Tiga Belas

Other Completed 44787

HyQarl mula tersedar apabila matahari menunjukkan wajah. Dipeluk gadis disebelah yang disangkanya Cinta.

Syuhadah berpaling kearah HyQarl. Dan HyQarl mula terkejut melihat Syuhadah disisinya.

"Syu!!" Teriak HyQarl.

Syuhadah berpura tak tahu dan menangis teresak atas apa yang dilakukan oleh HyQarl padanya.

Mariana yang melihat Syuhadah dan HyQarl yang tidak mengenakan seutas benang tersenyum.

HyQarl mengambil pakaiannya yang berselerak dilantai lalu masuk kekamar mandi.

Keluar dari kamar mandi dia meninggalkan Syuhadah dan Mariana didalam bilik itu.

HyQarl memandu pulang kekondonya. Dia mulai menyesal dengan perbuatannya. Sampai di kondo, Dia tidak menemui isterinya.

Namun Cinta tahu statusnya kini. Dia meninggalkan nota diatas meja bersama sarapan pagi yang dibuatnya.

-SAYA PERGI KEDAI SAYA. AWAK JANGAN LUPA MAKAN SEBELUM PERGI KERJA.
Cinta Jasmin-

Dia tersenyum berbunga melihat sarapan yang terhidang diatas meja makan.

Perutnya mulai berkeroncong dan mula makan sarapan. Tak disangka air tangan isterinya lebih sedap bebanding air tangan Syuhadah.

Kenyang bersarapan, Dia mula menyiapkan diri untuk pergi bekerja. Dia masuk kedalam bilik untuk menggosok uniformnya namun dia melihat baju uniform dan baju t kerjanya sudah tergantung dan bergosok.

"Thanks Sayang." Katanya sendiri.

Dia mula menghubungi Cinta. Selang beberapa deringan Isterinya menyambut panggilannya.

"Assalammualaikum." Sapa Cinta.

"Waalaikumsalam. Sayang sibuk ke?" Tanya HyQarl.

" Baru je rehat lepas menyusun jualan bunga." Kata Cinta.

"Terima kasih sayang, sebab dah buatkan sarapan dan menggosok uniform Abang." Kata HyQarl.

"Ok. Tu semua memang tugas seorang isteri." Kata Cinta.

"Lunch ni Abang ambik sayang ye. Kita Lunch sama-sama." Kata HyQarl.

Namun Cinta menolak atas sebab sibuk dengan tempahan.

Walaupun rasa kecewa. Namun HyQarl belajar mengawal dirinya.

"Ok Takpe. Abang faham." Kata HyQarl.

Cinta memutuskan panggilan. Setelah selesai bercakap.

Malas nak melayan Gila HyQarl. Dia melihat lebam dimata dan Bibirnya. Hanya mampu mengeluh. Inilah akibat menerima perkahwinan bodoh ni."

-PEIABAT PEGUAM BELA LUTHFI-

Luthfi telah memesan bunga ros putih dari kedai bunga dibangunan sebelah Pejabat Guamannya Kedai Bunga CJ Florist.

Bunga khas menyambut hari ulangtahun kakaknya Layla.

Dia menghubungi Kedai itu lalu bertanya akan tempahannya. Gadis itu telah mengatakan tempahannya telah siap dan boleh untuk diambil.

Luthfi berkira-kira waktu luangnya untuk mengambil tempahannya. Namun semua jadualnya penuh hari ni.

Dan dia meminta agar gadis itu menghantar kepejabatnya sebelum pukul 4 petang lalu gadis itu menyetujuinya.

Luthfi telah berjanji pada anak saudaranya untuk memberikan kejutan lepada Layla ketika mereka menyambutnya pulang diairport malam ni.

Melihat jam di pegelangan tangannya, sampai waktu untuknya pergi ke Mahkamah kerana ada kes yang perlu diselesaikan.

Dia mengambil briefcasenya dan menapak keluar dari ruang pejabatnya.

"Dil, nanti kalau aku tak sempat, tolong jemput Sarah di sekolahnya." Kata Luthfi pada Aidil sepupunya yang bekerja dibawahnya.

"Ok Bang." Balas Aidil kemudian.

Luthfi kemudian meninggalkan Aidil dimejanya lalu menghilang dibalik pintu utama.

Dalam perjalanan di terbayangkan gadis disebelah bilik Sarah sewaktu dihospital dulu. Haruman yang tak pernah dihidunya dimana-mana membuatkan dia hingga sekarang mencari wangian itu diseluruh kedai perfume.

Luthfi juga teringat akan kata Sarah. Sebelum dia meninggalkan Sarah dirumah Layla.

"Aunty tu baik tau Papa. Manis ayu wajah dia." Kata Sarah.

"Aunty mana ni Sarah. Jangan nak melalut." Kata Luthfi yang sedang fokus memandu.

"Ala Aunty Cinta." Kata Sarah lagi.

"Cinta Qaisarah, Jangan nak cakap bukan-bukan. Sarah lat dalam bilik tu tadi dengan Uncle apa tadi nama dia?" Tanya Luthfi.

"Uncle Thariq." Kata Sarah.

"Hah. Uncle Thariq. Dan siapa tu ntah. Takde Aunty kat sana." Kata Luthfi.

"Adalah Papa. Aunty tu baik. Tapi sayang kepalanya berbalut." Sarah berkata dengan mimik wajah sedih.

"Sarah." Luthfi mula pening dengan kerenah satu-satunya anak saudaranya.

"Sarah sempat kucup tau pipi Aunty tu. Lembut. Mulus. Gebu." Kata Sarah.

Luthfi memandang wajah Sarah disisinya.

"Betullah Pa. Sarah Kiss pipi Aunty tu. Uncle Thariq pun cakap Pipi Aunty tu ada aura yang buat Uncle Thariq dan Uncle Hilal tu Kecanduan." Kata Sarah lagi.

"Termasuk Sarah lah Candu dengan pipi Aunty tu?" Tanya Luthfi.

"Haah. Kalau boleh Sarah nak kiss lagi tiap pagi." Kata Sarah.

"Sarah Kiss Mommy je." Kata Luthfi.

"Hmm tak sama Pa." Kata Sarah.

"Why. Tell me." Kata Luthfi.

"Aunty tu dia wangi. Wangi macam bauan bunga. Memang buat Sarah nak melekat dengan Aunty tu hari-hari." Kata Sarah.

Luthfi tak membalas kata Sarah. Sebab dia juga pernah terhidu haruman sigadis memang boleh membuat lelaki kecanduan dengan bauannya.

Luthfi tersenyum sendiri mengenangkan perbualannya bersama Sarah.

"Cantik sangat ke gadis tu?" Tanya Luthfi pada dirinya.

Dia membelokkan keretanya masuk kekawasan Mahkamah Tinggi. Memakirkan keretanya dan dia terhidu bauan yang sangat tidak asing di rongga hidungnya.

"Bauan ni?" Tanyanya sambil memerhatikan kawasan sekeliling. Terlihat pengawal keselamatan yang berdiri didepan pintu pagar, dia melambaikan tangan pada seseorang.

Luthfi menyegetkan sedikit badannya agar terlihat siapa yang dilambai oleh pengawal itu. Terlihat dimatanya seorang gadis yang mengenakan Hoodie labuh hingga ke paras tumit dan tudung Shawl yang indah terlilit dikepalanya.

Namun dia jelas terlihat gadis itu tidak membalas lambaian pengawal itu lalu berjalan kaki meninggalkan kawasan mahkamah.

"Siapa gadis tu? Bauan dia sama dengan bauan masa aku masuk dalam bilik tu." Kata Luthfi dan terus berjalan masuk ke pintu ruangan Mahkamah.

Persidangan berjalan lancar. Kes yang dipegangnya menang kerana pihak lawan tidak dapat menunjukkan bukti yang kukuh terhadap pertuduhan yang dibuat.

Keluar dari ruangan, Dia melihat jam ditangan lalu mengambil phone dipoket seluarnya dan menghubungi Aidil.

Baru beberapa deringan, Aidil menjawab.

"Dil kau kat mana?" Tanya Luthfi.

"Aku baru lepas ambik Sarah." Kata Aidil.

"Ok Jumpa dekat McD." Kata Luthfi.

"Ok boss." Kata Aidil lalu memutuskan panggilan.

Seorang peguam wanita menghampirinya lalu ingin berjabat tangan dengannya.

"Tahniah Luth." Kata Nabila.

"Terima kasih." Balas Luthfi dan hanya mampu tersenyum tanpa menyambut huluran Nabila.

"Jom I belanja You hari ni atas kejayaan You and team." Kata Nabila.

"No thanks. I nak jemput Anak I balik sekolah. See You." Kata Luthfi lalu masuk kedalam keretanya dan meninggalkan Nabila di tempat Parking berdiri melihat keretanya menghilang dari pandangan

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience