"Excuse me sir!"...
"Are you my part....ner...?"
Tengku Isabella terkesima melihat figura di didepannya.Malaikat pencabut nyawa sudah bertukar menjadi bidadara kayangan.Alex juga terpegun dengan penampilan Tengku Isabella yang sangat jauh berbeza selepas di solek dan di dandan.Masing-masing kelu tanpa bicara hanya mata yang saling berbicara.
"Izrael,macam mana awak boleh ada dekat sini?"...Alex hanya mengangkat bahunya sahaja sebagai jawapan Tengku Isabella.
"I'm just helping my sweetheart!"....
"Sejak bila pula Nelly couple dengan mamat dingin ni!?...Macam mana aku boleh tak tahu!"...Berkerut -kerut dahi Bella memikirkan hubungan mereka.
"Kebetulan la awak jadi escort saya hari ini,so boleh tolong buah hati awak sekali!"...Tengku Bella hanya tersenyum manis walaupun hatinya sudah kecewa lagi.
"Can we start now guys?"...Nelly menegur dari belakang dan datang ke hadapan Alex membetulkan butang kurta di bahagian leher dan dada lelaki itu,sempat mata Bella menangkap Nelly mengusap lembut dada berotot milik Alex.Berkelip-kelip matanya melihat scene godaan Nelly.Terasa kesat air liurnya bila mata Alex menatapnya tajam,sukar dia mahu menebak maksud pandangan Alex jadi dia hanya mengendahkannya sahaja.
Photoshoot bersama Alex menyebabkan Tengku Isabella tidak selesa dengan sentuhan dan kedudukan mereka yang begitu rapat.Situasi ini agak biasa baginya sebagai seorang model namun berbeza bila berada dekat dengan Alex,lebih-lebih lagi di hadapan Nelly yang sedang galak memandang Alex.
"Let's take a break guys!...Bella you nampak tak selesa,kenapa you tak sihat ke?...
Shahrul 'bussiness partner' Nelly datang mendekati Tengku Isabella dan tangannya ingin menyentuh dahi Bella namun laju Alex merentap tangan Bella ke belakang.Matanya tajam menyorot ke arah Shahrul menyebabkan Shahrul mengangkat tangan sebagai tanda mengalah dan tidak mahu mencari pasal.
"Stay away from that guy!"...Tengku Isabella hanya mengerutkan wajahnya tidak faham dengan perangai Alex yang moody tiba-tiba.Terlalu protective pula lelaki itu hari ini.
"It's okay Izrael,mereka kawan saya....Mereka hanya ambil berat pasal saya,itu sahaja!"....
"No!....no one can touch you except me!"
"That's my master order!"....
Pantas Alex membina alasan dengan memetik nama tuannya untuk menutup mulut Tengku Isabella daripada bertanya bermacam soalan.Dan helahnya berjaya dan gadis itu tidak bertanya apa-apa lagi selepas itu.Mereka hanya berehat dan berbual kosong seketika sebelum sesi photoshoot bermula semula.
"Relax sweetheart,jangan keraskan badan !"
Tengku Isabella terasa seperti terkena renjatan elektrik saat tangan Alex mula berlabuh dipinggangnya sesuai dengan permintaan photographer.Jantungnya berlari laju bagaikan dia sedang berolahraga.Dia menarik nafas dalam untuk meredakan sedikit denyutan jantungnya dan kembali fokus.Badannya tidak lagi tegang dan Bella cuba menikmati suasana yang tidak mungkin akan dia nikmati lagi selepas ini.Mereka bekerjasama dengan sangat baik untuk sesi ke dua dan seterusnya sehingga selesai sesi photoshoot.
Tengku Isabella dan Alex masing-masing ke bilik persalinan untuk menukar pakaian mereka kembali.Bella mengambil masa yang agak lama untuk bersiap manakala Alex hanya sekejapan sudah selesai urusannya.Suara gelak tawa Nelly jelas kedengaran waktu dia keluar dari bilik persalinan.Entah apa yang lawak sangat sehingga Nelly ketawa seperti itu.Dari belakang Bella dapat melihat kedudukan Alex dan Nelly sangat rapat atau lebih tepat Nelly sedang menempelkan sisi badannya kepada Alex.Special sangat layanan Nelly kali ini pada 'model terjun' si mamat sejuk beku.
"Hai lovebirds,apa yang happy sangat ni?....Tak nak share dengan I sekali ke?"....
Alex memandang wajah selamba Tengku Isabella dengan riak tidak suka.Matanya menyorot tajam ke arah Bella menyampaikan maksud namun sayang Bella sangat tidak arif membaca air muka orang.
"Nelly sejak bila you bertukar boyfriend and couple dengan Izrael?"
"How did you guys know each other?" .....
Soalan Bella menyebabkan Alex bangun dengan drastik dan keluar secara mendadak dari butik.Terpinga-pinga Bella dan Nelly di buatnya dengan tindakan Alex.
"What happened?Is he angry?"...Nelly hanya tersengih dan mengangkat bahunya tidak tahu.
Selepas selesai berurusan dengan Nelly,Tengku Isabella menapak keluar mencari Alex.Lelaki itu hanya menyandar badannya ke kereta sambil berpeluk tubuh.Mukanya sudah kembali dengan ekspresi beku dan dingin.Bella mengeluh perlahan,kenapalah Abang Que menghantar lelaki ini sebagai escortnya.Semalam mungkin dia gembira dengan perkhabaran itu tetapi hari ini terasa menyesal pula.
Alex masuk ke kereta bila memandang kelibat Tengku Isabella sudah menapak ke arahnya.Kereta segera di hidupkn dan pintu penumpang di buka dari dalam untuk gadis itu.Memandangkan mood Alex tidak berapa baik,Bella laju menarik seatbelt untuk dipasang ke badannya namun perkara yang sama berulang kembali.Bella cuba menolak dan menarik dengan lembut namun masih juga tersangkut.Dia bimbang Alex akan berfikir dia sengaja mahu menggedik dengan lelaki itu.Bella menggigit bibir bawahnya dan menahan nafas bila Alex tanpa sebarang kata sudah mendekatkan badan ke arahnya dan menarik seatbelt untuk memasang ke badannya.Tersangkut-sangkut nafasnya bila Alex menatap wajahnya dalam kedudukan yang dekat seperti ini.
"Don't bite your lips sweetheart!"
"Are you trying to seduce me?"....
Merona wajah Tengku Isabella dengan wajah tidak percaya dengan kata-kata Alex.Tangannya laju menolak dada Alex yang sudah tersenyum mengejek.Bella terus berpaling memandang keluar tingkap malas mahu melayan kerenah Alex.Hatinya mengerutu marah dan geram.
"Benci....benci....benci!!!"....Hatinya menjerit dan bergema dalam tubuhnya sendiri.
*************************
Tengku Que Iskandar memandang kagum pada monitor scanning di hadapannya.Mereka memilih melakukan prosedur imbasan ultrasound 4D yang membolehkan mereka melihat bayi secara langsung. Que begitu teruja melihat imej bewarna kekuningan.Sesekali dia ketawa kecil bila bayinya membuka mulut dan kaki serta tangannya yang saling terhimpit disebabkan ruangan yang sempit.
"We will meet soon my son!"...Tengku Que Iskandar mengumam perlahan.
"Everthing is in good condition,Tengku!"..
"The baby's healthy is good which is following his development!"
Selesai melakukan sesi pemeriksaan kandungan,Tengku Que Iskandar membawa Hazel ke syarikat.Dia perlu menghadiri perjumpaan penting pada hari ini.Taufiq juga sudah berkali-kali menelefonnya untuk mengingatkannya tentang perkara itu.
Hazel sudah menarik muka merajuk dengan Tengku Que Iskandar yang enggan mengizinkannya keluar ke shopping mall sementara menunggu Que menyelesaikan pekerjaannya.Hazel bercadang mahu mencari sedikit keperluan bayinya.Hazel memerhatikan suaminya yang tekun dan fokus melakukan kerjanya sebelum meeting bermula sekejap lagi.
"Kenapa sayang?"....Hazel tersentak bila mendengar soalan Tengku Que Iskandar kerana suaminya masih fokus melihat dokumen di tangannya tanpa mengangkat mukanya dari tadi.
"Boleh sayang keluar pergi jalan-jalan sementara tunggu abang habis meeting?"....Hazel bertanya lagi,mencuba nasib buat kali keduanya.Mungkin suaminya berlembut hati memberi keizinan kali ini.
"No Hazel Haufa!...You can't go anywhere without me!"...Sedikit lantang suara Que bila isterinya masih berdegil mahu keluar walaupun tidak di izinkan dari awal lagi.Hazel sudah mencebik mahu menangis bila terasa diri dimarahi oleh Tengku Que Iskandar.Air jernih sudah mula membanjiri kolam matanya.Hazel hanya menundukkan kepalanya menyembunyikan rasa sedih sendiri.Tangannya naik mengusap perutnya yang sudah membulat ke depan.
"Huhhhh!!!"....Tengku Que Iskandar mengeluh berat.
Meeting bersama client sudah hampir setengah jam selesai namun Tengku Que masih bermalasan di bilik mesyuarat di temani Taufiq.Jari telunjuknya mengetuk-ngetuk meja cuba mengusir galau di hatinya.Matanya masih fokus memandang tablet cuba menyelesaikan beberapa tugasannya sebelum dia kembali ke pejabatnya.Jasadnya berada di sini namun fikirannya menerawang jauh memikirkan rajuk isterinya.Bibirnya mengeluh tanpa sedar mengingatkan sikapnya yang terlalu tegas dengan Hazel.Dia cuma tidak mahu sesuatu yang buruk menimpa Hazel dan kandungannya,lebih-lebih lagi dalam situasi isterinya yang masih belum pulih sepenuhnya.Musuhnya mungkin berada di mana-mana di sekeliling mereka.Jadi dia mesti lebih berhati-hati jika melibatkan orang yang terdekat dengannya termasuk isteri dan ahli keluarganya.
"What's up dude?...What's bothering you?"....Taufiq bertanya prihatin bila 'bestie' merangkap bosnya asyik mengeluh tanpa henti.Semasa mesyuarat berlangsung,elok saja mood Tengku Que Iskandar,tiada tanda-tanda dilanda sebarang masalah.
"Nothing!!...just a personal issue!!"....mendatar sahaja jawapan Tengku Que Iskandar.
"Aku masuk office dulu,nak tengok keadaan Hazel!"...
Taufiq hanya menganggukkan kepala.Matanya kembali melihat kertas-kertas yang perlu di susun untuk di semak oleh Tengku Que Iskandar kemudian nanti.Walaupun mereka berkawan baik,urusan kerja tidak boleh dibuat main,jika tidak ribut taufan bosnya akan membadai.
***********************
"Sayang!!!!"...
Tengku Que Iskandar mengelus lembut rambut isterinya yang masih tertidur pulas di ruangan peribadinya.Jari-jemari Que naik membelai pipi mulus Hazel yang terlihat sedikit kemerahan,hidung kecilnya juga sama.Que yakin isterinya menangis semasa ketiadaannya dan entah berapa lama wanita itu menangis.Bibirnya menyapa sebentar dahi kecil Hazel menyalurkan rasa sayang dan cintanya.Perut Hazel di usap dan tawa kecil tercetus dibibirnya bila perut isterinya bergelombang.
"Anak daddy buat apa tu?"...
"Jangan aktif sangat sayang nanti mommy sakit!"...
Tengku Que Iskandar menyelak sedikit blouse Hazel dan mencium perut isterinya berkali-kali.Tangan besarnya masih bermain di perut yang kelihatan bergerak-gerak.Lena Hazel agak terganggu dengan gerakan di perutnya.Dia masih mahu lelapkan mata namun niatnya terbantut bila menyedari kehadiran Tengku Que Iskandar di sisinya.Badannya segera di dudukkan menyandar ke kepala katil.
"Dah pukul berapa sekarang?"...Hazel bertanya dengan suaranya yang sedikit serak.Que memandang tepat ke arah wajah isterinya yang enggan melihatnya.Dia tidak menggemari situasi seperti ini.
"4pm!...Why?"...Hazel hanya menggelengkan kepala menjawab pertanyaan Tengku Que Iskandar.
"Sayang bersiaplah,kita balik!"
Sepanjang perjalanan,Hazel hanya mendiamkan diri. Hanya lagu dari corong radio menemani kesunyian mereka.Hazel tersentak bila tangan Que menyentuh lembut pehanya.
"Sayang marah abang?"...
"There's a reason why I wouldn't let you out without me!"
"Enemies are everywhere,we have to be more careful!"....
Tengku Que Iskandar meraih tangan Hazel dan mengucupnya beberapa kali.Hazel hanya melirik sedikit melihat perlakuan suaminya.Saat kereta yang dipandu oleh Que masuk ke arah Midvalley Shopping Mall barulah wajah Hazel berubah ceria dan bersinar kegembiraan.Bibirnya tersenyum lebar menzahirkan perasaannya.Tanpa sedar dia melontarkan badannya ke arah Tengku Que Iskandar dan memeluk tubuh suaminya.
"Thank you!....I love you!"
************************
Tengku Que Iskandar berjalan berpimpinan tangan dengan Hazel.Hazel yang gembira tidak lekang dengan senyum manisnya hingga terbentuk lekuk lesung pipitnya.Mereka terus ke aras yang menempatkan kelengkapan barang-barang bayi.
"Kak Hazel!!".....Tengku Isabella menyeru nama kakak iparnya dan melambai-lambai tangannya.
"Eh!...Bella!"...
Tengku Isabella berlari anak mendapatkan Hazel.Dia sangat teruja bila abangnya menyuruh Alex membawanya ke Midvalley untuk menemani kakak iparnya mencari keperluan bayi.Mereka sama-sama beriringan ke setiap ruang yang terpamer baju-baju bayi yang kelihatan comel-comel belaka.Que sibuk melayan isterinya memilih pelbagai barangan bayi.Dia tidak kisah Hazel mahu membeli seberapa banyak keperluan bayi mereka asalkan wanita kesayangannya gembira,tidak merajuk dan menangis lagi.
"Let's have a baby together!"....
Tengku Isabella tersentak mendengar bisikan di belakang badannya.Tubuh besar dan tinggi Alex menutup habis badan kecilnya.Tengku Isabella yang masih memegang baju baby pilihannya hanya kaku berdiri,cuba mencerna kata-kata Alex.Kata-kata Alex boleh disalahtafsirkan jika mengikut Islam.Boleh jatuh fitnah juga jika orang lain mendengarnya kerana mereka bukanlah pasangan suami isteri yang sah.
"What did you say sweetheart?"....Alex beralih ke hadapan Tengku Isabella yang kelihatan menggelabah.Alex hanya tersenyum menggoda dengan reaksi wanita itu.
"Err....errrr.....Abang Que!!!!!".....
Share this novel