BAB 38

Romance Completed 3910

Hajjah Mastura dan Haji Alyas sudah diberitahu tentang penyakit misteri yang menyerang Amirul tiba-tiba. Mereka sekeluarga datang untuk melihat keadaan Amirul yang tidak berselera untuk makan. Dia hanya memilih makanan kesukaannya yang langsung tak berkhasiat. Makanan yang dikutuknya sebelum ini,makanan itulah yang dimakannya hari-hari. Di waktu pagi pula Amirul akan muntah-muntah hingga adakalanya sampai menyebabkan dia pengsan. Amirul sudah dibawa ke hospital dan diperiksa namun doktor tidak menemui puncanya.

''Mirul tau tak,Along ada sorang kawan dulu,macam ini jugaklah penyakitnya,asyik muntah-muntah dan suka makan benda pelik-pelik,seminggu selepas tu, Inna Lillahiwainna Hilahiraji'un,.'' Fatimah Az-Zahra kakak sulung Amirul sengaja menyakat Amirul dengan kata-katanya sambil cuba menahan senyum,matanya melirik kepada Rasyid adiknya yang nombor dua. Mereka bermain mata dalam diam tanpa disedari orang lain.

''Seminggu? Okey lagilah tu, kawan Angah,sehari selepas tu,tau-tau jumpa mayat dia dah terbujur atas katil sorang-sorang'' Rasyid menambahkan rencah dalam kata-kata kakaknya. Sejak mereka tahu perubahan Amirul dan selepas memeriksa komputer Amirul mereka berpakat untuk menakutkan Amirul agar Amirul insaf dengan segala perbuatannya.

''Habis tu,macam mana ni abang? Kita nak bawa balik ke Amirul ni? Buat kenduri bacaan Yasin ke, Mas tak tergamaklah,nanti tak sempat pula,.'' Hajjah Mastura turut menyampuk. Haji Alyas sedang memikirkan kata-kata anak-anak dan isterinya. Amirul pula hanya tunduk membisu.

''Macam mana dengan Nurul? Nak ikut kami balik?'' Haji Alyas mengajukan soalan untuk Nurul. Semua mengalihkan pandangan ke arah Nurul pula. Nurul cuma mengangkat bahu sebagai jawapan tidak tahu.

''Mirul macam mana? Nak balik atau nak tinggal di sini terus? Walid suruh tinggal di sini untuk menyara keluarga tapi baru sebulan kerja dah jatuh sakit? Badan lemah!,..macam tu ke anak jantan?'' berdesing telinga Amirul mendengarnya. Macamlah penyakit yang sedang menghuni badannya ini adalah kehendaknya. Siapa yang mahu mengalami keadaan ini? Bangun pagi asyik muntah-muntah. Perut pula asyik meloya sepanjang masa. Makan itu tak kena,makan ini tak kena. Dia hanya boleh makan mee segera dan jeruk buah-buahan,itu pun adakalanya akan keluar semula. Bila ibu mertuanya memasak nasi atau menumis gulai,Amirul sudah lembik akibat muntah-muntah. Bila dia teringin nak makan sesuatu, benda tu harus ada di depan mata. Kalau tak dapat apa yang dia nak Amirul rasa amat terdera perasaannya.

''Ikut walidlah!,.Mirul tak kisah,'' Amirul bersuara akhirnya. Dia sudah tiada daya nak membantah,nama saja ada isteri tapi Nurul tak pernah menganggapnya sebagai suami pun walau kadang-kadang Nurul melayannya agak baik. Baik bila Amirul tak buat hal,bila Amirul sentuh sikit Nurul mula menjadi harimau betina.

''Hmmm,.boleh kalau nak balik,tapi komputer semua walid rampas,takkan ada internet dan sebagainya. Hanphone pun guna saja apa yang ada,takkan ada handphone canggih. Duduk saja di rumah hingga sembuh,bila kuat wajib pergi solat di masjid. Boleh macam tu?'' Amirul serba salah. Kalau balik pun kebebasannya masih tetap dipantau. Dunia zaman siber tanpa internet agaknya begitu membosankan. Di sini kalau tak ada internet tak kisahlah sebab di rumah ini ramai,kadang-kadang pemuda-pemuda kampung selalu berkumpul di rumah ibu mertuanya terutamanya kawan-kawan Nabil dan Habil. Kawan-kawan Nasrul dan Nazri juga rajin bertandang ke sini bermain badminton dan sebagainya. Tiada istilah bosan di sini walau tanpa internet. Amirul menarik nafas. Kalau balik KL Nurul tak mahu ikut nanti dia tentu sunyi kerana tak dapat bergaduh dengan Nurul lagi. Erkk?,.Amirul pandang Nurul seketika,mencari sesuatu di sebalik wajah selamba Nurul.

''Kau nak ikut?'' Amirul tanya Nurul. Nurul geleng pantas.

''Aku nak sekolah,buat apa ikut?'' Nurul menjawab tegas. Dia bernekad untuk terus sambung belajar dan menghabiskan persekolahannya. Sebelum ni dia mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM tapi abahnya tak mampu nak menghantarnya ke Universiti,terpaksa dia melanjutkan pelajaran ke tingkatan enam. Bila abahnya meninggal,Nurul sanggup berkorban demi adik-adiknya dan berhenti sekolah namun rezeki memihak kepadanya bila dia berkahwin dengan Amirul,Haji Alyas nak membiayai persekolahan dia dan adik-adiknya.

''Tak apalah walid, Buat apa ada isteri kalau sorang di utara,sorang di barat?'' Amirul buat keputusan mendadak. Semua mata memandang ke arahnya. Cakap tak serupa bikin! Baru tadi Amirul cakap tak kisah.

''Hai..tadi cakap nak ikut kata walid,ni dah lain pulak?'' Amirul tersengeh mendengar kata-kata Haji Alyas sambil mengaru tengkuknya.

''Macam nilah,.ummi ingat,Mirul ikut dulu kami balik,kita pergi buat pemeriksaan di hospital pakar. Ummi ada jugak dulu sorang kawan yang muntah-muntah macam ni,selepas buat pemeriksaan rupanya dia ada barah.'' Hajjah Mastura membuat keputusan untuk Amirul. Haji Alyas,Fatimah Az-Zahra,Rasyid juga isterinya dan suami Zahra,masing-masing menganggukkan kepala tanda bersetuju dengan pendapat Hajjah Mastura.

''Nak kena balik jugak ke ummi?'' Amirul menyoal Hajjah Mastura kembali,sekali lagi matanya melirik ke arah Nurul,mana tahu kalau-kalau Nurul nak menghalang umminya dari membawa dia pulang ke Kuala Lumpur namun dia kecewa bila Nurul langsung tak beriak resah. Macam suka lagi adalah.

''Tanya ummi tapi mata pandang Nurul. Kenapa? Dah sayang isteri tu? Baguslah kalau macam tu! Kalau sayang kenalah balik berubat dulu. Nurul tu masih sekolah,mana nak belajar lagi,nak jaga Mirul lagi,kesian dia!'' seperti mengerti maksud pandangan Amirul kepada Nurul Hajjah Mastura sengaja menduga perasaan anak terunanya itu. Wajah Nurul pula yang berbahang,Amirul tertunduk tersipu-sipu,tidak menyangka umminya akan membaca isi hatinya.

''Sapa tak sayang bini ummi oii,.tempat jatuh lagi dikenang,inikan pulak bantal peluk malam-malam,.'' Amirul sengaja pula menyakat Nurul,sedangkan hakikatnya nak sentuh pun tak boleh,inikan pula nak peluk. Wajah Nurul berbahang kembali,kecil saja Amirul diperhatikannya. Orang lain hanya mampu mengelengkan kepala. Adik-adik Nurul yang turut ada bersama sudah tergelak kecil.

''Haih!,.masa nak nikah hari tu macam terpaksa ja,ni dah sayang nak tinggal pulak,jangan-jangan Mirul ni sakit sebab pembawa budak kot ummi?'' Rasyid ingin bergurau senda dengan adik bongsunya sambil memandang Amirul dan Nurul silih berganti. Nurul terpana seketika mendengar kata-kata Rasyid. Dalam diam dia menghitung hari selepas dia diperkosa oleh Amirul dan haid terakhirnya. Hari ini dah masuk minggu ke-9 dan Nurul belum lagi datang haid selepas dia diperkosa,adakah? Wajah Nurul terus pucat,air matanya bergenang tiba-tiba.

''Betul ke Nurul?'' Hajjah Mastura turut berminat dengan kenyataan Rasyid. Amirul memandang wajah Nurul inginkan kepastian,kalau Nurul mengandung bermakna anak itu hasil nafsu serakahnya sebelum mereka nikah,ini bermakna Nurul mengandung anak luar nikah. Ah! Harap-harap serkap jarang abang Syid tak mengena. Amirul berbisik di dalam hati.

''Nurul tak tau ummi,tapi Nurul ada baca novel, bila bini hero mengandung hero yang kena alahan,lepas tu bila Nurul nikah dengan abang Mirul,Nurul berdoa hari-hari,biar abang Mirul yang tanggung alahan tu kalau Nurul termengandung. Takkan doa Nurul makbul kot ummi?'' Nurul bersuara dalam rasa keliru. Semua mata memandang ke arahnya. Amirul sudah membeliakkan mata geram. Marah sangatkah Nurul dengannya sampai sanggup berdoa macam tu?

''Bila haid terakhir Nurul'' Zahra pula bertanya. Nurul terkumat kamit untuk menjawab. Dia serba salah untuk menjawab.Akhirnya dia menghampiri Zahra dan berbisik kepada Zahra.

''Pagi selepas abang Mirul perkosa Nurul'' Zahra mengeluh. Orang lain tertanya-tanya apa yang dibisikkan Nurul. Amirul terus memandang Nurul,tidak puas hati dengan gelagat Nurul.Nak berbisik bagai,bagitau sajalah! Hatinya membentak.

''Hmm,.nanti Nurul ikut akak,kita pergi chek ya. Mirul pun kena pulang KL jugak,Mirul pun kena chek jugak,manalah tau kot-kot betul ada penyakit lain. Kalau kena barah masuk peringkat 4 nanti tak sempat pulak nak bertaubat,'' Zahra sengaja lagi untuk mengusik Amirul,walau dia sudah pasti Amirul hanya terkena alahan.

''Kak Zahra macam nak sangat Mirul mati cepat nampaknya? Yalah! Mirul taulah,Mirul ni jahat!'' Amirul bersuara sebal. Zahra dah mencebikkan bibirnya. Nak sentaplah sangat!

''Asyik bersembang ja ni,Nurul!,jom tolong ibu,kita masak dulu. Apa-apa hal pun,lepas ni kita sembang lain. Ada ikan keli tu,tadi pak ngah Moksin hang bagi,kita buat gulai pun sedap jugak tu,'' mendengar saja ibu mertuanya berkata begitu Amirul kembali terasa meloya bila membayangkan gulai yang ditumis,cepat-cepat Amirul bangun untuk melarikan diri ke luar rumah.

''Uwek,uwekk,.'' baru terbayang gulai yang ditumis, Amirul sudah muntah. Orang lain yang memerhati sudah tercengang-cengang.

''Nurul! Tolong ambilkan asam jeruk aku tu,nanti bawa kat pangkin luar tu tau! Aku malas nak duduk dalam rumah,dengar ibu nak buat kari aku dah meloya,.'' mendengar arahan Amirul kepada Nurul semua yang ada sudah menghamburkan tawa, cuma Amirul yang menahan geram seorang diri. Nasib kaulah Amirul!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience