Bunyi tumbukan dan sepakan yang kuat di dalam gym yang terletak di aras bawah tanah milik Tengku Benjamin Adame bergema kuat dengan amukan Tengku Que Iskandar.Suara amarahnya juga memenuhi ruang peribadi itu.Que perlu membebaskan syaitan yang sedang bermaharajalela dalam tubuhnya sebelum dia membunuh orang.
"Jasmine...,jasmine...berani kau huh!"sekilas bibir nipisnya berkedut menghadirkan senyuman sinis.Namun senyuman itu hadir beberapa detik sahaja.Tangannya mencapai telefonnya,sekejap sahaja panggilannya bersambung.
"Alex,cari Jasmine bawa ke rumah agam aku di puncak,simpan dia dibawah tanah hingga aku datang!hmmm....."
"Korang boleh bermain-main dengan dia dulu sampai puas,tapi ingat jangan sampai dia mampus
,aku ada hadiah istimewa untuk dia".Que tersenyum puas bila syaitan amarahnya sedikit terpujuk dengan rencananya.
"Que mula beransur ke bilik air yang terletak di gym tersebut.Dia melepaskan baju yang basah dengan peluhnya.Terserlah susuk tubuh yang putih berotot indah,kuat dan kekar.Sememangnya jika nak dinyatakan,tubuh badannya sangat sempurna dengan ketinggiannya 190cm.Ilmu pertahanan diri yang tinggi dengan latihan seni bela diri yang dipraktikkn sejak dari kecil oleh datuknya menyebabkan Tengku Que Iskandar berjiwa keras dan menjadi lelaki ais batu yang sangat dingin.
Usai membersihkan diri,Que hanya memakai tuala dipinggangnya.Ruas tangannya memerah dan melecet kerana menumbuk punching bag dengan tangan kosong.Namun luka itu sikit pun tak terkesan jika dibandingkan rasa sakit hatinya terutama bila mengingatkan sentuhan lelaki lain pada wanitanya.Amarahnya kembali membakar dadanya.Nampaknya amarah belum mahu berbaik dengan tuan badannya.Selesai membalut luka-luka ditangannya,Tengku Que Iskandar beredar ke biliknya di aras tiga.
"Krekkkkkk!!"......
Degupan jantung Hazel bagaikan terhenti tiba-tiba bila melihat kemunculan Que yang hanya bertuala di muka pintu.
"So,you dah sedar!!"..tegur Que dingin.
Pintu kayu sengaja dihempas kuat.Berdentum bunyinya mengejutkan Hazel yang duduk di bucu katil.Que mengatur langkah perlahan mendekati isterinya.Raut wajah Hazel menggambarkan ketakutan yang sangat jelas kerana bibirnya bergerak-gerak,tangannya juga berpeluh.Hazel tak berani mengangkat kepalanya..Dia hanya duduk menunduk,kepalanya juga kian mencucuk sakit.Tiba-tiba dagunya didongak ke hadapan,jari runcing Que memegang kuat dagu isterinya bila Hazel seakan menggeraskan kepalanya.
"Look at me,when I'm talking to you my dear!"....
Suaranya ditekan sedikit memberi amaran bila Hazel masih berdegil memandang ke bawah.Rahangnya mula mengeras kerana benggang dengan kedegilan Hazel.Tanpa amaran bibir Hazel dipagut kasar,tangan Que yang menyentuh pipi bengkak Hazel menyebabkan bibir Hazel terbuka menahan sakit,kesempatan itu tidak disia-siakan bila Que mula membelit lidah Hazel,disedut lidah Hazel kuat bila Hazel memprotes dan menolaknya, tangan satunya menahan belakang kepala Hazel hingga wajah Hazel statik tidak boleh bergerak lagi.
Tangan Hazel menumbuk-numbuk dada Que bila dia semakin kehilangan nafas,dadanya sesak.Mata bundarnya bertakung air jernih,esakan kecil keluar dari bibirnya.Que melepaskan bibir Hazel walaupun dia masih mahu melumat mulut isterinya.Drastik Hazel bangkit berdiri dari tilam dan melepaskan satu tamparan yang agak kuat bagi tenaga perempuannya.Malah Que hanya ketawa menyinis memegang pipinya.Hari ini saja dua kali isterinya menamparnya.Tapak tangan Hazel yang menamparnya kelihatan merah dan tangannya menggigil kuat.Tapak tangan kecil itu dipegang dan di bawa ke bibir nipisnya,kucupan singgah lama disitu sebelum Hazel menarik tangannya.Membutang mata bundar Hazel kerana marah,dadanya juga berombak kasar.
Que ketawa kecil kemudian bertukar menjadi ketawa yang kuat bergema dalam bilik mereka menyebabkan Hazel ketakutan.Dia mula rasa menyesal dengan sikap berani matinya yang telah mengejutkan perangai iblis lelaki itu.
"Bagaimana jika Que melakukan sesuatu yang tidak baik kepadanya,Que kelihatan seperti mahu membahamnya hidup-hidup"....,bisik hati Hazel mula cemas.Hazel berura-ura mahu melarikan diri,kakinya mula bergerak laju menuju ke arah pintu bilik,namun hampir saja tangannya menggapai tombol,badan kecilnya sudah diangkat dari belakang oleh Que,sekali sauk sahaja tubuh kecilnya sudah hilang dalam pelukan Que lalu tubuh kecil Hazel dibaling kasar ke atas katil.
Hazel merintih sakit bila dihempas,ingat dirinya anak patung boleh main baling-baling.Sikap degilnya datang lagi memprotes.Rasa sakit ditolak ke tepi dahulu,keselamatan diri lebih penting sekarang.Otaknya ligat mencari jalan keluar.Matanya laju menangkap pintu bilik air yang tidak jauh dari kedudukan mereka.Hazel mula mengatur langkah perlahan-lahan bagi menggelakkan Que menyedari tindakannya.Sungguh dia betul-betul meremehkan kebolehan Que yang begitu licik dan peka dengan keadaan sekeliling.Ahli seni bela diri sangat arif dengan gerakan musuh walaupun sekecil apa pun gerakannya.
Tengku Que Iskandar sudah dapat menebak fikiran Hazel dan dia sudah bersedia dengan langkahnya.Hazel yang masih tidak sedar sudah ketahuan mula membuka langkah perlahan.Satu langkah,dua,tiga langkah kemudian Hazel mula berlari anak bila menyedari Que semakin mendekatinya.Perbuatannya yang tergopoh-gapah memberi signal untuk Que bertindak lebih pantas menangkapnya namun Que hanya dapat mencapai bahagian belakang baju tidur Hazel sahaja.
"Zapppppp!!"...
Dua-dua makhluk itu masing-masing terkedu apabila baju tidur Hazel sudah terkoyak akibat tenaga yang digunakan Que semasa menarik baju tidur Hazel.Saat kulit putih gebu dibahagian belakang terserlah didepan matanya,Que menelan ludahnya kasar.Nafsu hantunya membuak-buak naik ke kepala menghantar signal ke otaknya.
Merasakan aura yang tidak selamat,Hazel bertindak pantas melarikan diri ke dalam bilik air,namun tenaganya yang tinggal dihujung tanduk tidak mampu menahan tenaga lelaki gagah seperti Que yang sedang menolak kuat disebalik pintu.Hazel pasrah saat dia terhumban ke belakang apabila tenaganya sudah betul-betul ditahap sifar.
jika ada kesalahan ejaan maaf,nanti saya akan edit kembali
Share this novel
bapak tinggi dia,nk awan Lee Kwang Soo ke apa ni?