Rate

Chapter 2 - Bebas Dari Beban

Romance Completed 270603

Arwa mula melakar kerjanya. Apa yang Arwa belajar, bekerja sebagai designer paksaan sangatlah terseksa!

Ditambah pula, layanan ketika dirinya cantik dengan sekarang sangatlah berbeza!! Nampak sangat tak ikhlas.

Arwa menambahkan sepaket gula ke dalam air tehnya.Bukan dirinya tak cuba mendapatkan beratnya semula.

Arwa pernah cuba makan buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan kurus seperti yang dicadangkan oleh seorang blogger dan artis. Namun semua itu tidak sesuai dengan Arwa. Jika Arwa meneruskannya, Arwa akan mendapat sakit.

Arwa juga pernah menggulung dirinya dengan plastik wrap pembungkusan makanan di anggota badannya untuk kelihatan kurus seperti dulu. Namun padahnya, Arwa sendiri tidak dapat bernyawa.

Oleh itu, Arwa membiarkan dirinya seperti itu saja. Sebenarnya ada sesuatu tentang berdiet yang kita tahu kaedah yang terbaiknya ialah sentiasa bersenam dan tidur secukupnya. Tidur secukupnya!!!

Paling utama, elakkan stres ialah sentiasa positif.

Arwa menghirup air tehnya itu.

"hmmm" Arwa berasa tenang.

"Teruskan..." suruh Arwa tanpa mempedulikan apa yang sedang berlaku sekarang

"Arwa!" marah bos Arwa

"awak ni macam tak peduli apa yang saya katakan kan??" marah bosnya

Arwa menghembus nafas penat.

"ni bos, pergi masuk balik bilik bos tu. Saya ada banyak kerja ni. Tak ada masa nak layan orang gila!" selamba Arwa mengata bosnya

"Arwa!" bosnya menuding jari.

"bos nak pecat saya ke?" tanya Arwa

"pecat la.. Saya dah letih kerja kat sini. Boring! Dapat bos tak hensem pula!! Hilang semangat doo" kutuk Arwa

Bosnya menahan sabar.

" nasib hutang ayah kau tak habis lagi! Kalau tak, dah lama aku buang kau!" geram bosnya

"habaq pa?! Tak tanya pun" balas Arwa

Bosnya memandang tajam ke arah Arwa.

Kan dah cakap, Arwa ni baik tapi perangainya mashallah!

Ada tak pekerja halau bosnya sendiri?? Kalau ada memang cari pasal nak dibuang kerja.

"Dah.. Dah.. Pergi keluar" halau Arwa

Arwa menolak bosnya keluar dari biliknya. Arwa menutup pintu.

Pekerja-pekerja di situ melihat Arwa menolak bosnya keluar dari biliknya.

"kurang ajar Arwa ni! Tak pandai hormat orang tua! korang semua jangan jadi macam dia!" bebel bosnya

"korang buat perangai macam tu saya pecat!! Tapi dia saya tak boleh pecat lagi!"

Arwa duduk di tempatnya kembali. Arwa hembus nafas lega.

Arwa melihat kalendar. Lagi 30 hari, hutang ayahnya terhadap bos itu akan langsai setelah dia bekerja 4 tahun sebagai designer paksaan di sini.

Arwa mengambil telefonnya. Arwa melihat mesej dari Rizal.

Rizal : hai, Arwa.. Jom jumpa malam ni

Rizal: saya ambil awak

Arwa : ok!

Arwa meletakkan telefonnya di atas meja. Gula-gula diambil lagi.

Arwa mengambil telefonnya untuk melihat Rizal sudah membalas mesejnya atau belum.

"kenapa aku rasa Rizal ni lain sangat?" tanya Arwa

"dia dah tak macam dulu" fikir Arwa

"entah la.. Malas fikir" Arwa menutup telefonnya.

Arwa mengemas barangnya-barangnya untuk pulang ke rumah.

---

Arwa menghubungi Bella iaitu kawannya dari kolej lagi.

"kenapa Ar?" tanya Bella

"kau buat apa?" tanya Arwa

"aku macam biasa la"balas Bella

Arwa mencebik tak habis-habis dengan game

" kau pun sama, Ar.. Dulu pun kau gila game juga" ujar Bella apabila mendengar Arwa mencebik

"itu dulu! Bukan sekarang! Dulu dan sekarang lain!" tegas Arwa

"hmmm, lain macam je ni" Bella sudah dapat teka apa yang bakal terjadi jika Arwa marah begitu

"aku stres tahu tak?" luah Arwa

"Rizal ajak jumpa" beritahu Arwa

"hmmm patut la lain macam je. Rupanya sebab Rizal ya" balas Bella

Arwa hembus nafas berat.

"aku lebih suka kau 5 tahun yang dulu, Arwa" beritahu Bella

"aku pun suka aku yang dulu. Dulu aku happy je kan dengan ..... Harghhh, tak payah fikir la" ujar Arwa

"dia dengan aku macam langit dengan bumi!" ingat Arwa

"jangan macam ni, Arwa" tak suka Bella

"Arwa, berapa berat kau sekarang?" tanya Bella

"berapa kali aku perlu beritahu kau?" tanya Arwa

"kau ni rosakkan hari aku la" sambung Arwa

"hati kau ni makin besar macam badan kau la. Mudah sangat terasa kenapa ?" tanya Bella

"aku letak call dulu la" ujar Arwa

Arwa mematikan panggilan. Dalam masa yang sama, Rizal menghubungi Arwa bahawa dia sudah tunggu di bawah.

Arwa keluar dari rumahnya dan menuju ke arah lif. Arwa melihat dirinya di cermin lif itu.

Arwa cuba mengukirkan senyuman. Sudah lama dia tidak senyum.

"awak makin cantik bila senyum nampak lesung pipit" Tetiba satu suara lelaki idamannya terlintas di fikirannya.

Arwa tersentak!

"Arwa... Lupakan dia!" Arwa ingatkan kepada dirinya sendiri.

Arwa masuk ke dalam lif apabila pintu itu dibuka.

---

Ketika di restoran, Rizal memandang Arwa. Arwa hanya makan, makan, makan dan terus makan tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.

Peduli apa dia..orang nak pandang pun , yang penting perut kenyang!

Rizal melihat Arwa makan begitu selera. Arwa pandang Rizal.

"nak?" tanya Arwa

Rizal menggelengkan kepalanya.

Arwa sambung makan.

"cukup tak ni?" tanya Rizal

"cukup dah" balas Arwa

"awak order la lagi awak nak makan apa" suruh Rizal

"betul ke ni?" tanya Arwa

"ye.. Order je.. Saya belanja" balas Rizal

Arwa minum air sambil senyum seronok. Orang nak belanja memang on!

"waitress" panggil Rizal

Pelayan itu memberi menu kepada Arwa. Arwa mengambilnya.

"tak payah tulis" ujar Arwa

"huh?" tak faham pelayan itu.

"bagi saya semua menu page depan ni" pesan Arwa

Ternganga Rizal dan pelayan itu.

"kenapa pandang macam tu? Sikit sangat ke saya order ?" tanya Arwa

"macam ni sikit ke?" tanya mereka

"hmm" angguk Arwa

"selalunya saya order 20 pinggan tau."beritahu Arwa

" banyaknya makan! "komen pelayan itu

" tengok badan la. Kalau kering macam tiang ni, nasi separuh pun tak habis" Arwa tunjuk Rizal sebagai contoh kering macam tiang

"ooo" terkejut pelayan itu

"pergi la masak. Tunggu apa lagi? Saya nak balik ni" ujar Arwa

Pelayan itu segera ke dapur.

       Selang sejam, Arwa sudah habiskan semua makanan yang dipesan tadi.

Bertingkat-tingkat pinggan dan mangkuk disusun di meja mereka.

"Rizal, tunggu jap.. Saya nak pergi tandas" ujar Arwa

Rizal hanya menganggukkan saja. Arwa bangun menuju ke tandas. Rizal melihat pinggan-pinggan yang licin tanpa sisa makanan sedikit pun.

"habis duit aku keluar dengan gemuk ni" Rizal menggarukan kepalanya yang tidak gatal.

Arwa melihat mukanya di cermin.

"harap-harap la dia meluat tengok aku" bisik Arwa sambil membasuh tangannya.

Tetiba seorang wanita cantik juga masuk ke dalam tandas. Wanita itu membelek wajahnya. Ditambah lipstick di bibir.

Arwa melihat wanita itu. Arwa mula teringatkan dirinya ketika zaman dia kurus dan cantik. Ramai yang menyukainya. Sekarang? Semua fake!!

"warna hitam buat kita nampak kurus tapi itu takkan jadi pada aku" bisik Arwa

Dia sedar keadaannya sekarang. Pakailah apa pun,mesti akan jadi cempedak dibalut surat khabar.

Pakaiannya pun susah untuk dicari bila beratnya semakin bertambah. Dari 150 kg menjadi 180. 52kg.

---

Ketika berada di dalam kereta di hadapan rumah Arwa, Rizal memberikan kotak cincin kepada Arwa dan sejambak bunga.

Arwa membuka kotak cincin itu. Arwa teringatkan semula hari pertunangannya dengan Rizal.

"kenapa cincin ni ada kat sini?" tanya Arwa

"sedangkan 3 tahun lepas ia tersarung elok kat jari kau?" tegas Arwa

"Arwa..."

"jawablah!" marah Arwa

"I'm sorry." ucap Rizal

"kita patut..."

"tak perlu!" geram Arwa

"kau ni memang suka buat hal kan Rizal?!" geram Arwa

"2 minggu lagi kita nak kahwin dan kau nak putuskan pertunangan yang dah diikat selama 3 tahun?" tanya Arwa

Rizal diam. Tak tahu cakap macam mana.

"aku dah cakap kan dulu.... Jangan masuk minang aku!! Jangan minang aku!!!" geram Arwa

"tapi kau degil... Even aku tak ada perasaan kau kat kau pun.. Kau tetap nak kahwin dengan aku.. Cinta mati konon!" serius Arwa

"ni apa?? Putuskan pertunangan, 2 minggu sebelum kahwin... Wahhh, dahsyat eh!" marah Arwa

"Arwa..." panggil Rizal

"Rizal, aku masih lagi Arwa Badia yang kau kenal tau." seriusnya

"aku nak tanya kau sebab apa kau tetiba berubah??" tanya Arwa

"sa..."

"tak perlu jawab! Aku dah tahu jawapannya. Sebab aku gemuk kan?" serius Arwa

"Arwa..." panggil Rizal

"sebab aku tak cantik dah kan? Kau malu jalan dengan aku kan?? Kau malu nak mengaku aku ni tunang kau kan?" bertubi-tubi soalan di tanyakan kepada Rizal

"Arwa.."

"aku tahu, Rizal.. Aku sedar keadaan aku sekarang. Dari ramai peminat, sekarang dah tak ada. Banyak yang berubah lepas aku jadi macam ni"

"kau cakap dengan mak kau dan mak aku sendiri dalam hal ni. Aku tak nak masuk campur!" Arwa mengalas begnya untuk keluar.

Arwa melihat bunga itu.

"bunga ni untuk apa?" tanya Arwa

"supaya aku tak nampak jahat nak putuskan pertunangan ni" balas Rizal

"bongok la kau ni. Bagi ke tak, sama je.. kau tetap jahat!" Arwa keluar dari kereta.

"nah, ambil balik bunga ni! Buat semak rumah aku je. Dah la kedekut! Pergi balik! " ujar Arwa sambil melemparkan bunga kepada Rizal.

"by the way, tahniah Rizal!! Kau buat aku benci lelaki seumur hidup aku!" serius Arwa

Arwa berjalan masuk ke dalam rumahnya. Rizal keluar dari keretanya. Cuba mengejari Arwa. Namun Arwa berjalan pantas.

Arwa masuk ke dalam rumahnya. Arwa melemparkan begnya. Geram!

Kemudian Arwa melihat dirinya di cermin.

"hahaahahha" tawa Arwa

Aneh ya Arwa ini. Orang putus tunang, sedih la juga sikit. Tapi bagi Arwa, dia boleh pula ketawa.

Arwa ketawa lagi.

"yes! Yes! Yes" seronok Arwa

"akhirnya aku bebas juga dari Rizal!!" seronok Arwa

"dah lama tunggu saat-saat ni. Bertunang tanpa rela memang tak bahagia. Macam-macam cara aku buat tak jadi. Tapi badanku juga jadi puncanya.. Hahaha... Mantap badan!! Aku sayang kau" Arwa memegang badannya yang besar itu.

Arwa melihat cincin pertunangannya yang berada di atas rak. Serta merta Arwa mengambilnya kemudian Arwa baling ke tong sampah!

Tetiba Arwa terdiam.

Sekarang dia sudah bebas dari Rizal. Lelaki idamannya macam mana? Sudah lama dia tidak berjumpa setelah berhenti belajar diploma. Adakah Arwa masih berharap lagi? Kalau dia berjumpa dengan lelaki idamannya, adakah lelaki itu akan melayannya seperti dulu?? Sedangkan Rizal yang menyukainya dari dia berumur 16 tahun pun, sekarang sudah berpisah.

Banyak betul orang yang hilang, ketika badan dia bersaiz ini!

Share this novel

Normaniah Ahyar
2022-03-04 16:01:42 

Zzxddrttttttffttfgtf daddy

Anis Insyirah
2021-09-15 00:22:14 

marathon pada malam buta hiks


NovelPlus Premium

The best ads free experience