Bab 50: Retak

Romance Series 20066

HARI ni, semua pekerja syarikat VeoBay Group balik lambat sampaikan dah masuk pukul 9:00 malam pun, dia orang tu masih bertandang di sana.

Semuanya berkaitan projek yang akan execute kat Pahang tu la. Pakat semua kena kerja lebih masa. Lagipun, waktu hujung bulan macam ni macam dah perkara biasa bagi pekerja-pekerja VeoBay Group untuk pulang lewat.

Tepat aje pukul 9:15, akhirnya Zaid memberi kebenaran kepada pekerja-pekerjanya untuk pulang. Alhamdulillah ... dapat jugak balik rumah setelah berjam-jam berkebas punggung kat kerusi tu.

"Damia, hari ni awak tak payah balik dengan Pak Deraman. Biar saya je yang hantar." Zaid menawar diri. Padahal Damia baru aje tercari-cari Pak Deraman a.k.a driver syarikat tu kat luar ofis.

"Eh, tak payahlah. Selalu saya balik dengan dia je." Damia mahu menolak tapi itulah, Zaid tetap berkeras. Katanya Pak Deraman ada hal.

Apa yang jadi, Damia terpaksa ajelah ikut arahan bosnya tu. Kalau tak, nak balik dengan siapa lagi, kan? Takkan nak call suami dia.

Sudahlah hubungan dia dengan suaminya tu makin dingin dua tiga hari ni. Tak tahulah macam mana nak perbaiki semula. Masing-masing laki bini teguh dengan dinding ego.

Masuk aje dalam kereta, seat sebelah Zaid menjadi pilihan. Dah tak peduli dah persepsi pekerja-pekerja VeoBay Group yang lain bila dia masuk saja dalam kereta bos.

Nak gosip aku? Kisah pulak. Apa yang Damia nak, dia mahu pulang sekarang!

Zaid terus mulakan pemanduan usai tali pinggang keledar dipasang. Perjalanan dituju ke rumah Damia.

Senyap. Itu sahaja suasana yang menghambat di dalam kereta tu.

Mungkin masing-masing sedang penat. Ye la, dari pagi sampai malam bekerja non-stop. Sekarang ni, dalam fikiran hanya terbayang katil kat rumah aje.

"Sorry untuk hari ni. Awak mesti terkejut kan tengok saya marah-marah tadi tu." Zaid cuba berbual. Fokus memandu.

Ya betul. Hari ni jugaklah Damia tu menyaksikan encik bosnya tu meradang kat ofis. Buat pertama kali, setelah sebulan dia kerja kat sana. Uish ... Encik Zaffran kalau marah, memang scary.

Damia banyak kali jugaklah urut dada dia tu, sebab suara menempik Zaid marah staf tadi. Boleh bergegar satu bangunan.

Dia marahlah, sebab khabarnya, ada beberapa staf yang buat kerja halai-balai. Hasilnya, semua pekerja kena tempias.

Nasib baiklah bukan aku yang kena marah sekali tadi. Damia sempat luahkan lega.

"Tak ada apalah, encik. Encik kan bos, jadi tegur dan marah staf yang tak buat kerja tu, dah jadi tanggungjawab encik. Nak jadi bos kenalah tegas, kan?" Damia cuba bermanis mulut.

"Awak nak tengok saya marah lagi tak?" Tiba-tiba Zaid bertanya.

Damia terpinga-pinga. "Tak nak."

"Kalau tak nak, don't call me dengan perkataan 'encik' lagi. Saya dah pernah pesan kan, kalau habis je waktu bekerja jangan formal sangat dengan saya."

Damia tampar mulutnya. Adui ... dia buat salah lagi. Suka terlupa padahal banyak kali jugaklah Zaid tu cakap tentang hal tersebut.

"I'm sorry, Zaffran."

"It's okay." Dengar aje Damia panggil namanya macam tu, melebar terus senyuman Zaid. Yes! Berjaya jugak taktik dia.

Setelah beberapa minit merempuh perjalanan panjang di kala malam hari, mereka tiba di depan rumah Damia.

Bukan homestay tu, tapi rumah Mak Siti.

Damia turun untuk masuk ke dalam, tapi Zaid segera menghalang. Damia terus hentikan langkah melihat Zaid yang tergapai-gapai tangannya mengambil sesuatu dari seat belakang.

Dua buah beg kertas diambil. Benda apa tu? Sempat pulak bos aku ni shopping. Damia rasa keliru.

Zaid keluar dari perut kereta dan pantas mendekati Damia. Bibirnya menyimpan senyum.

"This is for you," ucap Zaid sambil menyuakan salah satu beg kertas itu kepada Damia.

Beg kertas dengan terpapar tulisan 'Habib Jewel'. Automatik mata Damia buntang. Tipulah kalau dia tak tahu nama syarikat emas yang terkemuka kat Malaysia tu.

"Apa ni?" Damia masih terkebil-kebil. Perlahan-lahan tangannya menerima pemberian bosnya tu.

Zaid hanya diam. Senyumannya makin melebar pulak tanpa menjawab soalan pun. Saja la tu nak berahsia, biar Damia yang tengok sendiri hadiah tu.

Damia menyeluk tangannya, dan ada kotak segi empat berwarna merah di dalamnya. Apabila dibuka sahaja kotak tu, ada seutas gelang. Gelang emas woi!

Mulut Damia terus melopong. Wajah Zaid dan seutas gelang itu dipandang bersilih ganti. Tanda tak percaya.

"Zaffran ... apa ni? Untuk saya ke?"

"Ye, untuk awak. Hadiah sempena awak dapat kerja tetap kat syarikat saya tu. Kalau diikutkan, dari minggu lepas lagi saya nak bagi ni kat awak, tapi itulah. Masing-masing busy, kan," ulas Zaid panjang lebar.

Damia masih lagi terkesima. Mulut dia tu tak boleh nak tertutup dah.

Bagi emas sebagai hadiah kepada pekerja baru? Memang membazir sungguh kau ni, Zaffran.

Ah! Tapi membazir pun, dia beli untuk aku jugak. Dapat la aku merasa pakai emas ni. Kalau tak, bila lagi aku nak merasa. Damia tak mampu sembunyikan rasa gembiranya.

Kata terima kasih diucap berkali-kali. Senyuman manis semakin mekar terhias di bibir apabila gelang itu elok dan muat dipakai di pergelangan tangan. Siapa tak seronok dapat emas, kan?

Dan ketika itu jugalah, pintu rumah dibuka. Mereka berdua sama-sama menoleh.

Dapat diagak siapa, itulah Mak Siti. Memang dia ni menyibuk betul. Anaknya kat luar tengah bersembang dengan Zaid pun, dia nak cucuk jarum jugak.

Macam tahu-tahu aje Mak Siti ni yang Zaid tu ada kat luar. Tengoklah, rambut kemas diikat sanggul. Padahal selalunya setiap malam, dah macam nenek kebayan penampilan dia tu.

"Eh, angah ... kamu balik dah ke?" Terus Mak Siti pasang muka teruja. Sajalah tu berlakon mesra dengan anak sendiri. Maklumlah, ada 'tuan muda' kat situ.

Senyuman Damia mati. Terus Damia julingkan matanya ke atas. Menyampah.

Dia mula dah ...

"Eh? Bos Damia pun ada sekali? Buat apa kat luar ni? Jomlah masuk." Kali ni kasut dipakai, lalu dia terus majukan diri menghampiri anaknya dan Zaid tu.

"Takpe, mak cik. Saya kat sini nak hantar Damia balik sini je. Saya pun dah nak balik kejap lagi. By the way mak cik boleh panggil saya Zaid. Tak payahlah panggil bos-bos bagai." Zaid mengulas panjang. Tapi penuh lembut dan sopan dia luahkan itu.

Mak Siti pun, berbungalah hati dia tu. Alahai ... baik betul bos anak aku ni. Kalau dia yang jadi menantu aku kan bagus. Tak adalah nak menghadap menantu perangai tak semenggah macam penjual sate tu. Kritik hati Mak Siti.

"Oh, okeylah Zaid. Kalau macam tu tak apalah. Bila-bila kalau free, datang la sini lagi. Kita makan-makan dan minum-minum sekali," pelawa Mak Siti lagi.

Damia tahan geram aje. Meluatlah tengok ibunya tu. Beria betul!

Damia tu dah bersuami, tapi memandai-mandai pulak Mak Siti ni jemput lelaki lain datang rumah.

"Insya-Allah, mak cik. Kalau saya free nanti, saya datang sini lagi." Zaid tertunduk-tunduk kepalanya.

"Alhamdulillah. Mak cik tunggu kamu datang. Mak cik jemput makan-makan ni bukan sebab apa, tapi sebab mak cik nak ucapkan terima kasih kat kamu. Sebab kamulah, Damia ni dapat kerja kat bandar tu. Kerja elok pulak tu. Mak cik dengan Damia terhutang budi sangat." Mak Siti tak habis bermanis mulut. Sempat lagi tu dia siku tangan anaknya, suruh anaknya tu senyum. "Lagi satu tengoklah. kamu bagi pulak Si Damia ni emas Habib Jewel. Memang bos satu dalam sejuta sungguh kamu ni."

Sebenarnya dia perasan dah yang Zaid tu bagi emas sejak dia dalam rumah lagi. Sebab tu la dia beria-ia nak keluar berjumpak dengan encik bos tu.

Eii ... tua-tua pun gedik ye.

"Ish ... tak ada apalah, mak cik. Saya tolong Damia ni pun sebab saya kenal Syafiq. Kita orang bertiga saling kenal sebab berjumpa dari homestay kat kampung sebelah tu. Jadi apa salahnya kan saya bantu Damia ni dapatkan kerja. Pasal emas tu, saya kasi sebagai reward dia dapat kerja tetap aje," terang Zaid leretkan senyum.

Ooo ... jadi penjual sate tu kenallah dengan Zaid ni. Jadi dia orang ni berkawanlah, ye? Bisik hati Mak Siti.

"Oh, ye ke? Tapi kamu ni baik sangatlah, Zaid. Baru kenal dengan Damia, tapi dah tolong dia macam-macam."

"Tak adalah. Sebenarnya Syafiq tu yang bantu saya dulu. Sebab Damia ni isteri Syafiq, saya tolonglah dia dapatkan kerja kat syarikat saya tu."

Mak Siti senyum. Tapi dalam hati dia simpan rasa meluat. Eww ... dengar nama Syafiq je buatkan dirinya rasa jijik. Sampai bilalah dia tu nak jadi ibu mentua kepada laki tu? Haih ...

Zaid membalas senyum. Tapi senyumnya terus dibuang apabila dia baru perasan akan beg kertas yang dipegangnya.

Ya, satu beg kertas tadi sudah dia bagi kat Damia. Dan satu lagi masih ada kat tangannya.

Bila tengok je Mak Siti ada kat depan mata, terus dia langsungkan niatnya.

"Ha, mak cik. Ambiklah ni. Ada buah tangan sikit kat mak cik. Kalau diikutkan, saya nak suruh Damia sampaikan kat mak cik tapi alang-alang kita dah bersua muka ni, baik saya bagi terus je kat mak cik, kan?" Zaid terus hulurkan beg kertas itu ke tangan Mak Siti.

Damia kerutkan dahi. Manakala ibunya tu membulatkan matanya. Ceh! Buat-buat terkejut Mak Siti padahal dalam hati, tengah berzumba sakan tu.

"Eh? Untuk mak cik? Seriuslah?" Masih lagi berlakon terkejut.

Zaid mengiyakan dengan garisan senyuman.

Mak Siti apa lagi, diterimalah beg kertas tu dengan perasaan terujanya. Bila dia tengok saja isinya, makin terbeliak matanya.

"Wow, kasutlah!" Mak Siti separa teruja. Tangannya pantas je keluarkan kotak di dalam beg kertas tu.

Kasut tumit tinggi 2 inci dikeluarkan dari kotak. Jenama Jimmy Choo. Mak Siti tengok je jenama yang asing tu, makin mencanaklah sikap memilihnya tu. Barang mahal, disebat dulu.

Maklumlah, jenama luar negara, kan? Tengok nama pun dah tahu walaupun Mak Siti tak pernah dengar pun pasal jenama kasut tu. Yang penting, mesti mahal.

Tak tunggu masa yang lama, dan tanpa disuruh pun, Mak Siti try kasut tu depan-depan Zaid. Macam tahu-tahu pulak Zaid tu dengan saiz kaki Mak Siti.

Padan dengan kakinya!

"Padanlah. Tak sangka pandai jugak kamu pilih kasut ni untuk mak cik. Terima kasih la sebab kasi hadiah ni padahal kita baru je first time berjumpa. Hadiah mahal pulak tu," ujar Mak Siti lalu disimpan semula kasut tu.

Nak pergi keluar ke, pergi kenduri ke, pakailah kasut tu. Maklumlah, nak menunjuk kat orang kampung yang dia ada kasut mahal!

"Tak adalah mahal mana, mak cik. Lagipun saya bagi pun sebab Damia ni pekerja saya. Jadi tak salah kan kalau nak kasi hadiah ni kat keluarga pekerja saya sendiri?" jawab Zaid sambil melirik-lirik Damia.

Damia pun rasa agak tak selesalah. Tapi dia sembunyikan rasa itu. Segaris senyuman terpaksa dilemparkan.

Tertanya-tanya jugaklah dia. Zaid ni, layan semua pekerja dia, sama macam dia layan aku ke? Sanggup kasi hadiah kat keluarga pekerja. Tahulah kaya tapi takkanlah senang-senang nak bagi hadiah kat orang yang tak ada kaitan dengan syarikat dia tu. Damia berbalah sendiri dengan hatinya.

Hmm ... nak buruk sangka, nanti jatuh fitnah pulak. Mungkin betullah tu Encik Zafran ikhlas nak bagi. Bisik hatinya lagi.

"Baik betul kamu ni, Zaid. Untung siapa jadi pekerja kamu," puji Mak Siti. Dapat kasut baru, makin menjadi-jadilah mulut manis dia tu. "Tapi lagi untung, bini kamulah, kan?" selorohnya.

Terus tawa mereka saling bersabung. Zaid masih kawal lagilah gelak tawanya tu tapi Mak Siti tu, suara dia gelak dah macam pontianak kena sawan. Tak cover langsung. Padahal sendiri yang buat lawak.

Damia lagi sekali julingkan matanya. Err ... rasa macam menyampah pulak tengok ibunya tu. Baru jumpak dengan bosnya buat kali pertama, dah acah-acah mesra. Mentang-mentanglah encik bos tu kaya.

"Saya girlfriend pun tak ada mak cik, inikan pulak bini," ulas Zaid usai melepaskan tawa yang tersisa.

"Ala, kamu ni, Zaid. Orang macam kamu ni, petik jari, bersusun perempuan nak jadi bini kamu tau. Tak payah tunggu perempuan jauh pun takpe, perempuan yang dekat kan ada." Mak Siti lalu menjeling anaknya di sebelah.

Damia dengar aje omongan tak berasas ibunya tu laju saja menancapkan matanya ke arah Mak Siti. Matanya terus membulat luas.

Gila ke mak ni? Mulut tak reti tapis langsung. Nanti apalah Encik Zaffran fikir. Kecam Damia dalam hati.

Kini matanya sahaja yang berkomunikasi dengan ibunya tu. Ibunya tu macam biasalah, buat muka selamba badak dia tu.

Tengah berbual tu, bunyi enjin motosikal menyapa gegendang telinga. Terus mata mereka terarah ke jalan raya.

Dan ... itu Syafiq!

Motosikal yang ditunggangnya dihentikan bersebelahan kereta Zaid. Bila dia nampak aje Zaid bersama ibu mentuanya dan isterinya kat pekarangan rumah, tindaknya sedikit terkaku. Tapi dia teruskan langkahnya mendekati mereka.

"Abang ..." sebut Damia. Bila Damia kerling aje jam di tangan. Dah pukul 10:15 malam. Patutlah suaminya tu dah sampai. Memang waktu-waktu macam ni suaminya akan mengambilnya di rumah ibunya ni.

"Sayang baru balik ke? Sayang balik dengan Zaid?" Mendatar saja Syafiq bertanya. Matanya turut memandang Zaid di sebelahnya sebelum diarahkan semula kepada isterinya.

Hatinya tiba-tiba rasa macam kena tusuk sesuatu pulak.

"Haah, bang. Hari ni ada kerja banyak kat office, semua staf balik lewat. Pak Deraman pulak ada benda yang nak kena selesaikan, tu yang Encik Zaffran hantar saya balik sini," balas Damia yang tampak risau.

Ye la, dia rasa bersalahlah sebab tak bagitahu suaminya awal-awal tentang hal tu. Telefon ada tapi tak guna. Sibuk sangat melayan penat sampaikan terlupa nak inform suami sendiri.

"Syafiq ... aku mintak maaf bawak balik Damia tanpa inform kau dulu. Aku just nak tumpangkan dia balik. Tu je." Kali ni Zaid pulak mempertahankan dirinya. Tak mahu Syafiq tu syak yang bukan-bukan.

Syafiq masih tak beriak apa-apa. Tapi matanya tepat terarah kepada isterinya yang sedang tertunduk.

"Tak apalah. Aku faham. Tapi aku harap lepas ni kau kena alert sikit. Damia ni isteri aku. Aku berhak tahu dengan siapa Damia ni balik dan dengan siapa Damia keluar," ujar Syafiq dengan suara mendatarnya. Bukan nak mencari pasal, cuma mahu memberi peringatan saja.

"Baiklah, aku mintak maaf. Aku janji lepas ni, kalau ada apa-apa hal melibatkan Damia, aku akan inform kau dulu," ucap Zaid.

"Ceh! Nak bagi warning kat orang konon. Diri sendiri dah cukup sempurna ke jadi seorang suami?" Mak Siti pulak mencelah sambil matanya masih lagi mengamati kotak kasut pemberian Zaid. Tak puas hatilah bila dengar Syafiq cakap macam tu kat Zaid tadi. "By the way, terima kasih tau Zaid bagi kasut mahal ni kat mak cik. Mak cik terhutang budi dengan orang pemurah macam kamu ni," sambungnya lagi.

Sakitkan hati Syafiq. Itu ajelah niatnya dari tadi. Bila Syafiq tahu yang Zaid tu bagi hadiah kat Mak Siti, mesti dia terasa hati, kan?

Tapi Syafiq biarkan aje semua tu. Malas layan. Dia tahu mak mentuanya tu saja buat macam tu. Nak cakap lebih-lebih, bukannya boleh buat apa pun.

Jadi, lebih baik dia fokus dengan isterinya saja. Itu lebih baik.

"Jom, sayang. Kita balik." Syafiq terus menunggang motosikalnya. Damia dengan penuh gelabah hanya ikut aje suaminya tu dari belakang sebelum dirinya membonceng motosikal tu.

"Terima kasih sebab hantar Damia balik sini." Sempat Syafiq ucap kepada Zaid sebelum dia tunggang motosikalnya memacu jalan. Dia tak bencikan Zaid, cuma dia rasa sedikit kecewa je.

Zaid hanya membalas dengan anggukan. Matanya tak lepas dari menghantar pandangan ke arah pasangan yang sudah beredar pergi tu.

*****

"Kenapa abang ni, ha? Encik Zaffran tu hantar saya balik rumah je pun tapi kenapa abang cakap kat dia macam tu tadi?"

Damia lampiaskan segala rasa yang tertahan sebaik sahaja mereka tiba di rumah. Kat rumah ni la yang sesuai kalau nak bertekak dengan encik suami pun.

"Tak, yang sekarang ni kenapa sayang yang nak marah-marah abang? Sepatutnya abang yang patut marah dan kecewa dengan sayang sebab tak bagitahu abang pasal hal tadi. Sayang ketepikan abang macam abang ni tak ada kaitan langsung dalam hidup sayang tahu tak?" balas Syafiq lagi.

Itulah, kalau dia orang suami isteri dah bergaduh, masing-masing tak nak kalah. Selagi ada peluang membidas, selagi tu mereka balas.

"Saya tak pernah pun ketepikan abang sebagai suami saya. Tadi saya terlupa nak inform abang je. Saya bukan sengaja pun." Damia terus tanggalkan tudung. Balik aje dari kerja terus bergaduh dengan suami, memang panas luar dalamlah jadinya.

Syafiq pun hanya membuntuti saja langkah isterinya. Ke hulu ke hilir isterinya pergi, dia ikut. Perang mulut masih diteruskan.

"Terlupa?" Bergetar suara Syafiq melontarkan itu. "Senang je sayang jawab, kan? Kalau sayang balik sampai esok malam tak bagitahu abang, nak bagi alasan terlupa jugak?"

Damia kepalkan tangannya. Eii ... suaminya ni memang menambahkan bara amarah yang membakar sungguh. Tak habis-habis!

"Apa abang cakap ni? Abang tolonglah stop. Takkanlah sebab saya tak inform abang, abang nak marah-marah macam ni?"

Syafiq terus raup wajahnya. Isterinya ni, memang tak pernah faham akan dirinya langsung! Apa dia fikir aku ni tunggul kayu dalam hidup dia? Getus hati Syafiq.

"Sayang balik dengan Zaid, tak bagitahu abang. Mana abang tak marah. Abang marah sebab risaukan sayang, tau." Syafiq penuh lembut bersuara. Cuba bertenang.

"Selama ni saya balik dengan Pak Deraman, abang okey je. Bila saya balik dengan Encik Zaffran je terus abang marah saya macam ni? Encik Zaffran tu bos saya, bang. Kenapa abang fikir sampai sejauh tu?"

Ya Allah ... memang isterinya ni tak faham akan isi hatinya. Suami mana yang suka tengok isteri sendiri balik dengan lelaki lain? Kalau lelaki tu tua macam Pak Deraman, tak apalah. Ni dengan Zaid Zaffran!

Mata mereka terus bertembung. Masing-masing seperti cuba melemparkan panahan api melalui pandangan mata.

Damia pusing badannya semula melihat kebisuan suaminya. Dah kalah, tahu pun diam.

Getah rambut ditanggalkan. Malas nak bergaduh dengan suaminya. Baik dia mandi lagi bagus.

Tapi Syafiq peka. Matanya terus terarah ke arah pergelangan isterinya.

Ya, ada gelang emas. Sejak bila pulak isterinya tu beli gelang?

Oh, ya! Tadi sewaktu dia dan Damia menunggang motosikal tadi, dia ada perasan yang Damia turut membawa satu beg kertas. Tapi Syafiq biarkan aje. Dia ingat tu beg berisi telekung isterinya tadi.

"Tu ... gelang dapat dari mana?" tanya Syafiq.

Damia hentikan pergerakannya. Terus dia kerling gelang yang masih terpasang di pergelangan tangannya.

Alamak! Tadi dia lupa nak cabut gelang tu. Excited sangat nak try gelang baru sampaikan dia tak perasan yang dia dah pakai gelang tu sedari tadi.

Jadi ... takkan dia nak berahsia lagi. Dia patut jujur.

"Err ... ni Encik Zaffran bagi."

Wajah Syafiq terus menegang. Rasa geram yang kian menghilang bagaikan bertamu dalam hati semula.

"Bagus betul eh Zaid tu, sampaikan sanggup kasi gelang emas kat pekerja dia," gumam Syafiq. Penuh dengan sindiran dia kasi.

"Ni dia bagi kat saya sebab saya dapat kerja tetap kat sana. Pekerja baru yang dapat kerja kat sana, Encik Zaffran akan bagi hadiah. Jadi, gelang ni tak ada makna lain pun, bang."

Syafiq tayang muka ketat. Alasan yang isterinya ucapkan, memang tak masuk akal!

Ada ke seorang bos sanggup bagi gelang emas sebagai hadiah kat pekerja baru? Kalau setakat barang murah, lain ceritalah. Ni barang mahal!

"Bagi sayang, Zaid kasi sebab tu. Tapi bagi Zaid tu? Mesti ada sebab lain, kan?"

"Abang!" Naik seoktaf nada suara Damia. "Kenapa abang sanggup tuduh Encik Zaffran macam tu? Abang tuduh dia bukan-bukan macam tu, sama macam abang tak percayakan saya, tau." Damia sembur segala yang terbuku dalam hati.

Dia rasa macam suaminya ni ... bencikan Zaid tu. Entahlah, padahal sebelum ni suaminya tu okey je dengan Zaid. Lepas aje kejadian tadi, terus berubah pulak suaminya tu. Macam Zaid tu buat kesalahan besar pulak.

Syafiq pejamkan matanya, cuba untuk bersabar. Dia tak pernah terfikir pun nak menuduh isterinya atau Zaid itu yang bukan-bukan tapi tulah, kata-katanya tadi umpama terpacul dengan sendiri dari mulutnya. Mungkin rasa amarahnya yang bersulam dengan cemburu masih menyala dalam hati.

"Abang tak tuduh sayang bukan-bukan. Tapi abang ..."

Damia terus potong, "Sudahlah, bang. Tak payah nak putar belit ayat lagi. Sebab benda kecik abang nak cari pasal dengan saya. Encik Zaffran tu buat benda baik pun, abang sanggup tuduh dia bukan-bukan. Saya tak faham." Damia silangkan tangannya.

"Kalau gelang ni punca abang tak puas hati, okey. Saya akan simpan gelang ni dan takkan pakai dah kalau tu yang abang mahukan," sambungnya lagi. Terus Damia tanggalkan gelang itu, dan dilempar gelang emas tu di atas meja solek.

Tengok wajah isterinya yang menahan sebak, Syafiq terus dihimpit rasa bersalah.

"Tak, sayang. Bukan macam tu. Abang tak tuduh apa-apa pun. Abang mintak maaf. Sayang nak pakai gelang tu, pakailah. Abang mintak maaf."

"Tak payahlah mintak maaf. Nanti esok-esok, abang jugak yang nak bertekak dengan saya lagi. Jadi tak ada guna pun abang mintak maaf kat saya. Saya pun dah penat bergaduh dengan abang. Minggu ni aje, saya rasa nak berbual dengan abang pun jarang dah." Damia bingkas berlalu pergi. Nak mandi.

"Sayang ... tak. Abang mintak maaf." Syafiq masih tak mengalah ucapkan maaf.

Damia hentikan langkah seketika. "Sudahlah, bang. Saya nak mandi. Hari ni seharian saya kat tempat kerja, saya penat. Tambah abang pulak sengaja nak bertekak dengan saya, lagilah saya penat." Terus Damia majukan langkah ke bilik air.

Syafiq terus duduk di birai katil. Nak cakap lebih pun, nanti makin terukkan keadaan pulak. Jadi dia biarkan isterinya tu pergi.

Ya Allah ... kenapa sejak akhir-akhir ni, hubungan aku dengan Damia terasa makin tegang? Padahal aku cuba nak berbaik dengan dia. Rintih hatinya.

Salah aku jugak sebab terlepas cakap. Salah aku jugak sebab menangkan ego aku sebagai seorang suami. Syafiq terus raup wajahnya. Kehidupan berumah tangga, memang sukar.

Bersambung...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience