BAB 15

Horror & Thriller Completed 4761

Si pemandu tidak henti-henti menyumpah seranah dirinya sendiri kerana sanggup melakukan tugas tersebut semata-mata inginkan bayaran gaji lebih untuk hari itu. Aku cuma berdiam diri.

Apabila kami sampai kesuatu kawasan dimana kelihatan sebuah rumah kayu usang yang seperti sebuah surau, aku ternampak sesusuk tubuh sedang berdiri dibawah pokok besar yang rimbun. Hujan sudah mula lebat.

Apabila kami menghampiri pokok tersebut, kelihatan seorang perempuan berkain batik dan berbaju lusuh sedang mengendung bayi yang ditutupi dengan kain putih. Mungkin untuk melindungi bayi itu dari terkena hujan.

Kami berhenti untuk bertanya. Wanita tadi cuma menundukkan mukanya. Dari gerak-gerinya, dia kelihatan seperti seseorang yang sedang menangis teresak-esak. Aku memberi salam, tetapi tidak diendahkan.

Oleh kerana hilang sabar, si pemandu terus menengking sambil menghenjut bahu wanita tadi. Kali ini wanita itu mengangkat mukanya. Jantungku serta-merta terhenti apabila melihat wajah wanita itu.

Matanya kosong, mukanya dipenuhi darah dan luka-luka. Dengan suara yang garau dia berkata, "Kau yang membuat aku begini." Sambil dia membuka kain putih yang menyelimuti bayinya.

Rupa-rupanya bayi itu adalah sebuah nisan kayu yang berdarah. Si pemandu terus jatuh pengsan. Wanita tadi terus berpaling kearah aku. Aku menggigil. Dia seperti terawang-awang dan menghampiriku. Aku terus melompat keluar dan lari sekuat-kuat hatiku tanpa menoleh ke belakang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience