"hah! ni awat hang monyok macam mati laki ni?" tanya nadiya yang melihat muka seposen Syalina. "frust sedih kecewa" balas Syalina sambil menampar lembut dadanya. "ni mesti kes hazril la ni. dia campak surat hang ke?" tanya nadiya. Syalina mengangguk lemah. nadiya ketawa. Syalina memandang geram nadiya. "jangan la gelak" marah Syalina. "dok aih. bukan gelak aku ketawa je. muka lawa macam hang pun kena reject ka?" nadiya menyambung ketawa. "awat hang gelak diya?" soal Tipah yang baru masuk dorm sambil membawa baldi. "membe hang kena reject" nadiya terus ketawa. Tipah turut ketawa. "ha, gelak la hampa dua" Syalina terus berbaring dan menutup mukanya dengan bantal. "ala na, jangan la macam tu. bukan dia reject tu. aku rasa dia takut nanti ada sportcheck kang kantoi surat hang. naya oi. baik dia buang" nadiya bersuara setelah puas ketawa. Syalina bingkas bangun dari pembaringannya. "ye jugak kan. first time hang berfikiran cerdik macam ni" Syalina sengih. "dah la, hang try lagi. mana tau dia malu nak balas surat hang" nadiya memberikan kata kata positif. "diyanah mana?" soal Tipah. "mandi la. dia kalau mandi lama kemain" balas Syalina menjawab soalan Tipah.
"yeayy! outing." diyanah menjerit gembira. "macam dah setahun tak outing" nadiya memerli diyanah. "hang tak tahu erti kebebasan yang sebenar" diyanah menjeling nadiya. "bergaduh ja hampa berdua ni" bebel Azue. "mak tiri bebel dah" Syalina bersuara. mereka menaiki bas untuk ke bandar. "aku ingat nak beli coklat la bagi hazril" semua serentak memandang Syalina. "gedik eh hang" Azue menjeling. Syalina sengih seperti model iklan colgate.
"kemain beria ikat reben kat coklat tu. bagi aku makan takpa jugak" bebel Azue melihat Syalina tekun mengikat reben di coklat yang baru dibelinya tadi. "tak boleh. kalau nak pi ambik dalam locker aku" kata Syalina khusyuk menggunting reben. "yeay!" Azue bingkas bangun menuju locker Syalina. "na!" rengek Azue. "ni cadbury kecik. nak hat besaq macam tu" Azue menghentak kakinya seperti budak kecil. "no. makan je yang tu" Syalina jawab acuh tak acuh. "na dekut" Azue membawa coklat tersebut dan duduk di katil Syalina. "dekut pun makan jugak" perli Syalina. Azue yang sememangnya manja dengan Syalina. Syalina umpama kakaknya disitu walau mereka hanya berbeza bulan lahir. mungkin kerana sifat kasar dan pelindung Syalina membuatkan mereka tak ubah seperti kakak dan adik. "balik kedah tak minggu ni?" tanya syalina kepada Azue. Azue menggeleng kepala sambil leka memakan coklat. "balik rumah aku minggu ni" pelawa Syalina. Azue tersenyum "nak!".
Share this novel