itu sudah memalukan keluarganya. Sepi, tiada sahutan.

“Sayang. Please answer me. Why?”

“I minta maaf. I kusut time tu. Jadi doktor suruh I rest and jangan pegang telefon or what, just rest. I minta maaf sayang.” entah mengapa alasan itu yang diberikan. Wawa berharap Fariz mempercayai kata katanya.

“Kenapa you tak bagitahu I sayang…Sayang kita kahwin okay?” masih lagi sepi. Selang beberapa saat Ayriz membuka pintu sambil membawa air. Talian terus dimatikan. Wajah Ayriz kelihatan tenang sahaja namun Fariz sedikit cuak.

“done flashback”

“So dia dengarla semua perbualan aku dengan Wawa.” Fariz menggaru kepala sedikit serabut. Ayriz yang memerhati suaminya tersenyum sinis.

“Jangan lupa tutup lampu. Thank you.” arah Ayriz dan menyelubung dirinya. Fariz memandang kosong.


“Good morning husband!” ucap Ayriz mesra apabila melihat suaminya membuka mata. Terbangun Fariz kerana terkejut.

“Ish awak ni! Awak nak saya mati ke, dekat muka macam tu.”

“Ala saya nak wish morning dekat husband saya je. Jom bangun sarapan. Semua tunggu kita kat bawah.”

“Sedara mara awak belum balik ke?”

“Nope but lagi ramai pagi ni datang sebab haritu diaorang tak dapat datang. Now cepat bangun.” Terbeliak mata Fariz. Ayriz masih lagi senyuman manisnya.

‘Aduh mati aku. Macam mana aku nak keluar dengan Wawa ni. Sorry sayang. I terpaksa cancel.’

Selesai sahaja mandi Ayriz dan Fariz turun ke bawah untuk berjumpa saudara mara Ayriz. Fariz seperti biasa membuat muka tiada perasaannya.

“Baby.” panggil dua orang jejaka serentak.

“Ehhh abang…. bila sampai? Tadi baby turun korang tak ada pun.” lihat sahaja wajah Ayriz, tahu gadis itu teruja dengan kehadiran abang abang sepupunya.

“Baru je sampai. Selamat pengantin baru baby. Sorry abang Andy tak dapat datang, ada hal urgent abang tak boleh cancel.”

“Abang Ami pon sorry tak dapat datang.”

“Eh its okaylah. Baby faham. Ni baby nak kenalkan my lovely husband, Fariz Mikael. Husband yang ni abang Andy anak mom and ni abang Fahmi but just call him Ami anak mummy.” mereka bersalam sambil tersenyum.

“Nice to meet you bro. Selamat pengantin baru.” ucap Andy tersenyum.

“Thanks. Korang dah sarapan ke?”

“Ouh belum. Tu ha tunggu mak ii makan dulu baru la kita makan. Kau duduk sini berapa hari?”

“Ouh esok baliklah.” Ayriz memandang Fariz pelik. Balik? Balik mana?

“Balik mana?”

“Balik rumah kitalah. Tak akan kita nak susahkan mama papa pula.”

“Awak tak pernah cakap pun yang awak ada rumah?” Andy dan Ami menjadi pendengar perbualan mereka.

“Ni nak bagitahulah ni. Esok kita balik rumah kita. Tak jauh pun dari rumah papa awak and papa saya.” Ayriz mendiamkan diri kerana dia berasa sedikit tidak puas hati apabila Fariz tidak berbincang dengannya terlebih dahulu.

“Ni apa memasing kecoh sangat ni. Baby why muka masam semacam?” tegur Ayie apabila melihat wajah masam adik sepupunya.

“Nothing. Lapar.” pendek sahaja jawapan Ayriz. Andy dan Ami tahu puncanya. Fariz pula sedikit serba salah apabila melihat wajah isterinya.

“Lah lapar ke? Kejap lagi kita sarapan okay. Tunggu mama papa dengan lelain abis makan dulu.” pujuk Ayie lembut. Diantara empat orang abang sepupu Ayriz, Ayie adalah orang yang paling rapat dan manjakan Ayriz. Mungkin disebabkan dia tidak mempunya adik perempuan dan Ayriz merupakan adik sepupu perempuan terakhir.

Fariz berasa sedikit lain apabila melihat layanan mesra Ayie terhadap isterinya. Namun dia menolak perasaannya.

“Guys jom makan. Diaorang dah sudah.” ajak Am apabila melihat semua berada di situ. Kaki Ayriz laju meninggalkan yang lain. Am mengerutkan keningnya melihat adik sepupunya.

“Asal dengan baby tu?” soal Am pelik.

“Hah kau tanya husband dia. Merajuklah tu. Pepandailah kau pujuk Fariz. Dia merajuk lama tau.” saja Ami menakutkan Fariz. Fariz pula menggaru belakang kepalanya.

‘Aku salah cakap ke? Aku cakap rumah kita kan tadi. Kat mana lagi salah. Merajuk lama? Adu aku mana reti pujuk.’ Fariz membebel di dalam hati. Sudahlah dia sedang memikirkan alasan yang akan diberikan oleh Wawa. Kali ini dia harus memikirkan cara memujuk isterinya pula.

‘Pujuk? Buat apa pula aku nak pujuk? Aku bukan cakap benda teruk pun kan. Arh lantaklah.’

“Fariz, makan.” panggil Ayie apabila melihat Fariz masih lagi berdiri di tempatnya.

thankyou always tunggu next chapter!!!!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience