Chapter 52

Romance Completed 35261

Mee goreng ayam, popia carbonara daging, kopi o dan teh disediakan oleh Sofia Amelia tanpa bantuan orang lain. Selepas sahaja solat subuh, Sofia Amelia terus turun ke dapur untuk menyediakan sarapan untuk suami tercinta, Iskandar Faiz.

Semua makanan adalah kegemaran suaminya. Semua resepi didapati dari internet. Semuanya dari hasil sendiri. Ini sebagai satu tanda meminta maaf kepada Iskandar Faiz atas kesilapan masa lalu.

“Finally everything is done!” Peluh di dahinya lap dengan tisu. Kakinya mengatur langkah untuk masuk ke dalam bilik. Tuala yang disidai diambil untuk mandi. Muka suami yang sedang dibuai mimpi menjadi tatapan mata sekejap.

“Tidur pun still nampak handsome. Tengoklah suami siapa!” sempat memuji ketampanan Iskandar Faiz.

Badannya direbah di sebelah suaminya. Tangan lincah main di kening lebat Iskandar Faiz. Peristiwa penolakan oleh suaminya masih ingat lagi. Mukanya berbahang apabila mengingat semula peristiwa semalam. Sofia Amelia tahu dirinya tidak mahir menggoda lelaki. Namun disebabkan idea kawan, dia terpaksa bersetuju untuk menggoda suaminya. Tetapi hasilnya terbalik. Sofia Amelia tersedar apabila Iskandar Faiz menggeliat kecil. Dengan laju, Sofia Amelia bangun dari baringan. Dia tidak mahu suaminya bangun sebelum Sofia Amelia bersedia.


**********************

“Kau dari mana?” nyaring suara Linda.

“Mak tak payah sibuk urusan Tiara!” Wahidah Tiara menjawab dan masuk ke dalam rumahnya. Semua yang dilihat menjadi dua. Wahidah Tiara tiada dalam keadaan stabil. Dirinya dalam keadaan mabuk.

“Aku sibuk pasal anak aku! Kau ni perempuan. Tengok pukul berapa sekarang. Dah pukul 7.35pagi. Baru nak balik rumah. Kuat bau arak! Anak lelaki aku pun tak pernah sentuh benda itu tahu tak! Siapa ajar kau?” jerit Linda. Perangai anak daranya semakin hari semakin teruk.

“Kenapa bising-bising mak?” Razim muncul di situ. Hidungnya ditutup menggunakan tangan. Kuat bau arak.

“Tengok kakak kamu along. Mak malu tahu tak. Mak segan dengan orang kampung. Semua sudah tahu perangai kakak kamu.” luluh hati seorang ibu tunggal apabila orang kampung mengatakan anak perempuannya.

“Apa ni kak?” Razim juga terasa malu dengan kakaknya.

“Kau diam! Don’t interfere in my life!” tegas Wahidah Tiara.

Linda menjadi geram dengan layanan Wahidah Tiara. Pipinya ditampar dan lengan Wahidah Tiara ditarik kuat. Dengan payah Linda menarik Wahidah Tiara ke bilik.

“Mak, lepaskan Tiara!” Wahidah Tiara cuba meloloskan diri dari rentapan ibunya. Namun, kudratnya tidak kuat.

Linda menolak tubuh anaknya ke dalam bilik dan mengunci pintu bilik dari luar. Wahidah Tiara mengetuk pintu biliknya.

“Mak, buka pintu ni.”

“Kau duduk dalam bilik ni! Aku tak akan bagi kau keluar dari rumah aku lepas ni. Cukuplah nama aku menjadi buruk sebab perangai syaitan kau! Lepas ni, bilik inilah tempat kau!” kata Linda tanpa mempedulikan jeritan anaknya.


**********************

Iskandar Faiz menuruni tangga sambil membetulkan tali lehernya. Sudah lewat pergi ke kerja. Disebabkan sakit kepala, Iskandar Faiz tertidur.

“Abang, mari makan dulu.” pelawa Sofia Amelia. Bibirnya menghiasi senyuman kecil.

“Abang sudah lewat. I have to go to work now.”

“Abang please. Saya ada masak makanan kegemaran abang. Makan sikit pun jadilah.”

Iskandar Faiz sedar isterinya cuba memujuk. Walaupun sudah terlambat, dia tidak sampai hati untuk menolak ajakan isterinya. Siapa yang sampai hati untuk menyedihkan isterinya kalau sayang sepenuh hati dan jiwa?

“How’s the taste abang? Sedap tak?” tanya Sofia Amelia apabila Iskandar Faiz masukkan sesudu mee goreng ke dalam mulut.

“Not bad.” Iskandar Faiz hanya komen sebegitu.

“Owh, okay.” syahdu suara Sofia Amelia. Ingatkan suami akan puji.

“I go to work first.” bersuara Iskandar Faiz.

“Cukup ke abang? Makan sikit je.”

“I am in a hurry.” jawab Iskandar Faiz.

“Tangan abang?”

Iskandar Faiz menghulurkan tangan kepada isterinya. Kalau tidak terlajak tidur, mesti dia akan menikmati masakan isterinya. Memandangkan ada mesyuarat penting bersama dengan klien, Iskandar Faiz terpaksa pergi ke kerja.

“Take care.”

“You too. Assalamualaikum.”

“Waalaikumsalam.”


**************

“Adik, adik!” laung Wahidah Tiara dari dalam bilik. Dia tahu ibu dan adik lelakinya sudah pun pergi ke kerja. Hanya adik bongsu yang tinggal di rumah. Inilah masa yang paling sesuai untuk keluar dari bilik itu. Bukan susah pun untuk menipu adik bongsu.

“Ye akak?”

“Adik, tolong buka pintu. Akak ada kerja penting dekat luar.”

“Baik akak.”

Pintu biliknya dibuka dengan pertolongan adik bongsu. Wahidah Tiara laju masuk ke dalam bilik untuk bersiap pergi ke luar bersama dengan kawan baru yang dikenal dari kelab malam.


***************

“So Sofi, how was yesterday night?” tanya Christina dan Rohani serentak. Tak sabar untuk mengetahui adakah rancangan mereka berjaya ataupun gagal.

Sofia Amelia mengeluh berat. Kepalanya digeleng perlahan.

“Tak jadi?” terbeliak mata Christina. Kuat sungguh iman Iskandar Faiz.

“Tak.” sedih suara Sofia Amelia kali ini.

“Sofi, jangan putus asa. Ada banyak cara lagi untuk pikat Is. Kita makan pizza dulu.” kata Rohani dengan tenang.

Mereka bertiga masuk ke dalam Pizza Hut. Supreme hawaian chicken, air coke, mushroom soup dan garlic bread telah dipesan.

“Orang tua cakap suami mesti akan terpikat sekiranya isteri pandai masak. Why not kau guna teknik ini?” cadang Rohani.

“Aku dah guna pagi tadi. Aku penat-penat masak tahu tak. End up Is tak makan banyak pun.” beritahu Sofia Amelia. Malam tadi Sofia Amelia mencari idea yang mampu memikat hati seorang suami. Tetapi gagal jua. Sungguh keras hati Iskandar Faiz!

“What if kau beli hadiah untuk Is? Mana tahu boleh sejukkan hati dia.” Christina juga buntu sebenarnya.

“Nak beli apa?”

“Kau yang harus tahu apa kena beli untuk suami kau. Yang kau tanya kami kenapa?” Rohani mencebik.

“Mana aku tahu nak beli apa untuk Is?” bersuara Sofia Amelia.

“Fikir lah. Guna otak tu sikit!” geram Christina.

“Christina, aku tahu kau pandai dalam bab-bab ini. Cuba bagi aku idea.” Sofia Amelia meminta pendapat Christina.

“Beli boxer untuk suami kau.”

Tersembur air coke apabila mendengar jawapan Christina. Rohani ketawa terbahak-bahak. Sofia Amelia membulat mata.

“Kurang ajar kau!” cubitan singgah di tangan kanan Christina.

“Mana aku experience dalam hal ni? Aku masih single. Kau ni cakap macam aku ni dah kahwin.”

“Dah lah korang. We go shopping after eating.” kata putus Rohani.


*******************

“Kenapa muka kau merah?”

Wahidah Tiara yang sedang monyok menjeling kawan baharunya, Rita. Mereka berdua kenal dari kelab malam.

“Mak tampar aku.” jawab Wahidah Tiara.

“Why?”

“Sebab aku minum arak.”

“Babe, this is the modern world. Masih ada mak halang anak pergi ke kelab, minum arak? It’s ridiculous.” Rita menjawab seperti mengapikan Wahidah Tiara.

“Mak aku orang dulu. Biasalah.”

“Pity of you babe. Nasib baik mak ayah aku sporting.”

Wahidah Tiara hanya berdiam. Malu kerana ada ibu yang tidak sporting seperti ibu bapa kawan barunya.


************************

“Aku rasakan nak beli baju and kot untuk Is.” cadang Sofia Amelia.

“If you think it can make him happy, you buy. Sebab kau lebih kenal suami kau.” cakap Rohani lembut.

Sofia Amelia memilih baju lengan panjang berwarna biru muda dan kot hitam.

“This will suit him well.” senyuman manis mula menghiasi bibir Sofia Amelia.

“Saya ambil baju dan kot ini.” Sofia Amelia hulur kepada cashier untuk membayar duit. Rohani dan Christina setia menemani Sofia Amelia.

“Total RM 542.”

“Jom girls, we go back.”

“We hope this way will work out!” ujar Rohani.

“Hopefully.” jawab Sofia Amelia dengan penuh semangat.

“Sofia Amelia!”

Sofia Amelia dan kawan-kawannya memusingkan badan apabila mendengar orang memanggil. Berubah raut muka apabila pandang pemilik suara yang memanggil.

“Wahidah Tiara? Apa dia buat kat sini?” bisik Christina.

“Entah? Mana aku tahu? Aku risau lah.” bimbang Rohani. Takut benda lain pula akan terjadi. Baru sahaja Sofia Amelia gembira.

“Wow, kau beli baju untuk suami kau eh?” tanya Wahidah Tiara sinis. Dari tadi Wahidah Tiara perhatikan apa yang Sofia Amelia buat dalam kedai baju itu. Kebetulan Wahidah Tiara dan Rita pergi ke kedai itu tadi.

“Suka hati aku nak beli baju. Untuk siapa aku beli, atas sebab apa, kau tak payah nak tahu. Jangan jadi penyibuk!” pedas jawapan Sofia Amelia.

“Aku tahulah baju itu untuk Is. Tapi sayang, Is tak suka warna biru! Warna kegemaran suami pun kau tak tahu. Apa jenis isteri kau ni?” perli Wahidah Tiara.

Air mata mula bergenang di tubir mata Sofia Amelia. Hatinya sedih apabila bekas tunang Iskandar Faiz tahu warna kegemaran suaminya. Tetapi isterinya langsung tidak tahu pasal suami.

“Sofi, kau jangan pedulikan kata-kata dia.” Rohani mula bersuara.

“Kau diam! Betul cakap aku. Is tak suka warna biru. Black and white is his favorite color.”

“Kami tak tanya pun. Diam boleh tak?” Christina meninggikan suara.

“Sofia Amelia, you listen here. Soon Is will be mine! Dari dulu lagi Is hak aku seorang. Tapi kau rampas Is dari aku. Kau ni perempuan murah. Dapatkan Is dengan cara kotor!”

PANG! PANG!

Dua tamparan dihadiahkan ke pipi Wahidah Tiara oleh Sofia Amelia. Rohani dan Christina senyum mengejek. Padan muka!

“You don’t have rights to talk about me and my husband! Is suami aku yang sah! Aku yang ada hak atas dia! Kau pergi berambus!” jerit kuat Sofia Amelia. Dia tidak peduli dengan orang sekelilingnya. Hatinya sakit!

“Rohani, Christina kita balik!” tanpa menunggu Sofia Amelia mengatur langkah untuk balik.

“Babe, siapa dia? Berani dia tampar kau.” tanya Rita. Dia terkedu melihat muka merah Sofia Amelia.

“Diam lah kau!” jerkah Wahidah Tiara.


*******************

“Sofi, kau okay tak?” soal risau Christina.

Namun tiada jawapan dari Sofia Amelia. Sofia Amelia hanya duduk berdiam. Matanya memandangkan pemandangan di luar. Air mata gugur perlahan.

“Rohani, stop the car.” arah Sofia Amelia.

“Kenapa?” pelik Rohani.

“Aku nak balik rumah jalan kaki.” jawab Sofia Amelia lemah. Dia memerlukan masa untuk persendirian.

“Sofi, kat luar hujan. Tak akan lah kau nak jalan kaki. Jauh lagi ke rumah kau.”

“Stop the car Rohani!” jerit Sofia Amelia. Tak kisah hujan ke panas, dia nak jalan kaki balik ke rumah.

Tanpa ada pilihan Rohani memberhentikan keretanya. Tanpa menunggu Sofia Amelia keluar dari kereta. Hujan agak lebat juga di luar.

“Aku ni isteri jenis apa? Aku tak tahu apa warna kegemaran suami aku. Tak tahu apa suami aku suka. Aku isteri teruk!” bebel Sofia Amelia sendiri. Air mata dan air hujan bercampur. Dia berasa sangat sedih dan jahat. Dia juga malu kerana tidak mampu menjadi isteri baik untuk Iskandar Faiz.

Dengan perlahan Sofia Amelia berjalan dalam hujan itu. Ejekan dan perlian Wahidah Tiara bermain di telinga Sofia Amelia. Tiba-tiba kereta camry warna putih berhenti di hadapan Sofia Amelia. Iskandar Faiz keluar dari perut kereta bersama dengan payung.

“Sayang, kenapa ni? Masuk dalam kereta.” tergesa-gesa Iskandar Faiz menghampiri Sofia Amelia. Nasib baik Rohani menelefon dan menceritakan segalanya kepada Iskandar Faiz.

Sofia Amelia melihat muka cemas Iskandar Faiz. Belum sempat Sofia Amelia bersuara, penglihatan menjadi kabur. Tubuhnya berasa lemah. Akhirnya, Sofia Amelia jatuh pengsan di bidang dada suaminya.

Here is the new chapter :) Enjoy reading semua. Happy Deepavali to all indian readers :) Follow my ig miz.kikki_novelplus untuk teaser dan gambar-gambar :-) Jangan lupa untuk rate and comment <3

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience