BAB 17

Family Completed 6948

Haikal yang sedang menuruni tangga dengan lemah itu terkedu saat melihat Adam sedang melihatnya dari pintu rumah mereka. Matanya membesar kerana terkejut. Melihat wajah Haikal yang tidak bermaya Adam berasa bersalah. Segera dia berlari mendapatkan Haikal lalu memeluknya erat.

“Abang! Adam minta maaf abang! Adam minta maaf!’ ujar Adam sambil menangis.

“Adam! Adam pergi mana dik? Langsung tak call abang, mama, papa!” Haikal memarahi Adam kerana bimbang. Dia juga turut menangis.

“Adam minta maaf sangat-sangat! Tak patut Adam buat abang macam ni!” ujar Adam, menyesal dengan perbuatannya yang tidak matang itu.

“Adam! Anak mama!” panggil Datin Dahliah lalu meluru ke arah Haikal dan Adam yang sedang berpelukan di tangga.

“Mama” Adam melepaskan pelukannya pada Haikal lalu memeluk Datin Dahliah.

“Adam jangan lari rumah lagi, Adam tahu tak mama risau? Kalau ada masalah tu, kita boleh bincang!” marah Datin Dahliah sambil memeluk erat Adam.

“Adam.” panggil Dato’ Firdaus. Wajahnya yang risau dalam beberapa hari itu berubah tenang saat melihat Adam.

“Papa!” Adam mengesat air matanya. Datin Dahliah melepaskan Adam. Segera Adam mendapatkan Dato’ Firdaus lalu memeluknya.

“Baguslah Adam dah balik. Adam tak apa-apa ke?” tanya Dato’ Firdaus. Adam menggeleng.

Adam menangis semahunya kerana berasa sungguh bersalah. Betapa dia tidak tahu bersyukur malah membuat keluarga itu bimbang akannya. Betapa beruntungnya dia mempunyai keluarga yang begitu baik padanya, yang menganggap dan melayannya seperti keluarga kandung keluarga itu. Dia menangis dan menangis.

Hari itu keluarga Dato’ Firdaus akhirnya dapat menikmati sarapan pagi dengan hati yang gembira. Adam bersyukur kerana Allah memberinya sebuah keluarga yang cukup berharga padanya.

*****************************

“Abang.” Adam menjengulkan kepalanya ke dalam bilik Haikal. Haikal tersenyum melihatnya.

“Adam, masuklah.” ujar Haikal lalu mengemaskan mejanya yang semak kerana kertas kerjanya.

“Abang ni, dekat rumah pun masih nak buat kerja. Kerja, kerja, kerja!” ujar Adam lalu tersengih.

“Habis tu, apa lagi abang nak buat? Daripada abang bazir masa abang, lebih baik abang buat kerja abang.” balas Haikal.

“Abang ajaklah Nurin keluar…” cadang Adam.

“Adam, dah malam ni. Tak baik bawa anak dara orang keluar malam-malam.” ujar Haikal.

“Kalau macam tu, abang kahwinlah dengan dia cepat-cepat!” ujar Adam.

“Amboi, kamu ingat kahwin tu benda main-main ke?” tanya Haikal.

“Adam cadangkan je, yela, ada juga yang boleh buat abang lupakan sekejap kerja-kerja abang tu.” ujar Adam.

“Diakan study lagi, awal sangatlah nak kahwin.” ujar Haikal.

“Kalau dia kahwin dengan abang, dialah perempuan yang paling beruntung kat dunia ni!” ujar Adam gembira.

“Kenapa pula? Abang ni bukan anak raja pun!” tanya Haikal dengan sebelah kening terangkat.

“Yela, abang kan baik, penyayang, bertanggungjawab, handsome, banyak duit lagi tu!” puji Adam.

“Kamu ni Adam, ada-ada je!” ujar Haikal sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.

“Betullah tu!” ujar Adam lalu tertawa kecil.

“Hmm, Adam dengan Sara macamana?” tanya Haikal. Suasana menjadi sepi.

Adam tidak menjawab. Dia melemparkan pandangannya ke luar tingkap. Dia menghela nafasnya.

“Adam…” panggil Haikal.

“Entahlah abang, Adam pun tak tahu nak cakap macamana.” ujar Adam.

“Hmm, abang tak nak Adam buat keputusan yang salah, keputusan yang boleh buat Adam menyesal nanti.” nasihat Haikal.

“Buat masa sekarang, Adam tak nak fikir dulu. Adam nak ambil masa untuk tenangkan diri Adam dulu.” ujar Adam.

“Jangan lama-lama!”usik Haikal .

Adam tertawa kecil sebelum menolak tubuh Haikal keluar dari bilik itu.

“Jom, mama ada buat air dekat bawah. Dia ada buat kek tadi!” ujar Adam lalu tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience