Bab 9

Romance Completed 12519

IZZAHmengeluarkan pengetip kuku di dalam beg sandang. Pisau pengetip
kuku ditarik dan dibawa ke batang pokok tempat dia disuruh meluahkan
cinta itu. Dia mula mengukir sesuatu pada batang pokok itu. Hampir 15
minit dia berkerja keras mengukir namanya dan nama Harraz. Pandangan
orang yang lalu lalang tak dihiraukan. Dia leka dengan dunianya sendiri.
Dia tersenyum melihat hasilnya. Jemarinya menyentuh lembut ukiran nama itu.

“Awak buat apa tu?”

Izzah tersentak. Dia berpaling dan tersenyum memandang
Harraz yang memanjangkan leher untuk melihat apa yang Izzah buat pada
batang pokok itu. “Datang pun awak. Saya ingatkan awak tak datang.”
Izzah menyimpan pengetip kuku ke dalam beg galas kembali.

“Sini kan tempat favourite saya. Kalau awak nak duduk
sini saya cari tempat lain jelah.” Harraz mula melangkah.

“Raz, tunggu!”panggil Izzah.

Harraz berpaling ke belakang. Pelik dia mendengar nama yang
disebut Izzah. Belum pernah namanya dipanggil begitu.

“Cuba awak tengok apa yang saya ukir kat batang pokok ni,”
pinta Izzah. Dia menggamit Harraz mendekatinya.

Harraz mula mendekatkan diri menghampiri pokok itu. “Reen
dan Raz?” Dia memandang Izzah meminta penjelasan.

“Yup! Reen tu saya, Izzah Qhaireena dan Raz tu awaklah.
Harraz Fayyadh!” jawab Izzah selamba. Dia mengukir senyuman manis.
“Cantikkan gabungan nama kita?”

“Kenapa awak buat macam tu?” Harraz menyoal. Padanya
perbuatan Izzah merupakan perbuatan yang sia-sia. Membazir masa dan
tenaga. Yang penting hatinya langsung tak terbuka untuk menerima Izzah
walaupun jantungnya berdegup kencang setiap kali berdepan dengan gadis
itu. Dia serik dipermainkan! Tambahan pula dia masih ingat amaran Aiman.

“Pokok ni jadi saksi saya pernah lafazkan cinta pada awak
dan bila saya pandang pokok ni saya teringat kejadian tu. Awak nak
couple dengan saya tak?” Izzah masih mencuba sekali lagi. Dia tak akan
berputus asa.

“Saya nak couple dengan awak?” Jarinya ditunjuk pada
dirinya dan Izzah. “Heh, memang taklah!” Harraz tersenyum sinis dan
beredar dari situ.

“Habis tu kenapa awak terima bunga saya dulu?” Izzah tak
puas hati. Dia sudah bercekak pinggang.

Langkah Harraz terhenti dan berpaling. “Saya dah buang pun
bunga tu,” jawabnya latas meneruskan langkah.

“Harraz, saya ikhlas sukakan awak. Saya takkan putus asa!”
jerit Izzah.

Harraz berlari laju meninggalkan pekarangan taman.
Telinganya ditekup tak mahu mendengar kata-kata Izzah. Baginya Izzah
sama seperti Salina.

*****
“IBU...” Izzah melangkah masuk ke dalam salon milik ibunya. Dia
melabuhkan punggung di depan Izzati.

“Reen... tadi kata tak nak ikut ibu pergi salon. Apa mimpi
Reen datang sini?” Izzati yang sedang mengira di kalkulator terkejut
melihat kedatangan anak tunggalnya pada petang itu.

“Bosanlah duduk rumah sorang-sorang. Ayah pulak belum
balik lagi dari main golf,” rungutnya Izzah. Dia meletakkan dagunya di
atas meja. Jarinya mengetuk-ngetuk meja.

“Kalau bosan, tolong ibu cucikan rambut customer,” cadang
Izzati.

“Yang mana satu, bu?” Izzah menegakkan badannya. Matanya
meliar memandang pelanggan-pelanggan di dalam salon itu.

“Yang baju hitam tu.” Izzati menuding ibu jarinya ke arah
seorang gadis Cina yang sedang leka membaca majalah.

“Okey, bos!” Izzah bangun dan melangkah ke arah gadis Cina
yang ditunjukkan ibunya tadi.

Izzati menyambung kerjanya semula.

“Hello, miss. Nak cuci rambut ke?” tanya Izzah sambil
tersenyum manis.

Gadis Cina itu mengangkat muka memandang Izzah dari dalam
cermin. Dia mengangguk dan membalas senyuman.
Izzah mencapai sarung tangan getah lalu menyarung ke tangannya. Kain
bersih diambil dan dibalut ke badan pelanggan untuk mengelakkan pakaian
pelanggan kotor. Kemudian dia memicit syampu ke tangan dan dibawa ke
atas rambut gadis Cina itu. Dia mula mengurut perlahan rambut gadis Cina
itu. Kepala dan tengkuk turut diurut untuk melancarkan pengaliran darah.

Setelah 15 minit bersyampu, dia membuka kain yang dilapik
tadi dan membawa gadis Cina itu ke tempat untuk membilas rambut. Paip
air dipusing. Dia menunggu air itu sedikit suam barulah dia membilas
rambut gadis itu. Setelah selesai membilas, dia mencapai tuala kecil
lantas mengelap rambut yang basah itu. Kemudian dia meminta gadis itu
duduk semula di tempat yang ditinggalkan tadi.
Izzah membuka sarung tangannya lantas mencapai tuala kecil untuk
mengelap tangannya sehingga kering. Suis pengering rambut dihidupkan
lantas mengeringkan rambut gadis Cina itu. Setelah selesai, gadis Cina
itu bangun dan melangkah ke kaunter untuk membuat pembayaran.

Izzah mula mendapatkan Ibunya kembali. Dia mengambil tempat
di depan ibunya. “Ibu, salah ke kalau perigi cari timba?” Dia menongkat
dagu memandang ibunya.

Izzati menghentikan kerjanya. Wajah anak tunggalnya direnung
lembut. “Tak salah pun, sayang... zaman Rasulullah dulu pun Saidatina
Khadijah yang melamar Rasulullah. Kenapa ni? Reen ada suka kat seseorang
ke?” tanyanya perihatin.

“Reen ada suka kat sorang lelaki ni tapi dia tolak Reen...”
Izzah menceritakan kembali peristiwa dia melafazkan cinta sehinggalah ke
peristiwa Harraz menolak cintanya.

Izzati terkejut mendengar cerita Izzah. “Ibu rasa dia takut
pisang berbuah dua kali. Yalah, dengan keadaan diri dia yang macam tu
mesti dia tak yakin. Reen cubalah yakinkan dia ya? Jangan putus asa.
Suatu hari nanti mesti dia dapat lihat keikhlasan hati Reen,”
nasihatnya. Dia tak kisah siapa pun pilihan anaknya yang penting anaknya
itu bahagia. Baginya pasti ada keistimewaan pada budak lelaki itu
sehingga Izzah boleh tersangkut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience