BAB 14

Romance Completed 67139

        RASA sakit yang mencucuk di bahagian kepala membuatkan Aris mengerutkan dahi menahan rasa. Seluruh badannya terasa lenguh menambahkan lagi rasa sakit tersebut.
Berat sahaja dirasakan kepalanya sekarang.

Kelopak mata dibuka perlahan-perlahan. Membenarkan cahaya berpusu-pusu mula memasuki ke dalam kornea matanya.

Cahaya lampu kalimantang yang terang itu serta-merta membuatkan Aris mengedipkan mata beberapa kali cuba membiasakan dengan keadaan di sekelilingnya sekarang.  

Pandangannya yang sebentar tadi kabur kini sudah jelas membenarkan dia mengenal pasti keadaan sekeliling. Dia meliarkan pandangan.

Aris menelan air liur yang terasa kesat. Kerongkongnya kering kekurangan air. Dia mengelengkan kepala apabila sakit di bahagian kepalanya kembali semula.

Aris cuba memegang bahagian kepalanya yang sakit tetapi pergerakannya terhalang oleh sesuatu. Sekali lagi dia mencuba tetapi gagal apabila menyedari kedua pergelangan tangannya diikat.

Pandangannya jatuh pula pada pergelangan kakinya yang turut diikat sama. Aris mendengus geram. Sukar untuk dia mengambil pisau belati yang disorokkan di belakang kasutnya dengan pergelangan tangan yang diikat.

Aris mula memerhatikan seluruh pelusuk ruangan tersebut. Mencari sesuatu yang dapat dia gunakan untuk melepaskan diri. Sebuah cctv yang diletakkan pada dinding dipandang lama.

Lampu merah yang berkelip pada cctv itu menandakan dirinya sedang dirakam. Aris mengukir senyuman sinis dengan sengaja pada kamera cctv tersebut. Tahu Aiden dan Irsyad sedang memerhatikan dirinya sekarang.

Secara tiba-tiba, pintu besi besar di hujung ruangan tersebut dibuka oleh seseorang. Aris menoleh kepala ke arah pintu tersebut serta-merta.

Kelihatan Irsyad yang berada disebalik pintu itu. Aris memerhatikan sahaja belakang badan Irsyad yang sedang menutup semula pintu.

“Long time no see.”

Sapa Irsyad mesra, dia berjalan mendekati Aris yang sedang bersandar pada dinding. Matanya sempat memeriksa pergelangan tangan Aris masih diikat.

“Apa kau buat dekat sini? Nak bunuh aku?”

Balas Aris kembali dengan nada biasa. Dia menegakkan tubuh. Bersiap sedia sekiranya Irsyad akan membuat serangan mengejut terhadap dirinya. Dia mula mengambil langkah berwaspada memandangkan dia berada di tempat musuh.

“Kau diam boleh tak? Memang nak mati sangat ke?”

Laju saja mulut Irsyad membidas kata-kata Aris. Tak puas hati dengan Aris yang tak habis-habis menuduh dia mahu membunuh lelaki itu. Ingat dia tak ada kerja lain?

Selagi tiada apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh Aiden, Irsyad tak dapat melakukan apa-apa kepada Aris. Dia hanya bekerja di bawah arahan Aiden sahaja.
Bukan sesiapa.

“Apa kau bagi sampai aku pengsan?”

Tanya Aris cuba menukar topik. Dalam masa yang sama, dia turut rasa ingin tahu apa yang diletakkan di dalam tubuhnya.

“Itu semua tak penting. Yang penting kau tak mati lagi. Puas hati?”

Jawab Irsyad nak tak nak. Dia mengerling jam di tangan. Sudah lebih kurang 15 minit dia berada di situ. Tujuannya hanya mahu memeriksa keadaan Aris sahaja.

Memandangkan keadaan Aris yang sihat walafiat, Irsyad mengambil keputusan untuk keluar dari situ untuk melaporkan keadaan Aris kepada Aiden.

“Lepaskan aku.”

Irsyad pandang Aris dengan senyuman mengejek. Dia mencangkung berdekatan dengan tempat Aris bersandar dengan berani. Langsung tak takut sekiranya Aris tiba-tiba menyerang dirinya.

“Kau ingat aku bodoh?”

Perli Irsyad sedas. Tak termakan dengan kata-kata yang keluar daripada mulut Aris. Dia tahu lelaki itu mahu melepaskan diri dengan cara kotor sekalipun.

Aris tersenyum sendiri, tahu helahnya tak dapat diguna pakai lagi. But please, dia ada banyak lagi helah yang dia tak gunakan lagi terhadap Irsyad.

“Bukan kau memang bodoh ke?”

Sengaja Aris cari pasal. Irsyad mengangkat sebelah keningnya. Dia patut puji semangat Aris yang masih tak berputus asa cuba menguji kesabaran dia walaupun sedikit pun tak berjaya.

“Aku yang bodoh? Kau pasti? Siapa yang kena ikat sekarang ni, aku ke kau?”

Irsyad menjeling ikatan kemas yang berada di kedua-dua pergelangan kaki dan tangan Aris yang diikat. Aris cuba meleraikan ikatan tersebut dengan paksa.

Tercabar apabila mendengar kata-kata Irsyad. Kaki Irsyad menjadi sasaran Aris. Tanpa amaran, Aris mendekati Irsyad. Dengan tangannya yang terikat, dia menyiku kaki Irsyad sehingga lelaki itu hilang keseimbangan lalu jatuh.

Aris tersenyum puas hati.

“Baru usik sikit dah jatuh? Lemah.”

“Kau...”

Bunyi deringan telefon milik Irsyad memenuhi segenap ruangan tersebut. Irsyad menjeling tajam ke arah Aris sebelum mengangkat panggilan itu tadi.

Aris hanya menjadi pemerhati. Sukar untuk dia mencuri dengar perbualan Irsyad. Matanya bergerak pada pisau belatinya yang sudah terkeluar daripada pergelutan dia dengan Irsyad sebentar tadi.

Apabila menyedari pandangan Irsyad beralih ke arahnya, dia segera menyepak pisau tersebut jauh daripada pandangan Irsyad. Aris menjeling seketika pisau tersebut yang sudah tersorok daripada pandangan Irsyad.

“Baik, Tuan.”

Kedengaran suara Irsyad mengungkapkam kata-kata itu sebelum dia menamatkan panggilan. Aris beriak tenang walaupun dia sudah tahu siapa yang menghubungi Irsyad pada ketika itu.

Aiden.

“Duduk sini diam-diam. Jangan mati lagi.”

Arah Irsyad memberi amaran kepada Aris sebelum bergegas pergi. Aris hanya bersikap bersahaja. Muka selamba ditayang. Bahunya siap diangkat tanda tak kisah. Bibirnya tersenyum senget.

“Tengoklah macam mana.”


“KAU setuju?” Adila pandang muka Adara dengan riak muka tertanya-tanya. Terasa saspens dia menunggu jawapan daripada Adara. Rasa ingin tahu membuak-buak dalam diri Adila selepas membaca kontrak kahwin yang ditawarkan Aiden kepada Adara.

Nak jawab pun susah ke minah ni?

Adara angkat bahu tanda tak tahu. Dia tak memberi jawapan sama ada ya atau tidak. Dia buntu. Tak tahu nak pilih yang mana. Atau dengan kata lain, dia takut buat pilihan yang salah atau terburu-buru.

“Aku tak tahulah, Dila. Kalau aku setuju, nak ke nenek terima menantu lagi lepas apa yang Iqbal dah buat? Lagipun Iqbal tu nenek memang dah lama berkenan nak buat menantu. Dah kenal lama. Takkan dia nak terima orang asing macam Aiden yang entah dari mana datang tu jadi suami aku, Dila.”

Adara menghempaskan kembali tubuh di atas katil. Dia meraup muka mengenangkan nasib hidupnya. Adila mengambil tempat disebelah Adara. Kasihan dengan nasib kawan baiknya.

“Hmmm, susah betul masalah kau ni. Bodyguard kau mana? Dia tak boleh tolong ke?”

Tanya Adila ingin tahu. Apa gunanya ada bodyguard kalau tak boleh guna kan? Adara memusingkan tubuh menghadap Adila serta-merta. Dia baru teringat tentang Aris.

“Itupun aku tak tahu. Apa aku nak buat ni, Dila.”

Keluh Adara. Dia menyembamkan wajah pada bantal. Otak sedaya upaya cuba mengingat bila kali terakhir dia berjumpa Aris. Adila mengeleng kepala melihat tingkah Adara yang tak ubah seperti seorang isteri hilang suami.

Cuma kali ini lain sedikit. Sebab Adara hilang tunang bukan suami.

Lagipun bakal suami dia Aid-

“Aiden!”

Adila pandang Adara dengan pandangan pelik. Takkan Adara boleh dengar apa yang dia cakap dalam hati tadi?

“Aku rasa Aris ada dengan Aiden.”

Terang Adara lagi, dia segera bangun lalu duduk bersila di atas katil. Adila menarik nafas lega. Mati-mati dia ingatkan Adara boleh baca fikiran dia tadi. Kus semangat!

“Maksud kau? Aris ada dengan Aiden? Dia kerja untuk Aiden ke?”

“Tak. Aris kerja untuk Iqbal. Tapi Aiden culik dia.”

“What?!”

Adila mempamerkan riak muka tak percaya. Culik? Ingat ini benda main-main ke nak culik orang. Tapi Aiden culik orang? Biar betul.

“Kau yakin ke Ara?”

“Maybe. Aku dah cakap aku tak tahu!”

“Kita report polis.”

Adara dapat rasa laporkan Aiden pada pihak polis merupakan idea yang buruk. Walau sebesar mana rasa benci dia pada Aiden, dia tahu bahawa Aiden bukanlah orang yang boleh dibuat main.

Pengaruh lelaki itu tak dapat dinafikan sangat kuat dan besar. Hanya dengan keberadaan Aiden sahaja sudah boleh membuatkan orang di sekelilingnya terasa gerun.

Tapi ada Adara kisah?

Not even a little bit.

“Ara, kalau betullah Aris ada dengan Aiden, kau boleh mintak tolong Aris kan untuk cari Iqbal. Lagipun Aris memang kerja untuk Iqbal kan?”

Adara mengangguk tanda mengiyakan kata-kata Adila. Dia sendiri masih memikirkan baik buruk tindakannya nanti.

“Kalau macam tu Ara, aku rasa cuba kau minta tolong Aris dulu. Kalau dia tak boleh tolong barulah kau terima tawaran Aiden. Okay?”

Cadang Adila menggunakan buah fikirannya. Walaupun sebenarnya dalam diam, dia berharap Adara menerima tawaran Aiden.

Kenapa?

Hello!

Siapa saja yang gila nak tolak Aiden jadi suami hah?

“Aku setuju.”

Adara memberikan kata putus. Kata-kata Adila berjaya memujuk Adara bersetuju untuk meminta pertolongan daripada Aris dahulu.
Tentang tawaran Aiden itu nanti sahajalah dia fikirkan.

Dia masih ada lebih kurang dari seminggu sebelum memberikan keputusan. Adara segera bangkit dari katilnya.

“Kau setuju untuk apa ni Ara? Aris ke Aid--”

“Aris.”

Laju sahaja Adara mencantas. Dijeling Adila yang tak habis cuba menyebut nama Aiden sejak dari tadi. Adila tayang sengih tak bersalah.

“Tunggu kejap aku nak siap.”

“Nak pergi mana?”

Tanya Adila hairan. Mana tidaknya, punya kelam kabut Adara bersiap. Dia menongkat dagu menunggu Adara.

“Balai polis.”

Adila mengangguk tanda faham mendengar jawapan tersebut. Dia tak menyangka secepat ini Adara mahu bertindak. Tak rileks langsung.

“Tapi kau betul tak nak fikir tawaran Aiden?”

Tanya Adila lagi cuba mengusik. Adara buat muka menyampah. Kadang dia terfikir, Adila sokong dia atau Aiden sebenarnya?

“Kau jelah Dila, kahwin dengan dia.”

Bidas Adara malas melayan. Adila sudah melepaskan tawa halus. Nak gurau pun tak boleh.

“Siapa yang nak kahwin dengan siapa ni?”

Tegur Nek Kalsum yang tiba-tiba muncul di muka pintu. Kelihatan sedulang hidangan sarapan ditatang oleh Nek Kalsum. Mahu diberikan kepada Adara sebenarnya.

Tetapi tak sangka dia datang pada waktu yang salah pula. Adara sudah memberi isyarat kepada Adila untuk berdiam diri. Dia segera mendapatkan Nek Kalsum.

“Tak ada siapa, Nek salah dengar ni sebenarnya.”

Adara berikan pandangan tajam kepada Adila untuk membantunya. Kalau bukan sebab Dila yang bangkitkan isu kahwin ni memang nenek tak tanya.

Adila yang menangkap isyarat Adara turut berlakon sama.

“Betullah apa Ara cakap tu nenek.”

Nek Kalsum hanya memerhatikan tingkah Adila dan Adara. Tahu ada sesuatu yang disorokkan daripada pengetahuan dia. Dia menunggu masa sahaja untuk mengetahui segalanya.

“Tapi Adara ada cakap yang dia ada orang baru-”

“ADILA!”

       

LATE NIGHT UPDATE! Ada yg tak tidur lagi ke tu? Will update tomorrow too, ;) Happy reading Stay tune ! Gudnite

Share this novel

norsila
2022-01-31 08:38:46 

janji ada cpr baru ..hehehe .


NovelPlus Premium

The best ads free experience